Tarif Electrik di umum pukul 4 petang ini

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang akhbar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcob di Putrajaya sekitar jam 4 petang.

Tidak dinyatakan tujuan sidang akhbar berkenaan, namun dipercayai berhubung kait dengan saranan Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat lalu yang meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Sidang akhbar tersebut dijangka memberikan butiran kenaikan tarif berkenaan yang dijangka berkuat kuasa 1 Jun 2011 atau hari Rabu ini.

Rakyat menarik nafas lega minggu lalu apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan kenaikan harga bahan bakar RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) ekoran khuatir kenaikan harga barang yang semakin membebani rakyat.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditanggung kerajaan sekiranya jumlah yang sedia ada meningkat ke paras yang lebih tinggi dan melampaui kemampuan kerajaan.

“Alhamdulillah, saya mendapat banyak respon menyatakan kerajaan prihatin kerana jika (harga bahan api) dinaikkan maka bebannya ditanggung rakyat, tetapi dengan sebab itu (mengekalkan harga sedia ada) juga kerajaan terbeban dengan jumlah subsidi yang ditanggung iaitu daripada RM10 bilion naik sampai RM18 bilion dan mungkin menjangkau sehingga sampai RM20 bilion,” katanya. sumber:mynewshub

Comments

  1. bersedia untuk bajet kewangan yang baru bila banyak menda nak naik harga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts