29 May 2010

Project Cuti

Tidak ada benda yang menarik cuti yang panjang ini, kakak penuh dengan aktiviti tusyennya..jadi dapur & oven menjadi mangsa. Semalam projek karipap namun aku cuma semapat makan dua biji yang lain menjadi habuan anak dan suami....tapi memang rasa teruja sudah lama tangan tidak menguli doh karipap. Paling teruja anak-anak. hari ini tetiba teringin hendak makan pizza tetapi bukan pizz hut atau domio tapi my home made pizza.

Esok...rancangan pada mulanya mahu memasak chicken chop tetapi mungkina yam black paper...

27 May 2010

UPSR...upsr..upsr

Rancangan mahu ke Bentong terpaksa di batalkan. Esok kakak tusyen. Minggu depan pula percubaan peperiksaan UPSR. Pagi tadi menerima pangillan daripada anak buah Solehah yang ingin tahu samada kami sekeluarga akan ke rumahnya atau tidak. Maaflah, banyak perkara yang ingin dilakukan terpaksa ditangguh....

Semalam semasa makan kebetulan bertemu dengan jiran dan ahli keluarga. Nasihatnya amat berguna. Kata beliau semasa anaknya menghadapi peperiksaan mereka sekeluarga tidak kemana-mana sehingga berakhirnya peperiksaan tersebut. Aku dapat melihat komitmen keluarga jiran ini terhadap pelajaran anak-anaknya.

Kadang kala aku agak terkilan kerana amat kurang masa untuk memberi tumpuan kepada kakak. Namun kakak iaitu puteri yang sulung mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi. Doa mama & papa sentiasa mengiiringimu..sayang

25 May 2010

Jom Balik kampung...


Cuti sekolah mulai menjengah....mungkin ramai antara kita bercadang-cadang membawa anak keperanginan atau melawat tempat menarik dalam atau luar negara. Tidak salah membawa anak-anak merehatkan minda namun alangkah bagus membawa anak-anak kembali ke laman ayah bonda kita. Mengenalkan dan merapatkan mereka dengan akar mereka. Jika bukan kita yang mengenalkan dan merapatkan anak-anak dengan saudara mara yang lain siapa lagi. Bak kata pepatah "teman handai boleh dicari tetapi saudara tiada galang ganti"...

Balik kampung merupakan sesuatu yang paling dinanti oleh anak-anakku. Tidak sabar mereka mahu bertemu Tok Wan, Tok Manis, Abah dan Mak Tok juga saudara mara yang lain. Sifat anak-anak yang mudah mesra dengan orang sekeliling memudahkan mereka berinteraksi dengan saudara mara di kedua-dua belah pihak.

Tanamkan rasa bangga pada diri anak-anak akar kita usah diterapkan rasa benci atau iri sesama saudara. Buangkan yang keruh ambil yang jernih. Air dicincang tidakkan putus. Sikap dan personaliti diri kita akan mempengaruhi anak-anak andai hari ini kita membisikkan ketelinga anak rasa benci, iri, cemburu dan marah terhadap saudara sedarah daging maka esok kita akan menerima timbal balasnya.

Jangan bezakan kasih antara anak-anak





Mempunyai anak ramai atau yang lebih dari seoarang merupakan satu cabaran kepada para ibu bapa. Bukan mudah memberi kasih sayang setara kepada setiap orang anak. Tanpa ilmu keibubapaan mungkin kita akan terjerumus dalam konflik membezakan kasih sayang antara anak-anak. Mungkin kekadang kita lakukan tanpa sedar kerana anak yang mendengar cakap, patuh dan cemerlang sentiasa akan kelihatan dimata kita tetapi yang degil dan keras kepala secara spontan akan menjadi bahan leteran.

Setiap insan dilahirkan berbeza antara satu sama lain begitu juga dengan anak-anak kita. Oleh itu kita perlu menyuai padan. pendekatan bagaimanakah yang perlu bagi mendekati anak-anak kita. Jangan sampai anak-anak terasa hati dek ketidaksengajaan kita itu.

BUKAN mudah berlaku adil pada semua anak. Sama ada disedari atau tidak, ada ibu bapa membeza-bezakan kasih sayang antara anak mereka.

Kasih sayang dan perhatian ibu bapa mungkin lebih ditumpahkan kepada anak yang lebih cerdik, cantik atau rajin.

Islam melarang ibu bapa membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak, sebaliknya bertanggungjawab mendidik, mengajar dan memberi sesuatu dengan adil kepada setiap anak.

Panel dakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Ab Hamid, berkata antara kesalahan yang kebanyakan ibu bapa lakukan sejak dulu ialah membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak mereka.

Katanya, larangan membezakan kasih sayang terhadap anak pasti bersebab dan ada hikmahnya. Sebagai manusia biasa, ada kalanya kita tidak dapat melihat kesan tindakan itu pada masa akan datang.

“Anak yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang biasanya berasa kehilangan tempat berpaut dan perlindungan, malah rasa tidak diperlukan lagi dalam sesebuah keluarga. Mereka sentiasa memendam rasa dan sering memikirkan kekurangan diri di samping tertanya-tanya sebab yang membuatkan ibu bapa tidak menyayangi mereka.

“Kesannya, anak yang kurang diberi perhatian dan kasih sayang akan berasa iri hati, dengki, rendah diri, benci dan dendam terhadap adik-beradik lain serta ibu bapa mereka.

“Situasi itu pasti menimbulkan permusuhan antara adik-beradik kerana tiada penyatuan jiwa antara satu sama lain,” katanya.

Anak yang berasa tersisih menjadi sensitif dan mempunyai sifat ingin membebaskan diri jika menghadapi tekanan dalam diri mereka.

“Yang dibimbangkan ialah, anak yang meningkat remaja ini melakukan tindakan tidak diingini atau terjebak dengan gejala sosial. Anak lelaki akan memberontak dengan melakukan aktiviti tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah dan keluar malam, manakala anak perempuan akan memendam perasaan sehingga boleh bertindak membunuh diri, benci diri atau lari dari rumah,” katanya.

Berlainan halnya dengan anak yang mendapat kasih sayang ibu bapa. Disebabkan berasa diri lebih disayangi ibu bapa, mereka mungkin bersikap bangga, ego dan suka bermegah diri di depan adik-beradik lain.

“Bagaimanapun, anak yang mendapat perhatian ini tidak terlepas daripada kesan negatif yang sering mempengaruhi kehidupan mereka seperti terlalu manja, suka mengadu dan kurang hormat terhadap adik-beradik lain.

“Mereka juga sering mempamerkan sikap negatif seperti suka tinggi diri, suka berhias dan minat kepada peralatan mewah. Ini adalah kesan tindak tanduk ibu bapa yang suka memberi layanan berat sebelah di antara anak mereka,” katanya.

Kata Wan Akashah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan dan sabar menanggung mereka, dan memberi pakaian kepada mereka, mereka akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”

“Maksud hadis itu jelas menunjukkan Islam melarang ibu bapa membeza-bezakan anak, malah mendapat ganjaran tidak ternilai daripada Allah SWT jika berlaku adil kepada semua anak mereka.

“Mungkin ada ibu bapa tidak sengaja melakukan perkara seperti itu tetapi mereka harus sedar, kehadiran anak adalah aset yang perlu dijaga supaya mendapat pulangan baik apabila mereka tiada lagi di dunia,” katanya.

Beliau berkata, anak perlu dididik secara sama rata dan dengan penuh kasih sayang. Sikap adil ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak mereka akan membuahkan hasil yang baik.

Keadilan yang dipaparkan membuka ruang kepada kehidupan sekeluarga yang dipenuhi kasih sayang, hormat-menghormati dan sayang-menyayangi.

“Ada anak berumur belasan tahun datang mengadu kepada saya, ibu bapanya sentiasa membezakan dia dengan kakaknya yang cemerlang dalam setiap peperiksaan, sedangkan pencapainya ala kadar saja.

“Dia berasakan dirinya tercabar, ini kerana bukan setakat membandingkan pencapaian peperiksaan, malah layanan juga dibezakan daripada sudut kasih sayang, kemesraan dan pemberian sempena hari jadi. Biasanya hadiah hari jadi kakaknya sentiasa dapat tepat pada masanya, tetapi hadiah hari jadinya selalu dilewat-lewatkan oleh ibu bapa. Kecewa dengan tindakan itu, dia melakukan perkara tidak baik tanpa pengetahuan ibu bapanya,” katanya.

Kaedah pendidikan yang harus diamalkan ibu bapa untuk anak mereka:

* Ibu bapa hendaklah menasihati anak dengan cara yang baik dan jangan buka rahsia mereka.
* Larang anak membuat sesuatu secara sembunyi-sembunyi kerana perbuatan begini selalunya ada yang buruk.
* Beri galakan kepada anak untuk bersukan atau bersenam untuk menjaga kesihatan badan.
* Nasihati anak supaya usah suka bangga diri.
* Galakkan anak memberi sedekah kepada kawannya yang miskin, tetapi jangan biasakan mereka menerima sesuatu daripada orang lain kerana ia sifat yang dicela.
* Anak diajar supaya berbudi pekerti mulia.
* Jangan galakan anak suka bersumpah kerana tabiat ini adalah hina pada mata masyarakat.
* Larang anak bercakap kotor atau kosong, mengeji dan menghina orang atau mengumpat

21 May 2010

Kenali Perwatakan Melalui Kedudukan Dalam Keluarga

Semalam aku & seorang teman berbicara perihal perangai & personaliti kami "anak bongsu". Ada persamaan antara kami berdua patut sangat aku mudah mesra dengan teman ini. Orangnya bernaung dibawah zodiak taurus rasanya jika mengenalinya/rapat zaman sekolah pasti huru hara....

Perbualan tersebut mencetuskan idea untuk aku mencari personaliti melalui kedudukan dalam keluarga yang pernah aku terbaca suatu ketika dulu dari Dr Fadhilah Kamsah


ANAK SULUNG
Sebagai anak sulung, anda lebih matang berbanding usia anda. Anda sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab. Sebab itu, anda belajar berterus terang mengenai perasaan. Anda bukan sahaja mahu ketenteraman keluarga tetapi mahu semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.

Potensi kawan
Penyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.

Pasangan sesuai
Anda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.

ANAK TENGAH
Ada orang boleh anda contohi atau dijadikan panduan. Anda juga sering dianggap sebagai anak contoh. Anda mudah bergaul dengan orang. Ini tidak menghairankan kerana anda pandai menarik perhatian dan menonjolkan diri.

Potensi kawan
Anda sudah biasa bergaul dalam kumpulan, jadi mengapa kehidupan social anda perlu berbeza? Semangat anda memberi setiap orang peluang berkawan dengan anda walaupun anda mengambil masa untuk meluahkan rahsia peribadi. Jangan terkejut sekiranya kawan baik anda juga anak tengah. Mereka berkongsi keperluan anda untuk ruang peribadi mereka kerana itulah sifat semulajadi anak tengah.

Pasangan sesuai
Sekiranya anda membesar di kalangan perempuan, kewujudan lelaki mungkin agak menakutkan anda. Pasangan ideal anda adalah lelaki yang berterus terang dengan perasaannya. Sekiranya anda ada abang atau adik lelaki, pergaulan dengan mereka tidak menimbulkan sebarang masalah. Cabaran anda ialah menunjukkan sifat kewanitaan anda. Pasangan sesuai untuk anda adalah anak tunggal. Dia akan tertarik cara pergaulan anda dengan adik-beradik anda.

ANAK BONGSU

Membesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).

Potensi kawan
Anda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah. *patot ler ....."

Pasangan sesuai
Sekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah sibongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

ANAK TUNGGAL

Sebagai anak tunggal anda menjadi tumpuan keluarga. Anda juga cukup berdikari dan yakin. Anda berani meluahkan perasaan hati kerana ibu bapa anda sentiasa sedia mendengar. Namun, anda menganggap orang lain juga berminat. Ini menjadikan anda seperti terlalu suka bercerita mengenai diri sendiri.

Potensi kawan
Tidak pernah berkongsi dengan sesiapa ketika membesar menjadikan anda seorang degil, tidak pandai bertolak ansur dan selalu mahu mendapatkan apa yang dihajat. Bertolak ansur ialah kunci kepada persahabatan panjang. Sekiranya, anda mahu mempunyai teman rapat dan terjalin lama, cuba berkongsi apa yang anda ada dengan saudara-mara terdekat.

Pasangan sesuai
Sikap tenang dan keyakinan anda menjadi tarikan utama kepada lelaki. Bagaimanapun, untuk mengekalkan minat pasangan anda perlu belajar berkongsi suka duka dalam hidup anda. Anda tidak pernah ada kakak untuk berkongsi rahsia, apabila sesuatu berlaku naluri anda memberitahu anda supaya membuat lawak atau diam sahaja.
Itu tidak menjadi masalah untuk meluahkan perasaan anda. Sekiranya pasangan anda mempunyai kakak, dia akan tahu cara memanjakan anda tanpa melemaskan anda.

Aku dan Kopi


Aku memang suka minum kopi terutama kopi O hitam. Bau aroma kopi yang harum amat menyegarkan....Orang kata tak bagus minum kopi ada kaffein tapi aku minum jugak, orang kata kalau banyak minum kopi masa mengandung anak hitam legam macam kopi ...ha ha ha betul ke?.....sebenarnya aku memang tidak boleh berhenti minum kopi. Kalau tidak minum kopi sehari mahu rasanya aku tumbang atau dibuai mimpi masa memandu ....


10 Fakta Tentang Kopi yang anda perlu tahu.




Di negara-negara beriklim sejuk, meminum kopi menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada, kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau minuman seumpamanya.Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini. Sebut sahaja Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Kopitiam, Warung Kopi Pak Ali atau Kedai Kopi Ah Beng semuanya menjual pelbagai jenis minuman berkafein ini. Catatan pendek ini mengajak pembaca menyemak fakta-fakta tentang kopi.

1. Kopi ditemui oleh kambing


Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.(fakta yang menarik ni..terima kasih kepada kambing..hehee)


2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya.


Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.(Baru berjinak-jinak dengan kopi..kurang arif tentang jenis kopi..hee :D)

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi


Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!(Ohh..macam tu ker??....)

4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia


Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.(Mesti guna bahan kimia nie jugak ke?..bahaya ke tak ek?)

5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%


Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.(Ok2..faham2...)

6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk


Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.(Betul la tu...pekena kopi secawan segar bijik mata)

7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit


Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.(Untuk yang tak tegar, tak memberi kesan la kott..)

8. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks


Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar.(err...no komen..hihihi)

9. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan


Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.(Saya setuju!)

10. Kafein boleh membunuh


Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!(Dalam apa jua pemakanan pun kena sederhana...jgn berlebihan dan jagn berkurangan)




Dan yang terakhir, ada satu lagi tambahan dari penulis..

11. Harga secawan kopi lebih mahal dari harga satu liter petrol



Kerap minum kopi
Posted on the October 10th, 2009 under Health, Tips, Unik, Warning by JOERODEO


SAYA kerap minum minuman berasaskan kopi. Boleh dikatakan setiap hari saya minum minuman seperti itu, terutama sebelum ke tempat kerja. Di rumah juga demikian jika ada masa lapang, seolah-olah menjadi tabiat.

Persoalannya, adakah tabiat meminum kopi secara kerap akan memberi kesan terhadap air mani seorang lelaki seperti mana perokok? Jika ada, apakah kesannya?


AFZAL

Tanjung Malim, Perak

Kopi dan teh menjadi minuman gaya hidup untuk warga dunia sejak ia diperkenalkan secara terbuka. Tambahan pula kajian menunjukkan ia tidak mengganggu kesihatan dan mengandungi banyak khasiat dan kebaikan.

Kopi mengandungi banyak bahan antioksiden dan juga kimia bergelar kafein, stimulant urat saraf setaraf viagra. Jika diminum pekat dan banyak, lelaki muda mudah mencapai ereksi yang mencabar!



Viagra sebenarnya ialah ubat yang dapat melembapkan proses kehancuran elemen tenaga CGMP yang ada pada seluruh badan selain otot zakar. Jadi tidak hairan jika orang berbangsa Arab minum kopi jenis Arabi dan mereka mudah mencapai kesegaran anggota kelamin.

Jadi tak hairan juga jika kopi mula menjadi minuman gourmet dengan harga tinggi, dengan pelbagai perisa dan campuran herba dan aromatik untuk meningkatkan pilihan selera.

Tidak salah jika anda ketagih kopi kerana ia tidak memudaratkan seperti amalan merokok. Jika mahu membandingkan kopi dan rokok, memang sangat berbeza.

Kini kopi menjadi mangsa sesetengah pengilang yang inginkan untung yang banyak dan mereka mencampurkan kopi dengan ubat larangan sehingga minuman itu memudaratkan kesihatan, jadi berwaspadalah dengan produk sebegitu.

kredit ~ hmetro.com.my

20 May 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

19 May 2010

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI


  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
Jun 30, 2007 oleh khairole

Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman


Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.


Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;


Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.


Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.


Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.


Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.


Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.


Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.
 

"AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA';..dilarang..'janganlah dekati perkara2 yg membawa ke arah perzinaan..zina mata, zina mulut...'(alOuran)...
 
Haaa…setelah baca artikel ini, maka bolehlah dipraktikkan oleh mereka yang layak (suami isteri). Yang masih belum ada pasangan yang sah, walaupun mungkin ada keinginan yang membuak-buak untuk bercium, saya harap anda bersabarlah yer. Tunggu dah kahwin nanti baru boleh cium puas-puas. Jangan sekali nak cuba-cuba cium orang yang bukan hak anda. Nanti padahnya jawabnya. huhuhu


Sekian, selamat bercium

Petua Tenang...Gembira & Sukses


"1. Marry the right person. This one decision will determine 90% of your happiness or misery.

2. Work at something you enjoy and that's worthy of your time and talent.

3. Give people more than they expect and do it cheerfully.

4. Become the most positive and enthusiastic person you know.

5. Be forgiving of yourself and others.

6. Be generous.

7. Have a grateful heart.

8. Persistence, persistence, persistence.

9. Discipline yourself to save money on even the most modest salary.

10. Treat everyone you meet like you want to be
11. Commit yourself to constant improvement.

12. Commit yourself to quality.

13. Understand that happiness is not based on possessions, power or prestige, but on relationship with people you love and respect.

14. Be loyal.

15. Be honest.

16. Be a self-starter.

17. Be decisive even it it means you'll sometimes be wrong.

18. Stop blaming others. Take responsibility for every area of your life.

19. Be bold and courageous. When you look back on your life, you'll regret the things you didn't do more than the ones you did.

20. Take good care of those you love.

21. Don't do anything that wouldn't make your Mom proud. "H. Jackson Brown Jr.

16 May 2010

Merekalah guru di hati kita....


Hari itu aku adalah anak kecik di hantar abah ke sekolah untuk pendidikan awal sebelum memasuki tahun satu. Walaupun sudah tahu membaca dan menulis abah tetap menghantarku ke sana. Kelas untuk pelajar enam tahun hanya satu kelas. Guru kelasnya pula Cikgu Abas, gerun aku pada mulanya melihat cikgu ini badannya besar pada fikiranku orangnya mesti garang. Itulah permulaan aku bertemu dengan cikgu berprofesianal formal.

Allahyarham Wa Om & Wa Hassan (bekas imam masjid Batu 6 Jln Sanglang) mungkin bukan seorang guru secara formal tetapi suami isteri inilah yang mengenalkan aku dan puluhan lagi kepada huruf-huruf arab dan ayat-ayat Al Quran. Apa yang istimewanya, mereka langsung tidak mengenakan sebarang bayaran kepada anak murid yang ingin datang belajar mengenal ayat-ayat suci kalimah Allah malah jika ada yang tidak datang di marahinya pula. Masih terbenam di kepalaku nasihat-nasihat yang diberikan oleh aruah Wa Om. Mereka ikhlas dan mungkin keikhlasan itulah yang membuatkan anak muridnya tidak pernah alpa daripada membaca ayat-ayat suci setiap hari.

Bila keikhlasan ada dalam diri setiap pendidik ianya akan memberi menafaat berterusan kepada pelajar yang menerima ilmu. Pelajar akan (admirer) mengagumi guru tersebut. Menjadikan guru itu sebagai idolanya. Minatnya kepada pelajaran turut sama meningkat. Teringat kepada puteriku yang amat mengagumi guru bahasa Englishnya dan secara tidak langsung prestasinya dalam subjek berkenaan turut meningkat. Dek kerana itu aku cuba mengenali di sebali guru tersebut, ternyata kalibernya turut menarik hatiku. Dia bagiku amat berbeza dari guru yang lain....dia seoarng guru yang amat berdedikasi.

Siapalah kita tanpa seorang guru dan wajarlah guru diberi penghormatan yang tinggi bukan di salah, bukan diherdik bila prestasi pelajar merudum.


14 May 2010

Istimewa dari Kakak







Hari ini aku menerima reminder greeting mom's day card daripada kakak panggilan kepada puteri sulung. "I love you soo much" ..perkataan yang tertera pada kad elektronik itu. Jazakallah anak mama sayang.

Kakak walau kurang petah berkata-kata sebagaimana Alang namun dia cuba juga meluahkan dengan cara lain. Semenjak berusia 5 tahun dia tidak pernah lupa memberi kad hari ibu dan hari lahirku. Ada yang amat istimewa dalam diri anak sayang mama ini. Keistimewaan yang Allah SWT kurniakan semenjak lahir.

Setiap detik mama panjatkan agar kecemerlangan akan mengiringimu dan semoga menjadi insan yang solehah.

13 May 2010

Kisah mentaliti Joyah


Diusia sebegini aku sudah malas hendak menulis dengan nada sinis sebagaimana zaman Rock & Rap dulu..he he he, yelah anak daraku selalu meneliti apa yang mamanya tulis. Namun apo nak dikato bak kata Ito The Blues Gang, rimas aku dengan mentaliti Joyah-joyah dipersekiran.

Siapa Joyah? Ala, watak dalam drama bersiri Opah zaman sekolah rendah dulu. Joyah yang suka bawa mulut ke sana sini. Apa sahaja yang terjadi kepada orang lain ia tidak puas hati dan menterjemahkan mengikut rasa hatinya. Bagi Joyah dialah yang betul, bagus & paling vogue.


Ada lagi ke orang begini dizaman IT ni? Aku pun pada mulanya ingat spesis ini dah pupus bak pupusnya dianosour tetapi masih ada lagi sisa-sisa spesis ini. Kalau tengok Joyah zaman moden ini huhhh....kalah Angelina jolie ......Tp Angelina Jolie beli barang heboh satu dunia ke? Kalau heboh pun bukan tuan badan yang hebohkan paparazzi punya hal.


Erm berbalik kepada Joyah pada apa sahaja yang dibeli mesti hendak di khabarkan seantero dunia. Serba-serbilah mahu dicerita konon dialah yang paling hebat dari yang lain sedangkan orang lain yang sudah ke oversea pun nak tergelak dengan ceritanya. Dengar sajalah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Setengah orang mungkin perkara yang dikhabarkan adalah perkara biasa. Mungkin spesis Joyah ini baru merasa boleh ke sana sini, makan & shopping di tempat yang dia rasa kononnya hebat sangat. Yelah dulu zaman kecik tak merasa agaknya erm kalau ckp terasa pulak konon orang nak menghina tp agak agak la Joyah kalau nak bercerita. Kalau setakat post suam-suam kuku & terpaksa menambah waktu kerja semata mahu berlagak aduhaiii hentikanlah Joyahhh. Aku ni kan slow bak kata Joyah's spesis la tp seslow aku tak der ler smpai bila desperador call orang lain cari kerja.


Bab nak berlagak gaban aku tak heran sangat sbb aku punyer karektor “ada aku kisah” korang punyer pasal tp yang aku hangin satu badan pasal mulut puaka korang ..puakanya kalah puaka Niyang Rapik David Teo tuh. Depan bukan main baik manis mulut kalah lollipop tp belakang puakanya tak tahulah nak cerita bak kata Shahezy Sam. Aku mmg positive dengan semua orang tp kalau ada buat pasal dengan aku mmg la…….Itulah kalau orang kata mentaliti hulu atau kampong nak marah….Udah ler mcm tuh puak-puak Joyah nih kalau bertandang ke rumah orang mata berkelilau sana sini ..hello mak bapak korang tak ajar ke adap bertandang ke rumah orang kalau anak-anak korang ok la sbb budak kan baligh pun belum tp kalau peringkat mak yang dah dekat monopous buat perangai apa hal…..lepas tu mula la bercerita rumah orang ini ada apa & rumah org ni kurang dimana ….


Sibuk sangat cerita buruk orang sampai jangan tersangkut installment rumah .....kereta ...kredit card Joyahh Oiii, mahu rasa aku buat checking ctos, ckris bank negara pada spesis Joyah yang kononnya hebat nih......

12 May 2010

Isteri degil tanda suami gagal.

Assalamualaikum warahmatullah,Para pengunjung blog tentu pernah membaca entry Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai. JIka masih belum, elok baca dulu entry yang itu, sebelum menjamu selera mata ke entry kali ini. Seperti yang selalu saya katakan, suami itu adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam kerajaannya. Kali ini saya kongsikan satu lagi artikel oleh Dr Hj Juanda Jaya, yang menyatakan perkara yang sama.Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!Cuba semak apa yang sedang berlaku. Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalkan kerana suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini. Suami pula sudah mulai tidak sabar dengan sikap isteri, ada kalanya si isteri sibuk dengan kegilaan abarunya iaitu membeli belah dan berhutang dengan along demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting, anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru. Contohnya.Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa bagaimana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya.Wajib menasihatiDi manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat algi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mangapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling ebrharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum meulaukan atau emmukul tanpa mencederakannya.Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud, “Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”Sentuhan jiwaTidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Erti Keberkatan Hidup

Erti Keberkatan Hidup
Oleh: Ismail Abu Bakar(darussyifa.org/)

Saya telah beberapa kali mendengar Nasyid dari Kumpulan Rabbani dari Radio IKIM, tajuknya saya tak tahu tetapi saya hafal satu rangkap senikatanya yang sungguh memikat hati saya iaitu;
Biarlah sedikit asalkan diberkati-NyaDaripada banyak yang memudaratkan

Baru-baru ini saya mencari Nasyid ini dan akhirnya bertemu. Nasyid tersebut bertajuk “Impian Hamba” dari Album Bertajuk Qiblat oleh Kumpulan Rabbani. Bila membaca keseluruhan lirik nasyid ini saya sungguh tertarik untuk mengulasnya.

Lirik Nasyid ini adalah seperti berikut;

Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjanganAman sentosa…
Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu
Apa yang ada..
Semua milik-MuNikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga
Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnyaB
erkat di akhirat balasannya syurga
Manusia sering lalai..
Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan
Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari Tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian
Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkanB
erkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga
Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia
Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung
Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu
Segalanya, Untuk Kami
Pada Mu Allah…

(Nota Penting: Nasyid ini adalah Hakcipta Terpelihara Kumpulan Rabbani & EMI Music, disiarkan disini sebagai contoh sahaja. Oleh itu belilah CD yang original Semoga Diberkati Oleh Allah SWT)

Kalau kita mendengar nasyid ini sambil menghayati senikatanya tentu kita akan dapat merasakan sesuatu keindahan jika sekiranya kita benar-benar memahami erti keberkatan hidup ini.

Bila di sebut perkataan “Berkat” seolah-olah sesuatu yang biasa sangat di dengari namun jika di tanya pada diri sendiri apa makna berkat kadangkala terpinga-pinga juga nak menjawabnya.
Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat tentang makna berkat ini, dia menjawab berkat ialah rahmat dari Allah. Saya bertanya lagi boleh bagi satu contoh, dia akhirnya merapu-rapu memberikan contoh yang tak ada kaitan langsung dengan soalan yang di tanya.

Sebenarnya banyak ‘alim ulama’ telah memberikan penjelasan tentang makna “Berkat” ini. Supaya senang di fahami berkat bermakna “Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”. Contoh yang paling mudah kita perhatikan firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 96 berikut;

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.”
Allah s.w.t. memberitahu kepada kita bahawa Baitullah (Masjidil Haram) itu adalah tempat yang berkat. Keberkatannya dapat dilihat dengan kebaikan yang semakin hari semakin bertambah dimana manusia mengunjunginya dari dahulu sejak zaman nabi Ibrahim a.s. sehingga kini kunjungan manusia sentiasa berterusan dan berpanjangan.

Kalau ditilik kepada kehidupan seharian kita bagaimana kita dapat melihat bahawa Allah telah mengurniakan keberkatan kepada kehidupan kita? Adakah yang dikurniakan kepada kita oleh Allah itu kebaikannya bertambah, Kebaikannya berpanjangan dan berterusan?

Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.

Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasi tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.
Dengan sebab itu maksud keberkatan yang sebenar ialah bertambah kebaikannya dan ketaatannya kepada Allah s.w.t.

Saya ingin berkongsi tentang dua kisah benar yang saya sendiri melihatnya sebagai satu renungan mudah-mudahan senang kita nak fahami erti keberkatan ini.

Kisah-1Â Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi ;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut ;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Mari kita lihat satu persatu rangkap nasyid di atas ;

Pada-Mu Allah kami memohonKeberkatan hidup yang berpanjanganAman sentosa…Murah rezekiTenang beramal mengingati-Mu

Rangkap ini adalah satu doa, kita bermohon daripada Allah semoga diberikan keberkatan hidup yang berpanjangan. Iaitu hidup dengan Aman sentosa tidak di timpa dengan bala bencana seperti penyakit yang berbahaya, kesusahan berhutang, ramai musuh dan sebagainya. Dengan tidak ditimpa masalah yang berat, hati akan menjadi tenang dan akan seronok beramal ibadat mengingati Allah.

Apa yang ada..Semua milik-MuNikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Rangkap ini pula mengingatkan kita, supaya sedar bahawa apa yang kita miliki seperti Isteri, anak-anak, rumah, kereta dan sebagainya adalah milik Allah. Allah hanya memberi pinjaman sementara sahaja dan Allah boleh ambil balik bila-bila masa sahaja. Apa yang kita perolehi adalah nikmat dari Allah dan hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan pemberiannya. Sedikit pun kita tak patut berbangga dengan benda yang hanya dipinjamkan kepada kita.

Biarlah sedikit asalkan diberkati-NyaDaripada banyak yang memudaratkanBerkat di dunia oh indah nikmatnyaBerkat di akhirat balasannya syurga
Inilah rangkap yang patut kita renungkan selalu dalam kehidupan kita. Biarlah pendapatan yang kita perolehi sedikit tetapi diberkati oleh Allah. Kisah-1 di atas telah memberikan contohnya. Kalau Allah memberikan keberkatan kepada rezeki yang kita perolehi maka indahnya nikmat hidup ini. Pasti kita tidak akan susah di dunia ini. Dan yang pastinya bila hidup di berkati Allah, balasan di akhirat adalah Syurga. Jadikanlah Kisah-1 ini sebagai suatu Teladan.
Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaanUjian dugaan jadikanlah ianya tauladan
Rangkap ini hendak mengingatkan kita supaya jangan lalai hidup di dunia ini. Kisah-2 di atas telah memberikan satu contoh manusia yang lalai dan jadikanlah ia sebagai suatu sempadan.
Putaran kehidupanPentas hidup untuk penilaianJawapan sebenarDari tuhan untuk insanBersabar hadapi ujian
Rangkap ini pula menyedarkan kita bahawa kehidupan ini adalah berputar seperti roda kadang kala kita dikurniakan kesenangan dan kadang kala diberikan kesusahan oleh Allah untuk menguji hamba yang taat kepadaNya. Bila diuji maka penawarnya adalah kesabaran.
Berkati hidup kamiDengan sinar hidayahJauhkan segalaDari pancaroba dunia
Rangkap ini pula ialah kita bermohon doa kepada Allah. Berdoa bukan hanya ketika kita ditimpa kesusahan sahaja. Berdoa’ hendaklah berterusan. Ketika kita senang berdoa’lah agar diberkati hidup dan dijauhkan dari bala bencana.
Berikan perlindunganSelamatkan dari fitnah ngeriBahana deritaYang tak mampu kami tanggung
Rangkap ini kita berdoa ketika ditimpa kesusahan. Bermohon supaya Allah memberikan pertolonganNya dan diselamatkan dari segala fitnah yang dihadapi. Bermohon semoga Allah memberikan kekuatan agar derita yang ditanggung dapat dihadapi dengan tabah.
Kasih Mu, Sayang Mu, Redha Mu,Segalanya, Untuk Kami
Rangkap terakhir kita bermunajat dan bermohon agar Allah mengasihi, menyayangi dan meredai kita.
Kesimpulannya, apakah erti mendapat keberkatan hidup?
Banyak contoh tentang erti mendapat keberkatan hidup. Di antaranya adalah seperti berikut;
a. Diberikan oleh Allah harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.tb. Diberikan oleh Allah isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan dan berpanjangan.e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjangan oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tabah dan kesabaran.h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
Semoga ada manfaatnya artikel pendek ini.
Wallahhu ‘alam

11 May 2010

5 PERKARA ELOK DISEBUT.

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk


Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan


Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4). Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5). Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata
tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

Petua buat isteri.




Kisah Puteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Siti Fatimah r.a. Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w.Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.ha., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan.

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.

Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.Suami mana yang tidak sayangkan isteri.

Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti,sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baikdaripada apa yang kau pinta itu?"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali.

"Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

Usah biarkan sayang bertukar benci…

SUSUNAN : Bawang Goreng

Assalamualaikum warahmatullah,Petikan mesej di bawah ini saya terima daripada SIM egrup, pada pendapat saya, ia pilihan yang agak menarik untuk dikongsikan bersama di Laman-Seri.

MINTA NASIHAT : Nak hilangkan rasa benci pada suami. Saya sudah 1 tahun setengah berkahwin, mempunyai anak berusia 7 bulan. Masalah saya ialah sejak mengandung perasaan benci pada suami meluap-luap. Pada mulanya saya sangka pembawaan budak. Apabila diteliti dari sejak berkahwin lagi saya berperasaan begitu. Perkahwinan kami atas dasar cinta, tak tahulah mana silapnya…. Yang berharap, as

Tamat PetikanMacam-macam feedback yang masuk ke mailbox berkaitan posting ini, bila dan terlalu banyak, saya tak baca dan delete sahaja, sebab kebanyakkan isinya lebih kurang sama dan berulang-ulang kerana telah disebut oleh sahabat yang lain. Disebabkan PnSuzanaGhazali pernah menulis tentang ini hal yang sama, ada manafaatnya saya kongsikan di Laman-Seri, insya Allah.Dalam al-Quran jelas menyebut, firman Allah SWT dalam surah ar-Ruum ayat 21, yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung (bersenang hati) dan merasa tenteram (hidup mesra) dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan rasa kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berpikir.”Apabila rasa sayang yang sepatutnya wujud dan terus mekar di antara pasangan suami isteri berubah menjadi BENCI, sudah tentulah ia petanda yang tidak baik. Mana mungkin sepasang suami isteri dapat hidup bersama apabila tiada lagi kasih sayang, paling ditakuti rasa kasih dan sayang tersebut bertukar menjadi kebencian dan dendam yang mendalam, nauzubillah!Saya sering membaca artikel Motivasi dan

PnSuzanaGhazali juga acap-kali menegaskan betapa pentingnya setiap individu, suami dan isteri; [NB: BUKAN satu pihak sahaja] kedua-duanya hendaklah terus menerus menyemarakkan hubungan kasih dan sayang. Ini penting kerana kasih dan sayang bermula daripada tiada, maka bila ia telah ada dan tidak ada usaha untuk mengekalkannya, maka ia akan kurang sedikit demi sedikit dan tidak mustahil satu hari nanti akan terus hilang. Logik akalnya, jika kita menanam sebiji benih, tanpa mahu menyiram, membaja, merumput dan sebagainya, agak-agaknya bolehkah biji benih itu tumbuh atau membesar dengan subur dan mengeluarkan hasilnya?Ikhlas menyayangiDaripada permasalahan yang dilontarkan dalam email di atas, saya tidak pasti apa punca kebencian yang wujud di hati si isteri. Lazimnya, kebanyakan isteri akan sanggup bertahan, terus menyimpan dan mencurahkan rasa sayang sekiranya yakin si suami masih ikhlas menyayangi mereka.Apakah tanda ikhlas menyayangi?

Memang sukar hendak dibuktikan, namun mengikut telahan hati dan perasaan masing-masing, selagi percaya bahawa suami tidak menipu mereka, si suami tidak mempunyai orang ketiga dan si suami pandai menjaga hati dan perasaan mereka, selagi itulah cinta, kasih dan sayang mereka tetap unggul dan ampuh di tahta teratas, biarpun terpaksa mengambil alih 100% tugas dan tanggungjawab suami menguruskan perbelanjaan rumahtangga. Namun, keBIASAannya bila kesetiaan dan pengorbanan dikhianati, cinta teratas tadi boleh runtuh serta-merta dan bertukar menjadi benci. Isteri yang lemah lembut gemalai tidak mustahil berubah menjadi singa lapar lagaknya.Kenal pasti punca benciSekadar peringatan, jangan izinkan kasih sayang yang ada bertukar menjadi benci. Jika kebencian tetap wujud dan hadir menggantikan kasih sayang tersebut, perlu ada tindakan yang diambil. Paling penting, kenal pasti punca wujudnya kebencian tersebut.

Kemudian, berbincanglah dengan pasangan anda bagi menangani permasalahan yang berlaku agar kebencian boleh hilang dan kasih sayang boleh bertapak dan mekar semula. Ada sesetengah pasangan yang sukar untuk berbincang, dinasihatkan carilah orang yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah anda. Apa juga caranya, selesaikan punca permasalahan yang menyebabkan kebencian itu wujud.Anda tidak boleh membiarkan kebencian tersebut berterusan, tidak baik untuk pasangan anda, tidak baik juga untuk anda, anak-anak anda, rumahtangga anda dan mereka yang lain yang terlibat dengan perkahwinan anda dan pasangan anda.Asas mudah, perkahwinan adalah untuk pasangan suami isteri saling sayang menyayangi. Bukan itu sahaja, seorang isteri wajib mempunyai rasa hormat terhadap suaminya. Jika hanya ada kebencian, sudah tentulah rasa hormat pun turut hilang. Keadaan ini tidak dibenarkan syarak.

Oleh kerana itu jugalah, Islam menghalalkan perceraian walaupun hakikatnya perceraian adalah perkara yang amat dibenci oleh Allah SWT.Kita sedia maklum, perkahwinan yang dianjurkan oleh syarak mempunyai prinsip dan hikmah yang tersendiri, antaranya untuk saling berkongsi kasih dan sayang di samping memenuhi keperluan hidup masing-masing. Apabila peranan dan tanggungjawab yang digariskan oleh syarak, gagal dipenuhi dan dijalankan sebaiknya oleh masing-masing pihak, maka kasih dan sayang akan bertukar menjadi benci dan dendam.

Perasaan benci dan dendam semestinya tidak sepatutnya wajar ada di dalam sebuah perkahwinan dan institusi kekeluargaan, maka jalan terbaik ialah keluar daripada perkahwinan, agar masing-masing pihak tidak berterusan membenci dan melakukan dosa kepada-Nya, lantaran kegagalan memenuhi tanggungjawab yang wajib dipenuhi.Jangan salahkan kebencian atau kesan kebencian tersebut tetapi koreksilah diri, atasi masalah yang berlaku agar kasih sayang terus bersemarak mekar hingga ajal menggamit.

Panjatkan doa kepada-Nya, agar kasih sayang anda dan pasangan anda terus kekal mekar dan bahagia hingga ke syurga…

Be careless in your dress if you will, but keep a tidy soul ~ Mark Twain

10 May 2010

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa



Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan.

Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama: Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.


Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.






Kaedah Kedua:Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa.


Caranya seperti berikut;


1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.Pencegahan AwalDaripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini.

Doa tersebut adalah seperti berikut;
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.
Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;






Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.


Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.



Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan.

Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.

Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri



1. Doa Bersetubuh






Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.






2. Doa ketika hampir keluar maniBaca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.


Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)
Wallahu’alam