30 July 2011

Janjiku padamu Ya Ramadhan



Dua hari lagi datanglah dia kepada kita, ramadhan bulan yang mulia. Akhir2 ini aku merasakan inilah fasa2 terakhir dalam hidup ini. Namun banyak perkara masih belum selesai...ha ha ha mcm sajak perjuangan yg masih belum selesai.

Sometime aku agak tamak dalam hidup kuinginkan kehidupan yang panjang hinggakan aku sedikit alpa dengan bekalan yg harus kubawa di alam kekal di sana.

Gentar.

Seupayanya aku cuba membersihkan hati dari sifat2 mazmummah. Sifat Mazmumah ialah sifat2 yg tidak baik dan tercela, juga sifat yg patut kita jauhi. Takut aku andai bernoktahnya fasa terakhir hidup ini aku menjadi antara mereka yg rugi.

Menurut Imam Ghazali antara sifat2 Mazmummah ialah seperti berikut:

1. Gemar Makan dan Minum:

Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

2. Banyak berkata-kata(yg sia-sia):

telah menjadi lumrah manusia suka berkata2, berbual2 dan bersembang2 tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia2.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”- Surah AnNisa :114

3. Marah:

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikianselalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

4. Hasad dengki, dan iri hat:

Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis Nabi saw yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

5. Kasih kepada harta:

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

6. Takbur:

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7. Riyak ;

Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub;

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan Dunia:

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.

25 July 2011

Semoga Ramdhan kali ini lebih baik dr ramadhan lalu

Seminggu lagi dia akan menemui kita, Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2) Bulan penuh keberkatan.
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7) Bulan menambah rezeki.
8 ) Memberi berbuka banyak pahala.
9) Bulan keampunan :-
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

“Sebarkanlah risalah ini semoga Kita sama mendapat menafaat daripadanya”


19 July 2011

Gather gather

wiz bb yg ensem
kenangan gather wiz adik badik belah cik B weekend baru ni









Jam dah 1.46..sempat ke nak memblog....


As Siddiq ....dunia motor

ada gaya formula one

mama nanti besar as siddiq nak mcm ni

Wanita Malaysia Kedudukan Ke 16 Tertekan Di Dunia

Wanita Malaysia Kedudukan Ke 16 Tertekan Di Dunia....ke 16 kira tinggi tu. Apa penyebab wanita tertekan...apapun sebagai muslim kita harus yakin qado dan qodar ditentukan oleh Allah SWT. Redho atas sesuatu yang menimpa diri akan menghilangkan tekanan yg di hadapi serta sentiasa yakin Allah SWT sentiasa bersama-sama kita. La Tahzan ...jangan lah bersedih kerana Allah SWT sentisa bersama-sama hambanya.

Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita.

Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.

Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.

Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertinggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).

Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13.
Sumber: BERNAMA

18 July 2011

Subuh dan kita

Semalam tidur pukul 2 pagi lebih...bangun tadi 5.30 pagi. "ish tidoq sayup semalam boleh mangkit lagi" tegur mertua. Aku tersenyum. Asuhan drp mak buatkan aku mcm ni..anak2 pun sama. Kurang tidur buatkan minda kita bergerak aktif. Kurang tidur buatkan kita hidup lebih lama dari orang lain....yelah tidur tu umpama mati sementara. Orang yang mengamalkan bangun subuh secara relatifnya dikalangan mereka yg aktif ..minda dan fizikal bergerak seiringan. Artikel dibawah menjelaskan kepada kita kekuatan subuh.

Subuh kita bagaimana?

Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.

Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.

Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.

Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.

Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh.

Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali. Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.

Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki....

Wahai teman seperjuangan! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.

Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.

Wal Fajr - Demi waktu fajr (89:1).

- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis

Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin bertugas sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU) dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Di dalam NGO, beliau merupakan Perunding Aman Palestin dan Naib Presiden I-Medik. Beliau juga menulis di blog zainurrashid.com dan page Facebook ‘Dr Zainur Rashid Zainu

Perginya seorang srikandi

Alfatihah semoga roh Dr Lo' Lo' berada dikalangan mereka yang dirahmatiNya. Berbangga aku dengan ahli parlimen wanita yg lantang seperti Allahyarham....semasa belajar dulu masih di minda aku pernah mempersoalkan kepada salah seorang pemimpin wanita ketika itu berkenaan pembabitan wanita dalam parlimen. Semoga akan lahir ribuan wanita yang berani menegakkan kebenaran seperti Dr Lo' Lo", Kak Lah ...bukan sekadar hanya hipokrit konon inginkan Islam tetapi minda & jiwa tidak mengikut landas keislaman sebenarnya.

