Sawadee

Lagi..dikunjungi teman sekampung..sawadee. Hampir 40 minit menghabiskan masa berbual mengenai kampung, makanan, keungulan perhubungan darah melayu-thai dan pelbagai. Teman ini berkahwin dengan France dan bertambah variasi kehidupannya. Dengan pelbagai bahasa, makanan, budaya membuatkan perbualan kami penuh dengan variasi cerita budaya.
Yeah..tentu sekali aku merindui keenakan pulut utara sana. Bagai terasa keharuman aroma pulut tanak di hujung hidung ini. Berbicara soal percakapan dengan anak-anak kami sekali lagi ketawa, apa tidaknya bahasa bonda pasti akan terpancul takala marah dan anak-anak terpingga kerna tidak mengerti dan asing dengan bahasa yang keluar dari mulut ibu. Namun, kami bersetuju soal bahasa dan budaya patut ditanam dijiwa mereka biar mereka tahu dari mana asal mereka dan akar mereka. Persamaan antara kami yang lain ialah di mana kami berada pasti filem-filem siam menjadi pilihan...mungkin merindui sesuatu yang telah hilang...mungkin....

...aku merasa seolahnya berada ditengah kehijauan sawah dan di atasku berterbangan sekumpulang lelayang.

Comments

Popular Posts