30 November 2012

Terapi dalam rumah tangga 3 T

aku copy petikan dari rancangan Usrati radio IKIM dari saudara faiz, sebagai panduan untuk diri sendiri dalam menjalankan urusan sebagai hamba Allah SWT juga Isteri dan Ibu.

Slot Usrati Bersama Ustazah Norhafizah Musa di IKIM.fm
Tajuk: Terapi dalam rumah tangga 3 T

Pengajaran dari Surah Al-Anbiyaa' , kisah nabi yunus di telan ikan dan lafaz tasbih nabi yunos; Lailahailla anta subhanaka inni kuntum minazolimin.

Nilai Tasbih disisi Allah, "Kalaulah tidak kerana tergolong dalam golongan yang banyak bertasbih dalam perut ikan sudah pasti dia terus nabi yunus duduk dalam perut ikan sehingga hari kebangkitan".

Terapi 3 T;
1. Tauhid: Lafaz lailahailla anta
2. Tasbih : Lafaz subhanak
3. Tunduk : Lafaz inni kuntum minazolimin.

1. Tauhid ; mengikhlaskan segala tindakan dan pengorbanan hanya kepada Allah. Paras kebahagiaan seorang hamba bergantung kepada keikhlasannya kepada Allah. S.W.T.Rahsia bagaimana melalui ujian dalam hidup di samping kita berikhtiar. Petolongan dari Allah selama-lamanya diperlukan oleh seorang hamba. Dimana Refleksi dari keikhlasan ini menanggalkan segala penyakit hati yang ada pada setiap individu.

2. Tasbih, Surah Toha ayat 29 -35. nabi Musa A.S ketika diarah Allah untuk berhadapan dengan Firaun, nabi musa meminta bantuan dari Allah dengan tujuan, agar Kami (Nabi Musa dan Nabi Harun) dapat terus memuji dan menyebut namamu Ya Allah. Memahami Konsep tasbih memuji Allah adalah redho dengan segala ketentuan Allah.

3. Tunduk, Hidup penuh dengan Ujian, Maka segala pemasalahan perlu dihadapi dengan mengakui kesilapan diri sendiri dan Meminta pertolongan terlebih dahulu. Memuhasah diri mengakui kesilapan dan kesalahan diri di hadapan Allah.Munajat kepada Allah tundukkan diri, runtuhkan keegoan diri mengakui kesilapan dalam urusan kehidapan.

Lazimillah untuk mencari kemuliaan daripada Allah mengulang lafaz tasbih nabi yunos. Agar kedudukan diri lebih dekat disisi Allah.

Wallahu'alam

25 November 2012

Anak lambat membaca

Aku membaca ini dari facebook ex skullmate Tika. Aku amat memerlukan bacaan sebegini memandangkan aku perlu melakukan sesuatu buat As Siddiq. As Siddiq 5 thn dia sudah mengenal hurup namun tidak dapat membaca namun aku tidak sesekali memaksanya. Berhari-hari aku cuba mencari cara supaya As Siddiq cepat membaca sebagaimana adik beradinya yang lain.

Aku perlu melakukan sesuatu supaya As Siddiq tidak ketinggalan bila memasuki alam sek rendah nanti. In shaa Allah akan kukongsikan pengalaman dalam mengatasi masalah ini. Sebagai ibu sedari duli yang tertanam dalam diri aku adalah memberi anak2 ilmu untuk mereka meneroka masa depan. Itu adalah amanah Allah dan aku tidak boleh mementingkan diri.

Catatan Ibu Rose
Terima kasih diatas input bernas mengenai Isu anak lambat bercakap. Ibu sunguh gembira melihat perbincangan dan perkongsian sihat itu. Ibu harap kita akan dapat melakukan sebegini selalu.

