30 May 2011

Tarif Electrik di umum pukul 4 petang ini

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang akhbar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcob di Putrajaya sekitar jam 4 petang.

Tidak dinyatakan tujuan sidang akhbar berkenaan, namun dipercayai berhubung kait dengan saranan Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat lalu yang meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Sidang akhbar tersebut dijangka memberikan butiran kenaikan tarif berkenaan yang dijangka berkuat kuasa 1 Jun 2011 atau hari Rabu ini.

Rakyat menarik nafas lega minggu lalu apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan kenaikan harga bahan bakar RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) ekoran khuatir kenaikan harga barang yang semakin membebani rakyat.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditanggung kerajaan sekiranya jumlah yang sedia ada meningkat ke paras yang lebih tinggi dan melampaui kemampuan kerajaan.

“Alhamdulillah, saya mendapat banyak respon menyatakan kerajaan prihatin kerana jika (harga bahan api) dinaikkan maka bebannya ditanggung rakyat, tetapi dengan sebab itu (mengekalkan harga sedia ada) juga kerajaan terbeban dengan jumlah subsidi yang ditanggung iaitu daripada RM10 bilion naik sampai RM18 bilion dan mungkin menjangkau sehingga sampai RM20 bilion,” katanya. sumber:mynewshub

27 May 2011

Wanita lebih berjaya ttp Lelaki lebih bijak? Ermmmm

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my
2010/05/22

 
Fitrah lelaki sebagai ketua dorong akal cerdas atau wanita terikat tanggungjawab hakiki?

TERINGAT zaman persekolahan dulu, setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, antara soalan yang sering dibangkit ialah sama ada pelajar lelaki atau perempuan yang mendapat nombor satu atau memperoleh markah tertinggi.

Tidak hairanlah, persaingan atau perbandingan antara gender terus diperkatakan meniti alam dewasa termasuk soal tahap kepintaran dan kecerdasan otak - siapa lebih pintar lelaki atau wanita?

Sama seperti perbandingan dalam aspek lain antara lelaki dan wanita, soal siapa lebih pintar boleh dikatakan tidak mempunyai jawapan tepat. Secara amnya, tidak ada mekanisme yang adil bagi menentukan antara lelaki dan wanita, siapa lebih pintar, cerdas, bijak atau pandai. Ini kerana hakikatnya, piawaian kepintaran itu bersifat agak subjektif dan tidak dapat ditentukan dengan tepat dan adil.

Namun, kebanyakan laporan kajian pakar sains dan psikologi yang pernah disiarkan di media setakat ini nampaknya lebih memihak kepada lelaki. Bersandarkan piawaian tertentu (lebih menjurus kepada kebolehan kognitif), golongan lelaki dianggap lebih bijak daripada wanita.

Peringkat awal kajian yang membandingkan faktor jantina dengan kepintaran melalui ujian IQ yang dikendalikan pada awal abad ke-20 menunjukkan, jantina tidak mempengaruhi kepintaran seseorang manusia.

Pada tahun 1995, kajian LV Hedges and A Nowell menunjukkan wujudnya perbezaan signifikan dari segi statistik dalam purata IQ antara lelaki dan wanita menggunakan data yang pernah disiarkan dalam kajian tahun sebelumnya.
Untuk beberapa ujian dalam kajian ini, pencapaian lelaki mengatasi wanita dalam pemahaman bacaan, kelajuan persepsi, dan perhubungan memori.

Beberapa kajian lain pada pertengahan 1990-an juga menunjukkan ada sedikit perbezaan dalam tahap IQ lelaki dan wanita.

Pada 1999, Prof Emeritus dalam bidang Psikologi di Universiti of Ulster, Ireland, Richard Lynn berkongsi analisis yang dilakukannya. Analisis itu menunjukkan purata IQ lelaki melebihi kira-kira tiga hingga empat mata daripada wanita. Seterusnya, beberapa kajian lanjutan yang dikendalikan beliau dan pakar lain juga turut menunjukkan kelebihan mata kepada jantina lelaki dalam tahap IQ.

Dalam kajian Lynn, beberapa fakta lain turut dibentangkan. Antaranya, nisbah antara lelaki dan wanita yang mempunyai IQ menghampiri tahap genius adalah 8 :1. Mungkin ini dapat menghuraikan mengapa dalam 110 sejarah Anugerah Nobel, hanya dua wanita pernah memenanginya untuk bidang fizik, empat dalam bidang kimia dan belum ada lagi wanita yang pernah memenangi pingat dalam bidang matematik.

Peningkatan IQ bagi remaja lelaki, mengatasi remaja perempuan bermula ketika usia mereka mencecah 16 tahun. Situasi yang menunjukkan pelajar wanita lebih berjaya daripada pelajar lelaki di universiti adalah disebabkan sistem pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan serta penekanan terhadap kerja kursus yang mengiktiraf ketekunan berbanding kepintaran, memberi kelebihan kepada pelajar wanita. Apabila mencecah usia 21, pencapaian skor IQ lelaki lebih tinggi lima mata daripada wanita.

Melihat dari pengertian kepintaran itu sendiri yang merangkumi kebolehan pemikiran, menyelesaikan masalah, kejuruteraan, pengetahuan am dan memori, lelaki mengatasi wanita. Namun, jika dilihat dalam skop yang lebih mendalam, wanita lebih hebat dalam pemikiran verbal, penguasaan bahasa asing dan ejaan.

Tidak dinafikan, cara hidup golongan lelaki membentuk kepintaran yang ada dalam diri mereka sejak zaman dulu lagi. Contohnya, di zaman purba, posisi sebagai pemburu dalam komuniti manusia menyebabkan lelaki terpaksa berdepan dengan situasi yang memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah hampir setiap hari. Tanggungjawab penting yang digalas golongan lelaki masa kini juga membuatkan mereka memiliki pemikiran yang lebih tajam.

Saiz otak lelaki yang lebih besar daripada otak wanita turut dikaitkan sebagai faktor lelaki lebih pintar daripada wanita. Otak yang lebih besar dikatakan mempunyai lebih banyak isu yang boleh memproses maklumat.

