28 May 2015

Half of Year 2015

Lama tak menulis.

Kenapa?
Mengapa?

Kalut. Anak ramai. Jawapan paling mudah. 

Isnin ke Jumaat. 
Pergi kerja balik kerja dah maghrib. 
Masak, dinner belek homework anak itu ini terus tidur bangun recycle rutin semalam.

Sabtu dan ahad. Mengemas rumah. Cik B itu dengan aktiviti mengayuhnya. Isterinya pula dengan aktiviti mengemas, meniarap dengan baby As Suffiyan ataupun melompat dengan Al Waleed atau pun susun lego dengan As Siddiq ataupun chatting dengan anak2 dara ataupun program outing bersama Al Khattab.

Banyak dalam perancangan. hahahah takkan semua nak publishkan.
InsyaAllah bila berjaya akan dikhabarkan.
Namun yang penting kita kearah mencari redha Allah dan supaya pengakhiran kita pun dengan redha Allah SWT.



Hidup ini terlalu singkat untuk kita asyik memikirkan orang lain. 
Apa orang kata. Apa orang fikir adalah diluar jangkauan kita.
Bukan hak kita untuk bersangka-sangka.
Dan bukan hak kita juga untuk menjufikasikan orang lain.

Hidup ini adalah untuk menyiapkan diri kepada hari akhirat.
Tapi wajar kita fikirkan macam mana nak membantu orang lain
Dan wajar kita fikirkan bagaimana mahu menyebarkan ilmu kepada orang lain

Paling penting dalam hidup ini adalah menjaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia. 

Bagaimana?

Jaga solat...jaga iman (Hablulminallah)
Jaga lidah...be silent  (Hablulminannas)

Jaga hati kita supaya sentiasa husnuzon dengan Allah SWT
Jaga hati kita supaya sentiasa memandang kebaikan orang lain dan tidak melihat akan aibnya.

SCAN HATI
CUCI MINDA