29 June 2012

Selepas bersalin dan persedian sebelum bekerja semula

Sediakan diri dan bayi untuk perubahan rutin setelah kembali bekerja
Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Perunding Obstektrik & Ginekologi

Semasa cuti bersalin, anda menghabiskan setiap saat menjaga bayi. Jadi, apabila sudah tiba masanya untuk kembali bekerja, hati anda mungkin terasa berat untuk meninggalkan bayi. Anda terpaksa menghadapi kerinduan terhadap bayi di samping segala tekanan di pejabat. Walau bagaimanapun, memandang keadaan hidup kebanyakan orang pada masa kini, anda memang perlu berusaha gigih untuk kembali bekerja setelah ketinggalan semasa cuti bersalin. Bersedialah untuk menukar rutin harian yang telah sedia ada di samping terpaksa meninggalkan bayi di bawah penjagaan orang lain selama lebih kurang 8 jam sehari. Anda mungkin mengerut dahi memikirkan semua ini; namun, ianya terpaksa dilakukan juga. Lambat laun anda akan mencapai suatu keseimbangan dan membiasakan diri sebagai seorang ibu yang bekerja.

Walaupun agak sukar untuk bekerja semula, namun anda perlu berusaha untuk menghadapinya sebaik mungkin. Memang sukar untuk menjadi seorang ibu yang bekerja. Anda pasti akan menghadapi pelbagai kesukaran namun jika anda telah bersiap sedia, anda serta bayi akan dengan segera dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ini. Jika boleh, dapatkan pertolongan suami anda setakat mana yang dia mampu. Lagipun, dia mempunyai peranannya dalam kehidupan bayi juga! Ingatlah, kasih sayang bayi terhadap anda (dan anda terhadap bayi) tidak akan berubah sama sekali walaupun terpaksa melalui banyak perubahan apabila anda kembali bekerja .

“Jangan menangis sayang!”

Bayi anda memang secara semulajadinya rapat dengan anda. Dia mungkin akan berpaut pada anda jika diletakkan atau menangis dengan sekuat hati jika ditinggalkan dengan orang lain. Walau bagaimana rapat sekali pun bayi kepada anda, lambat laun dia akan mula berdikari. Tidak kira sama ada anda akan meninggalkan bayi bersama pengasuh, ibu bapa, mertua atau pusat asuhan kanak-kanak, berikut merupakan beberapa tip untuk dicuba bagi penjagaan bayi:
  • Mengenali antara satu sama lain.

    Cuba biasakan anak anda dengan pengasuhnya dua minggu sebelum anda mula menghantarnya ke sana. Dengan cara ini, bayi tidak akan terlalu sedih pada beberapa hari pertama dia ditinggalkan bersama pengasuh.

  • Jangan menganggap bayi terlalu kecil.

    Amalkan daripada sekarang untuk memberitahu bayi yang anda hendak keluar walaupun bayi masih terlalu kecil untuk memahaminya. Jangan curi-curi keluar untuk mengelakkan bayi daripada menangis.

  • Jangan tergesa-gesa.

    Jangan tergesagesa meninggalkan bayi bersama pengasuh walaupun anda telah lambat. Cuba luangkan masa dengan mendakap dan menyakinkannya yang anda akan kembali untuk mengambilnya.

  • Bergembira.

    Tunjukkan semua mainan kesukaan bayi anda kepada pengasuhnya. Anda juga boleh mengajar pengasuh cara bermain permainan yang digemari bayi.

  • Bawa sekali mainan yang dapat menenangkan bayi.

    Kebanyakan bayi mempunyai barang permainan yang paling digemari seperti patung mainan, selimut, bantal atau apa sahaja. Dia akan rasa tenang dan selamat apabila membawanya bersama ke mana-mana. Oleh itu, bawanya bersama apabila hendak meninggalkan bayi bersama pengasuh.

  • Kenali tabiat bayi.

    Pastikan pengasuh mengetahui segala tabiat istimewa bayi anda.

  • Perhatikan perkembangan bayi.

    Dalam beberapa minggu yang pertama anda kembali bekerja, perhatikan samada terdapat sebarang perubahan pada bayi anda. Jika dia sering nampak sedih, anda mungkin perlu memikirkan pilihan penjagaan yang lain baginya.
Belajar meninggalkannya
Bukan sahaja bayi yang sukar untuk meninggalkan anda. Sebagai seorang ibu anda tidak dapat lari dari perasaan ingin selalu mendampinginya dan risau tak menentu apabila sedang bekerja. Anda mungkin rasa bersalah meninggalkannya bersama orang lain dan juga menganggap yang anda telah lari daripada tanggungjawab sebagai seorang ibu. Anda tidak perlu risau jika anda tahu bahawa bayi anda berada di tempat yang selamat. Ingatlah bahawa keyakinannya akan bertambah apabila dia berpeluang untuk melihat dunia luar tanpa anda disisinya. Ini turut akan memudahkan bayi dan anda apabila dia perlu ke sekolah tadika kelak.

