28 February 2012

Jelaskan Mana Halal dan Haram Kepada Anak


Setiap ibu bapa muslim pasti menyimpan impian agar anak-anak mereka menjadi anak yang soleh. Namun sekadar impian tidak memungkinkan seorang anak itu dapat dibentuk menjadi soleh jika tidak disertai dengan kerja keras para ibu bapa sendiri dalam menanamkan addin (cara hidup ialam) dalam diri sendiri kemudiannya ditembuskan kedalam diri anak-anak. Anak2 bukan saja perlu dididik mengenai kefarduan dan keperluan Rukun Islam dan Rukun Iman malah dizaman ini kita perlu mendidik anak peri pentingkan halal dalam sumber makanan harian juga sumber bacaan supaya hati anak2 kita mudah terdorong dalam melalukan kehambaan kepada Allah SWT

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri & zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 74)

Sabda Nabi saw :

Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). (HR. Bukhari)

Anak jika dididik, ditanam betul-betul dengan kefahaman yang jelas akan erti Islam yang dianuti ini, dibimbingnya dengan cara Islam yang lengkap. Tahu mana Halal Haramnya, mana Perintah & Laranganya. Dinilai sama soal Dosa & Pahala, dijelaskan akan benarnya Kematian, benarnya Hari pembalasan, akan dasyatnya Siksaan Neraka dan Nikmatnya kehidupan Syurga kelak. Insya’ Allah akan dapat menyelamatkannya dari terbabit dengan masalah gejala sosial yang amat parah melanda hari ini.

Diajarnya Al-Quran, kenal Allah & Rasulnya. Seterusnya akhlak, pertuturan yang baik dan beradab sentiasa dipamerkan. Rumah dihiasi dengan bacaan Al-quran, Zikir-Zikir & Ceramah-Ceramah Agama. Andai tidak berkesempatan hantarlah ke pusat-pusat Pengajian Islam. Ianya wajib dijelaskan atas tiap-tiap individu Muslim. Tak salah jika ilmu kedoktoran, engineering, management, multimedia dan sebagainya dihasyratkan. Namun dalam masa yang sama kewajipan Ilmu agama perlu dipelajari, difahami sejelasnya. Agar mereka tahu akan kewajipan seorang Hamba. Kerana ianya ada hubungan dengan kehidupan Akhirat kelak.

Namun Hari ini sebahagian masyarakat kita, anak-anak mereka didik cara hidupnya jauh dari cara hidup yang disuruh Islam. Diasuhnya kasih pada Artis-artis, pelakon, penyanyi. Dibawanya ke tempat-tempat hiburan yang melanggar Ketetapan Allah & Rasulnya. Dibiasakan hidup tanpa mengenal soal Halal Haram.

Hari ini macam-macam rancangan Hiburan reality Tv diterbitkan. Antaranya Idola Kecil. Rancangan yang merosakkan lagi fahaman kanak-kanak tentang Islam. Yang menjerumuskan lagi pada perkara-perkara mungkar. Soal Aurat, Pergaulan, Dosa Pahala, Halal Haram tidak diendahkan. Fikrah masyarakat sudak rosak. Sehingga menangis Ibu Bapanya melihat kesungguhan anaknya. (Nauzubillah minzaalik)

* Dibelakang sana adanya golongan yang sentiasa cuba untuk menyesatkan, melalaikan Manusia. Mereka menggalakkan pintu-pintu kemaksiatan diajaja. Menyekat pintu-pintu kebaikan dari dibuka. Dan disana jua adanya golongan yang terus Istiqomah untuk terus mempertahankan, melaksanakan Islam, menyeru Manusia ke jalan diredaiNya, sentiasa memberi peringatan atas kelalaian manusia.

* Islam adalah agama Allah. Firman Allah swt :

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”. (Al- Baqarah 138)

* Walaupun kita keseorangan sibuk untuk beramal, melaksanakan, mengambil berat soal cara Hidup Islam, disamping orang lain sibuk mengejar kenikmatan Dunia tanpa menghiraukan ketetapan Allah. Ia tidak sekali-kali melemahkan Allah. Allah swt itu Maha Kuat. Ia jua tidak melemahkan iman kita, janganlah berputus asa. Yakinlah akan benarnya janji-janji Allah swt.

Kita semua sememangnya menginginkan anak-anak kita menjadi manusia yang berguna, taat pada perintah Allah & Rasulnya, tidak derhaka pada Orang Tuanya dan menjauhi segala perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya. Maka tidak dapat tidak perlunya jua untuk kita mendidik mereka dengan acuan cara hidup yang telah digariskan Islam, segalanya untuk kebahagiaan Hidup Dunia & Akhirat. Jauhilah didikan cara hidup yang tidak disaksikan sama kehendak Allah & Rasulnya. kelak kita juga yang susah.

Luqman Al-Hakim telah menasihatkan anaknya sebagaimana yang telah diceritakan dalam Al-Quran :

Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (Luqman 17)

Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus (ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya) lagi Maha Mengetahui. (Luqman 16)

* Akhirnya sama-sama kita renungi Firman Allah swt :

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah. (Luqman 33)

Sabda Nabi saw :

Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga, Sedekah Jariah, Ilmu yang Berguna dan Anak yang Soleh yang Mendoakannya. (Hr Muslim)

* Sama2 kita berusaha memperbaikinya. Saling mengingatkan sama keluarga, sanak saudara dan masyarakat Amnya

27 February 2012

Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah

Hari sabtu aku menurunkan semua gambar2 anak2 yang kugantung apabila ada ustaz menyatakan ianya haram. Takut dan risau aku tak nak dek terkejar dengan keadaan semasa aku dan keluarga terjerumus dalam lingkungan dosa. AlKhattab bertanya mengapa mama turunkan semua gambar ..... aku memberinya jawapan yang sama, pagi ini aku mendapat jawapan drp Ustaz Nor Amin   

Alhamdilillah.

Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya

25 February 2012

Anak Abah atau Mak

Anak abah. Itulah gelaran teman padaku. Sebenarnya aku rapat dengan mak ataupun abah. Sama saja antara keduanya. Mak banyak memberi panduan mengenai kesabaran dan ketabahan dan abah pula banyak memberi kebebasan padaku untuk meneroka dunia luar. Teringat kedua mereka dan kerap mereka menelefon hanya hendak melayan celoteh sikecik As Siddiq.

Mat Siddiq panggilan abah kepada sikecik yang petah ini....disebelahnya anak abg Dul yg kupanggil Bella.
Ada antara teman-teman ku agak pelik bila aku bersembang ramah dengan abah. "Abah kau sportingnya...susah aku nak bercakap dengan abah aku macam tu" beritahu teman. Bagi aku sama saja abah atau emak. Jika tidak puas hati kepada kedua-duanya aku luahkan rasa itu. kedua-dua mereka ada kelebihan tersendiri walaupun mereka berada ditengah sawah di utara sana namun mereka kuat membaca tidak gemar menonton TV seperti sesetengah orang tua kini. Sisa-sa tua mreka dihabiskan dengan beribadah, membaca al quran dan kitab2 agama. Apapun aku bertuah menjadi anak kepada keduanya banyak sifat mereka ada dalam diriku. Abah & mak yang mengajar aku menjadi insan. kedua-duanya yang membentuk aku sebagaimana aku kini. Banyak teguran dan panduan kedua mereka kugunapakai dalam mendidik anak-anakku kini. Semoga Allah SWT membahagiakan abah & mak dunia & akhirat.

24 February 2012

Aku menulis bukan kerna nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Di atas adalah lirik lagu Bukan Kerna Nama antara lagu yang menjadi siulan mindaku selain lagu Man Bai Kau Ilhamku he he he. "Mengapa menulis diblog tanya incik B"...sebenarnya kita tidak tahu adakah esok kita masih ada di alam ini jadi tulisan-tulisan ini bakal dibaca oleh anak2 dan generasi seterusnya andai aku sudah tiada. Pesanan-pesanan buat anak2 ada tertulis di sini supaya mereka sentiasa ingat dan tidak melampaui batasan sebagai insan yang bergelar muslim.

Dengan menulis aku boleh menyampaikan isi hati yang kadang kala tidak dapat diluahkan melalui kata-kata. Membaca dan menulis mempunyai hubungan yang amat erat. Orang yang suka membaca akan minat menulis...minda sentisa minta diisi dan adakalanya perlu diluahkan melalui penulisan.

Kata teman ...menulis kadang kala dipengaruhi oleh mood ...mungkin ada betulnya. Bila menulis jiwa kita akan meresapinya...tulisan kita akan mempamerkan rasa marah, kecewa, hiba, gembira, syukur dan redho berkadar langsung dengan suhu jiwa dan hati kita. Tetapi sebagai insan yang Allah SWT kurniakan akal rasanya kita mampu menyekat suhu panas dari mengalir ke dalam penulisan kita ...ya ianya bukan perkara mudah namun kematangan dek pengalaman membolehkan kita berperilaku sebegitu.

Welcome Back Sifu


Welcome back my sifu  ....aku gelarnya sifu kerana dialah yang membawaku ke dunia blog ini. Kami kenal melalui group Relexjap kemuadian diikuti dengan pertemuan2 yang mana telah membuatkan ikatan antara kami akrab dan dalam masa yang sama aku mengagumi kekuatan dalamnnya. Aku, sifu dan seorang lagi teman takala itu bersama2 melakukan kerja sukarela berhadapan dengan pihak pemaju dalam usaha supaya rumah yang kami beli pada tahun 1999 disiapkan. Kami bersama-sama beberapa lagi teman yang turut menjadi mangsa kerakusan pemaju akhirnya berjaya mendesak pihak pemaju menyiapkan kediaman yang kami duduki hingga ke hari ini. Dari saat itu aku banyak belajar sifat setia kawan, semangat sukarelawan malah mengenalkan kami pada tong-tong kosong yang hanya kuat berbunyi.

Bagiku setiap insan disekeliling kita mempunyai sifat positive tersendiri. Dan semua insan ada kebaikan tersendiri. Yang pasti kita perlu positive dengan persekitaran kita dan ianya akan mempengaruhi keseluruhan hidup kita.



Bahagia itu di tangan kita

Saudara mara dan handai taulan adalah insan yang akan membuatkan hidup kita ceria dan bahagia. Semuanya pilihan terletak ditangan kita samada kita mahu memilih untuk menyendiri ataupun menikmati hidup hari ini selagi kita bernafas.

Jarak umur yang jauh dari abang dan kakak membuatkan aku sering kesunyian semasa kecilku ditambah pula rumah abah ditengah sawah dan agak jauh jaraknya dari rumah sepupu yang lain. Usia kecilku banyak ditemani oleh Det iaitu kucing liar yang akhirnya dapat dijinakkan dan seekor ikan keli yang ada didalam telaga. Aku pun tidak tahu dari mana datangnya keli itu, secara tiba2 suatu hari aku nampak kelibat keli itu dan bermula hari itu aku mulai berada di tepian telaga memberi belalang untuk di makan oleh keli.

Laman abah yang sepi akan riuh rendah apabila abang2 dan kakak2 pulang bercuti terutama di hari raya. Itulah antara faktor mengapa aku amat menyukai bila ada pertemuan beramai2 antara adik beradik. Indah sungguh suasana tu.

Anak2 telah aku dan suami biasakan dengan interaksi sosial. Mereka telah biasa bila berada ditengah2 kelompok yang ramai malah suasana itu yang membuatkan diri merasa amat bahagia.

Pilihan mahu bahagia atau tidak terletak di dalam diri kita. Kitalah penentu kebahagian kita pada hari ini usah ditoleh kesuraman semalam.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.



23 February 2012

My pregnancy week 33

My pregnancy week 33....sebenarnya letih berbanding pregnancy terdahulu. Kaki membengkak mcm kena sakit untot. Semalam jam 3.48 aku tersedar sebenarnya sekarang aku kerap terjaga malam dan membuatkan siang hariku mengantuk. Cuma syukur masalah krem hampir tiada. Lasak masih ditahap sama mungkin disebabkan rutin kerja yang memerlukan aku kelihatan sebegitu cuma sekarang anak2 dah besar dan semua mereka adalah anugerah yang amat indah pandai berdikari.

Ingat x dapat nak panjat bukit tu nampak curam
 

walaupun org terakhir sampai namun berjaya juga habiskan jugle tracking ni

Allah SWT permudahkan dan lapangkan kehidupan kita dalam pelbagai cara. Kakak, abang dan alang pandai menguruskan diri mereka. Kain baju saja dibasuh oleh maid dari jepun manakala operasi yang lain seperti penyimpanan sampailah iron mereka lakukan sendiri. Teringat pesan mertua didik anak jangan sampai mereka menyusahkan kita di hari tua. Aku pegang kata2 mertua yelah melihat peribadi suami yang amat ringan tangan & amat menghormati orang tua itu membuatkan aku amat berterima kasih kepada insan yang mendidiknya itu. Terima kasih juga buat aruah Pak Ngah & Mak Ngah yang membentuk peribadi remaja suami sebagaimana dia sekarang.
teman di sebelah kiri juga pregnant due bulan 5 sebelah kanan coming soon kut he he he

Lagi 7 minggu ke tarikh due date ....penat dan letih namun sabar menanti ahli keluarga baru. Semoga Allah SWT mempermudahkan kelahiran kali ini. Kematangan As Siddiq membuatkan aku terpegun.....Alhamdulillah itulah yg dikatakan bila kita selalu ingat Allah SWT maka dia akan permudahkan jalan2 kita.Mendengar cerita pilu teman2 membuatkan diri ini bermuhasabah....bak kata anak dara sulung, "mama, sebenarnya kalau kita susah ada lagi yg lebih susah dari kita kan". Kegembiraan akan bersama2 kita jika kita menginginkannya ....buat teman2 opis dan jiran2 aka ahli kelab CAJK yg sentiasa membuatkan hati ini ceria jazakallah.

Mummy2 pregnant menjadi pengapit ....Ooooopsss whos next...tara




22 February 2012

Cinta Monyet anak sekolah

"Mama, kawan kakak AA dah putus ngan couple dia", cerita kakak sebagai masuk dalam kereta. Bla bla bla. Mama mendengar dengan teliti. "Belum masanya lagi dan masih muda lagi nak ligan cintan cintun ni kak", jelasku sebaik saja anak dara sulungku menghabiskan ceritanya. Apa saja dikongsi bersama dan aku akan memberi pendapat. "Nanti di luar sana ramai lagi lelaki yang lebih baik dan lebih hebat menanti...ingat pesan mama, "lelaki baik hanya untuk perempuan yang baik"", sambungku lagi.
Doa pohon agar kita diketemukan dengan jodoh yang mampu menjadi imam dan khalifah buat keluarga kita.
"Tapi mama, ada perempuan yang baik ttp dapat lelaki yang tidak baik dan sebaliknya macam yang selalu kita tengok lani", kakak meluahkan pendapatnya.
"Kalaulah terjadi macam tu ianya adalah ujian dari Allah SWT kepadanya, hanya insan2 terpilih diuji dengan ujian sebegini", jawapku.


Sejuk hati Mama

Semalam semasa di meja makan,

Mama: "andai Rasulullah SAW mai rumah kita malam ni sahih dia sedih"
Khattab: "kita kena la selalu berselawat kepada nabi kita"
Mama: "yer ke berselawat mama tgok ada org tu siap print lirik lagu western....dlm bilik menyanyi2..tu bukan bukan budaya Islam tau, frust Rasulullah tau kalau dia mai kita dok kinja2 menyanyi lagu2 wastern mcm tu".
Kakak: "mana ada kakak nyanyi kakak print saja".
Mama: "daripada kita buat benda yang tak berfaedah lebih baik kita ikut sunnah Rasul, bangun pagi baca Quran, lepas solat baca Quran ....kita boleh kuatkan iman dan kita jaga Allah SWT pasti Dia akan menjaga kita".

Bangun pagi tadi selepas subuh kelihatan AlKhattab tengah membaca alquran. Itulah kelebihan hero sulung ini ....hatinya dekat dengan kalimah Allah SWT dan itulah yang selalu diperkatakan oleh ustaz dan ustazahnya. Sejuk hati mama bila tengok Alkhattab secara sukarela mengajar As Siddiq membaca iqrak.

Khattab: "Siddiq mai baca kat mama".
As Siddiq: "aa baa aa baa aa aa...dengan petah sekali"
Mama: "cepatnya adik boleh.....pandai", aku berseloloh ala Ustaz Don iaitu ustaz idola Al Khattab.

Incik B tersenyum dari jauh melihat keletah anak2. Sejuk hati mama melihat kelapangan yang Allah SWT berikan ni.

Berdoa dan terus berdoa dan ianya merupakan senjata mukmin. Setiap anak itu ada kelebihannya.....

21 February 2012

Kahwin Pun Penuh Dosa,Macam Mana Nak Tarik Isteri Masuk Syurga?


Sebenarnya artikel ni aku dapat drp email yg cik B send ....apapun syukur dalam perkahwinan kami tak ada unsur-unsur yang disebutkan dibawah walaubagaimanapun kena ambik noted juga untuk anak2 di masa depan supaya tidak ada unsur2 yg boleh menjadi penyebab dosa dlm sesuatu perkahwinan

Bagaimana kita nak bahagia kalau ikatan perkahwinan kita sejak mula lagi dipenuhi dengan benda2 yang sesat dan salah? Kat bawah ni aku senaraikan benda2 yang aku nampak (dan ada yang aku dah terbuat) yang jelas salah dari segi permintaan agama.

1. Bab balas membalas hantaran

Lelaki bagi 3, perempuan kena bagi 5. Lelaki bagi 7,perempuan kena bagi 9...perempuan mesti bagi lebih. Apa benda tu? Mana datangnya kepercayaan sesat dan karut ni? Kalau nak bagi hadiah, bagi, kalau mampu bagi banyak, bagi tak mampu jangan paksa. Jangan sampai satu pihak terpaksa buat loan bank semata-mata nak penuhi syarat sesat camni. Ikut kepercayaan bodoh orang Melayu..nombor genap memberikan nasib yang tidak elok,sebab tu pakai nombor ganjil...bodooooo...jangan ikut. Kalau mampu 4,bagi empat. Kalau mampu bagi 28, bagi 28.

2. Duit hantaran

Makin tinggi pendidikan anak gadis, makin mahal lah hantaran yang perlu dibayar. Ini selalunya golongan mak2 lah yang kisah benar, tak nak malu dengan orang kampung. Siap banding-banding lagi..tak nak kalah dengan jiran.Yang bapaknya selalu tak kisah..tapi mak dialah yang selalu menang argument tu. Benda ni hadiah aje....kalau bakal pengantin lelaki kata "saya tak nak bagi la sebab takde pun dalam rukun nikah.." camne? Nak tuduh dia kurang ajar tak boleh...........dia betul.

3. Sebelum kahwin dah membazir

Di sini lah selalunya yang paling obvious.Selalunya yang terbeban,mak bapak atau bakal suami. Anak perempuan mintak kenduri dia grand-grand,nak kena ada itu ini,nak kena jadi macam puteri raja.Kalau mak bapak dia jenis orang susah,selalunya parents akan guna duit hantaran untuk buat kenduri. Kalau duit tak cukup,beban dah jatuh dekat bakal suami.Semua sebab nak pastikan majlis tu gilang gemilang.Bakal suami pun terpaksa la bekerja keras siang-siang dan jual burger malam-malam...kerja macam orang gila setahun dua....hasilnya pakai untuk sehari,dua hari...lepas kahwin,rumah sewa...peti ais pun tak ada.

4. Bersanding

Dan berbanggalah sang suami mempamerkan isterinya yang sudah jadi hak miliknya kepada semua tetamu,lihatlah isteriku,lihatlah dia,cantikkan dia?Dia milik aku kini,kecantikannya bukan hanya untuk aku seorang...gembiranya aku kerana dapat berkongsi kecantikan isteri ku bersama kalian semua.

5. Merenjis dan bertepung tawar

Ini budaya agama Hindu.... jangan sesekali buat.Menghampiri syirik benda ni sebab tujuan asal dia adalah sebuah cleansing ceremony untuk orang Hindu.

6. Berinai di lengan

Nak pakai inai..pakai..tapi hanya boleh dihujung jari.Itu aje boleh ikut agama.Yang kau pegi buat corak-corak kerawang,corak daun,corak batik sampai dekat lengan tu apa pasal?Berdosa tu sebab anda cuba menyerupai budaya agama Hindu lagi sekali.Keperluan agama dia,biar dia buat..kita jangan amalkan.

7. Karaoke

Majlis kahwin mana tak sah kalau takde karaoke.Yang lagi best,DJ panggil pengantin suruh nyanyi...tambah lagi kesalahan kat situ.Aku ada tulis respon komen..."Perempuan baca Al-Quran dekat Tilawah suara merdu lunak2 pun haram ni lagi la nak menyanyi.."

8. Cukur kening

Kalau gadis2 yang selama ni tak pernah cukur kening,ni lah masanya dia kena decide...nak jadi lagi lawa dan tambah dosa atau nak maintain macam biasa dan tak nak dosa.Kebanyakannya anggap ni lah masanya dia nak wajah dia jadi perfect,jadi merelakanlah kening dicukur oleh tukang make up pondan.Disentuh lelaki tak kiralah dia pondan ke tidak..tu dah jadi satu lagi benda salah.

9. Baju ketat dan berkain jarang

Baju kahwin nampak macam dah tutup aurat..tapi tengok betul2 eh,ketat..nampak cutting badan.Tengok lama2 sket lagi...aiseh..nampak lengan...padahal sebelum tu tak pernah pun pakai baju yang nampak lengan.Kahwin punya pasal...takdehal...sehari aje....bukan selalu...esok tutup la balik lengan.Trend punya pasal...kalau kau pegi kedai,tanya ada tak baju2 yang longgar,tak ikut shape..jawapan dia mudah,"Eh!Tak lawa la baju camtu dik! Kahwin ni kena cantik2!" Cerita benar.....aku dah kena.....Baju longgar = Tak cantik...Melayu punya otak...

