Adakah kita ADIL menghakimi situasi sekeliling kita
Andai dia saudara kita atau kawan rapat kita...kita dengar rintihan hatinya dia dipukul, dia dihina dia dikeji & dia dinista oleh insan yang bernama suami kita merasa amat kasihan dan prihatin dengan nasibnya. Kita marah dengan perilaku jantan yang bernama suami itu. Waima apapun kesilapan isteri bukan boneka...
"Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)"
Dan andai pula sebaliknya saudara kita itu sipelaku kezaliman iaitu yang lelaki adakah kita akan menyebelahinya. Jawapanku ..."TIDAK". Atas apa dasar sekalipun seorang suami tidak wajar menzalimi isterinya. Tidak wajar menyakiti isterinya. Memang salah salah isteri keluar rumah ttp kemungkinan dia keluar adalah demi keselamatan diri....siapa tahu? Aku banyak berdepan dengan masalah kawan2 yang terpaksa menghadapi pelbagai ragam suami yg panas baran & menyakitkan jiwa dan perasaan hingga bertahun2 lamanya. Suami & lelaki adalah khalifah dan sepatutnya menjadi pelindung dalam rumah tangga dan juga pembimbing bukan menghentam isteri bila timbul ketidak puasan di jiwa.
Sabda Rasulullah s.a.w:
dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)
Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya, bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam menghadapi perangai isterinya.
Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).
Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut: 8
نهوØبقت لاو نهوبرضت لاو
Ertinya:” ...dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”
Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:
Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”
Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam kepadanya untuk menjamin maruah wanita Islam.
To all fren out there yg di hentam ...di herdik dengan kata2 & pelempang bersabar & pergi ke right channel ....kita ada undang2

Comments
Post a Comment