Cara Menyusu Bayi bagi Ibu yang Bekerja

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Tetapi jika anda perlu menghabiskan 8 jam sehari bekerja di pejabat, bagaimanakah anda harus terus menyusu bayi dan menambah bekalan susu anda? Berikut terdapat tip-tip bagaimana anda dapat memastikan bayi terus dapat meminum susu anda walaupun anda bekerja di pejabat:

Sebelum kembali bekerja
  • Dapatkan nasihat. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar diet atau pakar pemakanan tentang cara untuk bekerja serta masih menyusu bayi. Ambil peluang ini untuk turut membincangkan sebarang kebimbangan atau masalah yang anda hadapi. (disebabkan dah ada pengalaman jadi gunakanlah pengalaman lepas tp yang pasti kena kekal minum susu & makanan yg boleh menambahkan kuantiti susu badan)

  • Belajar mengeluarkan susu. Belajar mengeluarkan susu dengan menggunakan tangan atau pam. Minta tunjuk ajar dari pakar penyusuan, jika anda masih kurang keyakinan. (dari anak sulung cuma gunakan pam batery pureen...murah dan senang dibawa kemana2) ok saja so far sekali pam boleh dapat 2 botol susu

  • Mulakan dari sekarang. Anda patut mencuba sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mula bekerja. Lambat laun, anda akan mula rasa lebih yakin dan dapat melakukanna dengan cepat.  Diminggu ke dua aku sudah mulai Al waleed dan anak2 sebelumnya dengan puting susu, aku gunakan puting NUK kerana ia menyerupai puting ibu.

  • Menyediakan bayi anda. Luangkan masa untuk ‘melatih’ bayi menyesuaikan diri untuk meminum susu yang anda perah. Minta suami atau ahli keluarga terdekat untuk memberikan susu yang diperah kepada bayi sehari sekali. Anda patut menambah kekerapan tersebut secara perlahan lebih kurang dua minggu sebelum balik bekerja. Dalam pantang aku biasakan Al Waleed dan anak2 sebelum minum susu yang diperah menggunakan botol disiang hari supaya dia boleh adapkan semasa aku bekerja kelak

  • Menyediakan pengasuh. Jika boleh, minta pengasuh memberikan susu yang diperah dalam botol, sudu kecil atau cawan kecil. Sedari pregnant cik B akan mencari pengasuh so far Alhamdulillah pengasuh memberi kerjasama terutama berkenaan breast feeding....namun adalah penting kita memberikan warmer kepada pengasuh.
Apabila telah mula bekerja
  • Beritahu rakan kerja. Anda dinasihatkan agar memberitahu ketua-ketua dan rakan kerja yang anda akan perlu memerah susu di pejabat. Beritahu mereka bilik mana yang akan digunakan. Ini akan memastikan anda tidak diganggu sewaktu melakukannya. privacy will help. Dalam kes ini aku suka memerah di surau..disuarau kita boleh sembunyikan pam dalam telekong he he he

  • Kerap memerah susu. Untuk memastikan bekalan susu anda tidak berkurangan, anda perlu memerah susu sekerap yang boleh atau sekurang-kurangnya setiap 3 atau 4 jam. Cuba gunakan waktu makan tengah hari atau petang untuk memerah susu. Aku jarang memerah selalu memerah 2 atau tiga kali kalau dirumah aku suka memerah bila baby menyusu pada masa itu susu mudah keluar dalam masa tak sampai 10 minit boleh dapat 10 oz.

