28 April 2009

Sawadee

Lagi..dikunjungi teman sekampung..sawadee. Hampir 40 minit menghabiskan masa berbual mengenai kampung, makanan, keungulan perhubungan darah melayu-thai dan pelbagai. Teman ini berkahwin dengan France dan bertambah variasi kehidupannya. Dengan pelbagai bahasa, makanan, budaya membuatkan perbualan kami penuh dengan variasi cerita budaya.
Yeah..tentu sekali aku merindui keenakan pulut utara sana. Bagai terasa keharuman aroma pulut tanak di hujung hidung ini. Berbicara soal percakapan dengan anak-anak kami sekali lagi ketawa, apa tidaknya bahasa bonda pasti akan terpancul takala marah dan anak-anak terpingga kerna tidak mengerti dan asing dengan bahasa yang keluar dari mulut ibu. Namun, kami bersetuju soal bahasa dan budaya patut ditanam dijiwa mereka biar mereka tahu dari mana asal mereka dan akar mereka. Persamaan antara kami yang lain ialah di mana kami berada pasti filem-filem siam menjadi pilihan...mungkin merindui sesuatu yang telah hilang...mungkin....

...aku merasa seolahnya berada ditengah kehijauan sawah dan di atasku berterbangan sekumpulang lelayang.

11 April 2009

Goodwills

"Mama, apa kebenda goodwills nih", tanya puteri sulung sambil membelek nota harianku. "Ermm...ok goodwills nih kalau di apply kepada kehidupan manusia cam nama baik keluarga laa, contoh kakak tengok Tun Abdullah Ahmad Badawi semua org tau kelurga depa asal keluarga ulama", dan family Ungku Aziz orang kenai depa sebagai golongan berpengetahuan dan terpelajar, satu lagi Nik Aziz orang kenai dia sebagai seorang yang memperjuangkan Pas dan bersederhana", terangku kepadanya. Mata puteriku membulat kearahku. "Awat, kak tak jelas ka", tanyaku lagi. "Ok..ok cam ni...cam nek yah semua orang kenai nek yah tu baik dan suka tolong orang so tuh nama baik tok yah dan keluarga serta anak-anak dia, bila orang tanya hang anak sapa, kak jawab anak mat, cucu milah cicit Yah secara automatik orang akan hormat akak pasai nama baik nek yah", terang aku dengan teliti."Oooo...tapi maa kak tak faham yang keluarga ulama tuh kan ustaz kata iman tuh tak boleh diwarisi", aku terpana dengan persoalan ini. Fuhhh....tidak habis kertas kerjaku dibuatnya jika melayan perbagai persoalan diminda puteri sulung ini.


Orang tua-tua selalu berpesan jaga nama baik keluarga agar tidak jatuh nilai goodwills itu sendiri.

10 April 2009

Bila jumpa orang kampung...

"Eh..ko tahu tak Mrs K tuh orang kampung ko", tanya seorang teman padaku. "Oh ..ya ka, tak tau pulak sbb tak pernah lagi aku jumpa dia aku ingat dia indian", jawabku. "Dia orang Kedah", terang teman itu lagi. Selang beberapa minggu aku bertemu dengan Mrs K. "Hang orang kedah kan..Kedah duduk tang mana", perbualan pertama aku dengan Mrs K. "Erm..Sanglang dekat dengan Kokdiang", beritahuku."Oii,dekat dengan Padang Sera tu, selalu I pi sana", aku tersengih dalam hati sudah semestinya Siam seMalaysia tahu mengenai Padang Sera. "Adik beradik I pun ramai di Sanglang", Mrs K dengan ramah. "Memang kat Sanglang, Kokdiang, Padang Sera, Hosba, Changloon dan beberapa kawasan sewaktu ramai siam even my relatives pun ada siam and abah pun dok spikang siam lagi", ceritaku pada Mrs K. Bermula daripada perbualan tersebut berterusan ke topik lain seolahnya kami telah lama kenal antara satu sama lain. Bila Mrs K keluar dari ruang pejabat, temanku tersebut mendatangi. "Weh, apa status dia...melayu ka". "He he...siam, orang kedah memang lagu tuh kalau hang pi sana cina pun cakap lagu tu jugak". "Tu la pasai aku dok pelik satu lagi dia bagi salam kat aku hang tau", beritahu teman itu lagi. "Kalau hang pi sana memang tak boleh nak beza rumah melayu ka rumah siam memang sama", terang aku padanya. "Dulu abah selalu bawa aku pi rumah saudara siam terutama kalau ada "menora", aku selalu pelik sebab setiap rumah mereka ada patung bercolok", ceritaku lagi. Itu istimewanya negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Perak Utara dan Kelantan.

Rindu kepada kedinginan pohonan nipah dan nira nipa serta buih-buih ikan laga di celahan pohon nipah....erm pida

07 April 2009

July 22nd 2009 another Tsunami



Please be more cautious as the warnings has been given.










I just received this message from a friend. I don’t know the source of the message; I also don’t know the credibility of the content, but just beware.
Below is the content on the message:
“Hello there. I just wanted 2 let you know that please stay away from the beaches all around in the month of July. There is a prediction that there will be another tsunami hitting on July 22nd. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going 2 be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia, Philippines are going 2 be badly hit. Please try and stay away from the beaches in July. Better 2 be safe than sorry. Please pass the word around. Please also pray for all beings.”
Thanks and have a nice day.
Bless you~

Pak Utih ~ Usman Awang

Pilihanraya menjengah lagi...

Pak Utih ~ Usman Awang
Ogos 8, 2007
I
Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.

Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih,
petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.

II

Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.
Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan,
dadanya terbuka,
Ah,
rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

Usman Awang1954