Hidup

Tadi terbaca status Fb x-senior, abang pon bunyi begini, "hidup ini pendek maka jangan dipendekkan lagi dengan kekeruhan,Teman itu sedikit maka jangan dikurangkan lagi dengan kecelaan. Musuh mungkin banyak dan janganlah diperbanyakkan lagi dengan akhlak yang buruk".

Hidup ini bukan panjang pejam celik pejam celik umur sudah hampir penghujung 30an. Usia 20an terasa pantas bergerak. Cuba kita hitung berapa teman yang kita ada dan berapa teman yang betul2 rapat dengan kita. Adakah kita jenis suka bermusuh dengan orang lain. 

Perkara yang paling aku risaukan adalah kehilangan teman kerana terasa hati atau marah pada diri ini. Mungkin mereka tersalah faham mengenai apa yang aku katakan lantaran mereka menjauh diri. Sementelah aku bukan jenis yang suka mencari gaduh atau suka membongkar keburukan orang lain .
Dalam apa keadaan diusia ini aku cuba untuk tidak menyakitkan hati sesiapa cuba memaafkan siapa saja yang pernah menyakitkan hati. Kita manusia biasa sentiasa ada khilafan samada dalam sedar atau tidak.

Pagi tadi ketika bangun aku teringat kenangan semasa di college ....akupun tidak tahu mengapa aku boleh hilang ingatan pada nama2 yg pernah rapat denganku suatu ketika dulu namun masih segar diingatan teman2 semasa di sekolah. .......






Comments

  1. betul2.. macam saya susah nak ingat nama orang tapi orang dengan mudah kenal saya.. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts