16 March 2010

Mendefinisikan sebuah kehidupan - Relexjap Tue Nov 29, 2005 8:59 am

Sebenarnya aku sedikit rindu kepada Relexjap iaitu sebuah group yang pernah kuikuti dulu ...banyak memberi maklumat dahulu....terima kasih relexjap

TM...paparkan pida9_sanglang@...

Semalam sengaja aku berada dihadapan kotak hitam (idiot box (IB))
sambil melepaskan lelah mengemas rumah. "Sekam Cinta" membuatkan aku
terpesona untuk terus merenung IB. Barisan para pelakon mantap namun
aku masih belum mendapat pengenalan sebenar drama siri ini. Setelah
hampir 15 minit terpaku aku akhirnya aku merasakan amat kecewa
apabila sesuatu perjuangan atau kehidupan didefinisikan dengan cara
semberono. Seolah bagai ada yang tidak kena membuatkan aku menekan
butang off remote control.

Kuajukan soalan pada anak buahku, Angah yang turut serta
menonton, "apa yang Angah faham dengan taksub". Mata Angah terkebil-
kebil mungkin terkejut dengan reaksiku yang secara tiba-tiba marah
dengan jalan cerita "Sekam Cinta". "Tidakkan kita dimodenasi ini pun
taksub, taksub dgn material, taksub dengan harta dunia", aku
menyambung persoalan tadi. Kali ini angah mulai memahami nadaku tadi.
Kita sewenangnya mendefinisikan kehidupan pihak lain dengan sudut
pandangan yang berbeza. Misalnya kita melawat keluarga fakir, kita
merasakan kesian teramat kepada sang fakir, kesian anak-anaknya.
Namun didalam kehidupan mereka terselit ketenangan yang tidak pernah
ada pada sesiapapun di era modenasi ini. Biarpun mereka tidak pernah
merasai bermain di Genting Theme Park malah tidak betah ke taman
permainan namun laluan hidup mereka dibekali dengan pengajaran yang
tidak pernah ada pada insan lain.

Seandainya wajah Islam digambarkan dengan penuh liberalisasi dan
material sudah pasti seluruh umat akan jatuh tersungkur dengan
pelbagai kemungkaran akhir zaman ini. Apa yang pasti sang suami
pastinya mendidik sang isteri dengan cara hidup Islam lantaran itu
apa sahaja yang terjadi akan diterima oleh sang isteri dengan hati
yang lapang tanpa sebarang was. Akan diingati sejarah Siti Hajar dan
Nabi Ismail.

Aku pernah ketemu dengan seorang isteri yang terdidik dengan
keislaman yang tinggi. Tidak kedengaran keluhan terhadap suaminya.
Beliau redha dengan apa yang berlaku. Aku amat kagum. Dari riak
wajahnya terwarna kekuatan.

Pida.....Islam is the way of life

Cuti kali ini....Hikmah dari ujianNya

Berdering handphone pangillan dari Kedah bertanyakan samada kami pulang atau tidak cuti seminggu ini. Jawapannya "tidak". Pelbagai alasan namun faktor utama adalah kesihatan tidak mengizinkan. 2010 merupakan tahun penuh dugaan. Allah SWT maha mengehtahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Malisha puteri sulung sibuk dengan rutin biasanya, tusyen dan membuat ulangan latihan soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas. Di samping itu dia banyak memberi pertolongan kecemasan kepada mamanya terutama di dapur. Jazakallah anak mama......

Khattab umpama pembantu Kakak. Banyak membantu ketika kakak ke kelas tusyen. Memang boleh diharab walau ada ketikanya mulut mama terpaksa membebel sedikit dengan anak teruna ini. Sifat ringan tulang anak-anak mertua banyak dalam dirinya. Alhamdulillah.

Myra sebagaimana kakak cepat matang walaupun sifat main-main membuatkan sesak nafas. Namun mereka semua mendengar kata.

As Siddiq sikecil yang bakal memasuki tiga tahun bulan julai ini makin bijak mengolah kata. Makin nakal dan bijak. Dia umpama kakak tika sebayanya.

Dan sikecil.... moga Allah SWT memberinya kekuatan beberapa bulan lagi untuk melihat dunia. Menjadi insan yang bertakwa disisiNya. Menjadi khalifah yang memelihara amanah agama dan bangsa.

Encik Hubby....sudah jadi chef. Sudah mampu memasak kailan ikan masin, daging black paper, ikan kempung goreng tepung dan air soya. .....






15 March 2010

Semalam, Hari ini dan esok



Semalam merupakan suatu yang berlalu
semalam ketika aku mengenalinya..mendalami hati budinya dan meninggalkannya dan,
semalam juga aku kembali kepangkuannya semula dan membina semula sesuatu yang telah kutinggalkan dek amarahku dulu.....
Semalam kami harungi suka duka bersama gelak tawa..menyusur Lebuhraya Utara Selatan ...bertenggek digigi pantai menyaksi terbenam mentari....bertebar di metropolit menganyam cita dan impian
Semalam atas akad itu antara kami dihalalkan.....Ada amanah dariNya yang wajib kami pegang

Hari ini setelah 20 tahun berlalu....
Amanah agama
Amanah keluarga
Menjadi satu cita dan impian
walau ada masa lidah dan gigi tergigit....sakit meraung dalam diri
Namun sesuatu yang kami pegang...sesuatu yang telah lama ditanam dalam diri
membuatkan kami mula bermuhasabah
kami odit semula diri.......
Dan kerna Kun Fa Ya Kun Nya kami teguh di sini


Esok...

Kami menadah tangan kehadratNya......Moga ia berkekalan dunia dan akhirat Aminnnnnn.....


Tuhan,

Peliharailah zuriat kami dari zina, maksiat, murtad dan segala laranganMu. Tetapkanlah mereka di jalanMu Ya Rahimmm

Al-Quran Memujuk Kita




Siapakah kita untuk terus menjalani hidup dengan bahagia?

Sedangkan cabaran dan dugaan bila-bila akan menempuh hari yang bakal mendatang. Kadang kita diberi nikmat-Nya dan seringkali juga nikmat itu disalahguna. Kadang kita mengeluh dengan apa yang telah diatur, namun sememangnya manusia itu takkan lari dari mengeluh.

Tanya diri, berapa banyak keluhan kita dalam sehari berbanding pujian untuk-Nya? Itulah manusia.



“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Fatir:2



“Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata " Surah Saba':24

Lantas hari-hari yang berlalu dinikmati bersahaja, peringatan yang datang seakan angin yang menampar pipi. Tatkala angin berlalu pergi, kedinginan turut hilang. Kadangkala tangisan penuh sedar itu tiba, namun akan hadir jua perasaan putus asa terhadap keampunan-Nya. Seolah diri tidak akan diterima amalannya. Lantas amalan terputus begitu sahaja. Ditambah pula dengan dosa yang memujuk hati-hati yang sememangnya tidak ada ketenangan dalam diri.





“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar:53

Tatkala masa sibuk datang, rindu bertandang pada masa lapang. Hari dilalui dengan mengharap masa akan pantas berlalu. Sedangkan hari nyawa terpisah daripada jasad semakin pendek. Kesibukan yang menjadi ujian. Ada yang berusaha belajar dari kesilapan masa lalu. Ada yang berusaha mempelajari perkara yang membuatkan kesilapan datang. Kita tidak tahu, mungkin setelah ujian atau bala menimpa, barulah kita tersedar akan perkara yang kita anggap remeh ini amat mempengaruhi hari kebesaran kelak. Setakat manakah kita yakin hari itu bakal menjelang? Tepuk dada tanya iman.



“Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).” Surah Fussilat:49



“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.” Surah Fussilat:51

Kita memikirkan falsafah apakah yang mampu menyedarkan diri dan kesedaran yang hadir dengan rasa cinta dan takut untuk melakukan perkara yang mendatangkan dosa. Bilakah agaknya perasaan itu lahir? Beribu kali bermuhasabah diri namun jarang sekali istiqamah. Tiap kali rasa manis beribadah itu hadir meresap dalam diri, masa yang sama kita rebah dengan ujian yang seringkali terlepas pandang pada hikmahnya.



“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)” Surah al-Hujurat:15

Kesabaran amat mudah diungkapkan dengan kata-kata. Namun untuk meresap dalam jiwa amat berat sekali. Hati yang tiada tempat sandaran, akan sentiasa meragui usia perjalanannya. Tanpa iman di hati, sabar takkan bererti. Tanpa sabar iman takkan bermakna. Biarkan hati kita diterangi laluan yang sentiasa memujinya, tatkala kita melalui jalan itu,segala susah payah akan terbela. Tidak di dunia sekalipun, tapi Akhirat itu pasti!

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” Surah Al-Baqarah:155-157

Kesenangan di dunia tidak akan kekal selamanya. Titipkanlah dalam hati,biar kesenangan yang datang tidak akan menggelapkan iman, membutakan pandangan. Kemewahan itu antara lain adalah ujian buat kita. Tatkala kita ditimpa kemiskinan, diri mengeluh. Seolah-olah miskin itu membuatkan kita jauh dari-Nya.Ingatlah sesama kita. Ibadah bukan untuk dijual beli, nilainya pada pahala yang diberi daripada Yang Maha Menyintai. Kemewahan dunia bukan pada harta semata, tetapi kemenangannya pada orang-orang yang tetap mengerjakan solat dan diri yang penuh ketenangan. Ketenangan akan hadir sewaktu dalam diri yang menyintai ketetapan Allah.



“Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Az-Zukhruf:35

Al-Quran itu bukan setakat bacaan yang dilagukan lalu mencipta bait-bait yang syahdu didengari dan menusuk di jiwa. AlQuran itulah pemujuk kita. Walau dalam tangisan membaca amaran-amaran keras daripada Tuhan, masa yang sama diri akan redha dan tenang akan pujukan ayat-ayat Allah. Selagi nyawa belum berpisah, selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas. Seandainya kita benar-benar memahami maksud kandungan AlQuran, akan bermain di fikiran betapa beratnya azab daripada Allah, betapa banyak dosa dalam diri. Tanyakan pada diri , berapa banyak kita melafaz kesyukuran dan menzahirkannya?

Sememangnya ayat-ayat itulah muhasabah terbaik buat manusia.Tangisan takkan berhenti mengenangkan nasib akhirat kelak.Tiada gunalah kecantikan diri jika sikitnya pahala untuk meniti titian mustaqim.



"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur." Surah Al-Furqaan:50

Cinta itu milik Allah. Segala yang di langit dan di Bumi milik Allah. Tiada yang kekal melainkan-Nya.Andai Dia menarik kembali nikmat yang diberikan, mungkin itu antara cara menyedarkan kita dan menambah pahala kita. Pelihara diri, saling berukhwah,ingat-mengingati. Permusuhan sesama saudara hanya membawa kemurkaan Allah. Kita semua inginkan syurga, namun mengapa membezakan dan membandingkan apa yang tersurat di pandangan kita, fikirkanlah apa yang tersirat. Pasti kekecewaan yang menggoyah iman tidak akan lahir. AlQuran benar-benar memujukku…meyakinkanku…



"Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa." Surah Al-Haqqah:48



"Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya)." Surah Al-Haqqah:51

Lalu, aku pujuk temanku. Alunkanlah bacaan AlQuran itu, fahamilah maksudnya agar jiwa ketakutan pada Azabnya meresap dalam setiap nawaitu. Agar kita sentiasa mengingati mati. Semoga terpeliharalah iman dalam diri. Itulah muhasabah yang terbaik disisi-Nya. Pujuklah dirimu dengan Al-Quran.

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)" Surah Al-‘Asr

www.iluvislam.com
dihantar oleh : mia effa
editor : IskethaykaL

13 March 2010

Merancang Jantina

Diambil dari http://www.hamidarshat.com..semoga menjadi panduan bersama


Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X danY. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX(anak perempuan).


Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk lamanKesuburan dan Kemandulan’.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.


Bila boleh tahu ?


Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.


Bolehkah merancang anak kembar



Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.


Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.


Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.


Makanan terbaik untuk pembentukan otak.

Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (darikacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.

Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?


Minyak ikan
dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wamita hamil !

Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia

Diambil dr www.hamidarshat.com semoga menjadi panduan kepada kita..


Kehamilan

Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak di dalam rahim, (bukan di luar rahim yakni ectopic pregnancy! Ia amat merbahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa seperti hamil anggur ( Molar pregnancy – juga merbahaya! di mana janin tidak terbentuk dan digantikan gugusan daging dan darah berbentuk anggur).

Kesemua ini boleh dielakkan jika anda segera berjumpa doktor apabila tlerambat datang haid yakni dua minggu lewat.

fetus  dalam rahim

Tiga bulan pertama sangat penting !

Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari 'nutfah' (air mani) kepada 'alaqah', seterusnya menjadi 'mugdah', akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound se-awal 6 minggu kandungan.

Cegah keguguran !

Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.


fetus yang gugur

Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medikal atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarung kondom pada tiga bulan pertama kandungan.
Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandungan.


Cegah Kecacatan bayi !



bayi yang mengalami kecacatan
Makan ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga akhir kandungan.

Tentukan yang anda sudah mendapat pelalian terhadap Rubella.

Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun.

Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat ‘ genetic counselling’. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang cemerlang: ‘Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa’. ‘Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.Mengikut orang tua-tua ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.

Dipercayai roh ditiupkan ke dalam jasad bayi antara 4-5 bulan umur kandungan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasai oleh ibunya.

Anak pintar.



Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Tentukan badan ibu sihat, keadaan mentalnya stabil, sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan ini memang dirancang serta dinantikan. Bacalah Bismillah sebelum bersetubuh. Dikatakan anak terbentuk sewaktu ini jadi anda secara tidak langsung membentuk peribadi dan perwatakan anak melalui cara anda bertindak, berfikir dan mengawal emosi.

Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu
makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon.


Rangsangan

1. Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar.

2. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.

3.Sentuhan adalah rangsangan yang amat kuat dan menimbulkan mother and child bonding yang kuat dari kecil. IA akan meningkatkan IQ anak dan perasaan self esteem atau jati-diri.Memilih tarikh lahir bayi
Setengah pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini mungkin boleh dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri. Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu , jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.
Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.

Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segalanya.

Kecacatan Bayi Dalam Kandungan

MW Bil 877 8-15 Sept 2000

Pak Bidan Oh Pak Bidan
www.timang.org
Kelolaan Siti Zarinah Husain

Tugas uri yang membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi, kadang-kadang gagal berfungsi sepenuhnya. Akibatnya pertumbuhan bayi terjejas.

KEHAMILAN MELALUI TIGA PERINGKAT PENTING
Oleh: Prof. Dr. Hamid Arshat


"SUDAH berapa bulan kandungan awak, dan sudahkah awak bertemu doktor?" tanya Aminah kepada rakannya Rogayah yang sedang hamil.
"Kenapa perlunya saya jumpa doktor? Saya tahu saya sedang hamil tiga bulan, melalui ujian air kencing yang saya beli dari farmasi," jawab Rogayah.


PERBUALAN di atas mungkin pernah berlaku di kalangan masyarakat. Ramai orang yang mengambil remeh tentang jagaan kesihatan sewaktu mengandung. Apabila mengetahui diri sedang mengandung, mereka tidak bergegas untuk bertemu doktor.
Namun, tahukah anda bahawa jagaan kesihatan sewaktu mengandung bukan sahaja boleh menentukan kesihatan diri ibu dan bayi di dalam kandungan? Ikuti penjelasan lanjut mengenai perkara ini bersama Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat ini:
Sebenarnya setiap ibu yang mengandung amat penting untuk mendapatkan rawatan dari doktor. Sekurang-kurangnya dalam tempoh sembilan bulan mengandung, mereka perlu datang ke klinik sebanyak enam kali. Ini penting kerana ia dapat mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi sewaktu melahirkan.

1. Khususnya pada peringkat tiga bulan pertama
2. Peringkat tiga bulan peringkat pertengahan kandungan
3. Peringkat tiga bulan terakhir sebelum melahirkan

Melalui rawatan daripada doktor dapat mengesan masalah kesihatan yang dialami oleh si ibu. Selain itu doktor juga boleh mengesan sebarang gejala atau faktor yang boleh mengancam kesihatan ibu disebabkan kandungan tadi.


Seseorang yang mengandung sebenarnya mengalami satu tekanan dari segi fizikal dan mental, kerana ke semua organ dalam badannya perlu bekerja keras untuk menampung bayi.
Fungsi jantung orang yang mengandung meningkat sebanyak 40 peratus untuk membekalkan darah pada bayi. Oleh kerana itulah kadang-kadang orang yang mengandung cepat mengalami mengah apabila terlalu banyak berjalan.


Pada peringkat awal mengandung pula ada yang merasakan tubuhnya panas. Ini berlaku kesan peningkatan metabolisme. Perubahan-perubahan sebegini juga menyebabkan tekanan kepada mereka. Lebih-lebih lagi kalau tidak mendapat sokongan penuh daripada suami.

Kebanyakan golongan suami memberi sokongan moral dan kasih sayang kepada isteri mengandung khususnya jika mengandung anak sulung.

Tidak dinafikan ada juga suami yang tidak mengindahkan isteri dengan membiarkan isteri bersendirian. Sehingga ada yang sanggup mengabaikan si isteri dan berfoya-foya dengan wanita lain. Ini akan menambah tekanan mental kepada si isteri. Oleh itu, amat penting di kalangan suami, keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk memberi sokongan kepada mereka yang mengandung.

Mereka yang mengandung perlu juga mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Jadi, dengan menemui doktor, doktor boleh menilai tahap pemakanan mereka. Kebanyakan para ibu yang mengandung akan mengalami peningkatan selera makan selepas 4 bulan kandungan. Akibatnya ada yang tidak memikirkan makanan seimbang sehingga terlebih mengambil makanan manis dan berkarbohidrat.

Makanan terlalu manis boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu, antaranya darah tinggi, kencing manis atau bayi yang dikandung terlalu besar sehingga menyurkannya bersalin secara normal. Berat badan ibu mengandung biasanya akan meningkat. Namun, peningkatan berat badan ibu mengandung yang ideal ialah antara 10-15 kilogram sehingga sebelum melahirkan. Pada tempoh kandungan 5 bulan kandungan, seharusnya peningkatan berat badan hanya 5 kilogram (purata peningkatan satu kilogram sebulan).


Biarpun berat badan ibu yang mengandung meningkat, namun, ia termasuk juga dengan berat uri dan air yang bertakung dalam badan. Apabila selepas melahirkan, berat badan akan berkurangan. Para doktor selalu menasihatkan agar ibu-ibu mengandung memakan lebih banyak makanan yang mempunyai protein yang tinggi. Contohnya seperti susu, tauhu, tempe, minuman soya, kacang hijau, ikan, daging dan ayam.


Sementara bagi mereka yang mengalami kurang darah, sekali sekala perlu memakan hati atau limpa untuk menggalakkan pembentukan darah. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting sebagai sumber vitamin dan makanan berserat yang boleh memudahkan lawas. Demikian juga dengan pengambilan zat besi dan kalsium kerana zat besi untuk membina darah ibu dan anak. Sementara kalsium untuk pembentukan tulang bayi.


Ramai orang tidak memakan kalsium secara tablet atau daripada sumber lain seperti susu dan ikan bilis, mengalami masalah sakit gigi, gigi berlubang, sakit sendi dan sakit tulang. Apabila kandungan berusia 5 bulan dan ke atas, para ibu juga digalakkan untuk memakan makanan tambahan seperti minyak ikan. Pada tempoh ini pembentukan otak bayi berlaku, minyak ikan boleh merangsang pertumbuhan otak bayi.


Apabila kandungan sudah mencapai tempoh tiga bulan terakhir sebelum bersalin, mereka masih perlu bertemu doktor. Ia penting bertujuan untuk menyediakan mereka dari segi mental untuk hadapi kelahiran dan penjagaan bayi selepas bersalin. Saat melahirkan merupakan sesuatu yang cemas, bukan sahaja dari segi masa, tetapi dari segi keselamatan diri ibu dan bayi.


Pada bulan terakhir kandungan, doktor akan dapat menentukan sama ada si ibu boleh melahirkan secara normal atau perlu dibedah. Oleh sebab itulah penjagaan sewaktu mengandung amat penting untuk mengetahui sama ada bayi berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Selain itu, pertumbuhan bayi di dalam kandungan juga boleh diawasi oleh doktor. Tidak dinafikan kadang pertumbuhan bayi terjejas atau kadang berlaku masalah pendarahan, masalah penyakit tertentu atau masalah berpunca dari uri.

Tugas uri yang membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi, kadang-kadang gagal berfungsi sepenuhnya. Akibatnya pertumbuhan bayi terjejas. Semua aspek ini boleh diketahui jika ibu mengandung bertemu doktor.


Melalui proses imbasan (ultrasound) ketika bayi berusia 8 bulan, kedudukan bayi boleh dilihat sama ada berada dalam kedudukan normal atau menyongsang. Kebiasaannya kepala bayi sudah berada di bahagian bawah. Sekiranya usia kandungan 8 bulan, berada dalam kedudukan menyongsang, ia bermakna akan dilahirkan dalam keadaaan sedemikian. Namun biasanya doktor akan membetulkannya dengan menggunakan kaedah tertentu tanpa melakukan paksaan dengan ganas. Jika usaha yang dilakukan tidak berjaya, kelahiran perlu dilakukan secara caesarian.

Selain itu, dengan melalui ultrasound, kedudukan uri boleh kesan dari semasa ke semasa. Jika kedudukan uri berada di bawah rahim sewaktu kandungan antara 32-34 minggu ia dinamakan sebagai 'placenta previa'. Bayi perlu dilahirkan secara pembedahan.


Warna uri yang sihat sewaktu proses ultrasound ialah putih. Namun jika didapati tompok-tompok hitam, maknanya uri rosak. Jika ia berlaku ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.

Ia juga boleh menjadi punca kematian bayi sewaktu di dalam kandungan. Jika uri tidak sihat, para doktor boleh melakukan pembedahan untuk kelahiran lebih awal dari jangka waktu yang ramalkan.

Pakar perbidanan yang melakukan pemeriksaan ke atas ibu mengandung mempunyai peranan untuk membuat penilaian sama ada kandungan itu selamat dilahirkan normal atau tidak.

Berdasarkan pelbagai faktor inilah, saya ingin menekankan kepada para ibu mengandung agar tidak menganggap penjagaan sewaktu mengandung sebagai sesuatu yang remeh. Oleh kerana itulah, jangan teragak-agak untuk ke klinik, jika sudah disahkan mengandung.

Kuman Laptospirosus - Pengalaman Pesakit Dr.Hamid Arshat

http://www.hamidarshat.com....semoga ia menjadi rujukan buat kita


Kuman Laptospirosus


- Pengalaman Pesakit Dr.Hamid Arshat

Assalamualaikum....dan salam sejahtera

Sekadar peringatan untuk dikongsikan bersama....
saya forwardkan email yg saya terima dari sahabat saya....


Ceritanya begini: "Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya
berada di semester akhir di Universiti. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Doktor dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah.Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di Bangsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dalam perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kepada ayah dan suami yang ada

berhampiran. Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak sedar selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yang teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

Doktor tidak tahu virus apa yg menyerang. Pada mulanya suspek denggi dan ada sorang Doktor pula dengan yakin telah memberitahu famili saya bahawa saya mengalami leukimia peringkat teruk dan harap keluarga bersedia untuk pemindahan sum-sum. Kami cukup kecewa dengan sikap doktor tersebut yang memberitahu wlaupun belum pasti dan tanpa memikirkan perasaan keluarga saya ketika itu. Esoknya dia kata bukan pula. Keadaan saya ketika itu memang teruk dan temperature memang tinggi. Ramai pelawat yg menitiskan airmata melihat keadaan saya. Kerana terlalu ramai pelawat saya dipindahkan dari katil yg dipisahkan dengan langsir kepada bilik yg pelawat hanya buleh lihat dari tingkap kaca..suami dan ibu hanya dibenarkan masuk..bilik itu memang mahal (ICU)..kerana Dr takdapat pastikan kuman itu datang dari mana (mungkin dari pelawat ker)... selepas 8 hari saya sedar dan dapati kandungan sudah tiada...ketika itu temperature demam saya naik semula dengan tinggi.

Saya amat lemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah-darah kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelapkan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi. Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk kebilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidungdan mulut (takut saya kena virus dari pelawat).

Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa). Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Laptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai
ke otak buleh membawa maut.Ia masuk ke salur darah. Tidak tahu mana saya terkena virus itu.Tapi selepas saya keluar ada beberapa orang yang kena begitu. Ketika itu juga virus itu sedang merebak di
Thailand.

Selama hampir sebulan di tahan dihospital saya terpaksa menahan perasaan sedih kerana kehilangan anak. Saya kena kuatkan semangat untuk cepat sembuh dan keluar dari hospital. Suami saya juga selama itu juga dia berumah-tangga di hospital. Saya tak dapat bayangkan perasaan dia dan keluarga. Kami baru saja 10 bulan berkahwin.

Kerana kemasukkan darah baru juga terlantar lama atas katil serta kehilangan berat badan yg banyak menyebabkan saya lemah untuk berjalan... Saya terpaksa belajar berjalan semula dan berusaha agar tidak mengikut perasaan yang sedih. Saya juga terpaksa menangguhkan study ke semester depan.

Bil hospital pun begitu mengejutkan kami ...dengan bil itu kami hampir boleh memiliki sebuah Proton Waja. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi Ini kerana saya ditempatkan di bilik waktu di ICU dan juga menggunakan alat yg mahal bagi pernafasan . Doktor ada mengesyorkan utk berpindah ke hospital lain ketika itu..tapi keluarga saya mengatakan duit boleh diusahakan tapi nyawa.... Doktor Hamid menyifatkan saya seperti mati hidup semula dan menasihatkan agar tunggu setahun utk pregnant semula kerana keadaan saya yang memang teruk...

Doktor2 yang merawat pun sedih melihat diri saya. Dengan takdir Allah selepas hati, limpa saya mengecut ke saiz asal dan darah sudah stabil , lapan bulan selepas itu saya pregnant. Kini anak kedua saya (lelaki) sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan amat lasak. Anak sulung saya yang meninggal itu bayi perempuan.

Selepas kejadian itu saya cukup lagi terkena kerana sudah imun dengan virus itu. Dengan itu berjaga-jagalah dengan haiwan itu dan juga kucing(kencing kucing pun bahaya)."

12 March 2010

Demam Denggi

Apa itu denggi?

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh
pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.

Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Cara jangkitan:

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.

Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´.

Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tempat pembiakan:

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.

ii) Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.

11 March 2010

Lelaki....

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segalan segi. Cuma,ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja
memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka.Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya,buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1.Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2.Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3.Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, `Awak langsung tidak menghormati saya'. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4.Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5.Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya,tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki,ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti,lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu,cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6.Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) .Tetapi,apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu.Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal,tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu,melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7.Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya,majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan,lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar.Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun,pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun,mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak.Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu.Lelaki hendak juga menjadi romantik,tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9.Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel.Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami).Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10.Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis.Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Susunan ROSMAWATI MION
www.wanita2u. com

Tip Menghadapi SiDia Curang

Tak dapat di nafikan sebagai makhluk Allah s.w.t kita akan di uji dengan pelbagai ujian bagi menguji sejauh mana kita sebagai makhluknya mampu menghadapi situasi yang getir dalam hidupnya. Ini tidak terkecuali bagi pasangan suami isteri.


Semua mahukan sebuah perkahwinan yang bahagia dan aman damai, namun bukan semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Kecurangan adalah satu perkataan yang amat di geruni oleh setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga. Apabila ada kecurangan bermakna kepercayaan terhadap pasangan juga akan semakin berkurangan dan di khuatiri kasih sayang yang selama ini dicurahkan 100% semakin tawar.

Berikut di antara panduan dalam menghadapi pasangan curang:

a) Ambil Masa Redakan Perasaan
Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan. Ada sesetengah wanita yang sukar menerima kecurangan suami kerana perkara itu memang menjadi fobia dalam perkahwinan. Lakukanlah apa saja untuk menyakiti hantinya tetapi jangan berlaku curang.

Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima. Ketika mendapat tahu berita kecurangan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respons normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan. Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.

Tidak dinafikan ada wanita mengambil masa yang lama untuk meredakan perasaan ini. Tapi apapun yang anda lakukan cubalah untuk tidak bertindak berlebihan pada keadaan ini. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya.

b) Mencari Sokongan
Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, fikirlah dulu dengan siapa yang patut anda ajak berbicara tentang kecurangan suami.

Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri anda sendiri. Apatah lagi anda tersilap pilih rakan yang suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada. Carilah sokongan daripada orang yang anda percayai dan kenali luar dan dalam.

Selain itu pastikan juga rakan yang anda pilih adalah seseorang yang dapat memberi sokongan dan pendengar yang baik. Bukannya memperdebatkan kembali apa yang anda katakan. Jika orang yang ajak berbicara membuat keputusan terlebih dahulu daripada anda dan mencadangkan tindakan yang anda sendiri rasakan tidak wajar maka carilah rakan yang lain.

c) Berhenti Menyalahkan Diri Sendiri
Dikatakan begini kerana ada wanita yang menyalahkan diri sendiri bila suami berlaku curang. "Aku tak layan dia dengan elok", 'aku bukan isteri yang baik' dan 'aku tak membahagiakan dirinya' adalah di antara ayat yang mungkin keluar dari wanita ini.

Hentikan semua ini kerana yang berlaku curang bukan anda tapi dia!

Kecurangan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu mempunyai masalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri anda dalam hal ini. Masalah yang berlaku sudah tentunya tidak hanya berpunca dari diri diri anda sendiri. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak senang dengan perkahwinan yang dijalani, kecurangan bukanlah jalan keluar atau penyelesainnya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.

d) Jangan Buat Keputusan Ikut Emosi
Kecurangan suami sememangnya sesuatu yang menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu saja memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati.

Tapi ingatlah jangan membuat keputusan mengikut emosi yang marah. Berikan masa untuk emosi dan jiwa anda kembali tenteram. Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu atau berpisah?

Namun begitu, perpisahan sebaik-baiknya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata. Fikirkan tentang masa depan anak anda yang akan hidup tanpa ayah di sisi. Tapi jika perpisahan anda rasakan jalan terbaik untuk pastikan anda membuat keputusan ini dengan akal yang sihat dan rasional.

e) Lepaskan Dia Seketika
Sekiranya anda sayangkan seseorang, lepaskanlah dia. Jika dia kembali, itu tanda dia milik anda selamanya. Pernahkan anda mendengar kata-kata ini? Mungkin ada kebenarannya. Selepas puas anda merayu dan menasihatinya kembali ke pangkal jalan namun suami langsung tidak mengendahkannya.

Mungkin satu cara yang boleh anda lakukan adalah dengan melepaskan dirinya seketika. Anda telah melakukan kewajipan anda. Biarkan dia dengan dunianya, mungkin dengan melihat kesabaran anda berhadapan dengan sikapnya membuatkan hati suami lembut dan dapat membezakan yang mana intan dan yang mana satu kaca.

Note : Buat teman tersayang dan keluarga, terima kasih di atas sokongan kalian selama ini. Tanpa kalian saya mungkin takkan menjadi setabah dan sekuat ini.

Di antara penyebab azab kubur


Di antara penyebab azab kubur


Penyebab azab kubur antara lainnya adalah tidak melakukan istibra’ selepas kencing. Istibra’ ialah memastikan air kencing yang masih tersisa dalam kemaluan keluar dengan sempurna. Hal itu dapat dilakukan dengan cara mengurut, batuk, berjalan beberapa langkah atau beberapa teknik lainnya. Ibn Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan sabda Nabi s.a.w: “Kebanyakan seksa kubur disebabkan kerana air kencing.”

Imam Hannad bin Al-Sirri dalam kitab Al-Zuhd meriwayatkan dari seorang tabiin yang bernama ‘Amr bin Syurahbil katanya, “seseorang yang meninggal dunia, lalu malaikat datang kepadanya dengan sebuah cambuk api. Ia berkata, ‘Aku akan mencambukmu seratus kali.’ Orang itu berkata, ‘Mengapa? Aku selalu menjaga diriku semasa hidup.’ Malaikat tidak mempedulikan lalu mencambuknya satu kali sehingga kuburnya penuh dengan api. Malaikat itu lalu berkata, ‘Engkau pernah kencing lalu solat tanpa wuduk. Dan seseorang yang dizalimi datang kepadamu, namun engkau tidak membantunya.”

Azab kubur juga disebabkan kerana ratapan yang dilakukan seseorang ke atas mayat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Umar bin Al-Khattab bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesuatu mayat diseksa di kuburnya kerana ratapan seseorang ke atasnya”. Para ulama mengatakan bahawa ratapan yang dimaksudkan di sini adalah ratapan yang dilakukan untuk melaksanakan wasiatnya untuk diratapi.

Menyelamatkan diri daripada azab kubur

Azab kubur adalah sebuah hakikat yang nyata. Dan orang yang bijak akan segera membuat persiapan maksimal sebelum musibah itu menimpa dirinya. Imam Yahya bin Muadz Al-Razi berkata, “Orang yang bahagia ialah sesiapa yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, yang menyediakan kuburnya sebelum ia masuk ke dalamnya, dan yang meredai tuhannya sebelum Ia meredainya.”

Perkara utama yang dapat kita lakukan agar terhindar dari seksa kubur ialah terus meminta perlindungan dari Allah s.w.t.Semakin sering kita meminta, semakin besar peluang kita memperolehnya. Imam al-Bukhari dan Muslim banyak sekali meriwayatkan hadis yang membawa cerita bahawa Nabi s.a.w. meminta perlindungan daripada azab kubur.

Memperbanyakkan istighfar semasa hidup juga dapat membantu kita jauh daripada kesulitan di dalam kubur. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd daripada seorang tabiin yang bernama Abu Minhal ia berkata, tidak ada jiran yang terbaik di dalam kubur daripada istighfar yang (dibacakan) dengan banyak.

Begitu juga tasbih, tahmid dan zikir-zikir lainnya. Imam Ahmad bercerita dalam kitab yang sama tentang seorang tabiin yang bernama Abdullah bin Ghalib. Semasa hidupnya, tokoh ini tidak pernah berhenti berzikir menyebut nama Allah s.w.t. Said bin Zaid berkata: “Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu memendamnya. Tiba-tiba kami mencium dari tanah kuburannya wangi-wangian dari berbagai jenis minyak wangi.” Malah Malik bin Dinar pernah berkata: “Aku pergi mengambil sebahagian dari tanah itu lalu meletakkannya di kantong. Aku terus menerus mencium bau wangi tersebut.”

Untuk orang-orang yang telah meninggal dunia, ada beberapa hal yang dapat kita lakukan untuk meringankan penderitaan mereka. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah mematahkan sebatang dahan yang masih segar lalu menanam kedua-duanya di atas dua kubur tersebut. Baginda bersabda, “Semoga seksa keduanya diringankan selama dahan ini belum kering”.

Para ulama berpendapat bahawa azab tersebut dikurangi kerana tasbih dahan itu. Kerana itu, Buraidah bin Husaib Al-Aslami (seorang sahabat Nabi s.a.w.) pernah berwasiat agar ditanamkan sebatang pohon di atas kuburnya. Imam Al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Para ulama menganjurkan pembacaan al-Quran di atas kubur kerana hadis ini. Sebab jika azab kubur dapat diringankan kerana tasbih dahan pohon, maka pembacaan al-Quran tentu lebih utama.”

Zikir dan tasbih yang dibacakan insya-Allah juga dapat meringankan azab. Al-Thabarani meriwayatkan dari Jabir bahawa ketika Rasulullah menguburkan Sa’ad bin Muadz, baginda bertasbih cukup lama sambil diikuti oleh para sahabat. Baginda lalu bertakbir, dan para sahabat ikut bertakbir. Mereka lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa tuan tadi bertasbih?” Baginda menjawab, “Hamba soleh ini tadi dihimpit oleh kubur, lalu Allah menyelamatkannya”.

Dipetik dari artikel al-Ustaz al-Muhaddis Umar b M Noral-Syafi'iy HafizahulLah dalam majalah Solusi Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Setiap manusia pasti menemui ajal. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya? Apakah kita yakin bahawa ibadah yang kita laksanakan semenjak kita akhil baligh sehingga sekarang sudah cukup untuk menjamin kedudukan kita di syurga? Bersusah-susahlah dahulu dan Insya-Allah, kita akan senang di akhirat sana.

Tanya soalan ini pada diri anda sendiri:-

- Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran? Bilakah kali terakhir kita bangun solat malam? Bila kali terakhir kita solat berjamaah di mussolah?

- Apakah kita sudah berada di comfort zone sehingga kita tidak lagi perlu meningkatkan saham akhirat kita?

- Bagaimana pula dengan isteri (suami) dan anak-anak kita? Cukupkah solat 5 waktu mereka? Sempurnakah penutupan aurat mereka? Bagaimana pula dengan pergaulan mereka sesama yang bukan mahram?

- Makanan kita dan sumbernya, adakah ianya confirm HALAL dan suci?

Kita cuba untuk tingkatkan lagi amal ibadah & takwa kita kepada Allah swt. Semoga Allah memasukkan kita dan keluarga kita ke dalam syurgaNya. Amiin.