  • Simpan susu. Susu yang diperah ke dalam botol-botol harus disimpan dalam peti sejuk pejabat. Jangan lupa melabelkan botol-botol tersebut dengan masa dan tarikh. Anda juga boleh menyimpan botol-botol berisi susu di meja anda selama 8 jam tanpa bimbang susu menjadi rosak. Tetapi jangan lupa membawa botol-botol tersebut pulang ke rumah. Pastikan yang anda akan pulang terus ke rumah selepas kerja dan meletakkan susu di dalam peti sejuk secepat mungkin. Susu dalam peti sejuk perlu digunakan dalam masa 48 jam setelah disimpan. Tips bagi sesiapa yang tidak ada peti ais di opis cuba perah selepas subuh sekali dan sekali lagi masa solat asar sempat la kan susu disimpan dgn suhu opis dan sampai dirumah masukkan dalam frozen. Normally aku hanya gunakan susu yang diperah hari ini untuk esok jarang aku buat stok memandangkan peti ais di pelbagaiguna

  • Pakai pakaian yang sesuai. Jika anda terpaksa memerah susu di pejabat, pakaian yang paling sesuai adalah jenis yang berbutang di bahagian depan. Untuk mengelakkan dari kesan susu bocor pada baju, cuba alaskan baju dalam dengan ‘breast pads’. Ini wajib terutama bagi ibu-ibu yg selalu ada tugasan luar dan selalu berjumpa dengan orang mcm aku....maluuu la klu susu tertumpah tp kalau pakai baju yang gelap warnanya boleh mengelakan org perasan jika berlakunya tumpahan susu.

  • Gunakan segala peluang yang ada untuk menyusu bayi. Jadikan menyusu bayi sebagai satu rutin harian sebelum dan selepas ke pejabat, dan sebelum tidur. Ini akan mengeratkan ikatan dengan bayi di samping membantu bekalan susu agar mencukupi dan kian bertambah. sumber: best moment adalah semasa menyusui baby ...masa ni kita dapat meresapi emosi diri dalam jiwa anak sambil tuh dapat berdoa dan berzikir.

28 June 2012

Dejavu di Kinabalu bukan kisah cinta biasa

Bukan senang aku nak lenggak depan TV jika sajian tidak menepati selera namun Dejavu di Kinabalu sama seperti Seindah Sakura membuatkan aku dan cik B berhenti sekejap depan Idiot Box menyaksikan drama ini.

Dejavu di Kinabalu mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah. sumber budiey

Aku terpesona dengan drama ini bukan disebabkan Tiz Zakiah yaa Ooop watak Ammar sedikt persamaan dengan Cik B jiwangg jiwanggg ....ttp disebabkan beberapa fakta yang kutemu berkenaan jantung. Aku kan ada masalah jantung tentu terlalu teruja mencari maklumat berkenaan jantung dan masyaallah kutemui ini....

"Dalam ayat di atas disebut “Qulub la ya`qilun biha” yakni jantung hati yang tidak berfikir dengannya (yakni jantung). Indikasi bahawa jantung (atau kalbu) yang berfikir tidak pernah disebut dalam mana-mana pemikiran manusia, akan tetapi al-Qur’an menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir. Para saintis sebelum ini berbendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak, bukan organ lain, khususnya jantung. Namun al-Qur’an menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan dilakukan oleh hati.

Para pasikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan sel memori otak, akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung. Dalam masyarakat Melayu, qalbu dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai hati tetapi penterjemahan yang sebenarnya ialah jantung.
Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak. Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuat komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak. Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan yang lainnya membentuk apa yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart. Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah. Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut. Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks tindakbalas kimia, asid amino dan gelombang elektrik.

Pendengar yang budiman boleh merujuk tulisan seorang pengkaji Amerika yang bernama Rolin MacCarty daripada Institut HeartMath untuk maklumat yang lebih lanjut tentang perkara ini.
Seorang professor University of Hawaii yang bernama Paul Peasall turut mengkaji aspek psikoanalisis berkaitan dengan pemindahan jantung untuk menguatkan lagi pemenuan sel memori dalam jantung manusia. Pendengar yang budiman boleh mendapat maklumat lanjut menerusi bukunya yang bertajuk The Heart’s Code terbitan Broadway.

Dalam kes lain yang dilaporkan professor tersebut, seorang pemuda penggubah lagu menerusi muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebaya. Secara tiba-tiba pemudi tersebut menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu. Lebih menyayatkan hati, lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemudi penerima jantung tersebut. Apabila ibu pemuda mendengar lagu yang dimainkan pemudi tersebut, tiba-tiba menangis sedih kesayuan apabila mendapati lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.

Etika turut dikaji secara bersepadu dalam sains Islam. Sains bukan ilmu yang terpisah daripada paksi tauhid umat Islam tetapi merupakan satu cabang yang memperkuatkan paksi itu. Dalam etika perubatan Islam, persoalan seperti pemindahan anggota, kematian otak, pengguguran bayi, teknologi rawatan rapi dan seumpamanya bukan sahaja berkaitan dengan etika tetapi juga syariah dan hukum. sumber Qalbu 


Seperti biasalah  bila menonton aku dan cik B akan membuat komentar. Ada makna disebalik drama ini....tahniah kepada pengarahnya Erma Fatima merangkap penulis skripnya jua ..sis tabik spring.
 
