11 July 2013

Aku Budak Hostel - Ramadhan budak hostel

Berada di hostel pada bulan ramadhan merupakan satu saat yang memilukan. Hati asyik saja teringatkan hidangan-hidangan berbuka di rumah. Air tangan mak yang sentiasa membuka selera. 
suasana dewan makan tahun 1990
dah lawa dewan makan selepas 22 tahun

Menu di hostel sama saja cuma ada tambahan kueh dan kurma. Dan di ramadhan selalu Allahyarham Cikgu Ramli iaitu bekas pengetua Essemjay akan datang bebuka dengan para pelajar.
Berposing nak ke PARAM ke? he he he
Suasana beratur panjang dan suara-suara omel-omelan seolah terpampang didepan mata. Aspuri akan berbuka di dewan makan manakala aspura akan berbuka di bilik bacaan bersebelahan dengan bangunan aspura yang juga tidak jauh dari dewan makan.
Aspuri 1990
di sinilah lahirnua insan minda KELAS PERTAMA

Di ramadhan pelajar asrama dibenarkan untuk keluar membeli juadah di pasar ramadhan (PARAM). Macam-macam boleh dibeli antara yang menjadi kegemaran adalah laksa kilo. Laksa kilo?.

Laksa kilo adalah laksa yang dijual mengikut kiraan kilo bersama dengan timun, bawang, cabai melaka dan daun selom yang tidak dipotong sebaliknya kita akan D.I.Y di dorm.

Saat paling KO masa sahur. Dewan makan jauh bayangkanlah kena bangun di pagi hari terpaksa berjalan  dengan muka bangun tidur silap hari bulan ada aspura yg turut bersahur ....jadi aku selalunya cancel bersahur di dewan makan... ambik cerek panaskan air rendam maggi...ngapp ...ngapp...ngap itulah sahur budak hostel yang pemalas nak ke dewan makan. 
abang senior 22 years ago.....

me & my senior ..


Dan yang selalu aku ingat di ramadhan ini adalah abang senior yang meminjamkan pennya kepada kami di guard house untuk menulis nama di buku register untuk ke PARAM. Dek kerana pen itu sampai sekarang aku kena masak kepada abang senior itu. Si bongsu yang tak suka bersahur ini dah pun pandai bangun 4.00 pagi untuk masakan sahur buat abang senior itu.

Saat yang indah di hostel semasa ramadhan adalah solat terawih dan tazkirahnya. Tidak tergambar keindahannya dimana detik remaja yang disulam dengan pelbagai aktiviti santai kerohanian. Terima kasih kepada para warden yang menghidupkan jadual harian kami sebegitu. Hostel essemjay umpama madrasah aliran menengah yang memupuk kerinduan dan kecintaan kepada ilahi sehingga memberi kesan kepada diri hingga ke hari ini.

Alfatihah kepada Allahyarham Ustaz Husin - warden kami juga merangkap guru agama semoga roh ustaz berada dikalangan orang2 yg dilimpahi rahmah dan kasih sayang Allah SWT.


10 July 2013

Cara menghindarkan marah



Untuk menghindarkan marah atau panas baran. Kekalkan wuduk. Agak susah bagi rutin kita di ofis untuk kekal wuduk. Ustaz Abdullah Al Amin menyarankan agar guna spray tanpa perlu ke bilik air. Syarat Iman Syafie air mengalir.

catatan rakaman - Ustaz Muhammad bin Abdullah al-Amin

Rahsia Kebahagian RUMAHTANGGA - 3C

Pesona D'Zahra (Ustaz Muhammad bin Abdullah al-Amin).

Ketika dalam perjalanan kita mendirikan rumahtangga Allah SWT sebut dalam surah Rum Ayat 22.

 "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. " . (Ar Rum : 22).

Curi Hati

Ketika kita bertemu dgn jodoh biasanya hati menjadi senang dan tenang dan mudah dalam banyak perkara. Kalau cakap pun dah tak tengking2, mula mendengar cakap dan lebih bertimbang rasa. Orang tua2 sebut mencuri hati dan bahasa lain mengorat. Apabila sesorang itu telah berkahwin dan berakad nikah amat perlu sentiasa mengorat atau mencuti hati pasangan sebagaimana sebelum kahwin. Bukan mengorat suami atau isteri orang sebagaimana sebelum kahwin. Seseorang itu perlu lebih memahami pasangan. Bila pasangan bercerita cuba dengar dan fahami. Kita perlu contohi Rasulullah SAW dengan isteri seperti mandi bersama-sama dan bermain2 seperti berlumba lari. Dari ‘Aisyah r.a ia berkata:

“Saya dan Rasulullah pernah mandi bersama dengan satu bekas. (Kami bergantian menciduknya). Beliau sering mendahuluiku dalam menciduk sehingga aku mengatakan, “tinggalkanlah selebihnya untukku, selebihnya untukku!.
Seorang perawi yang lain berkata:Mereka berdua dalam keadaan junub”.

Rujukan:
[H/R Bukhari, Muslim dan Abu Awanah]. 


Dan Rasulullah SAW tahu bila Saiditina Aishah marah atau gembira kerana dia seorang yg amat memahami isterinya.  Kita pula sebagai isteri perlu juga lebih memahami dan mencuri hati suami. Curi hati sepanjang hayat bersama pasangan.

Colek Hati (Surprise)

Kejutan-kejutan yang dibuat oleh pasangan diluar rutin. Manusia ini sukakan perubahan.  Melakukan sesuatu yang bukan rutin. 

Misalnya beli hadiah. Rasulullah SAW selalu sebut tahaddu tahabbu ...berhadiah hadiahlah untuk kamu berkasih sayang. Selalu ucapkan perkataan terima kasih sebagai penghargaan kepada pasangan.  

“Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya” (HR. Abu Sa’id). 

Colek hati suami/isteri dengan kejutan yang bukan rutin. Melakukan perkara surprise kepada pasangan.

Memanggil pasangan dengan perkataan-perkataan yang indah sebagaimana panggilan Rasulullah SAW kepada isterinya dengan pangillan humairaa - merah, cute, comel. Ubah perkara kecil dalam rumahtangga. Misalnya ubah kedudukan perabut rumah.

Cari Hati

Dalam rumah tangga selalu ada pergaduhan dan pertengkaran. Pertengkaran kecil itu bagus untuk memahami. Perkahwinan merupakan penyatuan 2 individu yang perbezaan. Pertengkaran kecil adalah untuk menyatukan dan serasikan 2 individu ini. 

Bila ada berlaku pertengaran kita perlu cari balik hati. Cari hati melalui banyak perbincangan dan buka pintu kemaafan. Melupakan dan memaafkan merupakan 2 perkara yang berbeza. Cuba tegur dan bimbing pasangan dan jangan mengungkit kesilapan lalu pasangan. Bila marah carilah perkataan yang baik supaya tidak menyakiti hati pasangan.



 









03 July 2013

Tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam

Seorang teman di media sosial facebook telah membangkitkan mengenai tarikh-tarikh penting tahun Islam. Utuh difikiran ini cerita mak yang anak bongsunya ini lahir di bulan mengambang bulan 1, bulan melayu (orang tua2 dulu tak sebut bulan Islam bagi mereka melayu itu Islam)....masa org tengah kalut buat bubuq ashura. Cik ayang BB pula lahir di awal RabiulAwal, 9 bulan sebelum kelahiranku. Selalu dia cakap, "papa makan garam dulu tau dari mama....". 

Pssst sebenarnya kalau ikutkan kalendar hijri umur kita sebenarnya extra setahun. Lagi matang la macam tu....he he he bukan lagi tua.

Lupa sebenarnya tarikh2 Islam dan posting seorang teman di facebook tadi mengingatkan...oohhh rupanya aku kahwin awal bulan bulan Jamadil awal patut la mak & abah kalut nak tarikh ni sebab dia kata elok buat masa bula tengah naik (anak bongsu mak ni masa tu mana la paham bulan naik ka turun).

Orang melayu ni sensitivitinya kepada alam amat kuat. Pasang surut air laut. Deria mereka mudah merasai pergerakan angin monson dan bulan yang diterjemahkkan melalui bulan hijrah menjadi penentu membuat keputusan dalam kehidupan harian mereka.

Kemudian aku dan suami mempeolehi cahaya mata pertama pada awal bulan Safar di tahun berikutnya. Sama bulan kelahiran dengan abah. Perangai kakak yang outstanding macam abah. Minda terbuka. Sifat abah terserlah dalam diri kakak.

Al Khattab pula dilahirkan di awal bulan Jamadil Akhir. Abang agak pendiam. Namun peramah bila mulai rapat dengannya. Sifat papa banyak dalam diri abang ini. Seorang yang amat penyayang terutama dengan adik-adiknya.

Alang Humairaa. Sicilik yang papa namakan sempena nama panggilan Rasulullah SAW kepada Saiditina Aishah. Cilik yang berjalan diusia 7 bulan dan amat aktif. Mulutnya petah dan mudah mesra. Sifat yang menyamai Tok Manis iaitu mertua.Empatinya kepada orang lain amat tinggi. Alang lahir pada awal Rejab.

Di awal rejab juga 5 tahun berikutnya kami mempeolehi cahaya mata ke 4 iaitu As Siddiq. Seorang yang amat penyabar dan mudah dibawa berunding. Dari kecil dia amat cool langsung tidak pernah mengamuk. Bila sedih dan marah, mama suka melihat wajah anak ini. Tenang hati.

Bersamaan tarikh kahwin mama papa lahir pula si kecil Al Waleed di awal JamadilAwal 1433. Kita tidak pernah merancang Allah SWT yang menentukan kehidupan kita di maya ini. 

Amat perlu sebagai muslim kita mengambil berat tarikh-tarikh hijrah. Kita kan orang Islam. Pesan pada diri yang selalu ralit.

Hijri converted link inilah yang membolehkan kita menukar tarikh masehi ke hijri kemudian ctrl S dalam kepala. Ingat tarikh tahun Islam pulak.