24 June 2011

Hidup

Tadi terbaca status Fb x-senior, abang pon bunyi begini, "hidup ini pendek maka jangan dipendekkan lagi dengan kekeruhan,Teman itu sedikit maka jangan dikurangkan lagi dengan kecelaan. Musuh mungkin banyak dan janganlah diperbanyakkan lagi dengan akhlak yang buruk".

Hidup ini bukan panjang pejam celik pejam celik umur sudah hampir penghujung 30an. Usia 20an terasa pantas bergerak. Cuba kita hitung berapa teman yang kita ada dan berapa teman yang betul2 rapat dengan kita. Adakah kita jenis suka bermusuh dengan orang lain. 

Perkara yang paling aku risaukan adalah kehilangan teman kerana terasa hati atau marah pada diri ini. Mungkin mereka tersalah faham mengenai apa yang aku katakan lantaran mereka menjauh diri. Sementelah aku bukan jenis yang suka mencari gaduh atau suka membongkar keburukan orang lain .
Dalam apa keadaan diusia ini aku cuba untuk tidak menyakitkan hati sesiapa cuba memaafkan siapa saja yang pernah menyakitkan hati. Kita manusia biasa sentiasa ada khilafan samada dalam sedar atau tidak.

Pagi tadi ketika bangun aku teringat kenangan semasa di college ....akupun tidak tahu mengapa aku boleh hilang ingatan pada nama2 yg pernah rapat denganku suatu ketika dulu namun masih segar diingatan teman2 semasa di sekolah. .......






23 June 2011

Tak dak Mood

lama x update & lama x blogwalking...entah la tak da mood semenjak tahu mengenai lara merudung teman mood menulis aku hilang, Berhari2 aku berfikir dan berhari2 bila terkenangkan teman tu air mata mengalir. Penenang jiwa ...semua tu adalah ujian Allah SWT pada hambaNya walaupun perit namun *La Tahoq walla tahzaninnallah haamana...jgnlah kau bersedih jgn jgnlah kau berduka sesungguhnya Allah SWT bersama-samamu*. Kecintaan Allah SWT kepada hambanya terlalu kuat, terlalu erat. Itulah kekuatan hablulminnallah.




22 June 2011

It about my Sweet Home Town...PIDA

Kata seorang teman yang aku kenali 25 thn dahulu, Tuah ...PIDA bermaksud P=penempatan I=indah D=dan A=aman satu kawasan yang ada sawah padi,sungai2 yg byk ikAN,mempelam,KONEN ,durian pun ada,rambutan,manggis,kurma dah mula berbuah,anggor,ayam itik lembu kambing pun aman dok di pida..penduduk masih bermaufakat dlm urusan harian..indah sungguh.

Aku bangga menjadi anak pida....aku bangga bercerita pada teman, hidupku dulu dikelilingi sawah padi, deruan jentera pembajak, keharuman bau bunga padi, dan kemeriahan pelam sala yang sentiasa galak mengeluarkan hasil takala musimnya.

Sedari kecil aku menghayati keindahan PIDA. Aku rindukan kenyamanan paginya diikuti sang mentari yang mengintai disebalik awan. Aku juga masih terkenangkan langitnya yang cerah dimana aku & abang selalu meneka buruj2 dilangit sambil mendengar cerita abah berkenaan pasang surut air laut dan kaitannya dengan bulan. Dari situ aku dapat mengenal pasti bulan Islam melalui kedudukan bulan. Betapa pintarnya orang melayu dulu walaupun tidak belajar  secara formal ttp mereka belajar melalui alam. Tidak hairanlah jika ada sejarah menceritakan sejarah pelayaran melayu suatu ketika dulu. Melayu bukannya bangsa yang tidak tahu menghormati masa sebagaimana yang acap diperkatakan...*ikut jam melayu*...ohhhh my sweet hometown pida...walaupun dulu mak & abah selalu bawa aku kemerata tempat namun di dalam hati aku hanya merasakan yang indah, yang tenang itu adalah PIDA.


18 June 2011

Selamat Hari Bapa.....ingatlah peranan bapa bukan sekadar sara keluarga

Peranan Bapa Bukan Hanya Sara Keluarga

Oleh Zairulshahfuddin Zainal Abidin


BAPA berperanan penting menyara anak, melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga. Peranan ini perlu dilonjakkan untuk membebaskan masyarakat daripada gejala sosial dan maksiat.


Walaupun Islam tidak menetapkan satu hari tertentu untuk mengingati jasa dan pengorbanan bapa, kita boleh memanfaatkan Sambutan Hari Bapa.

Semangat sambutan Hari Bapa boleh dilihat dari inti patinya untuk mengajak insan bergelar bapa merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab terpikul di bahu mereka.

Sudahkah kita golongan bapa memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat serta dipelihara dari api neraka?

Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” (Surah Tahrim, ayat 6) Keluarga adalah unit asas kepada masyarakat, negara dan umat manusia. Keluarga terbentuk melalui perkahwinan. Perkahwinan adalah proses mengatur kehidupan dengan menjalinkan ikatan kasih sayang, kecintaan dan saling mengerti antara lelaki dan wanita.

Keharmonian dalam perkahwinan mesti dipelopori dan diketuai insan bergelar bapa. Bapa tidak berfungsi ibarat kapal tanpa nakhoda, terumbang ambing dalam lautan kehidupan.

Setiap pasangan yang berkahwin berhasrat mengecapi keluarga bahagia dan berkekalan. Bapa memainkan peranan penting mencorak kebahagiaan ini. Apabila kebahagiaan dicapai oleh setiap ahli keluarga, lahirlah keluarga beriman dan sejahtera yang akan mencorak masyarakat sekelilingnya dan negara amnya.

Golongan bapa yang sudah menjangkau usia emas layak diberi penghormatan ke atas kejayaan mereka sebagai ketua keluarga.

Kita mengenang jasa bapa yang bersusah payah memelihara, mendidik serta memberi perlindungan kepada kita sehinggalah dapat menjalani kehidupan, selain menikmati kejayaan.

Kita perlu menghormati serta menyantuni mereka yang kian lanjut usia ini dengan baik seperti mereka ketika kecil.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah SAW berpesan: “Keredaan Allah terletak kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah juga terletak kepada kemurkaan bapa.”Gejala sosial selalu dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak berdosa yang dilahirkan tanpa pernikahan sah dan bapa bertanggungjawab. Kaum bapa seharusnya prihatin dan terkesan dengan kejadian seumpama itu.

Kita perlu akur bahawa inilah hakikat persekitaran dan pengaruh kehidupan sedang dilalui ahli keluarga. Pergaulan bebas, pengaruh arak, dadah dan perzinaan yang menyerang budaya kehidupan anak muda meresahkan. Apakah kita dapat menjamin keluarga selamat sepenuhnya daripada gejala ini? Sudahkah kita memberi yang terbaik kepada keluarga bagi melindungi mereka?

Bapa hari ini bukan lagi hanya bertanggungjawab memberi makan, pakai dan rumah kediaman semata-mata kepada ahli keluarga. Bapa perlu melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga supaya tidak hanyut dalam arus kehidupan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

Bapa perlu berperanan mengubati penyakit masyarakat supaya keluarganya dapat membesar dalam suasana selamat dengan melakukan perkara berikut:

 Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik untuk diikuti dalam memimpin dan mengukuhkan institusi keluarga. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya sudah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.” (Surah Al Ahzab, ayat 21)

Menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah, keimanan dan kehidupan dunia.

Menjadi contoh terbaik di dalam keluarga disegani, dihormati dan disayangi ahli keluarga

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, termasuk penghayatan agama, kemahiran keibubapaan selari dengan peredaran zaman, untuk memimpin keluarga bagi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat,

Mewujudkan persekitaran rumah dan keluarga agar ahli keluarga berasa dihargai, selamat dan dihormati dalam usaha melahirkan insan gemilang,

Prihatin dan bersama memainkan peranan dan membabitkan diri membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat melalui program amal makruf dan nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak,

Pihak berwajib perlu berperanan senada supaya ada kesinambungan dalam tindakan mengangkat martabat umat dan memelihara generasi akan datang.

Oleh Zairulshahfuddin Zainal Abidin

Penulis ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Kebajikan JIM dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com

17 June 2011

Today Punyer Story

Hari ni kena pi buat audit di Damansara..aku tak tau apa yg jadi kat aku add company tu di Pusat Bandar Damnsara tp kepala hotak aku set mind Bukit Damansara. Kalau boleh aku mmg tak nak pergi area sana sesak tak tahu nak cakap dan sesaknya tak kira masa. Pukul 10 lebih kluar dari opis ....hampir pukul 12 baru sampai di Bukit damansara ...punya la lama nak cari parking ...mak aiiiii susahnya. Finally jumpa parking tp cari company tuh tak ada ....rupanya company tu di Pusat Bandar Damansara keluar semula ....kembali ke rutin mencari parking ....huwaaa mau nangisss.

Blok B Selatan then aku pun dengan berpeluh menuju ke address tersebut ...sebab tidak ada papan tanda aku pun bertanya pada seorang kak erm dia kata "dik company tu kat blok J ...aku pun segera ke sana....rupanya di blok J hanya operation opis ...terhegeh ke blok B semula kenapa la aku hari ni....

Sampai di sana person in charge tidak ada kena tunggu dan tunggu .....setengah jam kemudian baru dia sampai ....bermula dengan segala dokumen yang perlu di audit....biasalah sapa suka bila org mai audit kannn...hu hu hu sedih....ingatan pada diri "treat people like u wanna to be treated".....apapun kerja dah siap cuma kena tggu company tu emailkan beberapa dokumen.....letih nak menunggu...org tu tak ada org ni tak ada ...huuhhhhh....pukul 4 lebih aku mula beredar keluar drp perkarangan bangunan tersebut....jalan mulai sesak ....huwa tersilap amik jalan .....tetiba aku dah di Jalan Maarof OMG.....


