Unjuran 2012

Siapakah kita sebenarnya. Benar di jabatan mungkin kita berjawatan namun bila bersama2 sanak saudara kita adalah sebahagian dari mereka. Tidak ada bezapun kita dan mereka. Waima apa jenis material yang kita pakai atau guna. Sanak saudara umpama air dicincang tidak akan putus. Usah wujudkan perbezaan antara kita dengan yang lain. Kita ada kebersamaan iaitu kehambaan kepada Allah SWT. Allah SWT tidak melihat apa jawatan kita, kita menilai dari cara kita berpakaian namun Dia menilai dari hati.

Aku amat menyukai pekerjaanku dan juga persekitaranku sekarang. Sahabat2 yang ada dipersekitaran pekerjaan ini membuatkan aku sentiasa bermuhasabah dan cuba untuk lebih dekat denganNYA.

Semalam beremail dengan cik B mengenai planning tahun depan. Ada perkara harus dikurangkan dan ada perkara harus dilebihkan. Kata cik B demi masa depan anak2 dan masa depan kita juga. Beginilah kami sebagaimana tahun-tahun terdahulu ada unjuran-unjuran kayu ukur prestasi diri.

Hari ini hari ke lima Al Khattab berjauhan dari kami sekeluarga ada misi dan objektif disebalik pemergiannya ke sana. Semoga Allah SWT melebarkan jalan-jalan untuk lebih dekat denganNYA dan menjauhi kami dari terjebak dikalangan insan-insan yang sombong.

Hidup ini adalah pusat pembelajaran. Setiap hari kita belajar. Setiap hari kita melihat pelbagai watak. Setiap hari kita menerima pelbagai ujian dan rintangan. Ada hikmahnya Allah SWT pertemukan kita dengan pelbagai insan dan pelbagai kerenah yang kadang kala menguji kesabaran dan keimanan kita.

Dan hidup ini juga adalah suatu kebahagian. Bahagia dan membahagiakan. Bahagia dengan cara kita melihat dari mata hati bukan dari persekitaran luaran.




Comments

Popular Posts