Pengajaran dari kes buli SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang kenali wajah sebenar anak-anak kita

Heboh diperkatakan mengenai kes buli yang berlaku di SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang. Semalam semasa berkumpul Uda iaitu adik cik B sempat menunjukkan Youtube kejadian tersebut. Kakak, Al Khattab dan Alang Myra sibuk untuk melihat walaupun sebelum ini mereka sudah melihatnya. 
kes buli
Kakak: "Bawa handphone normallah tak payahlah nak report ..end up benda ni happen"

Abang: "Kalau abang diam sajalah, apa guna kita nak tunjuk kuasa & berapa banyak sangat kuasa yang kita ada berbanding dengan sakit yang kita dapat. Setakat h/phone lainlah kalau report pasal orang tu tak solat atau benda yang menyalahi agama wajarlah".

Kakak: "alang pun kena tendang dengan Razin budak kelas dia...alang tak bagi tau mama ke"

Alang: "ala sikit saja alang tak sakit pun"

Mama: "macam mana boleh happen...mesti ada sebab kan"

Alang: "  Si Razin yang mula kacau lepas tu alang geram dan sembunyi la tumbler dia, apa lagi mengamukla si Razin tu sambil menuduh satu kelas, alang kesian kat kawan2 then alang pun mengaku sbb tulah dia tendang alang"

Mama: "Kan..benda ni happen bersebab, kalau kita tak kacau orang pasti tak akan marah dan sakit hati, anak2 mama kena selalu ingat jaga mulut, jaga tingkah laku, setiap apa yang berlaku ada sebab bukan saja2 nak jadi"

Mama terus mengomel: "selalu ingat pesan Nabi janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu...kat luaq sana orang yg tak pernah membuli pun akan jadi pembuli kalau kita tak jaga mulut tak jaga tingkah laku kita, kalau kita jadi ketua kelas pu berhati2 dengan sikit kuasa yg diamanahkan kepada kita dan jangan sesekali tunjuk kita ni baguih hal kecik nak report lagi teruk klu kita report atas rasa sakit hati dan dengki Allah SWT tak suka kita berdengki...".

 Kakak dan Al Khattab kini telah memasuki peringkat menengah. Aku berdepan dengan pelbagai situasi buli terutamanya Al Khattab. Semasa dia di sekolah rendah kerap di mengadu dibuli. Namun suatu hari selepas mengambil mereka dari Taska aku ke pasar malam manakala kakak, Alkhattab dan Alang aku biarkan mereka di dalam kereta. Setelah selesai membeli aku kembali ke parkir dan kudapati ada 2 orang pelajar lelaki menuju kearah kereta dalam keadaan yang amat marah dan kuperhatikan Al khattab sedang menunjukkan sign tangan. Aku mempercepatkan langkah ke kereta, "kenapa ni..?" tanyaku dengan lembut kepada 2 pelajar tadi. "dia tu kata mcm2 kat kami lepas tu dok tunjuk2 sambil menunjukkan sign". Aku toleh kepada Al Khattab. "Acik minta maaf untuk anak acik yer nanti acik nasihatkan dia", janji aku pada mereka. Masuk dalam kereka Al Khattab tertunduk. "Pokok tak akan goyang kalau tak ada angin atau monkey atasnya", kataku sambil menghidupkan enjin kereta. Walaupun perkara ini berlaku 3 tahun lalu ianya  menjadi pengajaran buat anak mama yang bernama Al Khattab ini.

Ibu dan ayah kenali wajah anak-anak kita. Siapakah mereka?. Pembuli atau orang yang menimbulkan suasana yang menyebabkannya dibuli. Sebagai ibu dan ayah kita pasti kenal wajah sebenar anak-anak kita. Perhatikan anak-anak kita adakah mereka kaki provokasi?. Adakah anak kita mulut laser?. Anak-anak yang kaki provokasi dan bermulut laser mudah dibuli sebab mereka menyakitkan hati lawan melalui lisan dan sign2. Adakah anak kita panas baran?. Manakala anak-anak yang panas barah mudah termakan dengan provokasi dan membalasnya dengan fizikal seperti memukul, menumbuk dan sebagainya. Sebagai ibu kita memang kenal wajah sebenar anak kita dan melalui itulah kita mendidiknya. Buka pintu hati kenali siapa sebenarnya anak kita, didik dan lembutkanlah hati-hati mereka supaya lebih mendekati Allah SWT.

Memang sakit hati bila anak kita dibuli. Kita pasti marah melihat zuriat yang kita lahirkan tidak pernah sekalipun kita cubit tiba-tiba ditendang, ditomoi dan dilanyang sehingga nyawa-nyawa ikan. Namun kita perlu waras dalam menangani perkara ini nasihati anak-anak supaya menjaga lisan mereka. Didik anak-anak supaya tidak meninggi diri waima apa sahaja jawatan yang mereka pegang. Fahamilah mereka bahawa sebagai insan jangan sesekali kita menyakit hati dan fizikal orang lain. Ini adalah cara menghindarkan berlakunya buli. Cerita Al Khattab kebanyakkan kawan-kawan abang yang kena buli semua suka cakap macam-macam tu yang buatkan senior marah. Semoga dilindungi anak-anak kita dari membuli dan dibuli.




Comments

  1. takut membayangkan karenah anak2 zaman sekarang
    (dulu2 pun ada kes buli tp belum tahap pukul smpi nak mati @ mgkin masa tu xde kes smpi masuk paper/tv)

    betul tu..kenali anak2 kita
    kdg2 mereka ada 2 personaliti
    dirumah lain..di skolah lain

    ReplyDelete
  2. anak2 yg ada 2 personaliti selalunya tidak akrab dgn ibu ayah mereka tertekan dengan kerenah kita ibu bapa. Ada kemungkinan dia baik dirumah kerana itu yg dimahukan oleh ibu bapa ...tp tidak dididik oleh ibu apa mengapa perlu baik apa wajaran daripada kebaikan tersebut..tu yg selalu cikgu sekolah dok habaq bila ada mak ayah mai sekolah habaq tak percaya lah anak saya baik dirumah bila terjadi kes buli anak org lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts