29 May 2007

Pesan memesan nasihat menasihati

" DEMI MASA. SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN, KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENJALANKAN AMAL SOLEH DAN SALING MENASIHATI SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENNETAPI KESABARAN." ( AL- ASHR: SURAH 103: AYAT 3)

Pesan suami, "jgn diingat perkara lalu yang mungkin menimbulkan ketegangan jiwa tp pandanglah masa depan yg penuh dengan keceriaan". Jazakallah, aku akan ingati dan silatulrahim akan sentiasa dipelihara. Satu perkara yang amat aku kagumi tentang dirinya. Nasihat itu merupakan kekuatan dalam mengapai kehidupan. Lelaki dan pemimpin. Keegoan wanita membuatkan diri mereka mudah melatah lantaran kurang keimanan membuatkan ramai yang rapuh dalam membuat keputusan. Maka tidak hairanlah mengapa Rasullullah SAW menyatakan bahawa ramainya penghuni neraka adalah wanita. Nauzubillah.
Pesan mak, seburuk mana suami atau bapa jangan diaibkan dengan cerita-cerita kepada sahabat-handai, jiran taulan mahupun saudara. Peliharalah harta dan peribadi mereka selagi tidak ada perkara yang dilakukan melanggar perintah Allah SWT.

Musim Kenduri

Cuti sekolah@kenduri kahwin memang senonim. Memang sudah menjadi budaya di Malaysia, tiba sahaja cuti sekolah maka adalah majlis-majlis perkahwinan. Bukan apa keadaan ini memudahkan pihak-pihak pengendali majlis dan jugak sanak saudara yang jauh untuk datang bertandang kemajlis itu.
Hujung minggu ini keluarga kami berdepan dengan satu majlis perkahwinan yang mana melibatkan 2 pasangan yang mempunyai kaitan antara aku dan suami. Pasangan yang dimaksudkan ialah adik iparku (Ateh) berkahwin dengan anak bongsu tuan rumah dan anak buahku (Zam) pula berkahwin dengan kakak sibongsu.
Minggu lepas seharian aku dan suami mencari perkakasan upacara dipihak lelaki di Kedah pada minggu depan. Letih. Ahh..baru adik ipar belum lagi anak sendiri. "Pa, kalau anak kita kahwin buat sederhana sudahlah...letihlah mama", jelasku pada suami saat keletihan berjalan. "Mmg patut kita bersederhana yang penting akad dan pemberitahuan kepada jiran serta sanak saudara mengenai perkahwinan anak kita dengan sedikit upacara ringan yang tidak berunsur riak", jelas suami. Terkenang majlis perkahwinan kami beberapa tahun dahulu. Kesederhanaan majlis yang diadakan oleh abah dikagumi suami. Malah wang hantaran di berikan kepada kami berdua bagi menjalani kehidupan selepas berkahwin di Kuala Lumpur. Majlis tidak menjadi rungutan kedua belah pihak lambang persekutuan suatu binaan masjid dimana perkahwinan bukan hanya melibatkan pasangan teruna dan dara tetapi lebih kepada penyatuan dua keluarga mukmin.

25 May 2007

Kitaran masa

Ahhh...
Gembira menjadi nenek melihat keletah anak cucu
Lambang perkembangan zuriat diri
Bangga menjadi ibu membesar dan mendidik anak
menjadi pewaris bangsa yang merdeka
Bersyukur kehadrat Illahi kerna aku sang anak lahir dari rahim sang ibu
berkat doanya, didikannya, nasihatnya dan Islamnya
menjadi aku kini

Pida....9.22 am ss 19 PJ

24 May 2007

Muhammad Jeffrizam

Kelahirannya ditahun 1979 membuatkan rumah abah di tengah sawah itu menjadi lebih ceria. Waris pertama keluarga. Umurku baru mencecah usia tadika takala itu. Itulah kelahiran cucu pertama kalinya di rumah abah. Majlis cukur jambulnya di adakan dengan meriah sekali. Masih diingatan buaian anak buah ini di tempatkan di tengah ruang tamu kedua dan dihiasi. Orang ramai disekeliling buai bermarhaban dan berzanji. Dapat dilihat betapa gembiranya wajah abah, emak, abang dan kakak ipar.
Kemudian selepas itu, abah beriya mahu membuat kenduri berkhatan dirumah. Dalam ingatanku agak besar majlis tersebut. Beberapa anak lelaki kakak-kakak dan bapa saudara turut menyertai majlis ini. Terkenang jua bagaimana Abang menghilangkan diri saat Zam mahu disunatkan mungkin kerana gerun keadaan yang bakal menimpa putera sulungnya itu.
Ketika itu abah memainkan peranan memujuknya sehingga Zam berjaya disunatkan.
Tahun ini genablah umur Muhammad Jeffrizam 28 tahun. Mungkin saat ini Abang dan Kakak Ipar sibuk mengadakan persiapan perkahwinan putera sulung yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Kami adik-beradik turut tidak sabar menanti hari bersejarah tersebut. Sebiji bas mewakili 2 keluarga dari Kedah disewakan khas bagi majlis tersebut. Abah sudah siap mencanangkan berita tersebut diperkampungan pida. Bangga waris pertamanya akan bertemu jodoh. Dalam hariku biarlah hati abah dan mak terus tenang begitu jua keluarga kami. Aminn

Dari Bintang Ke Bintang - Usman Awang

Ketika mata saling menyapa senyum berbunga
Tasik hati mu mencecah jiwaku mesra
Betapa debar dada kurnia alam kasih bertakhta
Kau datang tanpa suara, menjamahku tanpa sabda
Subur laksana ladang petani di lereng gunung
Ranum menguntum dalam wujud rasa maha agung
Mata yang memberi hati ini penuh menanti
Kureguk kasih menghadapi hidup seluruh berani
Kini kulihat kepalamu tersandar di jinjang pelamin
Rambutmu tersanggul terandam mengilau di cahaya lilin
Gemersik kainmu membisikkan bahagia malam pengantin
Melimpah tumpah bahagia dalam tawa teman keliling
Ketika malam kulihat matamu pada bintang
Senyummu melambai di gemilang sinar bulan
Dari bintang ke bintang kunantikan lagumu
Hanya kerdipan dalam bisu suara hatiku bimbang
Jika aku berdiri di muka jendela hati terlukaBulan sedang mengintai di balik awan kusapa
Angin yang datang dari pelaminmu kutanya
Ia bisa mengabarkan saat adinda sedang bahagia
( 1960 - Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara, DBP 1991)( dipetik secara bebas oleh Imnogman )

Salahuddin Sebagai Tokoh Katalis Kebangkitan Islam

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dalam memerangi kekufuran hingga ke hari ini. Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216) Pertukaran Hidup Salahuddin Al-Ayubi Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggung-jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234). Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Semangat Jihad Salahuddin Al-Ayubi Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234) Peperangan Salib di Hittin Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh. Kecintaan Salahuddin Al-Ayubi kepada Islam Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad SAW atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah. Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi". Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad SAW. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Ketika ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya. Salahuddin Menawan Baitul Muqaddis Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah SAW naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu. Salahuddin Yang Penyayang Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis ditangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka begitu ramailah orang berpusu-pusu keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka. Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman. Perang Salib Ketiga Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu. Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga. Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin. Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192. Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin. Kematian Salahuddin Al-Ayubi Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk upah pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung upah pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Salahuddin yang Wara' Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah. Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Al-Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?" Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah SAW pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini" Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi" Tingkah-laku Salahuddin Al-Ayubi Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah. Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain. Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidakadilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya. Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit. Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin. Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian. Kesungguhan dan Semangat Sallahuddin Al-Ayubi Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda". Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam". Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya. Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai. Salahuddin Al-Ayubi Sebagai Ulama Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an. Rujukan : Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31,32-33, 7,155 Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99 Dipetik : Biografi Salahuddin Al-Ayyubi oleh Abul Hassan Ali Nadwai Judul Asli : Saviors of Islamic Spirit.

23 May 2007

Rekod tertinggi baru - Peningkatan yang menunjukkan aras

Rekod tertinggi baru
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR 22 Mei - Bursa Malaysia hari ini melonjak untuk tutup pada paras tertinggi dalam sejarahnya kepada 1,367.51, naik 20.34 mata terutamanya disebabkan oleh pengukuhan berterusan nilai ringgit.
Ringgit berada pada paras ketinggian baru RM3.38 berbanding satu dolar hari ini berikutan minat belian yang tinggi di kalangan pelabur tempatan dan asing.
Prestasi cemerlang bursa tempatan juga digalakkan oleh faktor feel good berikutan kenaikan gaji sektor awam.
Menurut Ketua Pegawai Pelaburan ASM Investment Services Bhd., Rusli Abu Yamin berkata, pengumuman kenaikan gaji awam telah memberi kesan positif kepada pasaran kerana berita gembira itu dikaitkan dengan tanda-tanda pilihan raya yang semakin hampir.
Beliau yakin kerajaan akan mengumumkan beberapa berita positif yang terus merangsang ekonomi, sekali gus mampu memperbaiki pencapaian Bursa Malaysia.
“Sekiranya sentimen ini berterusan, saya yakin Bursa Malaysia mampu mencecah 1,400 mata dalam masa yang singkat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kenyataan itu turut disokong oleh Naib Presiden Kanan Urus Niaga Institusi, TA Securities Holdings Bhd., A‘Reeff A. Khalid yang menyifatkan pengumuman kenaikan gaji sektor awam telah membantu melonjakkan pasaran.
Katanya, kenaikan IKKL itu adalah reaksi positif pasaran terhadap kenaikan gaji sektor awam.
“Bursa Malaysia kini dalam kedudukan terbaik dan setakat ini tidak ada faktor yang boleh menyebabkan saham jatuh,” katanya.
Selain itu, tambah beliau, Bursa Malaysia mencatatkan aliran menaik hari ini selepas susut semalam kerana kebimbangan kononnya China akan menaikkan kadar inflasi selepas mengawal ekonominya.
Katanya, kebanyakan pelabur khuatir Malaysia akan menaikkan kadar faedah sekiranya China berbuat demikian.
“Tetapi apabila Malaysia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menaikkan kadar faedah, pasaran terus melonjak.
“Hasilnya, saham-saham perbankan dan perladangan terus mendapat sokongan menyeluruh,” tambah beliau.
Pada masa yang sama, bursa tempatan juga disokong oleh kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa kenaikan ringgit disebabkan oleh prestasi ekonomi negara yang menggalakkan dan tidak mempunyai kaitan dengan mata wang Yuan China.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Urusniaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli memberitahu, Bursa Malaysia dijangka terus melonjak pada tahun ini kerana keupayaan ringgit untuk terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat.

22 May 2007

Ahmad Boestamam my inspiration

Ayahku, Ahmad Boestamam
Oleh Rustam A. Sani
[Rencana ini pada mulanya diterbitkan dalam majalah Massa (Isu Khas Hari Kebangsaan): 29 Ogos – 4 September 1998]
Meskipun saya anak lelaki tunggal Ahmad Boestamam (selain adik perempuan saya, Norliah), namun saya yakin bahawa saya bukanlah orang yang terbaik untuk menulis tentang beliau. Saya tidak mengenal beliau secara peribadi, kerana sepanjang hidup saya tidak pernah tinggal bersama beliau untuk jangka waktu yang lama untuk memungkinkan saya mengenal beliau dengan cukup mendalam.
‘Kerjaya’ politik dan kewartawanan beliau bermula sejak umur yang masih muda. Beliau ‘mengorbankan’ pendidikannya di Sekolah Anderson, Ipoh, untuk menceburkan dirinya dalam dua bidang tersebut. Ahmad Boestamam lahir (sebagai Abdullah Sani bin Raja Kechil) pada 30 November 1920, dan seawal tahun 1941 beliau telah ditahan oleh pemerintah kolonial Inggeris kerana kegiatan politiknya – hanya dibebaskan oleh pemerintah Jepun pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1946 beliau mulai memimpin Angkatan Pemuda Insaf (API) – yakni gerakan pemuda (sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)) beraliran nasionalis yang bersifat ‘kiri’ dan radikal – dan menerbitkan Testamen Politik Api yang mengajukan gagasan ‘merdeka dengan darah.’ Kerana karya tersebut, beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut pada tahun berikutnya, dan beliau dikenakan denda $1,200.00.
Penahanan beliau yang lama pertama kali terjadi pada tahun 1948, ketika saya berumur kira-kira empat tahun. Oleh yang demikian, saya tidak mempunyai ingatan yang jelas tentang peristiwa tersebut mahupun tentang diri beliau sebagai bapa. Meskipun keluarga kami dibolehkan melawati beliau sekali sebulan namun, kerana kemiskinan, lawatan itu hanya mampu dilakukan sekali dua sahaja setahun. Tambahan pula, tempat tahanannya senantiasa berubah-ubah dari satu tempat ke satu tempat yang agak jauh dari Tanjung Malim, kampung kami.
Satu peristiwa yang entah kerana apa hingga kini tidak pernah dapat saya lupakan terjadi di Kem Majidee, Johor Bahru, sewaktu saya berumur kira-kira enam atau tujuh tahun. Dalam pertemuan itu, ayah saya yang berdiri di belakang pagar besi menudingkan jarinya ke arah saya lalu bertanya kepada anggota-anggota keluarga yang lain: “Yang ini, anak siapa?”
Demikianlah, pengetahuan saya tentang Ahmad Boestamam tidak mungkin merupakan pengetahuan intim seorang anak tentang keperibadian ayahnya. Sebahagian besar pengetahuan saya – malah kekaguman saya juga – tentang beliau sekadar merupakan hasil kajian dan renungan saya sebagai seorang pelajar ilmu politik dan sejarah politik Malaysia moden, khususnya nasionalisme dan gerakan politik radikal Melayu.
Dalam hubungan ni, saya amat setuju dengan pandangan Professor Khoo Khay Kim dalam catatan belasungkawanya sewaktu kembalinya Ahmad Boestamam ke rahmatullah taala (Mingguan Malaysia: 23 Januari 1983). Berkata Khoo: “Kini beliau telah pergi. Satu era dalam politik Malaysia telah tamat. Ramai berjuang dalam [tahun] empat puluhan dan lima puluhan namun tiada antara tokoh-tokoh zaman itu yang lebih berjaya melambangkan gaya dan corak perjuangan golongan radikal Melayu.”
Apakah ‘gaya dan corak’ pejuangan golongan tersebut yang terpancar pada kehidupan Ahmad Boestamam? Pada hemat saya, gaya dan corak itu tidaklah terlalu berbeza daripada gaya dan corak perjuangan para pemimpin dan gerakan-gerakan nasionalis lainnya yang banyak muncul di seluruh rantau Asia dan Afrika pada tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan itu – gerakan-gerakan yang telah mengakhiri pemerintahan kolonial dan melahirkan sebilangan negara-negara bebas di rantau ini yang kita kenal hingga ke hari ini.
Kebanyakan gerakan tersebut merupakan gerakan anti-kolonial dalam ertikata yang visionary (berwawasan). Penolakan mereka terhadap kuasa penjajahan itu tidaklah didorong oleh rasa benci yang bersifat perkauman, tetapi didorong oleh fahaman tentang keadilan, demokrasi dan kesamarataan yang amat kuat.
Pada hemat saya, jika Ahmad Boestamam menerapkan gaya yang demikian dalam perjuangannya, maka hakikat itu sebahagian besarnya dipengaruhi oleh gaya perjuangan yang biasa di kalangan teman-temanya di negara ini sendiri, seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Ishak Haji Mohamad dan lain-lain.
Para pemimpin nasionalis rakyat seperti Ahmad Boestamam biasanya melihat usaha mencapai cita-cita fahaman nasionalisme – yakni cita-cita membentuk sebuah nation (negara-bangsa) bagi kelompok rakyat yang diwakilinya – sebagai suatu cabaran kecendekiawanan untuk mencari dan merumuskan kembali gagasan jati diri bangsa itu dari hakikat sejarahnya, bukannya sekadar suatu usaha mudah untuk meneruskan ‘pentadbiran kolonial’ wilayahnya oleh anak negeri.
Dalam hubungan inilah saya berpendapat bahawa beberapa gagasan yang telah mereka ajukan – misalnya konsep ‘Melayu Raya’ – perlu kita kaji dan kita fahami dalam pengertian ideologi nasionalisme yang lebih mendalam dan tidak sekadar menanggapnya sebagai kesan ‘pengaruh Indonesia’ seperti yang sering dikemukakan oleh beberapa ahli sejarah yang amat dangkal perspektifnya.
Kedudukan rasmi tertinggi yang pernah dicapai oleh Ahmad Boestamam ialah sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Setapak (di Kuala Lumpur) (1959) – tempoh jawatan yang tidak sempat diselesaikannya kerana pada tahun 1963 beliau sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama empat tahun berikutnya.
Ahmad Boestamam menghembuskan nafasnya terakhir pada 19 Januari 1983.

Sekadar Bingkisan pagi

Awal pagi nan dingin hari ini mengenangkan aku suatu saat dahulu, ketika berada di tengah sawah. Titisan sang embun dihujung daun padi terasa amat menyegarkan. Di situ aku dahulu merentas ban-ban sawah menuju ke sekolah bertentangan Masjid Batu 6, Sanglang bersama-sama teman-teman sepersekolahan.

Gelak tawa tiga insan kecil mahu dihantar ke sekolah di tempat duduk belakang mobil menyenangkan. Beberapa hari ini, perasaan mula berbaur. Mimpi Tok Cah (emak abah) beberapa malam lalu bermain diingatan. Mungkin keadaan begini membuatkan perasaanku menjadi halus terhadap pelbagai keadaan sekeliling.

Semalam, dapat menghubung semula Eleena Leong. Sang teman yang telah lama tidak berkongsi cerita. Gembiranya hati apabila mendengar suaranya. Teman, sahabat, rakan dan kawan memberi maksud yang berbeza kepada pembawanya. Terkenang jua Geok teman yang kini bermaustautin di Australia. Leong teman sekerja di HK, walaupun pertemuan hanya pada masa akaun ditutup namun ia memberi impak dalam kehidupan. Ada sesuatu yang membuatkan aku kagum dengan teman-teman ini. Setiap teman ada kehebatan masing-masing itu tidak dapat aku nafikan. Kepada sang puteri kuberpesan perluaskan teman kepada bangsa lain dan banyak akan kita belajar daripada perhubungan tersebut.

Kehidupan merupakan suatu pembelajaran. Pembelajaran yang mematangkan kehidupan hadapan kita. Ilmu dan pembacaan membuatkan kita lebih yakin bila berdepan dengan situasi yang tidak dijangka. "Tollabul ilmi faridotul a'lla" menuntut ilmu adalah wajib bagi mukmin. Dan ayat pertama diturunkan oleh Allah SWT takala Rasulullah SAW berkhalwat di Gua Hirak di tekankan mengenal persoalan "Bacalah".

09 May 2007

Lenyap kasih sayang punca krisis generasi

Sumber: Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/

RASULULLAH SAW apabila ditanya oleh seorang sahabat mengenai siapa lagi yang harus dipatuhi selepas Allah dan Rasul menyebutkan, Ibumu! Ibumu! dan Ibumu!Tiga kali ulangan terhadap ibu membayangkan ibu adalah watak penting dalam kehidupan manusia dan keluarga. Tentu ada kekuatan pada ibu yang menyebabkan Rasulullah SAW berkata demikian.Rasulullah dalam hadisnya menyebutkan juga bahawa, ‘syurga adalah di bawah tapak kaki ibu.’ Ia terkandung maksud yang amat besar kepada anak bagi kesejahteraan di dunia dan akhirat.Pada diri ibu ada unsur penting dalam proses didik, asuhan, kasih sayang, kesabaran dan memiliki kasih sejati terhadap anak. Mana tidaknya, ibulah yang mengandung anak dengan susah payah selama lebih sembilan bulan. Ibulah yang melahirkan anak dalam kesakitan dan kepedihan. Ibu jugalah yang bangun pada tengah malam menyusukan anak dan menyalin lampin anaknya.Ibu sebagai pelengkap kepada watak bapa menjadi faktor penting dalam proses pembangunan zuriat, anak dan generasi. Kualiti keibuan sifatnya unik kerana kelembutan dan kasih sayang ibu mendekati anak memiliki upaya didik menyuburkan watak dan peribadi.Ibu yang berilmu dan berketrampilan dalam memahami proses pertumbuhan dan pembesaran anak baik dari sudut minda, psikologi, emosi dan tabiat, memiliki cara dan kaedah berkesan bagaimana anak harus diremaja dan didewasakan.Apakah ibu pada masa kini dalam ruang peranan baru hadir di pejabat, kesibukan melakukan kerja pengurusan dan profesional sepanjang hari, mempunyai masa berkualiti dengan anak.Memadaikah dengan peranan ’bibik’ atau pembantu untuk memindahkan jiwa keibuan dan budaya keluarga kepada anak. Apabila masa berkualiti ditumpukan di pejabat atau di luar rumah, adakah masa yang berbaki untuk anak.Keluarga yang melihat hari depan yang baik ialah keluarga yang berasakan anak adalah aset. Anak adalah harta bernilai dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang. Apabila kita meninggal nanti, anak yang salih menjadi faktor penting menghubungkan yang pergi dan masih tinggal.Anak yang diberi makan-pakai yang cukup tidak bermakna sudah sempurna tanggungjawab dilakukan oleh ibu. Makan-pakai adalah perkara asas bagi meneruskan kehidupan, tetapi kasih sayang dan kemanjaan penting untuk membentuk watak dan perangai.Anak yang tidak mendapat kasih sayang serta kemanjaan daripada ibu akan mencari sumber lain untuk meluahkan perasaan sunyi dan bosan bagi mendapatkan perhatian. Naluri ingin tahu yang tinggi dan sikap aktif anak akan tertumpah kepada rakan sebaya dan juga kepada sumber yang tidak fitrah. Akhirnya, anak tidak belajar daripada ibunya, tetapi belajar daripada orang atau sumber lain.Bayangkan jika ibu asyik mengejar harta, mengumpul kekayaan saja dan mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik serta mengasuh anak. Memadaikah ratusan ribu ringgit yang terkumpul untuk menebus ‘kehilangan’ diri anak yang terjebak dengan salah guna dadah, berada di pusat serenti, terbabit kegiatan ‘mat rempit’ atau terimbau dengan penyakit Aids/HIV.Harga memberikan kasih sayang, belaian, pemerhatian dan bimbingan terhadap anak amat tinggi nilainya. Lebih-lebih lagi dalam tempoh kritikal sejak lahir hingga ke akil baligh, anak memerlukan tapak tabiat, perangai dan peribadi yang teguh dan kukuh supaya memiliki kekebalan bagi menghadapi cabaran negatif dalam perjalanan hidupnya.Asas inilah disebutkan Rasulullah SAW bahawa anak lahir dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapalah yang bakal menentukan arah tuju kehidupan anak.Anak hari ini secara fizikalnya amat aktif. Secara mindanya anak mempunyai naluri ingin bertanya yang tinggi. Anak memerlukan pujian dan apresiasi bila melakukan sesuatu yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan.Anak juga memerlukan contoh supaya hidupnya terbimbing. Apakah ibu memiliki kualiti ini dan sesuai pula dengan zaman. Pada hari ini anak terdedah dengan benda dan perkara mencabar dari dunia cetak dan elektronik.Rasa selesa dilalui kebanyakan keluarga menyebabkan anak muda mempunyai kecenderungan berfoya-foya. Rasa kesempitan ditanggung sesetengah keluarga menyebabkan anak terbiar dan terjebak dalam amalan salah guna dadah dan pergaulan bebas membawa kepada kerosakan akhlak. Minat anak muda dengan agenda hiburan dan suasana yang memberi ruang kepada pergaulan lepas bebas memang kuat. Contoh artis dan penyanyi di media elektronik dan cetak tidak mewakili watak yang santun, gerak geri tertib dan indah.Sebaliknya ‘idola’ yang menjadi pujaan ialah memiliki rambut tegak tidak terurus, pakaian mendedah menampakkan susuk dan pusat, pekikan suara yang sudah kehilangan harmoni dan kebingitan bunyi muzik memekakkan telinga.Keadaan seperti itu tidak membantu untuk melahirkan anak yang santun, tertib serta memiliki disiplin dan akhlak tinggi. Ia tidak menyumbang kepada pembinaan sahsiah contoh.Pemikiran anak seperti ini tidak akan berkembang. Mentaliti perbualan hanya kepada hal remeh sekitar gosip, kahwin cerai artis dan selebriti SMS. Anak dimatikan hatinya daripada memperlihatkan rasa malu, hormat, patuh kepada ibu bapa dan orang tua. Anak dirangsang minda dan nafsunya untuk menyunsung slogan ‘hidup muda remaja hanya sekali’.Dewasa ini, kita menghadapi krisis generasi. Ramai remaja yang sedang kehilangan arah dalam kehidupan dan mengalami kecelaruan membuat keputusan. Ada ramai di kalangan generasi muda tidak lagi merujuk kepada ibu untuk mendapatkan nasihat dan beralih kepada rakan sebaya untuk mendapat pedoman.Ramai di kalangan remaja yang tidak lagi mendengar cakap dan pedoman ibu dan tidak menjadikan ibu sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan atau pun tempat berkongsi masalah.Justeru, ibu perlu kembali kepada peranan asal sebagai pendidik awal kepada anak. Meniupkan obor kasih dan cinta sayang yang tak kunjung padam. Menjadi tempat rujukan anak di saat perlu.Sumber teladan terbaik membangun diri. Tempat meluahkan perasaan dan mencari suluh pedoman bila jiwa anak tertekan. Mampu membahagikan masa berkualiti untuk anak.

08 May 2007

ABUYA' -

ABUYA'
Meneliti irama kehidupan fana ini
Saat usia yang makin menunjah
Kerisauan dan kebimbanganMeliputi sanubari
Akan keimanan dan keilmuan
Bakal menjalur di hati zuriat kita
Telah kita hayati Al Hadis, Ali Imran,Luqmanul Hakim, Nasih Ulwan
Akan nasihat dan petua
Juga doa
Semoga zuriat kita
Mampu dan mendokong
Akhlak & semangat para Rasul, Sahabat dan anbia
Tercermin ADDIN didalam jiwa mereka
Sang putri ... kita hiasi mereka dgn semangat
Siti Khadijah RA menjadi lambang pengorbanan
Tanpa rasa cuak melepaskan harta demi agama
Siti Aishah (Humairaa) RA lambang ilmuan
Dirujuk oleh generasi hadapan
Siti Fatimah (Az Zahra) RA lambang ketaqwaan
Tanpa pikulan harta qarun menimbun
Rabiatul Adawiyah lambang pangabdian
Hati suci pada Allah SWT
Sang putra ... kita semaikan mereka dgn semangat
Rasulullah SAW lambang keperibadian Islam yang unggul
Pemimpin berakhlak sepanjang zaman
Abu Bakar As Siddiq lambang kesetiaan
Meperjuangan keagungan Islam tanpa balasan
Umar Al-Khattab lambang keberanian
Menegakkan panji Islam seraum sang singa
Syaidina Ali lambang kekuatan dan kesederhanaan
Menebarkan sayap Islam bergemuruh alam

Abuya'
Addin adalah pusaka untuk putra-putri kita
Agar lahir putra Aiyubi kedua
Agar lahir Putri Balqis berjiwa mulia
Menghidupkan kemalapan ADDIN di akhir zaman ini?

InsyaallahMAMA' 19 Thul Hijjah 1422