Persoalan mengapa kebanyakan posisi atau jawatan tinggi dalam pelbagai organisasi dan bidang pula adalah lelaki boleh dikaitkan dengan kelebihan semula jadi lelaki. Antaranya, memiliki hormon testosteron yang tinggi, membuatkan daya saing dan motivasi untuk berjaya adalah lebih tinggi daripada wanita. Kejayaan, persaingan dan mengalahkan pencabar dianggap persoalan hidup dan mati bagi lelaki seperti ini.

Berbeza halnya dengan wanita yang sekuat manapun mereka mencuba, rata-ratanya sering tersangkut dengan tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu. Namun, kelebihan yang dimiliki suatu jantina tidak seharusnya dijadikan modal untuk memandang rendah jantina yang satu lagi. Kelebihan bilangan lelaki pintar tidak bermakna semua yang bergelar wanita itu tidak pintar.

Perbandingan intelek perlu dilihat positif

PENSYARAH Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail memberi pandangan bagaimana hasil kajian perbandingan kepintaran dengan jantina ini boleh dilihat secara positif.

Dr Khaidzir berkata, hasil kajian yang menunjukkan golongan lelaki lebih bijak daripada wanita sepatutnya dilihat secara menyeluruh, bukan cuma di ‘permukaannya’.

“Takrifan kebijaksanaan tidak sewajarnya diukur berdasarkan beberapa teori atau fakta sains saja tapi perlu juga mengambil kira aspek lain seperti sosial dan emosi.

“Jika tidak difahami sebaiknya, hasil kajian ini boleh mengundang kontroversi, sama ada membuatkan sesetengah lelaki menjadi ego (kerana disifatkan bijak) atau membuatkan sesetengah wanita merasa tercabar dan tidak berpuas hati apabila golongan lelaki dikatakan lebih bijak daripada mereka,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki.

Kata Dr Khaidzir, pandai atau bijaksananya seseorang adalah subjektif dan boleh dinilai dari pelbagai sudut. Kebijaksanaan bukan hanya pada IQ (darjah kecerdasan) semata-mata, ia juga perlu mengambil kira dari segi EQ (darjah emosi), kreativiti dan pelbagai kebolehan lain.

“Sesetengah orang mungkin tidak begitu mahir dalam bidang yang sering dijadikan ukuran kebijaksanaan seperti sains dan matematik atau kebijaksanaan kognitif. Namun berkemahiran dalam bidang muzik, sastera, seni serta seni kreatif yang lain.

“Begitu juga sebaliknya, rata-rata individu yang mahir dalam sains dan matematik pula tidak berbakat dalam bidang seni. Justeru, menilai kebijaksanaan berdasarkan aspek IQ saja tidak mencukupi dan penilaian kebijaksanaan dari segi IQ semata-mata boleh disifatkan sebagai cara penilaian lama yang tidak sesuai dipraktikkan di zaman ini,” ujar beliau.

Dr Khaidzir berkata, baik lelaki atau wanita sewajarnya melihat kelebihan dan kelemahan kedua-dua jantina ini sebagai hikmah mengapa Tuhan mencipta lelaki dan wanita sebagai pasangan yang saling melengkapi.

Mengenai dominasi golongan lelaki dalam bidang kerjaya sains dan kejuruteraan yang membuatkan golongan ini dianggap sebagai lebih bijak daripada golongan wanita, Dr Khaidzir berpendapat penguasaan lelaki dalam bidang ini mungkin disebabkan kemahiran otak mereka yang lebih tertumpu kepada perkara analitikal dan teknikal.

“Suatu hikmah juga, golongan lelaki diberi kelebihan untuk melakukan kerja yang lasak seperti ini manakala wanita pula diberikan kemahiran dalam kerjaya yang memerlukan soft-skill.

“Hakikatnya, kebijaksanaan adalah suatu kelebihan yang sukar untuk ‘diselenggara’. Ia diibarat seperti kereta mewah yang memerlukan servis yang khusus dan alat ganti mahal.

“Secara tidak langsung, ia menggambarkan bahawa agak sukar bagi golongan bijak untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang dianggap biasa atau normal.

“Sebab itulah taburan orang bijak atau memiliki IQ tinggi cuma lima hingga 15 peratus saja. Kalau tidak, huru-haralah dunia ini,” katanya.

Info

Perbezaan cara berfikir antara lelaki dan wanita

Otak manusia merangkumi dua jenis tisu iaitu tisu kelabu dan tisu putih. Kajian menunjukkan lelaki lebih banyak berfikir menggunakan tisu kelabu manakala wanita lebih banyak berfikir menggunakan tisu putih. Bagaimanapun, cara berfikir yang berbeza ini tidak mempengaruhi pencapaian intelektual mereka.

Secara amnya, lelaki mempunyai hampir 6.5 kali jumlah tisu kelabu yang berkaitan dengan kepintaran berbanding wanita manakala wanita mempunyai hampir 10 kali lebih tisu putih berbanding lelaki.

Dalam otak manusia, tisu kelabu bertindak sebagai pusat pemprosesan maklumat, manakala tisu putih bertindak sebagai jaringan bagi ‘pusat pemprosesan’ ini.

Ini mungkin dapat menghuraikan mengapa lelaki dan wanita boleh berjaya dalam tugasan yang berbeza. Sebagai contoh, lelaki lebih bagus dalam tugasan yang memerlukan pemprosesan setempat seperti matematik manakala wanita lebih bagus dalam menyepadu dan ‘mencernakan’ maklumat daripada bahagian tisu kelabu otak. Ini secara tidak langsung membantu mereka menguasai kemahiran bahasa.

Lelaki dan wanita menggunakan dua pusat aktiviti otak dan laluan neurologikal membuatkan mereka menunjukkan prestasi yang agak setara dalam pelbagai kebolehan kognitif seperti ujian kepintaran.

Wajah Malaysia


Dulu semasa belum bertudung kerap aku disapa dengan dialek mandarin atau hokkien....sampai satu ketika abah menegur sbb tu kena bertudung ia untuk membezakan kita dgn non muslim. Kemudian semasa di Sentul ada seorang auntie berketurunan India bertanya, "you kawan dengan singh ke"..tanya autie tersebut mengenai Cik B aku ketawa cuma menjawap, "dia Malay la", masa yang pendek jadi malas la aku nak explain panjang terutama pada yang tidak aku kenali. Hal yang sama berlaku pada anak sulung beberapa kali ditanya oleh guru samada dia berbangsa melayu atau chiness atau eurasian pada mataku dia seperti budak melayu lain..entahlah.