 

Mummy Veteran... Risiko hamil/mengandung selepas berumur 35 tahun

5hb July 2012 ni masuklah 3 bulan Al Waleed. Al Waleed merupakan suatu kehadiran yang indah di saat usia penghujung 30an. Mummy veteran he he he.
Al Waleed

Al Waleed berada di rahimku pada usiaku 38 tahun dan usia ini amat tidak digalakkan para ibu untuk mengandung. Malah doktor sakit puan yang biasa aku kunjungi memarahiku.... "mengandung lagi", katanya dengan nada yang agak marah di sebabkan sebelum ini aku 2 kali keguguran dan sekali bayi meninggal dalam kandungan. Aku tersenyum. Malah doktor bertambah marah kerana aku hanya menyedari kandunganku disaat usianya 18 bulan. Apa tidaknya aku mengalami pusingan haid yang tidak menentu dan kebetulan di awal kandungan aku mengalami bleeding dan kusangka itu haid. Tanpa morning sickness sukar untuk memastikan aku ini benar2 mengandung di tambah pulak dengan rutin harian yang teramat sibuk diri sendiri tidak perasan yang dirinya mengandung.

Kali pertama bertemu doktor dan scan...."tahniah puan dapat baby boy", tersenyum lebar Cik B dan As Siddiq & adik beradik lain bukan main gembira. Dapat adik lagi.

Stigma risiko mengandung diusia 36 tahun ke atas membuatkan aku dihambat rasa risau. Ya Allah Ya Rabb ampunilah hambamu yang serba kekurangan ini. Patutnya aku meletakkan segalanya atas kuasaMU ya Rab.. bak kata mak tok sah dok risau semua ni gheja Allah SWT, kunfayakun ditangan ditanganNYA.


Risiko bagi wanita yang berumur lebih dari 35 tahun untuk hamil adalah tinggi terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali hamil.

Tetapi bagi wanita yang bakal mengandungkan anak ke 5, risikonya adalah sedikit rendah kerana pernah hamil sebelum ini. Namun begitu sebaiknya dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor sebelum hamil.

Antara risiko seperti yang ditemui dari kajian perubatan ialah :
  1. Kualiti telur yang dihasilkan oleh ovari adalah rendah – menyebabkan risiko yang tinggi untuk puan mempunyai zuriat yang lemah dan mudah sakit.
  2. Wanita yang hamil di usia yang lanjut selalunya mudah terkena diabetes (kencing manis) sewaktu hamil kerana kesukaran untuk mengawal kandungan gula dalam darah melalui diet, senaman dan gaya hidup.
  3. Kemungkinan untuk bersalin normal adalah rendah kerana faktor usia menyebabkan puan tidak kuat untuk meneran sewaktu proses bersalin. Oleh itu kemungkinan untuk puan bersalin cesarean adalah tinggi
  4. Risiko keguguran juga adalah tinggi apabila mengandung di usia melebihi 35 tahun
  5. Kemungkinan besar akan berlaku masalah risiko chromosome yang tidak normal di mana bayi yang dikandung boleh mengalami Down Syndrome.
Namun begitu kemajuan teknologi moden kini banyak membantu mereka yang berurmur lebih dari 35 tahun untuk hamil. Terdapat hospital yang menyediakan rawatan dan pemeriksaan diawal kehamilan bagi menentukan sama ada janin yang dikandung adalah sihat dan normal atau sebaliknya. Jika janin yang dikandung tidak normal, doktor akan menasihatkan pesakitnya untuk menggugurkan kandungan tersebut. Tetapi jika sebaliknya, maka kandungan tersebut boleh diteruskan. sumber: benkung moden

Seperti kehamilan lalu aku tidak menghadapi sebarang masalah. Tidak ada morning sickness dan alahan. Anugerah Allah SWT yelah anak ramai kalau mummy ada banyak alahan kesian kat papa & anak2 mummy. Cuma yang aku perasan aku langsung tak boleh nak lepak kat mamak rasa semacam......

Selepas kelahiran Al Waleed, jururawat2 di bilik bersalin bertanya, "akak makan apa masa mengandung", aku pelik ..."kenapa ya", ..."Kulit baby bersih sangat kak, jarang kami jumpa baby lepas bersalin bersih macam ni, kut la akak makan apa2 ubat salindah ke", "ermm tak la makan macam biasa".