16 June 2011

cerita buah pelam


Cik B..."Tak dak sapa ka nak kupas buah pelam....." conversation pukul 10.30 malam. Bangun ke dapur cari buah pelam yg bawa drp pida....kupas 4 biji tudia penuh pinggan bila dah dipotong...

Bila dah dipotong..amboiiii banyak pula tangan lastly org yang order pelam tadi dapat makan 2/3 hiris saja....alahai

La Tahzan....ingatan buat seorang yang bernama sahabat


Semenjak mengetahui berita tersebut aku benar2 sedih dan aku betul ralat sebab hati aku telah merasai sesuatu yang janggal yang aku tidak tahu bagaimana untukku khabarkan padamu pada 2 tahun lepas.

La Tahzan..janganlah kau bersedih sahabat kerana Allah SWT bersama-samamu. Dan kami sahabat2 mu akan sentiasa menyokongmu dari belakang.

Semalaman mataku berlinangan air mata...perasaan benci, marah, geram membuak-buak pada insan yang menyakiti hati sahabat ini. Insan yang hidup atas air mata orang lain.

Sahabat...kau berbeza dari perempuan itu. Kau suci dan kau tidak curang pada suami sebagaimana dia. Dia pernah melakukan sesuatu yang amat memalukan kaum isteri dan kau bukan sebegitu..Allah SWT melindungi sahabat.

Sahabat....binalah kekuatan dalam diri sesungguhnya kita mampu berjalan sendiri tanpa bantuan insan yang mencurangi kita. Insan yang menodai ketulusan hati kita. Insan yang menggunakan sunnah demi menutup kekhilafan dirinya. Sedangkan dia telah melakukan dosa pada isteri dan juga pada anak-anaknya. Betapa EGOnya engkau wahai lelaki.

Semalam aku melihat sesuatu ....perempuan itu bergembira menerima jambangan bunga sedangkan sahabatku tidur ditemani air mata duka. Dan aku juga membaca bagaimana kesedihan hati suami perempuan itu takala terpaksa melepaskannya. Aku tidak tahu bagaimana ada manusia boleh hidup atas air mata duka dan kesengsaraan orang lain.

Sahabatku sesungguhnya tidak ada kurangnya pun dalam dirimu...kau seorang isteri dan ibu yang baik & kau mempunyai sesuatu yang tidak ada pada perempuan itu ....kau tidak pernah curang pada suami sepertinya. Kau menjadi isteri takala kau masih suci dan dia dijadikan isteri selepas mencurangi ikatan perkahwinan dengan suaminya.

13 June 2011

Sebak ....cuti kali ini

Lama tak mengupdate ...yelah namapun coti tambahan pula dikampung mana ada masa nak mengadap laptop atau sebarang sosial media. Baik mengadap muka mak atau mertua sambil mendengar cerita2 mereka.

Balik kali ini banyak perkara meresap dalam jiwa seolah sebagai HINT buatku dan anak2.."siapapun kita dimana kita berada ingat dan berbaktilah kepada orang tua".

Rabu...bersama-sama dengan mertua, keluarga abang ipar juga adik ipar kami menyusur PLUS dari SP ke UTARA untuk menziarah kakak mertua. Itulah sifat mertua yang paling aku kagumi tidak pernah hilang ingatannya kepada adik-beradik walaupun pernah disakiti dengan kata2. Baginya ikatan tali persaudaraan umpama air ..bagaimana dicincang tidak akan putus.

Hari hampir senja bila kami sampai di laman rumah kakak sulung mertua...sebak hati melihat Long terbujur wajanhnya kering dan cengkung. Beberapa kali aku memegang tangan mak saudara suami yg pernah menyarung cincing semasa bertunang 15 tahun dahulu. Abang ipar sibuk didapur membersihkan dapur yang agak kotor disebabkan long sudah tidak mampu untuk membersihkannya. Bertambah sebak lagi hati kami melihat keadaan rumah long. Di ruang tengah kelihatan anak sulung abang azimm, Syuhadah berbisik dgn anakku Malisha...."Kak mana pergi anak cucu Tok Long sibuk sangat ke they all sampai biarkan tok long mcm ni", aku terkedu. Anak kecil pun merasa pelik dengan keadaan sebegini...."Ya Allah lindungilah hatiku dan keturunanku drp menderhakai ibu-bapa dan mertua....lapangkanlah masa kami untuk berbakti kepada mereka".

Tidak guna ada anak menantu berpangkat dan cucu2 yang cemerlang dan gemilang jika hilang rasa tanggungjawab kepada orang tua. Apa yng terjadi di depan mataku membuatkan aku lebih prihatin pada abah, mak juga mertua berkali-kali aku berpesan pada anak-anak.."kakak nak ke rumah mak tok or tok manis mcm rumah tok long" semua anak2 mengeleng.