Kini dia rapat dengan teman-teman yang bapa dan ibu mereka berkahwin campur iaitu seorang cindia (chiness + india) dan seorang lagi cinmalay (chiness + malay).  Semua mereka adalah wajah anak Malaysia. Anak Malaysia yang inginkan hidup yang aman dan damai. Hidup tanpa sebarang gangguan dari luar. Hidup tanpa sebarang risiko.  Siapapun kita, kita adalah warisan wajah Malaysia.....mungkin ada chiness, india, portugis, siamess, arab, di dalam wajah melayu ......aman untuk semua



Cara berbeza namun jawapan tetap sama


Alang tidak seperti kakak & abang yang mempunyai ingatan yang agak kuat. Namun anak dara sorang ini cerdik. Semalam dia bertanya abang ..."abang alang nak tanya sifir 9....9 x 2 berapa....spontan abang jawap 18. Alang mula bermain dgn jari jemarinya..."erm ..betul". "9 x 4...abang berapa"..."36 la" jawap abang sambil menghabiskan homeworknya. Sekali lagi alang bermain dgn jemarinya..."pandai abang..." puji Alang. Aku & hubby berpandangan. "Alang dah boleh hafal sifir", tanya hubby. Dia mengeleng kepala..."alang guna cara yang Kak Leah ajar saja tapi jawapan sama kan" aku dan hubby tersenyum.

Sebenarnya pelbagai cara boleh kita gunakan untuk meningkatkan prestasi anak2 kita samada dalam belajar ataupun melakukan sesuatu yang rutin. Teringat kata seorang teman ..."Na anak ko yang no 3 tu cerdik sangat"...& kakak pun mengatakan perkara yang sama. Bagiku Alang Humairaa seorang anak yg dikurniakan Allah SWT dengan interpersonal skill yang tinggi. Dia tahu bagaimana untuk interaksi dengan orang di persekitarannya & keyakinannya juga amat tinggi.

25 May 2011

Mengapa wanita ramai menghuni NERAKA...takotnyaaaa

Lazim kedengaran di telinga kita kebanyakan penghuni neraka adalah wanita. Takut & gentar bila mendengar bukan apa takut diri termasuk dalam golongan ahli neraka. Neraka itu amat dasyat & kepanasannya tidak terkira jika didunia panas kita On aircond tapi di sana mana ada aircond atau kipas.

Berdasarkan Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Aku melihat ke dalam surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.”

Apa yang menyebabkan kebanyakan wanita menghuni neraka? Dalam sebuah kisah ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya ketika melakukan shalat sunat gerhana, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam melihat Surga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para shahabatnya 

“ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Beliau Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab, “Karena kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) niscaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)

Akibat sesuatu perkara yang berlaku kita sebagai isteri telah kufur segala kebaikan yang dilakukan oleh suami. Ada isteri yang dulunya dihantar kehulu-hilir oleh sang suami namun bila tiba suatu saat di duga isteri tersebut melupakan segala kebaikan suami dan menceritakan keaiban suami.

Dalam hadits lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka karena sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti punuk onta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wanginya Surga padahal wanginya bisa didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah radliyallahu 'anhu)

Risau sekali yelah kekadang kita sekali sekala terdorong berpakaian ala modern....Ya Allah jauhilah hambamu daripada di mamah api neraka....bagai terasa bahangnya.

Pertama, kufur terhadap kebaikan-kebaikan suami. Sebuah fenomena yang sering kita saksikan, seorang istri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya dalam waktu yang panjang hanya karena satu hal yang tidak sesuai dengan keinginannya. Padahal seharusnya seorang istri selalu bersyukur terhadap apa-apa yang diberikan suaminya, karena Allah SWT tidak akan melihat istri yang seperti ini sebagaimana dijelaskan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam,“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR. Nasa’i di dalam Al Kubra dari Abdullah bin ‘Amr).


Kedua, durhaka terhadap suami. Durhaka yang sering dilakukan seorang isteri adalah durhaka dalam ucapan dan perbuatan. Wujud durhaka dalam ucapan di antaranya ketika seorang istri membicarakan keburukan-keburukan suaminya kepada teman-teman atau keluarganya tanpa alasan yang dibenarkan oleh syar’i. Sedangkan durhaka dalam perbuatan diantaranya bersikap kasar atau menampakkan muka yang masam ketika memenuhi panggilan suami, tidak mau melayani suami dengan alasan yang tidak syar’i, pergi atau ke luar rumah tanpa izin suami, mengkhianati suami dan hartanya, membuka dan menampakkan apa yang seharusnya ditutupi dari anggota tubuhnya, atau sebaliknya enggan berdandan dan mempercantik diri untuk suaminya padahal suaminya menginginkan hal itu.

Masam muka dengan suami pun boleh jadi penyebab kita ke neraka ..aduhai apatah lagi andai perkara lain...nauzubillah.
Jika demikian keadaannya maka sungguh rugi wanita-wanita yang kufur dan durhaka terhadap suaminya. Mereka lebih memilih jalan ke neraka daripada syurga karena mengikuti hawa nafsu belaka.

Jalan ke surga memang tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga nan indah, melainkan melalui rintangan-rintangan yang berat. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini Allah menjanjikan surga bagi orang-orang yang sabar menempuhnya.

Sementara, jalan menuju ke neraka penuh dengan keindahan yang menggoda dan setiap manusia sangat tertarik untuk melaluinya. Tetapi, sadarlah bahwa di hujung jalan ini, neraka telah menyambut dengan beragam siksa-Nya.

Lalu, bagaimana caranya agar para wanita atau para isteri tidak terperosok ke dalam neraka?

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadist shahih jami’, “Perempuan apabila shalat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki.”

Mari kita berlumba menegakkan sholat dengan lebih khusu’, dan memperbayak solat-solat sunah karena sholat yang benar dan khusu’ boleh  membentengi diri kita dari perbuatan yang mungkar. Selain puasa wajib di bulan romadhan, latihlah diri untuk terbiasa melakukan ibadah sunah. Hiasilah diri dengan sabar dalam ketaatan dengan suami dan banyak-banyaklah beristigfar karena istigfar boleh meruntuhkan dosa-dosa kecil yang tidak kita sadari.

Bersedekahlah dalam keadaan lapang atau sempit karena Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam pernah menuntunkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari adzab neraka.