Bila diingat semula kami satu keluarga mmg kaki makan buah kebetulan masa aku pregnant musim buah delima dan hari2 bedal delima. Dan cik B menjadi kewajipan dia akan membeli 30 bili limau sunkis setiap minggu. Itu belum lagi dengan buah2an tempatan.

Apapun aku bersyukur ...kepada ibu2 diluar sana jangan takut jadi mummy veteran sbb kunfayakun itu MILIKNYA. Indah nikmatnya beroleh baby diusia ini buatkan kita rasa muda dan lebih cekal demi masa depan anak kita.Dan selalunya anak2 dari mummy veteran ini lebih pintar berbanding anak2 ibu muda sbb ibu veteran lebih penyabar dan berpengalaman dalam mengendalikan rutin anak2. Mana taukan yang lahir ini bakal memimpin umat.

27 June 2012

Perlukah mummy membebel?

Anugerah Terindah

Perlukan mummy membebel?

Membebel disini adalah bebelan positive. Mak dulu jarang membebel tapi mak selalu mengingatkan supaya aku tidak lupa. "Adik solat, adik solat", dan suara itu terngiang-ngiang ditelinga hingga sekarang. "Jangan ambil hak orang lain ....selalu beringat ..hidup jangan terlalu mewah", kata-kata ini masih kedengaran. "Adik Al Quran tu mcm hati kita kena selalu baca kalau dak kita lupa", mak bukan saja mengingatkan aku malah setiap malam atau lepas solah subuh dia tidak lekang dengan al quran dek kerana itulah dia menjadi insan yang amat penyabar.

Pagi ini dalam kereta seperti pagi-pagi biasa mulut mummy mula membebel, "ingat solat tu indicator kita sebagai hamba Allah SWT, waima dengan sapa kita kawan di mana kita duduk, kita kena jadi macam ikan dilaut" .."mama indicator tu apa dia" ha ha ha dah kujangka soalan akan keluar dari mulut Alang Myra. "Tanda aras laa...mcm periksa 5A, 4A", terang Kakak, anak sulungku. Oooo melopong mulut Myra & si Al Khattab dengan mood pagi hanya mendiam diri tapi kupasti sedikit sebanyak kata2 mummy melekat didalam kalbu mereka.

Teringat kata2 Prof Dr Muhaya dalam Islam Itu Indah, IKIM - tolong jangan masukan benih2 negatif kepada anak2 kita bawah 7 tahun marah, mengutuk, kata2 tidak baik jugak filem2 ganas sbb pada umur ini minda bawah sedar anak2 akan terima setiap apa yang diucapkan oleh ibu bapa ianya akan menjadi MIND SET. Jadi setiap hari kita para ibu patut mengeluarkan kata2 positif dan kata2 semangat kepada anak2 moga akan hadir dalam diri mereka aura yang segar dan positif.

Doa juga memainkan peranan terutama bagi mummy yang anak ramai sepertiku. Doalah supaya Allah SWT memudahkan dan melapangkan kita dalam melaksanakan tanggungjawap mendidik anak2 kita. Jadikan Al Quran sebagai pemangkin dalam mendidik dan bak kata mak jangan terlalu mewahkan anak-anak hiduplah seadanya setiasa kupegang.

26 June 2012

Cara mudah Khattam Al Quran

Kita sekarang duduk depan FB, blog, TV berejam tak rasa apa tapi bila baca 
Quran 1 muka dah mcm2 rasa kannn...Jom kita cuba cara ni pulaPada zaman 
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi yang
mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Namun, Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam dalam masa yang singkat, 
maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam
bersabda yang maksudnya:
 “Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya
aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.”

(HR al-Bukhari)

Pesanan ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak
tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan. Kerana manfaat utama dari al-Quran
adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, supaya para sahabat tidak
melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.

Orang-orang soleh dari kalangan para sahabat, tabi`in, tabi`ut tabi`in, salafussoleh dan 
selepas zaman mereka sentiasa dalam masa ke semasa khatam al-Quran. Mereka bukan 
sekadar baca dan faham. Malah mentadabburnya dan menghidupkan inti al-Quran. 
Kita wajar mencontohi sifat mereka yang mulia itu.

Memang ada dalam riwayat menceritakan beberapa tokoh salafussoleh yang mengkhatam 
lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan. Namun mereka
melakukannya kerana mereka faham akan kemampuan mereka membacanya dengan 
tartil, tajwid yang betul, faham makna dan penghayatan. Sambil tidak mengganggu 
aktiviti harian dan tugasan mereka. Contohnya Imam Asy-Syafi`i diriwayatkan khatam 
al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan. Ma sha’ ALLAH! Jauhnya kita. Lemahnya kita.

Al-Quran adalah manual hidup manusia!

Khatam Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Di sini ingin saya berkongsi sedikit cara yang biasa diamalkan oleh para muslimin hari ini untuk 
khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan. 
Cara ini adalah cara yang paling mudah, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai 
oleh semua. Tinggal sahaja keazaman dan kerajinan.

Berikut caranya:

Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran 
sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh,
Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:

  *   2 muka surat sebelum solat fardhu
  *   2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari,
insyaALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.
Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan
al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat
yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci al-Quran. Tidak hanya membacanya 
seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham. SubhanALLAH!

Semoga kita diberi hidayah dan taufiq oleh ALLAH Ta`ala, amin… 
jazakallah pada pemilik blog ni

25 June 2012

Cikgu Ramli Md Noh

Semalam 11.26 am terpapar status ini di feed group batch kami.

Assalamualaikum. Bekas pengetua SMJ, Cikgu Ramli Md Noh baru menghembuskan nafasnya yg terakhir pagi tadi. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org yg soleh. Al Fatihah buat Pak Chaq...."
Dan bila aku masuk ke profil Rohaini (Nani) anak kepada Cikgu Ramli ku dapati ramai yang mengucapkan takziah kepada beliau. Cikgu Ramli telah kembali ke Rahmatullah. Seorang anak Kodiang yang amat berjasa kepada anak-anak Kodiang. Semoga Allah SWT menempatkan beliau bersama orang2 yang dirahmatiNYA.

Aruah Cikgu Ramli merupakan pengetua yang sederhana kehidupannya dan amat mengambil berat soal pelajar. Boleh katakan setiap hari beliau akan bertanya khabar kepada pelajar asrama dan beliau akan berbuka puasa bersama-sama pelajar. Aku yakin sifat murninya itu luruh didalam diri anaknya.

Sebagai orang Kodiang aku amat merasa ianya satu kehilangan besar...Cikgu Ramli bukan saja seorang guru malah dialah yang membawa anak-anak di persekitaran Kodiang memenuhi halaman Essemjay. Jazakallah cikgu semoga Allah SWT sentiasa merahmati cikgu.

The list of principals:
  1. Tuan Hj Ramli b Md Noh
  2. Hj Radzi b Hj Hamid
  3. Tuan Hj Md Desa b Osman
  4. Dato' Abd Rahman b Yop
  5. Tuan Hj Shahidan b Abd Rahman
  6. Encik Yahya b Tahrin
  7. Encik Abdullah B Mad Yunus
  8. Encik Rooslee b Ismail
  9. Tuan Hj Abu Seman b Sareh Md Isa

Politikus sama seperti salesman

propa dengaq boleh percaya jangan he he he

Orang politik sama seperti jurujual yang menjual produk. Dan kita belum tentu tahu keberkesanan produk yang dijual hanya melalui kata-kata manisnya. "kak belilah produk ni.....produk ini boleh buat itu ini", sama juga dengan ahli politik dan para pengikutnya dicanangnya diseantero dunia parti dokongannyalah paling TERBAEK dan yang lain semuanya hampeh. Dan andai kita terikut dengan budaya mereka maknanya kita telah terbeli dengan kata2 manis mereka sedangkan produknya belum kita rasa. Ahli politik dan jurujual adalah orang yang terlalu fanatik terhadap produk mereka sehingga terpaksa mareka-reka perkara diluar kemampuan produk tersebut.

Sebagai seorang yang berilmu pengetahuan kita tidak sehausnya termakan dengan kata-kata manis sang politikus. Dan kita tidak harus teracun dengan dakyah-dakyah palsu mereka. Kita ada minda yang cergas yang mampu membuat keputusan yang terBAEK.

Jadi sang ALGOJO diluar sana usah ya diomong omong lagi bahasa politik padaku.

Aku bukan mendokong mana-mana produk politik. Aku akan membeli apa yang kurasa terBAEK. Aku akan memilih apa yang mamapu memberiku harapan. Seperti mana yang selalu abah perkatakan di telingaku ...rajin membaca sbb orang yang rajin membaca sukar ditipu dan dibeli oleh ALGOJO. Membaca membuatkan minda kita kuat dan mengurangkan risiko nyanyuk dihari tua. Maksud membaca abah disini bukan membaca blog ttp membaca buku-buku ilmiah yang menwajarkan kita menjadi umat islam yang berfikiran kritis.

22 June 2012

Ayah dan Ibu.....Ayah dan Ibu

Hari Bapa dah berlalu seminggu lepas namun rasa rindu dan sayang aku pada abah sampai bila-bila. Abah hanya bekas tentera. Dia bukanlah seorang pegawai kerajaan kelas atasan. Keputusan abah untuk pulang bersara di Kedah membuatkan dia dan keluarga sedikit susah. Dari bandar kembali ke pida yang jauh dari bandar. 
cucu Abah

Berapa di Pida, kehidupan agak susah namun anak-anak abah tidak terasa susah. Kami tidak di mewahkan namun abah mewahkan kami dengan makanan. Walaupun berada di Pida jarang sangat kami menjamah ikan darat (sungai) kerana abah kerap kelaut bagi mendapatkan ikan2 segar. Begitu juga dengan masakan, kami sudah mengenali Tom Yam, Mee Hailam, pelbagai jenis nasi sebelum orang lain tahu mengenainya kerana abah suka memasak setiap menu yang pernah di makannya kepada anak2. Mak adalah pembantu abah. Macam-macam mereka lakukan untuk membesarkan anak antaranya membela kambing, itik, ayam daging, berkebun sayur. Masih terngiang-ngiang ditelinga aku bunyi itik. Hingga sekarang bunyi itu menjadi musik indah dalam hidupku. Dek kerana itulah aku lebih mengilai dagingdan telur itik berbanding ayam.

Abah seorang yang cengei (garang). Pantang silap. Dek kerana itu ada saudata yang tidak sebulu dengan abah. Tapi aku tahu abah tidak akan marah jika tidak bersebab.

Sayang abah ..semoga abah tenang dan bahagia dunia dan akhirat

5 S untuk Tawadduk

Semalam sempat mendengar Islam Itu Indah, Prof Dr Muhaya - Celik Mata Reset Minda Sifat Tawadduk. Moga kita dijauhi dari sifat sombong kerana dengan bila ada sifat sombong dalam diri kita akan menjauhkan diri kita dari syurga.

 5 S untuk Tawadduk
  1. Senyum
  2. Suka Bagi Salam, kalau pergi majlis pastikan kita yang mulakan menghulurkan salam 
  3. Sapa...sentiasa menyapa orang2 diseliling kita 
  4. Sopan - Lemah lembut dari segi tingkah laku, cara bercakap, berjalan dan melihat orang
  5. Santun - Sentiasa memberi laluan kepada orang lain

Nak kenal sifat seseorang atau diri kita ialah semasa memandu kerana semasa memandu akan terpancar sifat sebenar seseorang tu. Salah satu ciri masuk syurga adalah memaafkan orang

20 June 2012

Bijak Malaysia

Last week aku ke Maybank, staff dikaunter telah prome Bijak Malaysia. Sebenarnya memang kunanti produk ini. Semalam aku telah ke CIMB alhamdulillah semua berjalan lancar termasuklah segala pembayaran kehadapan melalui auto debit. Apa tu bijak Malaysia....nak tahu ke sini. Bijak Malaysia ni umpama simpanan pencen bagi pekerja sektor swasta. Sektor kerajaan pun jika mahu menambah aset dihari tua tidak salahkan. Selain itu ada juga medical covered untuk penyakit tertentu. Berdasarkan daripada pekerja CIMB Bijak Malaysia di bawah Nasional Malaysia Insurance akan berakhir pada hujung bulan ini. Jadi sesiapa yang masih belum mendapatkan peluang ini ..jommm. Ada yang kata aku dah ada insurance tutt....tak apa tak rugi apa2.

Plan aku dan cik B by the age 40's kami mahu mengurangi liabilities dan menambahkan aset. Minggu lepas semasa ke Hospital Putrajaya kami telah singgah rumah sepupu cik B di Presint 14 kebetulah berhampiran rumah Nani ada perumahan yang baru dimajukan ...cik B seolah berminat. Bila aku cadang semua tak ok sana tak ok sini tak ok...so biarlah dia yang tentukan.



 

Road no toll .....scary

 


Posted by Picasa

Luahan di pagi rabu....alahaiiii Melayu

 


Posted by Picasa

18 June 2012

Bicara Hati....aman Isnin yang membiru

Berbicara mengenai kehidupan kita akan menemui pelbagai rencahnya. Tidak semua rencah sama dengan selera kita apapun kita harus terima ia sebagai satu anugerah indah pemberian Allah SWT. Kita hanya insan biasa kadang kala disukai dan kadang kala kelibat kita disalah erti walaupun tidak ada niat dihati kita yang menyamai justifikasi penyalahertian tersebut.

Bak kata Ustaz Pahrol Joi, "Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik… tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya."

Dan sebaiknya pesanan pada diri sendiri usah kecil hati jika orang lain salah faham dengan diri kita kerana Allah SWT memahami isi hati kita dan jangan gusar jika ada yang cuba menghakimi kita kerana tidak ada sebaik hakim selain Allah SWT.



 


Menu Lunch HARI BAPA

Kembali dengan pelbagai resepi didapurku ...yelah masa preggie skill masak pelbagai ni dah hilang yang aku tahu nasi goreng tak pun masak kicap paling advance pun kari atau tom yam.

Semalam konon bersempena dengan hari bapa so kenalah masak makanan peberet cik B. Keli masak cabai perisa cenehom (org selatan panggil daun kesom he he he)

Keli masak cabai perisa cenehom
Ikan keli ini cik B beli daripada penjual ikan air tawar yang selalu dibelinya. Selain keli cik B juga membeli ikan lampan dan puyu. Resepi ni bukan saja peberet cik ttp semua anak2 di rumah  sampaikan mama dah tak tertelan keli dek kerana selalu menyiang sang keli ni. Nak masak senang saja ..bahan2nya seperti nak buat sambal tumis cuma diletakkan daun kesom.

Cendawan Tiram Black Paper
Aku memang suka cendawan he he he cik B pun dah tersuka, anak2 memang suka ...nak buat too simple..yelah aku ni suka yg simple & tak renyah...bahan2nya minyak bijan, bawang putih, bawang besar, lada hita secamca tepung jagung untuk pekatkan kuah..... yang lain mcm biasalah, tumis bawang, masukan cendawan tiram yang telah dibersihkan ...kemudian masukkan black paper dan bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air tuangkan kedlm periuk....tunggu sampai masak.

Pekasam Goreng
Menu yang buatkan cik B menambah nasi tak hengat lupa misinya nak menflat perutnya. Tambah lagi ada ulam jering muda.Buat anak2 aku buat ayam goreng kunyit pekasam ni khas buat papa saja.

15 June 2012

Bukan Baby girl tauuuuu


Lepas bersalin tempoh hari nurse tersalah tulis baby girl semalam nurse di audio room pun bising kenapa buku pink satu saja...aku buat derk tak tahu pulak yang nurse tu tercari buku rekod al waleed. Kemuadian nurse tanya, "kak nama anak akak apa"...."Al Waleed", jawapku ...Oooo saya ingat anak akak perempuan patut la buku pink ada satu.

Alahai Al Waleed baby boy la bukan baby girl. Satu lagi sebagaimana kakak most chiness attract pada Al Waleed. Dua Tiga jiran chiness suka membelai kepala Al Waleed sbb geramkan rambutnya yang lebat manakala semalam di Alamanda aku di tegur oleh beberapa chiness yang tertarik dengannya.....paling kelakar semasa menunggu cik B membayar parking seorang perempuan berjalan kemudia berpatah balik dan membelai kepala Al Waleed

Tips Cinta Antara Suami Isteri

Ni versi tampal menampal cik B yang hantar jugak...lepas habih baca terus aku call *bini dia memang tak reti nak tepon* dengaq sora terus aku cakap *i luv u* dia tergelak besaq yelah dah tau emailnya dah dibaca he he he.....

*    Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja
      masing-masing.


*    Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin  harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


*    Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan   sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang  dilakukan.

*    Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ` I LOVE YOU ' sepenuh hati sebelum  keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

*    Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia  tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

*    Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja  sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan     meluahkan   perasaan.

*    Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga  hinggalah politik semasa sebelum tidur.

*    Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan   walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

*    Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau  sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

*    Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet  atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting      untuk mengeratkan kasih sayang. *tidoq asing2 tp anak berdozen* tak dak la pulak nak bercerai berai he he he

*    Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta  bersalam-salaman selepasnya.

*    Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli  untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

*    Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa  tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu              pasangan pasti menyukainya.

*    Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar,  teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

*    Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri  melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

*    Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan   pasangan merasa jemu.

*    Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk   menyelesaikannya.

*    Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah  tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat      tersebut.

Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Teori pembentukan jantina anak.....pada yang ingin mencuba

Macam biasa versi tampal menampal actually artikel ni aku dapat dari email yang cik B hantaq....mcm menarik so aku tampalkan disini sebagai maklumat diri dan sesiapa yang mai jengah ke blog pida sanglang ni.
 
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina,lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.


Caranya:


1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini,namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" -"Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya
yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.  Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan.Ianya bergantung kepada kita.  Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.