Sempena menyambaut Maal Hijrah serta kerana mencapai 11,000 ahli, ibu ingin menghadiahkan sebuah perkongsian pengalaman ibu dalam mengatasi masalah anak lambat membaca. Walaupun ini bukan isu anak lambat bercakap, prinsipnya tetap sama:Yakin dengan Allah, Berdoa kepadanya, Yakin anak boleh melakukannya. Sabar dan prihatin Rasa jiwa anak Buat untuk anak bukan takut apa orang kata Ambil langkah medical, sekadar memastikan sahaja Beri sokongan dan semangat ELAKKAN TAKUT dan BIMBANG yang berlebihan Elakkan mengejek Relaks and take it easy Bacakan doa-doa BERSYUKUR  Salam Kasih dari ibu
 

Sekiranya kita mahu melihat keputusan positif yang berpanjangan, kita perlu melakukannya mengikut kekuatannya. Kita telah diajar sejak dahulu lagi, memberikan kutukan akan menggalakkan mereka melakukannya dengan lebih baik. Saya tidak tahu bagaimana pengertian ini dapat memasuki jiwa kita tetapi bagi saya ia tentu sekali satu strategi yang salah, malah merosakkan keyakinan diri anak kita.
Untuk menjayakan hasil positif yang berpanjangan ke atas diri anak-anak kita, binalah kekuatan yang telah ada dalam diri mereka. Sekiranya mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah, tetapi mempunyai prestasi dalam bidang sukan atau mempunyai kekuatan kepintaran dalam hubungan antara manusia, lebih baik kita menolong mereka untuk membinanya. Kepintaran ini adalah umpama mutiara di kalung mutiara. Satu digugurkan akan menggugurkan kesemuanya; satu dijatuhkan membuatkan semuanya bertaburan di lantai.
Anak lelaki saya Anas, hanya dapat membaca dengan lancar pada umur lapan tahun. Sungguh susah mengajarnya membaca. Ia tidak faham langsung teknik yang digunakan. Saya hampir-hampir berputus asa tetapi sebagai ibu, kasih sayang saya kepadanya memaksa saya mencari jalan penyelesaian. Pada ketika itu, pengetahuan saya tentang ‘Kepintaran Pelbagai’ ini dan cara meningkatkan prestasi anak-anak sungguh terhad, tetapi walau bagaimanapun saya telah diberikan cara untuk menangani masalah itu dan saya sungguh bersyukur hingga ke  hari ini.
Saya dapati sejak dari kecil Anas sungguh gemar melukis. Pada hakikatnya, setiap kali apabila saya mahu mengajarnya membaca, dia akan bertanya, bolehkah saya melukis? Pada mulanya, saya sungguh marah kerana saya fikirkan dia cuba mengelak dan malas belajar. Nasib saya baik kerana saya mendengar kata hati saya dan tidak hanya membenarkan dia melukis tetapi juga membelikannya set peralatan untuk melukis. Selama seminggu saya tidak mengajarnya membaca. Saya hanya memuji lukisannya yang benar-benar cantik. Dia memperoleh keyakinan diri dan pada masa yang sama mendapat galakan untuk belajar membaca. Dalam masa beberapa minggu sahaja, kebolehan membacanya meningkat dengan begitu mendadak.
Kini, Anas seorang anak muda yang sungguh membanggakan saya. Dia mengambil jurusan Seni Reka Grafik di sebuah universiti tempatan dan pada masa yang sama, menjadi seorang pereka Seni Grafik Bebas (freelance graphic designer) yang membuat seni reka grafik untuk beberapa buah syarikat. Dia amat berminat dengan apa yang dilakukan olehnya. Dia membesar menjadi seorang yang sungguh berbakat, bertanggungjawab, dan menjadi pemuda yang berkeyakinan tinggi. ‘Sejuk perut saya mengandungkannya’. Dia merupakan anugerah yang amat istimewa.
Setiap kali saya melihat hasil kerjanya, saya tidak dapat menahan air mata saya yang gugur bercucuran apabila saya memikirkan semua ini dan tanggapan saya bahawa masa depannya gelap kerana dia tidak pandai membaca. Saya sungguh bernasib baik kerana memegang kepercayaan kepada kelebihan yang dianugerahkan kepada dirinya dan mengambil langkah yang betul untuk mengasuh pemberiannya itu. Saya hampir menjadi ibu yang menangis dan merintih melihat nasib anaknya musnah akibat kemarahan dan kebencian kepada kekurangan diri sendiri. Bersyukur saya kepada Tuhan, yang memberi saya petunjuk-Nya.

Kepada teman- semua, apa yang saya cuba katakan di sini ialah jangan sesekali putus harapan terhadap anak-anak dan murid-murid anda. Jangan sesekali memikirkan mereka tidak pintar dengan hanya mengukur prestasi pelajarannya di sekolah. Lihat jauh ke dalam dan cuba dapatkan potensi semula jadi mereka yang telah dianugerahkan serta didiklah mereka kerana inilah inti pati sebenar seorang pendidik. Seorang pendidik bertanggungjawab untuk menggilap potensi yang sedia ada pada setiap murid di bawah jagaannya. Ini adalah kerana setiap murid yang datang ke dunia ini membawa dan dilengkapi dengan potensi semula jadi masing-masing yang dianugerahkan oleh Tuhan sebagai satu bekalan untuk meneruskan misi kehidupannya di dunia ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


BI
Should we want to see lasting positive results, we need to work on their strengths. We were taught previously somehow that by condemning we would encourage good result. I do not know how this notion got into us but I am definite it is not just a wrong strategy but also detrimental to the self-esteem.

To have lasting positive results on our children, build on their strengths. If your child is not doing well in school but he is so good in sport or have strong inter-personal intelligence then build on that. These intelligences are like pearls on the pearl necklace. Lifting one will help lift the rest. Pulling one down will bring the rest down too.

My youngest son, Anas, was only able to read fluently at the age of eight. It was so difficult to teach him to read. It was as if it did not register into his brain. I almost gave up but being a mother, my love for him is unconditional and so I looked for the solution. At that time my knowledge regarding these intelligences and child up bringing was very limited but somehow I was guided to take an approach that I am grateful for until today.

I noticed that since small Anas loves drawing. In fact every time when I wanted to teach him to read, he would ask me if he could draw. Initially, I was very angry because I thought he was trying to run away and was being lazy. Fortunately, I listened to my heart and not only did I allow him to draw but I bought drawing sets for him. For a few weeks, I did not even bother to teach him to read. I just praise him genuinely on his drawings that were really beautiful. He gained his confidence and at the same time gain courage to learn to read. Within a few weeks after that, his reading ability shot up. Now a young adult, Anas really makes me proud. He is studying graphic design in one of the local varsities and at the same time a freelance graphic designer that does graphic design work for companies. He loves what he is doing. He had grown up to be a very talented, responsible and confident young man. It is a privilege to have him as my son.

Every time I look at his finished work, I cannot stop my tears from coming out for I came so close to thinking that he would not make it in life because he was so slow in learning to read. I was fortunate to hold on to my belief in his gifts and took the right step to nurture those gifts in him or else I would be amongst those parents who cry their hearts out to see their sons perish in anger and self-hatred. Bless be to God, the One that gives us His guidance.

What I am saying here, dear friends, is not to ever give up on your child or student. Do not ever think that they are not intelligent just by taking their performance in school as the means of measuring their intelligence. Look beyond and deeper into them and find their true potential/s and gifts and nurture them because that is the essence of an educator. An educator is to unleash the inborn potentials in his charges. This is because every child that comes into this world brings and is equipped with his inborn potentials and gifts to help him to carry out his mission in this world.
 Love Always - Ibu Rose

24 November 2012

Menangani anak yang suka memukul dan dipikul

Alhamdulillah aku belum lagi mengalami masalah ini cuma ana2 selalu pulang mengadu mereka  dipukul. Normallynya mama selalu ingatkan mereka pada mereka sabar. Jangan dilawan. Dibawah ini antara yang di salin semula dari fanpage Prof Dr Rozieta cara-cara menangani anak-anak yang suka memukul.

Anak-anak kecil dibawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak mendapat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?

Pertama - Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.

Kedua - Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu barang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.

Ketiga - Teruskan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.

Keempat - Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.

Kelima - Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.

Keenam - Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.
Ketujuh - bila anak itu dipukul oleh kawan atau sepupu dan dia menangis sakit dan sedih, gunakan masa itu untuk membentuk EQnya. Bawa perhatian dia kepada apa yang dia rasa sekarang dan apa yang budak itu lakukan kepada dia. Masa itu terangkan, begitulah orang yang dia pukul rasa. Ini akan membantu dia faham agar tidak mengasari orang lagi. This is EQ development.
 