Ketika beliau selesai khutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun bangkit mendatangi kaum wanita, beliau menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian beliau bersabda,

“Bersedekahlah kalian! Karena kebanyakan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya, “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Karena kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari)

Bersedekahlah! Karena sedekah adalah satu jalan untuk menyelamatkan kita dari azab neraka. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menyelamatkan kita dari azabnya. Amin. Wallahu’alam

Nusyuz.....agaknya kita pernah terbuat tak?

Nusyuz.....sesuatu yang amat menakutkan beberapa kali mak menerangkan keadaan yang menyebabkan kita sebagai isteri boleh di istilahkan nusyuz. Mak hanya menuntut ilmu di sekolah pondok & hanya mengenal tulisan jawi & ayat al Quran. Terima kasih mak walaupun kadang kala aku rasa apa yang mak lakukan tidak relevan dengan masa sekarang tapi mak sememangnya betul & dialah isteri mithali.

Pengertian Nusyuz

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:

i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.

iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

Hukum Nusyuz Dan Kesannya

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:


Quote
“Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari seorang isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepada isterinya akan gugur. sumber: Halakah

24 May 2011

Bila kita di uji......

Setiap manusia tidak lari dari ditimpa musibah & masalah. Masalah datang dalam pelbagai bentuk dan cara kita menghadapinya juga berbeza. Setiap insan yang diciptakan Allah dimuka bumi ini pasti ada ujian yang akan menimpanya. bukanlah dinamakan hidup andai tiada ujian. Tak mengira pankat atau darjat setiap manusia itu ia tetap akan diuji. Ujian Allah tidak lah seberat mana andai kita redha dengan takdir ketentuannya. Allah uji bererti Allah masih sayang kan kita.........

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA TERTEKAN?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."
-Surah Al hijr ayat 56
Kredit pada ibniismael

As Siddiq & Pembelajaran Awal Kanak-Kanak

AsSiddiq dah masuk 4 tahun 23 July ni dari awal tahun terfikir nak masukannya ke mana2 kindergarden. Tapi cik B cakap tunggu bagi dia besar sikit yelah nak naik van lagi kalau tahun depan ok la sikit.

Kakak, Abang & alang dulu umur 4 tahun sudah masuk kindergarden, Qdess. Lani masih terpikir nak masukkan si kecik ni di mana mula hari tu nak masukkan saja di Qdess tp banyak persoalan bermain di minda. Sebagaimana abang pada 4 tahun aku masukan di Qdess namun pada 5 dan 6 tahun aku tukar ke Pasti kerana inginkan kelainan. Alhamdulillah seawal umur 5 tahun abang sudah pandai imankan solat dan petah menghafal beberapa surah.

Kepala masih lagi berfikir sehingga ahad aku menonton siaran Nona mengenai The Little Caliph , terus aku mencari info mengenai kindergarden ini. Tempat paling dekat dengan kediaman ku adalah di center Meranti Jaya. Aku memang tertarik dengan konsep pembelajaran di The Little Caliph. Dan satu lagi Genius Aulad yang mana center terdekat dengan kediaman di Tasik Prima. Yang lain yang seperti CIC (Children Islamic Center).

Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dimana saat ini perasaan ingin tahu dan keinginan mereka menyerap segala info amat tinggi dek kerana itulah aku tidak berkira jika melabur untuk pendidikan awal anak2. Apa yang dilalui oleh kakak, abang dan alang adalah contoh pembelajaran awal yang di terima mereka.

As Siddiq sudah mengenal huruf dan number dan amat berminat bila kita bacakan buku untuknya. Asal saja ke Popular atau MPH pasti dia akan mencari buku-buku kegemarannya dan setiap kali pulang kerja & mahu tidup wajib membacakannya buku tersebut.  Insyaallah awal tahun depan As Siddiq akan ke kindergarden yang mana masih lagi difikiran.


23 May 2011

Perkongsian dari hati kehati kaum ibu

Semalam kami sekeluarga menemani Al Khattab menjalani sessi bowling little camp di IOI Ampang Bowl. Selesai sarapan terus menuju ke IOI. Di sana sambil menunggu sempat berbual & berkongsi dengan para ibu2 40an mengenai cara mereka membentuk anak2 Alhamdulillah banyak tips yang aku peolehi.

Mereka adalah ibu2 yg amat perihatin terhadap perkembangan anak remaja dan apa yang mereka lakukan memberi idea padaku dalam membesarkan anak2 yang meningkat remaja.

Kakak dan abang makin meningkat remaja. Ada sedikit perubahan dalam diri mereka sebagai ibu yang amat rapat dengan mereka kadang kala aku bingung terutama dengan abang.

Kakak2 ini tidak hanya menekankan pendekatan sukan pada anak2, malah akademik jua Islamiah pun mereka serapkan. "Anak2 kini berbeza dengan zaman kita", kata salah seorang ibu yang aku kenali sebagai Kak Faezah. Pelbagai pendekatan telah Kakak yang berusia 40an ini lakukan dalam membentuk displin dan menjauhkan anak2nya dari anasir negatif. Sebagai ibu bapa kita kena sentiasa dekat dengan anak2 penerapan addin harus ditekankan dan pengelibatan mereka dalam sukan juga amat wajar di mana gelora remaja mereka dapat diserapkan melalui aktiviti yang sihat.

Berbekalkan panduan dan nasihat mereka Insyaallah selepas cuti sekolah ini kakak, abang dan alang akan terlibat secara langsung dengan beberpa program ....Insyaallah akan kuhebahkan

7 Sebab Pahala DiTolak Allah

Kekadang dalam berkawan kita tidak sedar lidah kita & tingkahlaku kita bersama teman lain menyakiti atau dengan sengaja membuatkan teman lain terasa. Kita rasakan teman tersebut terlalu sensitif sedangkan sifat diri kita yang over dalam menceritakan & merendahkan orang lain yang membuatkan teman2 menjauhkan diri.
________________________________________
Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau, bahawa sesungguhnya setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan menghalang pahala 'amal 'ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.

1. Langit pertama
- Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji.

2. Langit kedua
- Bermegah dengan Kebendaan - pangkat..jawatan...wang..nama....ilmu dan sebagainya.

3. Langit ketiga
- Takbur - seorang yang sombong...bongkak dan merendahkan orang lain

4. Langit keempat
- Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri

5. Langit kelima
- Hasad dengki - seorang yang hasad dengki... cemburu kejayaan orang iri hati dan sebagainya.

6. Langit keenam
- Tidak bersifat Rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang kepada semua makhluk Allah.

7. Langit ketujuh
- Riak - seorang yang suka memperlihatkan amal..menunjuk-nunjuk serta mencari pujian manusia.

Setelah pahala amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di tujuh lapisan langit tersebut, maka pahala amalan seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt.

Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat:

"Kamu semua penjaga amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu. Sebenarnya amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-mata, maka aku laknatkan ke atasnya".

Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya.

Pengajaran

1. Kesemua 7 sifat di atas mudah menghinggapi diri semua manusia
dan amat susah untuk dibuang, kita hendaklah sentiasa mengawasi diri dan hati agar tidak merosakkan pahala amalan kita dengan cara sentiasa mencari ilmu dan beristighfar di samping berdoa.

2. Renungkan selama ini setakat langit ke berapakah atau banyak
manakah pahala amalan kita yang telah berjaya melepasi pintu-pintu langit dan yangtelah berjaya dibawa menghadap Allah swt.

3. Jika seorang yang bergelar sahabat besar Rasulullah saw yang bernama Muaz bin Jabal r.a pun berasa gerun dan takut lalu menangis bila
mengenangkan pesanan Nabi saw ini di manakah dan bagaimanakah kedudukan kita di hadapan Allah swt ?.

4. Janganlah kita mensia-siakan pahala amalan yang kita lakukan dengan
sifat-sifat negatif di atas.

5. Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan amalan kita
sebelum tiba masanya kita dipanggil untuk mengadap Allah swt.

6. Sama ada susah atau senang, berat atau ringan, suka atau tidak
itulah pra syarat yang mesti dipenuhi untuk melayakkan kita bertemu dengan Allah swt namun ia tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita dapat mengikuti jalan-jalan yang telah dilalui oleh para kekasihnya.

7. Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua manusia dapat menghayati dan menghindari sifat-sifat negatif di atas demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

YA ALLAH JANGANLAH SIA-SIAKAN AMAL KEBAJIKAN KAMI YANG SEDIKIT INI....AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KAMI.... JIKA ENGKAU TIDAK MERAHMATI KAMI NESCAYA KAMI TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI.

19 May 2011

Lagi Nora Elena sinopsis Kasih Yang Suci

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti. Nak tau keseluruhan ceritan jom tonton Nora Elena petang ni or pergi MPH or popular dapatkan novel Kasih Yang Suci....tak sabar nak tgok sambungan episod semalam mmg menjadi watak Seth yang dibawa oleh Aaron Aziz tuh. Watak lelaki idaman Malaya....chewah


Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki

Dulu masa mengandung anak sulung ada seorang ustazah memberitahu bahawa kita di Malaysia bukan tahap darurat sehingga membolehkan kita memberi keizinan kepada doktor lelaki memeriksa walaupun mengandung dek kerana itu aku & suami mencari hospital bersalin yang seratus peratus di urus oleh doktor bidan perempuan, Alhamdulillah kami temuinya di Pertiwi Maternity, Jalan Klang Lama. Tadi semasa blogwalking aku bertemu dengan persoalan yang sama semasa aku mengandung anak sulung & ianya boleh menjadi jawapan kepada kita semua.

Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Daripada,
Keluarga Muslim K. L.
-------------------------------------------------------------------------------
Jawapan & Penjelasan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Syariat & Darurat

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Pemeriksaan Bulanan

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Aspek Psikologi

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka
menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.
Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

Menggerakkan Nafsu Syahwat

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Keretakan Rumahtangga

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. sumber: Laman Motivasi

18 May 2011

SEGMEN : BLOGGER LELAKI vs BLOGGGER PEREMPUAN - SEGMEN : BLOGGER LELAKI vs BLOGGGER PEREMPUAN

Lama tidak join segmenr Ben ni he he he bukan apa agak busy dengan closing & audit. Tp dalam busy2 entah macam mana nak jugak join segmen ni....klu nak join klik sini

Ben tanya, SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI ? " 

Jawapan akak....TIDAK BERSETUJU.
  1. Ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang mulia mengapa harus kita campur adukkan dengan sesuatu yang akan membebankan kita di masa depan....misalnya dengan meletakkan hantaran yang tinggi  akan membuatkan si lelaki akan berhutang dan ianya akan berterusan sehingga beranak pinak. Hantaran yang tinggi akan meninbulkan rasa tidak puas hati atau dendam di pihak suami. Ada kes yang bersatu sehinggakan suami tidak membenarkan isteri bertemu ibu-bapa gara2 hantaran. Ada pula kes belum pun langsai hutang sudah bercerai berai juga gara2 tidak puas hati si suami.
  2. “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”. Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya “ Di antara dalil keberkatan seorang wanita adalah mudah proses perkahwinannya dan sedikit maharnya.
  3. Jika keluarga ingin membuat acara perkahwinan & kenduri secara besar-besaran haruslah menyimpan sedari anak mereka dilahirkan bukan membebankan anak dengan meminta hantaran yang tinggi kepada bakal menantu

Jom Tengok Nora Eleena

Menjak 2 menjak ni aku dihidapi hobi baru sampai saja rumah masuk dapur masak nasi kelaurkan apa yang patut dari icebox terus mengadap slot akasia TV3.. "Nora Elena". Aku ni jenih jarang mengadap TV hari tu puas Cik Li salah seorang jiran yg juga seorang penulis skrip yg agak terkenal dok listkan pada aku cerita2 yang bezz untuk ditonton.

Mengapa tetiba aku giler tgok Nora Elena. Entahlah jalan cerita dia menarik & pelakonnya pun not bad. Nora Elena merupakan adaptasi dari novel kasih yang suci karya tulisan Meen Zulaika.

Dalam cerita ini sebenarnya ada sejarah antara Seth Tan (Aaron Aziz) & Nora Elena (Siti Saleha). Aku suka cara Seth Tan mmg dia pernah buat salah namun dia cuba menebus kesilapan lalu. Apapun weekend ni pasti serbu MPH cari novel ni ....