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam di Hospital Selayang.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo'Lo kira-kira 10.30 malam ini yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

-- BERNAMA

14 July 2011

Iktibar buat kita

AKU TAK TAU NAK TUJUKAN ARTIKEL NI PADA SUAMI KE PADA ISTERI

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.

Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.


10 July 2011

Pasukan Panji Hitam - Bani Tamim

Berikut adalah rumusan yang dapat di catatkan berdasarkan hadith dan pandangan ulama’ berkaitan keistimewaan Bani tamim:

1. Rasul amat memuliakan Bani Tamim
2. Rasul mengkagumi Bani Tamim pada hayat Baginda
3. Rasul menegah memburuk-buruk Bani Tamim
4. Rasul menyuruh mencintai Bani Tamim
5. Abi Hurairah tidak pernah sekali pun memarahi Bani Tamim
6. Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga atas jalan syafaat.
7. Bila dikatakan mereka adalah antara umat Baginda Rasul SAW yang paling ramai memasuki syurga atas jalan syafaat; bermakna kelompok Bani Tamim ini amat bersandar dengan berkat Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Fata At-Tamimi. Justeru itu tidak hairan kelompok Bani Tamim inilah yang paling serius dalam menghayati konsep tabarruk dan tawassul.
8. Berjiwa besar
9. Amat berpegang dengan sunnah
10. Menjelaskan kebenaran mimpi / mempunyai pengalaman rohaniah
11. Tetap pendirian.
12. Keyakinan mereka tetap tidak mudah digoyang atau diganggu gugat
13. Suku arab yang paling banyak percampurannya dengan bangsa yang lain dari bangsa arab (ajam)
14. Paling fasih berbahasa Arab di kalangan bangsa arab. Ini menandakan Bani Tamim akan mempelopori uslub dakwah melalui bidang seni suara bahkan kemerduan suara Bani Tamim inilah yang akan dapat menundukkan bangsa-bangsa yang lain bagi menerima Fata At-Tamimi dan Imam Mahdi.
15. Qabilah yang nasabnya tidak lagi dapat dikenal pasti secara keseluruhan berbanding Ahlil Bait Rasulillah SAW
16. Jaminan nasab keturunan Bani Tamim tidak akan terputus hingga akhir zaman (berdasarkan hadith mereka amat memusuhi Dajjal)
17. Suku bangsa arab yang disimpan untuk berperanan diakhir zaman seiring dengan suku Quraisy; mengesahkan isyarat hadith Fata At-Tamimi akan seganding dengan Imam Mahdi.
18. Ketegasan dalam menentang Dajjal menunjukkan pemimpin akhir zaman akan muncul dari Bani Tamim.
19. Tebaran ahli keluarga Bani Tamim telah merata ke seluruh dunia
20. Fata At-Tamimi disembunyikan melalui perkahwinan campur dengan bangsa ajam
21. Pilihan Tuhan bagi suku ini yang akan memerangi Dajjal menandakan Bani Tamim akan berperanan penting di akhir zaman sebelum dan selepas kedatangan Imam Mahdi
22. Munculnya Fata At-Tamimi dari kelompok mereka yang akan menjadi orang kanan Imam Mahdi.
23. Di datangkan kerajaan Bani Saud yang berfahaman Wahabi untuk melindungi Bani Tamim yang dipilih Tuhan. (Ibnu Taimiyah dan Muhammad Ad. Wahhab dari Bani Tamim)
24. Kerajaan Wahabi menyebar luaskan maklumat berkaitan Bani Tamim
25. Hadith-hadith dan riwayat yang dikeluarkan oleh golongan Wahabi tentang Bani Tamim tidak dapat dipertikaikan lagi kerana mereka begitu tegas dalam penggunaan hadith yang sahih atau hasan.
26. Bani Tamim merupakan kelompok yang mempunyai kecerdikan dan berkeupayaan memimpin serta mengatur strategi perjuangan. Para ahli ilmu mengakui kecerdikan anak-anak dari keturunan Bani Tamim.
27. Pembela kebenaran diakhir zaman
28. Jelas cita-cita.
29. Mempunyai matlamat perjuangan yang jelas dan mampu mencapainya
30. Qabilah yang menjadi tunggak bangsa arab
31. Qabilah yang paling ramai dan tersohor
32. Banyak menerima bantuan secara rohaniah
33. Bila dikatakan mereka adalah antara umat Baginda Rasul SAW yang paling ramai memasuki syurga atas jalan syafaat; bermakna kelompok Bani Tamim ini amat bersandar dengan berkat Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Fata At-Tamimi. Justeru itu tidak hairan kelompok Bani Tamim inilah yang paling serius dalam menghayati konsep tabarruk dan tawassul.
34. Terkenal sebagai kelompok yang menguasai pemerintahan negara di mana saja mereka berada
35. Mereka menjadi golongan atasan dan bangsawan di dalam masyarakat
36. Mereka dihormati dan dimuliakan37. Amat gigih dalam perjuangan di medan jihad dan dilapangan dakwah
38. Terkenal gagah berani di medan perang.
39. Banyak terlibat dalam peperangan dan penerokaan wilayah Islam. Panglima Islam yang membunuh Panglima Rustum (Parsi) dlm perang Al-Qadisiyah ialah Panglima Zuhrah Ibni Hawiyyah As-Sa’adiey dari Bani Tamim.
40. Bani Tamim boleh dikenali diakhir zaman melalui penglibatan mereka dalam perjuangan kebenaran yang diasaskan melalui uslub dakwah tidak dalam bentuk yang lain.
41. Kelompok yang suka mengembara
42. Kelompok yang banyak bergelanggang di medan dakwah ke seluruh pelusuk dunia
43. Kelompok yang paling menonjol berpegang dengan perjuangan kebenaran diakhir zaman
44. Kelompok yang menguasai bidang ilmu dunia dan akhirat sepanjang zaman.
45. Terdapat bukti di sepanjang sejarah, ramainya ulamak besar dari Bani Tamim
46. Menjadi tempat rujuk di dalam masyarakatnya
47. Amat serius dalam pengamalan Islam
48. Kelompok Bani Tamim lebih ramai berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Waljamaah berbanding Wahabi, Cuma Wahabi tertonjol kerana penguasaan mereka terhadap kerajaan Bani Saud

08 July 2011

Layan Bola

Ni pic masa tgok bola M'sia Vs Taiwan hari tu....mood blog menurun sampai so malas nak update tp hari ni tak dak sapa dlm acct dept ni soooo boring ...gheja banyak actually tp updatelah apa yg patut dulu
mantap skuaq harimau malaya
fanatik harimau malaya

Finally yea yea ......Tahniah harimau Malaya
licinnnn.....kebuluran kena jln jauh sbb ramainya yg pergi tgok Harimau Malaya vs Taiwan

Hobi baru


Menjak kakak bawa balik anak ikan drp hari koperasi sekolah dia rumah kita orang dihidapi fenomena ikan.
New family

Last weekend kami sekeluarga ke kedai menjual ikan di Puchong Permai .....beli anak ikan, balik bersihkan aquarium yang ada ....taraaa
Org kalut dgn ikan si kecik ni kalut dgn rabit


Sekarang asal ada masa mula la angkat kerusi pakat tgok ikan-ikan berenang.

sejuk ..bila tgok ikan berenang ....lepas pic ni di ambil kami tambah lagi koleksi ikan


Hilang tension. Siap Cik B kata nak cari akuarium lagi besaq .....


07 July 2011

Hingga Akhir Nanti

Selalu kalau boring mula la aku email dgn cik B teka lagu...bagi lirik samada sambung or teka judul lagu, melayan kepala otak yang yang still mcm dulu-dulu...anak sulung ckp mama & papa mcm budak2. Masa berlalu namun jiwa tetap segar bugar. Selalu kami akan sama2 meneka lagu2 Wings ataupun Awie paling famous Intanku Kesepian ataupun Ratuku kalau tak pun Iris....tetiba hari ni cik B bagi *Bulan tak kan terang
Tanpa sinar wajah mu...jwp* meraban nak cari nasib ada cik goggle finally dapat Hingga Akhir Nanti, Alleycat salah satu group yg cik B minat jugak. Tua sapa pun akan tua....apa salahnya nak segarkan jiwa kenangkan semula saat bersama.


Berkorban untuk si Dia

Tak der idea lain...asyik tedok idea HOTfm he he he, sejauh mana kita berkorban untuk si dia. Ermmm ada kut dulu ingat nak kahwin 30 thn yelah banyak benda yang aku nak buat & banyak perkara yang nak explore tapi cik B ckp dia tak nak kahwin dengan someone yg boleh dia panggil nenek. Yang lain terpaksa berkorban raya di SP ...sedih lastly kepala otak dah set raya kat mana pun sama saja.

Cik B...aku rasa dia banyak berkorban kut. Berkorban dgn penuh kesabaran asyik menunggu. Erm apapun dia berjaya merempuh cabaran.

Cik B adalah anugerah cinta dari Ilahi. Insan yang aku kenal dulu mula aku ingat dia seperti yang lain hanya suka-suka namun tidak sangka tahap serius dia membawa kami seperti sekarang. Semoga Allah SWT mengekalkan cinta & kasih sayang ini hingga ke akhir hayat.

Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa meniti arus angkara...ciplak lirik lagu doa buat kekasih.


06 July 2011

Hanya itu yang ku mampu

Dari jauh aku memandang teman itu wajah sugul namun untuk merapati aku risau....
Lantas kutitipkan doa buatmu sahabat...

"Ya Allah kurniakan kebahagian, ketenangan dan kegembiraan buat sahabat ini dan juga anak2nya"

Hanya itu yang ku mampu..kerna ku tahu ya sahabat Allah SWT itu maha mengetahui dan maha mendengar.

Ingin sekali kurapati dan ingin sekali kunyatakan ...usah salahkan dirimu atas khilaf yang dilakukan oleh orang yang menyakiti hatimu itu.

8 PERKARA PERHIASAN BAGI 8 PERKARA

Abu Bakar r.a telah berkata maksudnya: Ada 8 perkara merupakan
perhiasan bagi 8 perkara iaitu:
1.Tidak meminta-minta adalah hiasan fakir.

2.Meninggalkan perbuatan mengungkit-ungkit pemberian
adalah hiasan amalan baik.

3.Sabar adalah hiasan bala.

4.Merendahkan diri /tawaduk adalah hiasan mereka yang
menuntut ilmu.

5.Lambat marah adalah hiasan ilmu.

6.Banyak menangis adalah hiasan takut.

7.Syukur adalah hiasan nikmat.

8.Khusuk adalah hiasan solat.

Perasaan Marah Dan Jantung Kita

APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?

Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?

Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.

Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita.

Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.

Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan.

Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.

Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.

Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan.

Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.

Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?

Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.

Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.

Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.

Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.

Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.

Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.

Cara mengatasi kemarahan

Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:

1) Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10

2) Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda

3) Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)

4) Mendengar ayat-ayat Quran

5) Mengisi masa dengan hobi

6) Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi

7) Meditasi

8) Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir

عَنْ أَبيِ هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - : أَوْصِنيِ . قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » فَرَدَّدَ مِرَارًا , قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ .

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam : Berilah pesanan padaku, lalu bersabda baginda,: " Janganlah kamu marah", maka diulangnya berkali-kali "Janganlah kamu marah". Riwayat Albukhary.

Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda..kredit kepada sumber: mujahidah solehah

Privasi adakah relevan bagi pasangan yang telah berkahwin

Pagi ni dalam Hotfm AM Krew sibuk membicarakan mengenai privasi pasangan yang berumah tangga. Ini berpunca daripada berita minggu lepas yang mana seorang isteri telah ditumbuk oleh suami gara2 telah memeriksa telepon bimbit kepunyaan suaminya.

Bagi aku bila berkahwin kita mula share...bukan sekadar share katil, family everything is sharing so tak jadi persoaalan jika pasangan kita ingin memeriksa telepon bimbit, email ataupun facebook. Sharing is caring your couple. Kalau everything nak privasi buat apa kahwin....hanya manusia yang asyik menyimpan rahsia saja akan buat term privasi ini.

Aku dan suami ...dulu kami hanya guna satu telepon bimbit bukan tidak mampu cuma kami tidak mahu terlalu terikut dengan teknologi. Satu yang kami pegang displin dengan masa. Kemudian di sebabkan anak makin membesar kami pegang telepon bimbit setiap orang ..masih mengekalkan keadaan dulu. Bila di rumah telepon bimbit entah kemana. Apapun telepon kami sekadar boleh telepon dan sms sbb kami masih berpegang pada prinsip tidak mahu gelojoh dengam teknologi.

Beberapa hari lepas aku menerima sms drp kontraktor.."sayang chq dah ada blum"...cik B tanya, "ma apa ni sayang2", aku mengambil hp dan melihat no ...Aqua Sea .."Oohh ni Kak Ida ..contraktor cuci pool" ...terus aku call Kak Ida dgn loudspeaker.

Privasi? aku rasa tidak perlu untuk pasangan berkahwin. Jika kita berpegang kepada amanah Allah SWT tidak perlu ada privasi. Privasi lebih mendedahkan kita kepada kecurangan. Ianya umpama accounts yang tidak pernah diaudit....bila sesuatu accounts langsung tidak diaudit akan berlaku penyelewengan dalam transaksinya....



05 July 2011

10 great goals to set for this Ramadan

Dah setahun berlalu....ramadhan kembali rasa cepat sungguh masa berlalu kini tak sampai sebulan lagi ia akan kembali...mubarak ya ramadhan

1. Eat, drink and be moderate...

Almost all of us do it - once Iftar time hits, we just keep plowing food and drink into our mouths till it's hard to move afterwards. And those of us who do it know this is totally contrary to the spirit of Ramadan, through which we're supposed to learn self-control n...ot self-indulgence. Let's try to stick to the Prophetic rule on eating: fill our stomachs with one-third food, one-third water and one-third breathing space, even in Ramadan.

2. Give a charity..

The Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, was always generous but even more so in Ramadan. Let's open our hearts and dig a little deeper in our wallets this year. Even less than a dollar a day adds up. Whatever you can give, it's the intention that counts.

3. Memorize 4 new Surahs...

Memorizing the Quran often seems like a daunting task. But the key is doing it in small bites. Since there are four weeks in Ramadan, try to memorize one new Surah a week. Start off with a short, easy one. Once you've started, you'll build momentum and may even want to memorize a longer one the following week.

4. Go to Tarawih prayers...

Post-Iftar, the first urge is to sleep after an exhausting day. But try your best to head out to the mosque for Tarawih prayers. Praying alone is wonderful, but doing it in congregation is fantastic. The community spirit is part of Ramadan's blessings. Don't miss it this year. If going every day is not possible, try going at least one week.

5. Attend the Tarawih prayer in which the recitation of the Quran will be finished...
Call the local mosque and find out which day the Imam will be finishing the recitation of the Quran in prayer. Attend to not only hear part of the Quran's recitation in prayer, but also participate in the heart-rending Duas that follow it.

6. Stop swearing and/or backbiting – with a special box...

It's hard not to shoot our mouths off when someone's upset us. Whether we utter those four-letter words or backbite about someone to our family and friends, we know this isn't the God-approved way of letting off steam. In Ramadan, when we want to build our spirituality, we've got to wage Jihad against our bad habits.
Try this: get a box and every time you catch yourself swearing or backbiting put some money in it. It could be a buck or less. The point is to choose an amount that makes it feel like punishment.
At the end of the month send the money to a charity or buy a gift for the person whom you've backbitten the most against.

7. Call/email your relatives...

You'd think that given the easy access to email, competitive long-distance calling rates, phone cards, etc. these days, we'd keep in touch with family and friends more often. But the opposite seems to be the case, as we get caught up in life's "busyness."
Strengthening ties with family members and keeping in touch with friends is part of our way of life and an act Allah is very pleased with. This Ramadan, call family and friends or at least email them a Ramadan card and ask them how their fasting is going.

8. Go on a technology diet...

Even if you work in the IT industry, you can do this. Avoid checking personal email and surfing the web during your fast. After Iftar, instead of plopping yourself in front of the screen, go to Tarawih. The same goes for the television. The point is to try to give our full attention to spiritual elevation this month.

9. Read 5 minutes of Quran a day...just five, not more, not less..

Even if you feel you've got absolutely no time, set a timer or the alarm on your cell phone and find a relatively quiet place. You can read the first page of the Quran you open or follow a sequence. The choice is yours. The point is simply to connect with God through His revelation in the month of the Quran.

10. Forgive everyone who has hurt you

Still got a festering wound from the fight with your friend last year? Still upset about something your spouse said during a heated argument? Or are you still bitter about the way your parents sometimes treated you as a kid? Let go of the anger and pain this Ramadan and forgive those who have hurt you. Forgiving someone is not only good for the body, but it's also great for the soul. And in Ramadan, ten days of which are devoted to Allah's forgiveness, shouldn't we lesser beings forgive too?

04 July 2011

Adakah kita ini kawan yang baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!