Namun, jangan pulang paku buah keras dgn mengatakan contohnya - ha, sekarang baru tahu macamana mama sakit bila along pukul mama. Padan muka! Ini tidak akan meningkatkan EQnya. Ini hanya mengajar dia berdendam

Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia. Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.

Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, [erangai dan akhlak tetap mulia. kredit kepada Prof Dr Rozieta Shaary

23 November 2012

ISRAEL REGIM...stop bullying Palestine



Biasa la kalau mengantuk mula la jari jemari mahu melakukan sesuatu agak hilang rasa mengantuk....aku mula masuk bahagian stat blog.....tgok reader hari ini sebenarnya jarang bebenar aku buat aktiviti ni. Sebab dari mula berblog aku tak pernah kesah pun sapa yang baca dah nama blog ..kalau tak nak orang baca buat tulis dalam diari yang ada kunci mangga tu kan.

Hari ini punya reader 539....9 darinya dari Israel. Oooopppss depa faham ka BM.

No matter lah aku bukannya sesapa. But reminter to ISRAEL REGIM...stop bullying Palestine!!!!!

aku bukan sesiapa hanya hamba Allah SWT tp aku yakin kesudahan yang baik kepada orang yang melakukan kebaikan.



17:4
Sahih International
And We conveyed to the Children of Israel in the Scripture that, "You will surely cause corruption on the earth twice, and you will surely reach [a degree of] great haughtiness.

17:5
Sahih International
So when the [time of] promise came for the first of them, We sent against you servants of Ours - those of great military might, and they probed [even] into the homes, and it was a promise fulfilled.

17:6
Sahih International
Then We gave back to you a return victory over them. And We reinforced you with wealth and sons and made you more numerous in manpower

17:7

[And said], "If you do good, you do good for yourselves; and if you do evil, [you do it] to yourselves." Then when the final promise came, [We sent your enemies] to sadden your faces and to enter the temple in Jerusalem, as they entered it the first time, and to destroy what they had taken over with [total] destruction.
Sahih International (Surat Al-Isra' 17-4-7)


Jom peluk dan cium


peluk dan cium anak memberi kesan positif kepada pertumbuhan pembesaran anak2

Sebagai anak bongsu aku dah biasa dengan belaian, peluk dan cium. Semua sekelilingku dari dulu sentiasa menunjukkan kasih sayang. Asal bangun pagi semua nak dipeluk dan cium terutama 2 yang kecik tu iaitu As siddiq dan Al Waleed. Malisha, Al Khattab dan Humaira tidak pernah dilupakan. Papa mereka lagi la kena selalu peluk oooppss. Sebab tulah kalau anak2 merajuk aku tidak biarkan selalunya aku akan pergi kepada mereka samada memeluk atau melakukan sesuatu yang membuatkan mereka ketawa. Misalnya semalam, mama ni biasalah kalau lepas masak mesti lemau. Anak teruna mama yang 5 tahun sekarang ni habit dia buat sound effect. Aduyai binggit telinga. Disamping sound efffect ada juga aksi ganas stund di sofa. Semasa As siddiq membuat stund kakinya terkena tangan mama. Secara automatik tangan mama naik ke peha putih anak 5 tahun...naik merah peha tu. Tersedu-sedan As Siddiq. Mama terkedu. Mama memeluk As Siddiq. Di tolaknya. Terus dia pergi kepada papa. Mama cuba memujuk dan pujuk. Final selepas hampir 15 minit akhirnya rajuknya reda mama terangkan semula mengenai aksi stundnya tadi. Dia faham dan janji tidak akan ulangi lagi. Peluk dan cium boleh meredakan rasa marah dan geram lantaran memberi lebih getaran kasih sayang dalam sesebuah perhubungan.