Promotion MdDonald Lovin' Mid Month - McChicken, Buy 1 Get 1

Promotion McD rini jom serbuuuuu

Happy Bufday My laling


Hari ini bufday cik B. Semalaman anak2 sibuk menyiapkan kad buat papa. Pepagi subuh tadi kakak yang wajah copy papa sudah wish.."epi bufday papa" diikuti abang.

Dah 39 tahun cik B yang aku kenali 20 tahun ++ dahulu ....semalam belek album zaman2 kekedingan dulu-dulu ...tersenyum bila teringat kembali zaman tu. Cik B kata aku sombong & jual mahal ....persamaan kami hari lahir sama iaitu 18 haribulan....beza umur 9 bulan ...masa cik B lahir aku masih di perut mak.

17 May 2011

Anak-anak di hutan batu

Cuti hari ini ...kami tdak kemana memandangkan minggu ni & minggu depan anak2 akan menghadapi exam. Seperti biasa aku & cik B drp dulu kalau anak2 nak exam kami pun turut serta buat revision......tengah aku memasak di dapur kedengaran Alang bertanyakan cik B, "papa.pokok mangga batang berkayu ke", "berkayu la alang tak tgok kat rumah mak tok ka" jawap cik B. Alang blur.."ada ke pokok mangga kat rumah mak tok"..."abih yg keliling rumah mak tok tu pokok mangga la" terang cik B lagi. "tu pokok pelam la papa" adey sakit perut mama. Mangga tu pelam la, orang utara panggil pelam. Aduh, kesian anak2 mama.

Mujurlah aku orang kampung yelah bagi aku & cik B mungkin mudah tapi bagi anak-anak kami yang berada dihutan batu amat sukar bagi mereka membayangkan segala pokok2. Erm nampak gayanya lepas ni terpaksalah kami bawa mereka tour kenalkan segala2 pokok yang tumbuh melata di kampung di pida sanglang.

Anak2 di hutan batu kebanyakkannya kenal pokok melalui buku & internet. Mujur sekali kami kerap pulang ke kampung jadi jiwa mereka sedikit rapat dengan alam semulajadi. Mereka lebih kenal dengan selut dan lumpur. Mereka ramah dengan persekitaran kampung dan faunanya.

Selalu aku ingatkan pada anak2 yang mereka amat bertuah kerana masih ada kampung & mereka amat bertuah kerana ada saudara mara yang besar disebelahku ataupun suami. Banyak yang mereka belajar daripada kelebihan yang mereka ada.

16 May 2011

Kenapa marah

Aku perasan kebelakangan ni mood aku kurang baik. Kurang sihat pun satu hal & beberapa perkara yang membuatkan aku punya mood berada pada tahap negative... tetiba anak sulung mengomel.."mama ni sebenarnya mcm abah"....Ooopp anak rupanya memerhati. Abah bila marah dia akan tunjuk kemarahannya tak macam mak marah pun nampak cool saja,

Ada teman pernah berpesan, "jaga sket mulut ko jgn terlalu laser terutama bila marah"

Hope bulan ni hilanglah mood pelik ini....marah tu menyebabkan aku kelaparan.

Jangan biarkan diri anda dibelenggu misteri

Last week mula dengar cerita Kak B pasal salah satu building company kita orng yang ada misteri nusantara, meremang jugak bulu roma mendengar cerita itu apa tidaknya misteri tersebut membuatkan orang yang berada di level berkenaan seolah dihantui ala mcm cerita jangan pandang belakang tu....masa kak B dok bercerita aku teringat cerita yang aku alami sendiri di bagunan AHP TTDI sebenarnya tak la scary mcm yang dialami oleh budak2 IT tp meremang jugak la bulu roma. Dulu di AHP tu selalu jugak stayback sometimes rasa mcm ada benda lalu mula buat tak kisah tapi lepas dengar cerita terus tak ada lagi stayback he he he.

Khamis lepas menjelajah KL SSM yang membuatkan aku naik pitam dengan kesesakkan lalulintas aku terus ke Heitech di USJ kemudian ke CUCMS.....lagi dengar cerita ala2 misteri nusantara....mcm2 membuatkan masa nak turun lift rasa semacammmmmmmmm.......

Aku, Nota kecil & pensil

Aku tidak pernah menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang guru namun dek kerana masa kecil aku selalu membawa pencil & buku nota kemana saja beberapa bapa saudara & kawan abah memanggilku dengan gelaran Cikgu Na. Alfatihah pada Pak Cik Don iaitu salah seorang kawan abah yang kerap memanggilku dengan gelaran itu. Aku, nota kecil & pensil ....aruah Pak Tam Abu pun memanggil aku Cikgu Na bila aku meningkat remaja Pak Tam abu selalu menyuruhku menjadi guru. Begitu juga dengan aruah abang abah iaitu Wa Mud setiap kali datang melawat kami itulah panggilannya Cikgu Na. Kata Wa Mud jadi cikgu senang kerja sekerat hari. Teringat juga pada Pak Su Ya yang beriaya datang berjumpa abah bila mengetahui aku mendapat panggilan maktab sekali anaknya....besar angan Pak Su Ya namun menjadi guru bukan impian seorang yang di gelar Deq Na. Aku bersama beberapa teman ada mengisi borang maktab & kebetulan aku di terima untuk mengikuti latihan perguruan guru Matematik di IPDA namun terpaksa aku tolak kerana aku telah menerima tawaran lain yang lebih dekat & melekat dihatiku. Bukan aku tidak mahu mendidik anak bangsa....aku tidak mahu menjadi cikgu tidak bermotivasi kerana impianku bukan menjadi guru.

Aku, nota kecil & pensil bukan impianku menjadi guru namun nota kecil & pensil adalah sahabat sibongsu yang umur agaj jauh dari abang & kakak. Nota kecil & pensil adalah suara hati. Nota kecil & pensil itulah tersimpan seribu cerita & impian semasa kecil.

Semalam semasa memunggah rak2 buku tetiba ternampak nota kecil ketika zaman remaja di hostel Essemjay. Tersenyum sendiri membaca luahan hati takala remaja dulu. Luahan hati buat insan yg bertahta di hati....Cik B. Dan masih lagi aku mengejar impian demi impian........



