01 March 2007

Perjalanan ke utara


Sabtu 17.02.2007, pagi masih keletihan dengan perjalanan semalam. Telefon tangan menunjukkan talian masuk ..049253...(abah). "A'kum abah, adik ni," aku memulakan perbualan. "Haa dah sampai ka dok tang mana lani", tanya abah yang sememangnya tahu kepulangan kami di cuti tahun baru cina ini. "sampai semalam jalan jam, letihh la dok baring nih", jelasku pada abah. "Bila nk sampai kt pida, esok kenduri rumah Kak Ma", tanya abah bagai tidak sabar. "Tengah hari mungkin kami sampai sana", jelasku pada abah.
Rancangan untuk ke Sanglang di tengah hari terpaksa di tangguhkan kerana kedatangan Pak Im sekeluarga diikuti dengan anak-anak Tok Wan teloq banyak dan yang terakhir Mak Cik Pah dengan Tok Yah. Ahh meriah sekali. Dapat bersama dengan Tok Yah bagai melepas rindu seorang cucu kepada nenek. Hiruk pikuk air hujan menghentam atap rumah mertua diselang seli dengan riuh rendah saudara mara merupaka panorama keluarga yang teramat indah.
Tut..tut..tut telepon tanganku merengek,"chu, ed ambik tok wan kat sanglang, chu pi teruih Jitra", pesanan ringkas drp anak kakak sulungku terpapar diskrin 2x2.7 cm itu. "ok nanti chu sampai petang sikit kut", balasku ringkas. Jemariku mula singgah kebutang telepon bimbit membuat pesanan ringkas, “ngah teruih pi jitra t.wan ada sana chu tggu kt Smpg 4 Kangkong”.
Hujan mula membasahi tanah Sg Petani yang beberapa ketika kekeringan. Kedinginan mulai terasa. Selepas maghrib di tengah renggekan hujan kami sekeluarga mulai bergerak ke utara melalui Gurun dan Pusat Peranginan Gunung Jerai, Sesampainya kami di persekitaran Simpang Empat, hujan turun dengan lebat sekali. Namun akhirnya kami tiba di rumah Tok Wan Mat.
9.00 pm, berkonvoi dengan Angah serta Kak Minah ke Jitra.
Ketibaan kami disambut dengan kemeriahan ahli keluarga. Ehem..semuanya sudah ada. Bunga telur dan hantaran telah disiapkan. Abah berada di khemah dengan kumpulan penanggah.
Ahh ..indahnya bertemu dengan sanak saudara...