Mari kita kaji kejadiaan ini; aku copy dari fanpage
Prof. Dr. Rozieta Shaary
Suatu hari Nabi telah didatangi oleh wakil daripada sebuah kaum untuk belajar mengenai Islam. Semasa berbincang, tiba-tiba cucu Baginda datang menghampiri Baginda, lalu Nabi mencium dan memeluk cucu baginda.
Terkejut perwakilan itu, lalu mereka mengatakan bahawa budaya mereka tidak sedemikian. Mereka tidak memeluk dan mencium dan menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak kecil mereka. Nabi s.a.w lalu berkata Baginda tidak boleh melakukan sesuatu kepada mereka sekiranya perasaan kasih sayang itu telah diambil daripada mereka.
Menunjukkan kasih sayang, mencium, memeluk dan bergaul mesra dengan anak-anak, bukanlah budaya barat yang kononnya diserap ke dalam keibubapaan moden, tetapi sebaliknya. Apa yang telah ditunjukkan oleh Ar-Rasul s.a.w, telah kaji oleh Barat dan mereka yang telah nampak kesannya dan membawa kefahaman itu di dalam apa yang kita hari ini kata Psaikologi Barat. Sebenarnya, bukan Psaikologi Barat, tetapi Sunnatullah dan sunnah Nabi.

Al Waleed dah 7 bulan..tecit mama makin pandai


Hari ini Al Waleed dah berusia 7 Bulan 19 hari alhamdulillah perkembangannya lebih cepat. Dalam usia ini Al Waleed berkembang seperti bayi 8 dan 9 bulan. Waleed dah mula berdiri dengan sendiri dan berjalan disofa atau kerusi.
 
Sebagaimana anak-anak terdahulu aku banyak mencuba dan menguji, misalnya andai al waleed merangkak antara dining ke dapur yang lantainya tidak sama. Aku dan cik B akan memberitahunya secara berulang  dan kemudian si tecit akan faham bila sampai di sempadan lantai yang tidak sama dia akan berhenti. Begitu juga dengan mainan yang agak bahaya bagi bayi yg usia 7 bulan. Puteri sulung mungulang aksi dan ayat yang pertama tadi....setelah diulang2 puteri sulung bagi guli kali ini Alwaleed ambil dan baling semula kepada kakak....kakak dengan suka hati menceritakan kepada mama mengenai peristiwa ini. Al waleed pantang bila ada kertas, buku atau suratkhabar. Dia pasti akan mengambil kertas dan memasukkan kedalam mulut. Aku menggunakan kaedah yang sama menerangkan yang kertas bukan makanan tetapi bahan bacaan dan mula menunjukkan gambar2 menarik dalam kertas. Aksi dilakukan berulang sehingga akhirnya bila jumpa kertas atau buku Al Waleed mula melihat-lihat sambil mengeluarkan suara gaa gaaa gaa daa daa seperti membaca.
 
Mencuba dan menguji adalah sebahagian daripada perkembangan yang sihat pada anak-anak yang berusia 18-24 bulan. Anak-anak akan cuba buat pelbagai kerenah/kelakuan/aksi untuk melihat respon yang ditunjukkan/diberikan oleh ibu bapa. Cara kita respon kepada aksi anak-anak, akan memberi kesan yang berbeza terhadap apa yang dipelajari oleh mereka dan juga cara mereka berkelakuan. Inilah masanya ibu bapa perlu membuat peraturan (setting limits) mangikut tahap umur anak-anak. Dalam membuat peraturan, ibu bapa perlu..

1. memberi penjelasan tentang peraturan (be clear) - anak-anak pada tahap ini perlu selalu diingatkan kerana memori mereka masih dalam peringkat berkembang.

2. menyatakan dengan jelas (be specific) "Tolong masukkan mainan ini ke dalam kotak (specific)
"Tolong kemas mainan ini" (tak specific)

3. istiqamah (be consistent) - guna consequences yang sama setiap kali. Contohnya SETIAP KALI anak membaling barang mainannya, ambil mainan tersebut selama beberapa minit.

3 bertenang (stay calm). - anak-anak akan menguji peraturan yang ibu bapa buat. Sekiranya kita respon dengan tenang tanpa naik angin, anak-anak akan lebih cepat belajar tentang self-control.

Hari Asyura- 24 November 2012

Email dari cik B hari ini.."Hari Asyura- 24 November 2012 - jom posa esok", mama reply, "ok malam ni kita makan syoq (sahur)".

Ini adalah hasil asuhan Aruah Pakngah Lah & Mak Ngah Lian Bukit Tangga. Al fatihah buat Allahyarham semoga Allah SWT merahmati rohnya dan diberi kerahmatan buat anak-anaknya juga. Bersyukur kehadratNya atas kurniaan ini. Sebenarnya apa saja yang sebati dalam diri kita adalah hasil dari didikan semaja remaja. Ini adalah hikmah Cik B berada di dalam keluarga Pak Ngah dan Mak Ngah.

"Ya Allah, Bukakanlah Untuk Kami Pintu-Pintu Keselamatan, Pintu-Pintu Kesihatan, Pintu-Pintu Nikmat, Pintu-Pintu Keberkatan,  Pintu-Pintu Kekuatan, Pintu-Pintu Cinta Sejati, Pintu-Pintu Kasih Sayang, Pintu-Pintu Rezeki, Pintu-Pintu Ilmu, Pintu-Pintu Keampunan dan Pintu-Pintu Syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang".
 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Hari Sabtu 24 November 2012 )
1. Melapangkan masa / belanja anak  , suami &  isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 

21 November 2012

Puchong - Manjung Part 1

Chalet Pak Ya & Mini Kem Teluk Senangin
Sabtu 17.11.12 kami memulakan perjalanan ke Manjung melalui Lebuhraya Guthrie kemudian melalui Kuala Selangor - Sabak Bernam - Sekinchan. Dalam perjalanan kami berhenti untuk menikmati cendol pulut durian. Sedap dan harganya pula murah. Sampai di Teluk Senangin dalam pukul 3 petang lebih. 

Chalet ok cuma persekitaran dan lalat membuatkan anak2 kurang selesa begitu juga dengan cik B. Di Teluk Senangin kami sempat meninjau-ninjau suasana perkampungan nampaknya lalat bukan saja wujud di chalet yang kami menginap malah keseluhan kampung dihurungi lalat. Macam ada sesuatu yang tidak kena. kami diberitahu oleh penduduk persekitaran masalah lalat ini berpunca dari perusahaan penternakan ayam yang tidak jauh dari perkampungan ini. Hari-hari anak2 meminta ayam dan inilah kesan daripada itu. Ya Tuhan....kami telah menzalimi diri kami.

Aku juga kurang selesa bila melihat sistem perparitan chalet semua di halakan kepantai. Dalam hati aku habislah pantai 10 tahun akan datang. Pihak yang membuat perancangan membina chalet seharusnya memikirkan dahulu keseluruhan binaan termasuklah masalah pembentungan supaya ianya tidak memberi kesan negative di masa hadapan. Mungkin hari ini orang datang ke chalet kita untuk menikmati keindahan pantai namun jika pantai tercemar sudah pasti suatu hari nanti ia akan memberi kesan kepada pendapatan jangka masa panjang.Ada sebab Allah SWT kirimkan kita dan anak-anak disini. Kepada anak-anak, garapan ini adalah pelajaran buat mereka supaya mereka sentiasa ingat kepada Allah SWT setiap kali melakukan sesuatu. 

Ribuan terima kasih buat pak ya, isterinya yang peramah juga Lina yang banyak membantu semasa kami menginap di chalet ini

Tengah bersembang dengan anak pengusaha chalet ...dia menceritakan permasaalahan yang menimpa perniagaan keluarga mereka
Disini akan dibina chalet dorm yang boleh menempatkan
menikmati pagi di pantai yg masih lagi DARA

Unjuran 2012

Siapakah kita sebenarnya. Benar di jabatan mungkin kita berjawatan namun bila bersama2 sanak saudara kita adalah sebahagian dari mereka. Tidak ada bezapun kita dan mereka. Waima apa jenis material yang kita pakai atau guna. Sanak saudara umpama air dicincang tidak akan putus. Usah wujudkan perbezaan antara kita dengan yang lain. Kita ada kebersamaan iaitu kehambaan kepada Allah SWT. Allah SWT tidak melihat apa jawatan kita, kita menilai dari cara kita berpakaian namun Dia menilai dari hati.

Aku amat menyukai pekerjaanku dan juga persekitaranku sekarang. Sahabat2 yang ada dipersekitaran pekerjaan ini membuatkan aku sentiasa bermuhasabah dan cuba untuk lebih dekat denganNYA.

Semalam beremail dengan cik B mengenai planning tahun depan. Ada perkara harus dikurangkan dan ada perkara harus dilebihkan. Kata cik B demi masa depan anak2 dan masa depan kita juga. Beginilah kami sebagaimana tahun-tahun terdahulu ada unjuran-unjuran kayu ukur prestasi diri.

Hari ini hari ke lima Al Khattab berjauhan dari kami sekeluarga ada misi dan objektif disebalik pemergiannya ke sana. Semoga Allah SWT melebarkan jalan-jalan untuk lebih dekat denganNYA dan menjauhi kami dari terjebak dikalangan insan-insan yang sombong.

Hidup ini adalah pusat pembelajaran. Setiap hari kita belajar. Setiap hari kita melihat pelbagai watak. Setiap hari kita menerima pelbagai ujian dan rintangan. Ada hikmahnya Allah SWT pertemukan kita dengan pelbagai insan dan pelbagai kerenah yang kadang kala menguji kesabaran dan keimanan kita.

Dan hidup ini juga adalah suatu kebahagian. Bahagia dan membahagiakan. Bahagia dengan cara kita melihat dari mata hati bukan dari persekitaran luaran.




Al Waleed dah 7 Bulan

dah 7 bulan tecit ni  dah pandai berdiri
lani pantang nampak mama ....pantang mama hilang dari pandangan mata mula la buat sound effect
Assistant mama yang rapat dgn tecit waleed
grrrr geram gigi saya dah tumbuh

20 November 2012

Sombong

Teringat aku kepada temuduga kali pertama di penghujung tahun 90an di Petronas Dagangan. Sebelum ditemuduga aku duduk dilegar opis pada masa itu di Wisma GoldHill di Jalan Raja Chulan. Kemudian ada seorang wanita dengan berbaju kurung dan bertudung agak selebek (tidak kemas) he he he masa tu masa ada tudung ariani, tudung Fareeda belum lagi org pakai rundung silang menyilang. Aku hanya memerhatikan wanita tersebut dengan pandangan kosong. Tiba2 namaku dipanggil oleh receptionisMasuk ke bilik meeting rupanya perempuan selebek yang berjawatan Pengurus Besar Kanan. Aku terkedu. Kemudian aku berkongsi dengan cik B mengenai pengalaman ni. Rumusan cik B amat mudah, orang yang ada selalunya tidak menunjuk dan yang tidak ada saja yang suka mengada-ada. Aku tidak faham. Yelah baru lagi di Kolumpo. Cik B jelaskan lagi, selalu yg berblazer & ber dress out itu budak recep or customer service saja dan yang ada post ni tak akan kisah pasal itu selebek ka yang penting kerja OK. Dan kata cik B lagi jangan pandang insan dari pakaiannya atau luarannya kita akan mudah tertipu dengan kesombongan diri. 

Tanda-Tanda Orang Yang Sombong

Sifat sombong memiliki beberapa tanda:
1. Bicara dengan nada tinggi pada setiap orang.
2. Meninggikan posisi, jika duduk bersama orang-orang fakir
3. Berambisi untuk dihormati dan dimuliakan.
4. merendahkan dan tidak menghargai pendapat orang lain.
5. cinta dipuja dan disanjung.
6. enggan berkorban dan banyak mengeluh.
7. Terperdaya dengan apa yang ia miliki
8. menganggap remeh orang lain.
9. senang memperbincangkan kebatilan dan tidak tertarik untuk bicara tentang kebenaran
10. senang berpakaian yang berbeda dari orang lain.
11. berharap agar orang lain meniru dan mengikuti tindakannya.
12. ia marah, jika orang lain tidak menghormatinya.
13. berharap agar ia bisa menjadi satu-satunya pembicara dalam suatu majelis
14. benci, jika pembicaraanya di potong.

Terapi Sombong

1. menyadari betapa rendahnya kedudukan orang-orang yang sombong di mata manusia.
2. memahami hakikat diri.
3. menjauhkan diri dari sifat dengki, riya; iri, dan bangga diri
4. membentengi diri dari kecenderungan memuju diri sendiri dan menyibukkan diri dengan amal saleh.
5. merenungi sepenuh hati bahwa manusia itu lemah dan kematian semakin dekat menjemputnya.
6. meningkatkan ketakwaan kepada allah
7. mengingat-ingat pahala yang disediakan ALLAH bagi orang-orang yang tawadhu’
8. takut akan hukuman yang ditimpakan allah bagi orang sombong dalam waktu dekat
9. duduk bersama fakir miskin dan membiasakan diri mengelus kepala anak yatim
10. menyadari bahaya sombong, baik di duunia dan di akhirat
11. menghadirkan amalan yang diperbuat oleh orang-orang yang bertawadhu’.
12. selalu berusaha untuk memunculkan sifat tawadhu’ dalam diri kita. hingga menjadi sifat yang kokoh
13. melakukan evaluasi secara continue, juga mengingat beta jeleknya perbuatan orang-orang yang sombong