Sempena Hari Guru ....Sajak Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta di Sk Haji Wan Yahya aka SK Batu 6 Jln Sanglang & Essemjay ....cikgu Mazni, cikgu nazilah, cikgu abah (Sk Haji Wan Yahya & Cikgu Norela, cikgu Fatimah, Cikgu Sawiyah, cikgu Tajuddin, Cikgu Soleman, Cikgu Mus, Sir Naza, Ustaz Hussin (alfatihah)Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

12 May 2011

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA, TERUTAMANYA UNTUK LELAKI BERUSIA YANG BERHAJAT BERISTERI BARU YANG JAUH LEBIH MUDA DARI USIANYA!!! Hayati kisah ini...

Mcm biasala artikel ini aku copy drp email yg hubby send ayat2 sama mcm ayat yang abah aku cakap dulu. Abah banyak perhatikan apa yg berlaku kepada kawan-kawannya.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA, TERUTAMANYA UNTUK LELAKI BERUSIA YANG BERHAJAT BERISTERI BARU YANG JAUH LEBIH MUDA DARI USIANYA!!! Hayati kisah ini...
Aku sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri aku sering mewar-warkan bahawa umur aku dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. "Kalau abang rasa nak pasang lagi satu, saya izinkan", kata isteriku.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih ajelah aku at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak menikah lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!!! Tak tahulah kalau isteri aku tu main reverse psikologi dengan aku. Tapi lepas aku berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah.

WHY??? KENAPA AKU TAK NAK???!!! Bila mengenangkan umur aku yang dah 40an. Let's say kalau aku kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memanglah seronok beb!!!

TAPI..... Tentang makan minum, pakaian, kemas rumah dan kegemaran aku, rasanya aku tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, aku suka makan apa, camne cara nak masaknya, baju aku kena gosok cam gini, kalau aku bangun tidur aku suka kalau my wife dah siapkan segala-galanyalah. Tak perlu aku bagitau, dia dah tahu apa aku suka. Cerita apa aku suka kat TV, teh atau kopi manis macammana, hobi apa, sukan kegemaran... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu.

Rasa-rasa dapat ke isteri muda aku suruh buat cenggitu, tentu dia banyak ragam. Yelah dia muda, aku kan dah tua. Mesti dia kata aku ni mengada-ngada. Sure aku yang kena manjakan dia lebih, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dengan kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda PASTI LAGI TERUK.

Eh!!! budak 20-an zaman sekarang, dengan handbag berjenama (nak yang ORI plak tu), dengan nak tudung kain Ekin, tudung Maiza, dan henpon blackberry, itu tak termasuk kereta, paling kokak pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana nak naik Proton atau Perodua. Kalau aku tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam, tak ke terseksa jiwa-raga.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal kapcai pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat flat 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh!!! untuk isteri muda, terpaksa aku buat OVERTIME (OT) untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung, dan TV Sony skrin nipismu itu... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... Hari minggu pun kena cari duit... Nak tengok bola pun tak dapat.
Lebih haru lagi, tentu anak-anak aku akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan ke banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kahwin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari aku, malah akan membenci pula.

Masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau aku ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat anak tu di masa aku dah tua. Kat rumah isteri muda tengah hiruk-pikuk dengan anak-anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak), sedangkan di rumah isteri tua, anak-anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, aku yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan mandikan baby. Hahahahahaha... Kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Daahhhh tak dapat malam nanti...!!!

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun dua keseronokan tu. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak-anak, nak dukung anak-anak. Lecehlah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang dok tegur : "tengah pilih baju cucu ke pakcik..." Eiiii tak sangguuup aku...!!! Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak aku!!! Lagi haru-biru!!!

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria-ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tau nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk.

Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau aku ni umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru aku tu... Hisshhh!!! banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi aku selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah aku tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap aku. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata, bukannya yang di dalam kepala & di dalam 'seluar dalam' je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apapun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut Nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

Tak payah lah yang lain2. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Apa sangatlah kita nih. Macam Nabi konon. ye ke? Bab kawin aje nih cam Nabi. Bab menegakkan benda dalam 'seluar dalam' je nak ikut Sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial2. Fikir2kanlah ya...

Kalau mampu silakan....

Wallahua'lam...

Berita terhangat di Kodiang."bahana memadu kasih dgn isteri org"

Yang bini org tu pun awat la dok mengatai melayan kan dah mengamuk hat laki tu la mak dok kata dulu2 jaga diri jaga tingkah laku jangan sampai termasuk dlm neraka pasai ramai sgt pompuan disana

KODIANG: Bahana memadu kasih dengan isteri orang, seorang lelaki hampir putus tangan akibat ditetak suami kekasihnya yang berang selepas mengetahui hubungan sulit mereka di Kampung Palas di sini, pagi kelmarin.

Kejadian itu berlaku jam 7.30 pagi ketika mangsa berusia 40-an dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Palas ke tempat kerjanya di Pekan Kodiang di sini, apabila keretanya ditahan seorang jiran lelaki.

Suspek yang berada di kawasan berhampiran, kemudian dikatakan menarik mangsa keluar dari kereta dan mengheretnya ke kereta suspek yang terletak tidak jauh dari tempat itu.

Suspek kemudian mengambil sebilah parang yang diletak di atas but keretanya dan melibas ke arah mangsa.

Mangsa cuba mempertahankan diri dengan menepis tetakan itu, tetapi ia terkena ke sikunya sehingga menyebabkan tangan kiri mangsa hampir terputus.

Mangsa kemudian dikatakan cuba lari untuk mendapatkan pertolongan penduduk kampung, namun ditetak sekali lagi di bahu dan perut.
Bagaimanapun, tindakan segera penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan itu berjaya menahan suspek daripada terus menyerang mangsa. Suspek kemudian menyerah diri di Balai Polis Kodiang.

Anak lelaki sulung mangsa berusia 20-an yang tiba di lokasi kejadian membawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ).

Mangsa yang mempunyai empat anak kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar berikutan kecederaan serius.

Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada dendam lama dan mengakui suaminya pernah bercinta dengan isteri suspek.

“Mungkin tindakan suami saya pernah beberapa kali menghantar SMS kepada isteri suspek, menyebabkannya naik berang.

"Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Kodiang dan menyerahkan kepada polis untuk ambil tindakan terhadap penyerang suami saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Katanya, polis sudah menahan lelaki berusia 47 tahun untuk membantu siasatan. Sumber BH

Jangan terlalu & keterlaluan.....kategory 18sx ke?