10. Perhiasan lelaki

Kalau tengok baju songket,mesti ada rantai2 dan tah hapa2 benda lagi tah yang kena pakai.Apa relevannya keris,rantai dan tengkolok dengan majlis perkawinan ikut upacara Islam?
Apa pasal bila kahwin lelaki kena pakai rantai?

11. Budaya photographer

Aku dah tulis pasal budaya pre-wedding dulu.Kali ni,aku hanya nak sebut sikit aje...aku jarang jumpa photographer perempuan,kecuali seorang dua yang famous.Jadi bila aku belek2 sample album wedding yang member aku buat (aku ramai kawan yang buat benda ni) mesti ada shot tengah make up.Tengah tak pakai tudung.Bila aku tanya member aku,"macam mana groom dia bagi kau masuk ambik gambar bride tengah make up?" Member aku kata pengantin lelaki selamba aje bagi permission.Aku yang tengok album tu dah kongsi salah,photographer tu dah kongsi..yang tanggung beratnya,suami tadi la.Dia bagi...itupun kalau dah nikah.Kalau tak nikah lagi?Abah kau lah tanggung.

12. Budaya proposal

Aku tengok sekarang makin ramai orang Melayu yang dok terikut-ikut style orang putih buat proposal dekat gelfren.Kalau jadi depan aku masa aku tengah makan,aku baling dengan gelas kalau kau Melayu.Kita mana ada proposal2 ni...kau nak kahwin..gi tanya bapak dia.Bapak dia kata ok,baru kau tanya dia,"Will U marry me?"

13. Upacara membatalkan air semayang

Apakah relevannya?Tunjuk dekat public supaya orang ramai tengok "oohh...tengok la tengok,aku nak sentuh tangan isteri aku first time ni..tengok tengok la.." ....itupun kalau first time pegang la.....kalau dah biasa pegang2...."ooh..tengok la..tengok la...aku takde rasa apa2 pun pegang tangan wife aku ni sebab sebelum ni dah biasa pegang...kagum la....snap la gambar kitorang tengah berlakon suci ni..."
..............
Masyarakat kita sekarang,adat dengan adab tu dah bercampur gaul,sampai tak tau apa beza dia,mana satu kena ikut,mana satu kena tinggal.Kadang-kadang oleh kerana restrictions adat Melayu yang karut dan tahyul tu la yang menyusahkan pasangan Islam ni nak kahwin.Daripada simple,jadi complicated,daripada sangat affordable...jadi sesuatu yang membebankan pasangan sehingga ke hari tua.

Semua pasangan yang dah berkahwin pasti nak tak nak ada jugak terpikul beban kesalahan ikut senarai di atas,sama ada dari segi material atau dari segi spiritual.

Macam mana kita tak bercerai berai kalau sejak dari mula kita kahwin,kita dah mulakan dengan buat bermacam jenis benda yang go against agama?Sebelum kita terlambat...apa kata kita cuba tinggalkan benda2 karut marut ni dan buat apa yang perlu dan wajib sahaja.

Bagus anak perempuan bersuami cepat
Daripada dok berdating merata tempat.
Karang ada budak lelaki rembat,
Baru gelabah seluar anak jadi sendat

Sambutlah menantu sekadar mampu,
Agar bahagia ke anak cucu,
Macam mana laki kau tak jadi kutu?
Beribu habis dapatnya hantu

Yang laki pulak terikut setan
Belum kahwin dah bengong setandan
Selalu sangat layan 3GP Melayu
Bakal mertua dipanggil "daddyku!"

Kita ada peluang nak membetulkan kesilapan mak bapak,datuk nenek kita.
Gunakanlah peluang tu sebaiknya.
Aku tau apa yang aku tulis ni ada orang yang tak peduli
langsung sebab ada istilah orang putih

"Whatever the bride wants,she gets it.."

....tapi kita bukan orang putih.

Orang putih banyak duit.Gaji $2500 kereta $12,000.
Orang kita gaji RM2500,kereta RM48,000.



20 February 2012

Adab Dalam Pergaulan



Cintailah Allah takutilah Dia, kasihilah sesama manusia

Maaf-bermaafan sesama jadikan budaya

Yang miskin dibantu yang kaya membantu

Rasa bersama dan bekerjasama perlu ada

Bertolak ansur di dalam pergaulan mestilah ada

Bertolong bantu sesama bertolak ansur di dalam kehidupan

Ziarah-menziarahi waktu perlu jangan ditinggalkan

Ia adalah di antara rukun masyarakat manusia

Tinggalkan sombong, mencari nama dan glamor

Kerana ia dilarang oleh Allah Tuhan kita

Orang benci, orang tidak suka, orang mengata

Hanya tersinggung, boleh membawa renggang sesama manusia

Jauhilah dosa dan noda yang membawa ke Neraka

Tuhan benci, Tuhan murka manusia juga tidak suka

Buat baiklah sesama manusia sedaya upaya

Kerana itu boleh membawa kasih sayang dan mesra

Aib orang jangan dibuka bahkan ditutup

Ia adalah satu sifat yang mulia lagi disuka

Menutup aib orang Tuhan akan menutup aib kita

Begitulah Tuhan menyuruh menutup aib sesama manusia

Amanah buat seorang yang bernama Ibu

Dulu ibu pernah bercerita mengenai wanita pilihan abang yg dotolak oleh Tok Cah ..alasan Tok Cah sifat ibu wanita pilihan abang tersebut yang kurang elok memungkinkan mempengaruhi anak perempuannya. Kemudian aku mendengar cerita yang sama di pihak tok mertua. Begitu teliti orang dahulu dalam membuat pemilihan calon menantu bukan seperti orang sekarang.

Ibu adalah cermin kepada seorang anak. Sifat ibu akan mempengaruhi diri anak dibawah jagaannya. Peliharailah akhlak dan peribadi kita supaya anak2 yang lahir dan dididik dibawah jagaan kita menjadi penyejuk hati. Senang hati dan tenang jiwa bila anak2 solat tanpa disuruh dan mengambil taksir membacanya.....bukan mudah hendak melentur buluh ianya perlu diasuh dari diri sendiri. Terima kasih mak kerana telah menanamkan satu sifat ini dalam diri.....Usah diberikan tanggungjawab mendidik anak kepada orang lain terutama kepada ibu bapa atau mertua kerana mereka sudah letih dan penat berilah peluang kepada mereka untuk merehatkan diri dan minda juga fokus mereka kepada Allah SWT.

Usahlah kita menjadi sebagaimana ibu haiwan hanya mampu melahirkan dan memberi makan....itulah yang membezakan manusia dan haiwan.

a. Seorang ibu bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak dantanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap anak-anak ialah

1. Menguatkan dan menyuburkan tubuh anak-anak dengan makanan yang halal.
2. Menyuburkan tubuh mereka dengan riadhah.
3. Menghindarkan mereka dari segala bahaya.
4. Mengawal kecenderungan anak-anak.
5. Menanam keimanan yang tepat dan menyuburkan jiwa dengannya.
6. Memberi tunjuk ajar mengenai ilmu-ilmu adab dan menambahkan minat dalampelajaran.
7. Biasakan mereka dengan akhlak dan perangai yang terpuji.
8. Mengajar mereka cara berhadapan dengan semua lapisan masyarakat.
9. Ajar mereka supaya menghormati ayahnya.
10. Didik mereka supaya menghormati gurunya.
11. Tanamkam rasa cinta teradap peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluargaserta sahabat-sahabat baginda dan pejuang-pejuang kebenaran agar berjiwabesar.
12. Ajari mereka akan Al Quran dan tanamkan rasa cinta kepadanya.
13. Lalui hidup mereka dengan cara hidup Islam tanpa ada sebarang penyerupaan dengan cara jahiliyah dan kafir.
14. Tanamkan cita-cita untuk hidup dan mati dalam berbakti kepada Allah sebagai pejuang dan menjadi sebuah anggota masyarakat yang baik.
b. Pengasuh anak-anak .
c. Pentarbiah.

Didikan anak-anak terhimpun di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Didiklah anak dengan tiga perkara:

1. Cintakan Rasulullah SAW
2. Cintakan keluarga dan sahabat baginda.
3. Selalu membaca Al Quran."

HAK SEORANG IBU TERHADAP ANAK


1. Membantu anak-anak dalam kebaikan dan kepentingan mereka.
2. Tidak memberati mereka melakukan kebaikan lebih dari kemampuan dan kesanggupan mereka.
3. Jangan mengabaikan mereka dikala mereka kurang berminat melakukan sesuatu yang disuruh.
4. Tidak menghalangi mereka dari mematuhi perintah Allah.
5. Jangan mengungkit-ungkit tentang pemeliharaan dan pendidikan ke atas anak-anak. Ibu yang baik tidak akan mengungkit2 atas apa pengorbanannya


17 February 2012

Bersangka baik Sesama Insan

Setiap kali didatangi dengan cerita negatif aku cuba bertenang dari situ aku akan mencari sumber bacaan yang boleh membuatkan jiwaku tenang dan sentiasa positif dengan apa sahaja di sekelilingku. Aku bukan lagi aku dahulu apabila didatang perkara yang sama menjadi bingung dan sedikit murung. Hampir 3 tahun berlalu rapatnya diri dengan ayat2 yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW membuatkan jiwa lebih tenang, bahagia dan positif. Apa yang penting aku lebih bersabar dari dulu dan aku lebih mudah memaafkan insan lain kerna kutahu aku bukan sesiapa di alam fana ini aku hanya hamba kerdil.

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH

09 February 2012

Pedoman buat isteri yang suka mengungkit

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

Kadang-kadang kita berkata bahawa kita sering bersyukur kepada-Nya tetapi kerap juga dalam kata-kata itu, kita masih kufur nikmat. Anehkah? Ya, mungkin jika ini pertama kali kita mendengarnya, tetapi tidak aneh seandainya kita sudah tahu apa yang dimaksudkan. Allah SWT memberi kita rezeki dan daripada rezeki itu, kita pula harus wajib menunaikan tanggungjawab kita terhadap keluarga. Misalan yang mudah untuk kita fahami adalah, apabila kita mendapat gaji ketika hujung bulan, maka selepas itu kita menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga dengan membeli keperluan keluarga.

Masalah timbul adalah ketika berlaku perselisihan dalam keluarga, maka mungkin ada di antara kita tanpa sedar mengungkit setiap duit yang dikeluarkan. Walhal mungkin mereka lupa yang duit itu merupakan satu tanggungjawab yang TIDAK BOLEH diungkit. Mengungkit tanggungjawab merupakan satu perkara JELIK yang perlu dijauhi dalam keluarga kerana yang mendengar mungkin diam, namun hatinya seperti ditusuk duri yang tajam. Menunaikan tanggungjawab memang indah ibarat sekuntum mawar yang sering mendapat perhatian dan pujian tetapi awas durinya juga tajam dan mengungkit adalah duri yang tajam yang sering kali meninggalkan bekas.

Apabila kita mengungkit sesuatu yang sebenarnya tanggungjawab kita, ini bermakna, tanpa kita sedari, sebenarnya kita tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Mengapa dikatakan begitu? Kerana Allah SWT mengurniakan rezeki untuk memudahkan kita menunaikan tanggungjawab akan tetapi jika kita mengungkit tanggungjawab kita di kemudian hari, bukankah kita juga secara tidak langsung mempertikaikan keberadaan rezeki yang kita perolehi miliki?

Orang tua-tua selalu berpesan, “Orang yang suka mengungkit, lambat laun rezekinya sempit”. Jika kita perhatikan carta kehidupan manusia, memang ungkapan ini ada kebenarannya. Rezeki bukan hanya bermaksud wang ringgit, boleh jadi kehidupannya sempit akibat pelbagai permasalahan lain.

Kisah Nabi Ibrahim a.s. menguji menantu

Anda tentu pernah mendengar pengalaman Nabi Ibrahim a.s. yang menziarahi rumah anaknya Nabi Ismail a.s. ketika baginda sampai ke rumah anaknya. Bagi yang tidak pernah mendengar atau membacanya, saya kongsikan di sini.

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim a.s. datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya, Nabi Ismail a.s. Ketika Nabi Ibrahim sampai di rumah Nabi Ismail, kebetulan anaknya tiada di rumah, sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu Nabi Ibrahim. Lalu bertanyalah Nabi Ibrahim a.s. kepada isteri Nabi Ismail yang belum dikenalinya ketika itu, “Siapakah kamu?” Maka jawab isteri itu, “Aku isteri Ismail.” Kemudian Nabi Ibrahim a.s. bertanya lagi, “Di manakah suamimu, Ismail?” Isteri Nabi Ismail a.s. memberitahu yang suaminya sedang pergi berburu. Lantaran itu Nabi Ibrahim bertanyakan pula keadaan kehidupan mereka sekarang, lalu dijawab terus oleh menantunya dengan keluhan, “Kami semua dalam kesempitan dan tidak pernah senang dan lapang.” Nabi Ibrahim bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?” Jawab isteri Nabi Ismail, “Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman.”

Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh isteri Nabi Ismail, maka maka Nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama Nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu. Sebelum bertolak pulang Nabi Ibrahim pun meminta untuk disampaikan salamnya kepada Nabi Ismail, “Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya.”

Sebaik sahaja Nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah Nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya, “Adakah seseorang datang menziarahimu?” Jawab isterinya, “Ya! Ada seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu.” Isterinya menceritakan tentang pertanyaan perihal kehidupan mereka berdua dan dia menjawab dengan memberitahu akan kesusahan yang mereka hadapi. Nabi Ismail kemudian bertanya lagi kepada isterinya, seandainya setelah itu ada pesanan yang ditinggalkan oleh orang tua tersebut. Jawab isterinya, “Ya! Dia meminta aku menyampaikan salam kepadamu dan meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.” Mendengar jawapan daripada isterinya itu, lalu Nabi Ismail menberitahu kepada isterinya yang sebenarnya orang tua itu adalah ayahnya dan pesanan itu bermaksud perpisahan dan kemudian Nabi Ismail berkata, “Sekarang kembalilah kamu kepada keluargamu.”

Setelah itu bercerailah Nabi Ismail dengan isterinya yang suka merungut dan tidak bersyukur bersuamikan kekasih Allah SWT.

Setelah sekian lama, maka datanglah hasrat Nabi Ismail untuk berkahwin kembali dan setelah berkahwin, Nabi Ibrahim datang kembali semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya. Kali ini juga, sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu, Nabi Ismail tiada di rumah. Nabi Ibrahim mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik. Lalu terjadi dialog seperti mana dahulu, cuma kali ini yang membezakannya adalah jawapan isteri baru anaknya. Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru, “Adakah kamu mempunyai tetamu?” Jawab perempuan itu, “Ya! Iaitu engkau.” Ketika ditanya bagaimana keadaan mereka sekeluarga, menantunya menjawab, “Syukurlah kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera (dan bahagia), tiada apa yang kurang.” Kemudian Nabi Ibrahim dihidangkan dengan sedikit makanan. Nabi Ibrahim kemudiannya terus berdoa, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka.” Sebelum pulang, dia meminta supaya disampaikan salam kepada anaknya yang sedang berburu dan katakan kepadanya supaya mengekalkan tiang pintu rumahnya.

Setelah Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberitahu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan pesanan yang disampaikan oleh orang tua tersebut. Mendengar cerita itu Nabi Ismail dengan gembira menjawab, “Sebenarnya dialah ayahku dan tiang pintu yang dimaksudkannya adalah dirimu yang dimintanya untuk aku menjaga mu dan kekalkan (jangan menceraikanmu).” Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.

Jangan mengungkit

Jika kita renung kembali cerita ini, moral dalam cerita ini amat ringkas iaitu, JANGAN MENGUNGKIT walaupun di dalam kesusahan apatah lagi jika kita bermewahan. Jika perhatikan beratnya kesan ungkitan hinggakan Nabi Ibrahim berpesan supaya ditukar tiang pintu rumah yakni isteri anaknya. Mengungkit memberikan kesan jangka masa panjang yang cukup buruk dan ia sering menjadi pemacu kepada kemarahan. Mengungkit merupakan perbuatan yang tercela dalam Islam. Allah SWT sendiri membenci perbuatan tersebut seperti dalam firman-Nya, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekali-kali membatalkan sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakitkan hati.” (Surah al-Baqarah : 264)

Mengungkit, selain merupakan perbuatan yang dibenci dalam Islam, ia juga menjadi penyebab seseorang masuk ke dalam neraka seperti disabdakan oleh Rasulullah SAW, “Ada tiga golongan di hari kiamat dimana Allah tidak berbicara, tidak melihat dan tidak pula mensucikan mereka dan bahkan bagi mereka siksa yang pedih. Yakni orang yang menutupkan sarungnya hingga mata kaki, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya, dan orang yang menawarkan dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis riwayat Muslim)

Allah SWT akan menghilangkan pahala orang yang suka mengungkit-ungkit seperti pesan Rasulullah SAW, “Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian kerana yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala.” (Hadis riwayat Muslim)

Dari penjelasan ayat dan hadis di atas, jelaslah bagi setiap muslim bahawa memberi dengan mengungkit-ungkit kembali termasuk perbuatan tercela yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Sedangkan mengungkit pemberian adalah perbuatan yang tercela, inikan pula mengungkit sesuatu pemberian yang sebenarnya tanggungjawab kita dalam melaksanakan pemberian itu. Mengungkit seperti ini merupakan perbuatan zalim yang akan menimbulkan permusuhan dan kebencian antara pemberi dan penerimanya, sebab yang menerima merasa tercoreng nama baiknya, sementara pemberinya akan timbul rasa sombong kepada orang yang pernah diberinya. Seorang isteri atau ibu tidak wajar mengungkit kesusahannya mengandung dan melahirkan anak jesteru menganggap tanggungjawapnya selesai selepas melahirkan dan segala tanggungjawap boleh disub-kontrak pada pihak lain..maka hilanglah kewajaran untuk memilik manisnya syurga ditelapak kaki ibu. Ibu yang baik dengan tekun dan sabar melayan kerenah anak dan suami tanpa sebarang rungutan ataupun ungkitan.

Justeru adalah lebih baik jika kita tidak mengungkit segala tanggungjawab yang kita tunaikan walau dalam apa bentuk sekalipun. Cara paling mudah untuk tidak melakukan ungkitan pada masa akan datang adalah dengan melakukan tanggungjawab bukan kerana keluarga tetapi kerana Allah SWT. Biarpun dengan hanya membeli roti canai untuk sarapan pagi, jika tanggungjawab itu dilakukan kerana Allah SWT, maka besar impaknya kepada keluarga. Lebih sejuk lagi diri ini apabila tanggungjawab itu menjadi sedekah maka biarpun hati marah kerana hal tertentu, pastinya sejuk kembali kerana sedekah ibarat air yang memadamkan api.

Ingatlah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

Jadi, berilah dengan penuh keikhlasan, jangan memberi kerana mengharapkan balasan. Cubalah mulai hari ini kita sentiasa bersedekah kepada keluarga kerana Allah SWT, biarlah dalam apa bentuk sekalipun, sama ada kudrat mahupun wang ringgit. Insya Allah tiada lagi duri yang tajam di bunga nan indah

02 February 2012

Dedikasi buat my biras2

Aku anak bongsu sejak dari dulu aku wish ada adik....masa kenal dengan cik B aku tanyakan samada dia ada adik atau tak?


Alhamdulillah lani aku jadi kakak....kak ipaq & kak biras ok la. Aku bersyukur dengan kurniaan Allah SWT ini. Esp dapat biras daripada tempat berlainan iaitu kampung2 membuatkan aku teruja....dari sini aku peolehi pengetahuan baru cara hidup, cara memasak dan geografi kawasan lain. Sungguh indah aturan Allah SWT


Mengapa kita perlu beri kemaafan

Aku jarang nak marah atau menyimpan dendam pada insan lain....ada juga masa marah namun selalu aku akan berfikr yang org yang aku marah itu adalah insan yang di dalam dirinya seperti juga diriku mungkin ada sebab orang tersebut membuat sesuatu yg membuatkan aku sedih. Tapi aku yakin yang Allah SWT itu lebih mengetahui dan setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Bila berdepan dengan pelbagai kerenah insah kita perlu beremosi kreatif dan tidak terpengaruh dengan keadaan.

Mengapa kita perlu memberi kemaafan yang diambil dr Motivasi Kejayaan

Supaya Anda senang untuk merasa bahagia, gembira, tenang di jiwa.

Sebab kenapa ada ramai orang susah nak merasa gembira adalah kerana di hati mereka ada titik-titik hitam.

Titik-titik hitam ni mengotori jiwa.

Bila jiwa sudah kotor, ia akan dipenuhi dengan perasaan-perasaan kotor dan emosi-emosi kotor (emosi negatif) mengakibatkan timbul rasa marah, benci,dendam, dengki.

Kesemuanya bersarang dan melekat di situ.

Anda akan mudah naik marah, mudah merasa benci, cepat berdendam dan cepat dengki dengan orang lain.

Sekali Anda tidak memaafkan, sepuluh kali titik-titik hitam tumbuh membiak dlaam hati Anda.

Jika Anda nak gembira, nak ceria tapi susah untuk merasa gembira, susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati Anda.

Anda tidak memaafkan kesalahan orang yang buat salah pada Anda.

Anda tidak maafkan orang yang marahkan Anda.

Anda tidak maafkan orang yang mengejek, menghina, mengkeji dan mengata Anda.

Anda tidak maafkan sikap mereka dan perbuatan mereka.

Justeru kesannya titik-titik hitam di hati Anda makin membesar, makin membanyak.

Hati Anda jadi semakin hitam, semakin gelap.

Hati orang pemaaf di sinari cahaya.

Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.

Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.

Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.

Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.

Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.

Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.

Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.

Maafkan orang yang pernah menghina Anda, merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.

Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.

Lawan api dengan api, Anda akan musnah.

Dua-dua musnah.

Bila lawan api dengan air, Anda akan dapat musnahkan api lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.