Rasulullah bersabda : ” jika kalian melihat orang-orang yang rendah hati dari umatku, maka rendah hatilah kepada mereka. dan jika kalian melihat orang-orang yang menyombongkan diri, maka sombongkanlah diri kalian atas mereka, karena sikap itu akan membuat mereka hina dan rendah.

09 November 2012

Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua... Alhamdulillah3.. hari ini kita bangkit dari tidur dan bersyukur kehadrat Allah SWT yang kita masih lagi bernyawa dan diberi peluang untuk bertaubat kepada-Nya. Baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya DIA yang MAHA ESA. Buangkanlah sikap suka memburuk2kan sesama kita kerana sifat itu paling disukai oleh syaitan yang suka melihat kita bermusuhan dan berburuk sangka kepada mereka yang kita sendiri tidak kenali kebaikan budinya.. Semoga Allah SWT sentiasa menerima keampunan dari hamba2mu yang menganiaya diri sendiri.
Pagi Jumaat kita sama2 mengamalkan satu rahsia DOA NABI YUNUS yang sememangnya wajib kita sertakan setiap kali kita berdoa kepada Allah SWT selepas solat lima waktu. Amalkan DOA ini agar segala masalah2 kita seperti hutang yang besar atau kecil + musibah yang besar + masalah2 yang susah untuk diselesaikan atau apa jua sekalipun. Berdoalah setiap hari sekurang2nya tiga kali sehari tidak kira dalam keadaan apa jua pun terutama bila kita dalam keadaan yang sangat2 memerlukan pertolongan dari-Nya. Moga2 Allah SWT mendengar dan permudahkan segala urusan kita. 
~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~
Nota
Rahsia DOA NABI YUNUS ini sangat2 besar maknanya. Amalkanlah setiap hari tidak kira walau dalam keadaan kesenangan atau kesusahan. Sentiasa ucap SYUKUR ALHAMDULILLAH nikmat ALLAH SWT berikan walaupun ianya hanya sekeping roti. Allah SWT amat sayang pada hamba-Nya yang sentiasa BERSYUKUR dan bukan MERUNGUT.
P.S. Memang besar khasiat doa Nabi Yunus ini. Baca dan amalkanlah wahai sahabat2ku sekelian kerana didalamnya terdapat rahsia yang sangat luar biasa. Bacalah seberapa banyak mana pun doa ini. Tiada ruginya malahan besar pahalanya dan menguntungkan diri.

01 November 2012

Cukuplah ......

Allah SWT tu maha mengetahui aku percaya itu...takut sangat dengan 15 pages A4 terbazir hingga mencederakan emosi orang lain. I work hard to collect cash more than the cost of 15 pages A4....nampak sangat zalim tanpa menerima alasan disebalik 15 pages A4 paper tuh. That is out of my control dear....hanya insan yg tak beremosi saja jadi zalim dengan 15 pages paper.

Disurau tadi aku terjumpa .... dan dia bagi tau hal ini aku tersenyum kelat, emosiku dah tercedera. Jika hal lain korang boleh tutup mata hal ni bukan main mengamuk ye ....Allah SWT tu ada dia maha Adil.

Lega aku dah luahkan segalanya pada abah boss kat sini walaupun dia tak bagi solution tapi sekurangnyaaku sedikit reda....




I'm not a HERO

Aku manusia biasa still on learning ....marah dan geram meronta bila ada sesuatu yang membadai. Alhamdulillah aku akur dengan ketentuannNYA.

Kunfayakun adalah milikNYA. Manusia boleh memberi amaran, mengeluarkan amarah namun DIA di atas sana lebih berkuasa.

"Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu." copy from Gentarasa ustaz Pahrol Joi


solution....