1. Terlalu LAMA BERDIRI ? Merosakkan tulang.  Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu LAMA DUDUK ? Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh menjadi kendur. 8 jam duduk ishh bahaya ni jom keluaq jolan2

3. Terlalu LAMA MELIHAT ? Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa. ermm cam ner nak blogwalking cam ni

4. Terlalu BANYAK TIDUR ? Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat- urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan. hu hu hu nasib bek

5. Terlalu RIANG/GEMBIRA ? Merosakkan usus.alamak

6. Terlalu KERAP MARAH ? Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua. patut la chek ni awet muda

7. Terlalu BANYAK BERFIKIR ? Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim dan sekitarnya mudah terjejas. ish macam bohong pon tgk Tun mahathir ok pun

8. Terlalu BANYAK BERSEDIH ? Merosakkan jantung.boleh jadi kut hu hu hu

9. Terlalu MERANA ? Merosakkan paru-paru.

10. Terlalu TAKUT ? Merosakkan ginjal. Apabila fungsi  ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

11. Terlalu KERAP TERKEJUT ? Merosakkan pundi  hempedu.Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan kadangkala pendarahan terlebih.

12. Terlalu BANYAK MAKAN ? Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih ( semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan dan semakin terjejas kesihatan)

13. Terlalu BANYAK MINUM AIS ? Merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.sib bek la bukan pengemar air batu

14. Terlalu BANYAK MASA LAPANG ? Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan suka berkhayal dan menimbulkan pelbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan akitiviti hidup positif. berblog adalah satu cara mengisi masa lapang


patut la sedap mee segera mama

Juz dapat email drp hubby "patut la sedap mee segera mama" ampeh ...cerita dia cam ni selasa entah mcm mana aku rasa teringin nak makan mee segera perisa kari...pulak badan letih apa lagi pergi Puchong Perdana rembat sepaket mee segera...so dinner malam juz makan mee maggi saja  sebenarnay dah bertahun aku tak makan mee maggi yelah cik B ni detail sket pasai makan2 ni
"Mee segera

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.


Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser. "


Musim Sakit

Musim Sakit is back....panas yg keterlaluan buatkan ketahanan badan makin kurang....asyik bersin sejak 2/3 hari ini. Pada anak2 aku pesan minum air banyak....mama pun kena minum banyak air. Sekarang bukan saja panas malah nampak mcm berjerebu.

KUALA LUMPUR 9 Mei – Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini hari ini.

Namun beliau berkata, keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C),” katanya. – Bernama

dah 2 hari aku menelan panadol mana tidaknya badan mulai seram sejuk. balik kerja pegang badan anak2 make sure they all tak demam. Tetiba teringat  flu injection patut ambik saat mcm ni yelah aku ni x boleh demam atau selsema klu demam keadaan jantung & paru2 akan teruk.

Pagi tadi sampai ofis gelap...bigboss MC ke? Telah semalam tgok dia tak sihat....mmg la musim sakit sekarang ni.

Selamat Hari MISI (Jururawat)

Selamat hari misi esp yg pernah merawat aku so far misi2 yang aku jumpa semua baik2 ....ucapan mula2 kepada jururawat Taman Desa Medical Center ...hu hu hu sedih nak cerita ni pengalaman pertama aku admit kat hospital yang sedihnya masa ni belum kahwin aku ambik keputusan untuk buat breast lump operation di Taman Desa Medical Center. Aku tak bagi tau sapa pun dalam family main redah saja yang tau hal ini cuma pak we sorang tu Cik B....sepanjang di hospital mmg sedih hanya misi2 saja yang menjadi penghibur. Dan juga misi2 yg merawat semasa di SJMC & misi yg baik2 hati di Hospital Pakar Serdang.

2nd ucapan buat misi2 di Pertiwi Materniti yang aku pilih untuk bersalin...u all memang baik & banyak membantu aku esp masa anak sulung ..he he he mmg blur time tu yelah selama ni sendiri tetiba ada baby nasib baik Cik B pandai dalam mengurus baby....

3rd kepada misi2 di Hospital Kangar & Alor Setar pohon ampun & maaf bila aku hangin masa di sana & yelah teremergency di sana apapun bila di Hospital Kangar sikap & personaliti misi2 di sana benar2 mengubah tanggapanku kepada misi hospital kerajaan. Misi jazakallah ....pengalaman anda membuatkan aku tidak di bedah.

4th kepada misi-misi di Hospital Putrajaya yang merawat aku semasa bersalin anak ke 4 & kelam kabut misi2 hospital putrajaya bila aku sampai dengan berdarah meleleh masa keguguran dulu .....& misi2 yg banyak bagi support masa anak yang dikandung meninggal tahun lepas.

5th ..misi2 yg merawat anak2 aku..misi2 di PPUM semasa Khattab terseliuh & semasa malisha kena alergic. Misi2 di KPMC yg melayan As Siddiq semasa deman & cirit birit dulu....buat kan AsSiddiq sentiasa happy bila nak pergi hospital.

Misi2 anda adalah org yang kuat & tabah terutama bila kena marah dengan patient hangin macam aku. Selamat hari misi sedunia.

11 May 2011

My Heart: Another test

Rabu....selepas menerima pangilan drp hospital minggu lepas terus aku apply replacement leave hari isnin mmg kebetulan ada satu hari lagi replacement leave.


Selepas ECG sambil menunggu scan test....

Isnin Cik B pun cuti selepas hantar kakak ke sekolah kami terus ke Hospital. Alhamdulillah tak lama sangat cuma yang lama kena melakukan test demi test bagi memastikan apa penyebab ujian ECG sebelum ini abnormal & T wave abnormal. Selepas discan injap jantung semua dalam keadaan baik begitu juga dengan saluran darah cuma doktor mungkin terdapat gangguan pada bahagian otot jantung yang makin menebal.

5707 nice number ......sessi x der kerja buku tertinggal dlm keta

pak we yg selalu dok teman dr zaman skul smpai sekarang
Apa yang melegakan aku buat masa terdekat ini tidak ada by pass sebagaimana beberapa teman lain...mungkin keadaanku belum sampai tahap kronic namun doktor menyarankan aku sentiasa membawa semua surat berkaitan rawatan di mana saja.

History kesihatan semasa kecil adalah merupakan penyebab kepada ganguan ini. Aku bersyukur bagi aku ini adalah hint Allah SWT supaya aku lebih dekat denganNya dan supaya aku lebih bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan.