Lalat kah yang membawa penyakit

"Isteri kita ini, sebab sayang sangat dengan suami dia, kalau ada seekor lalat yang hinggap pada pipi perempuan lain kemudian hinggap pula selepas itu ke pipi suaminya, maka sifat irihati terus sahaja akan bertandang ke dalam sanubarinya”.
------xxxx-----------------------------------------------------------------------------------xxx--
Apakah lalat itu akan dikenakan hukuman mati mendatori?

Diatas adalah status rakan FB yang aku tampalkan disini...nampak terlalu prejudis kepada insan yang bergelar isteri. Tampak benar dari status ini sang isteri tiada justifikasi dan tiada kesabaran jika ada gangguan emosional ini.
 
Persoalan yang sering menjadi isu dikalangan isteri jika sang suami tergoda atau digoda atau sengaja biarkan diri digoda, ada yang melenting namun tidak kurang juga yang bersabar melayan kerenah yang dianggap umpama ujian dari Allah SWT.

Remeh atau tidak persoalan ini bergantung kepada insan yang menanganinya. Sebelum diuji dengan ujian sebegini kita tidak boleh bercakap pandai, bongkak atau sombong mengatakan kita mampu menepisnya...kita hanya insan biasa tidak sempurna mana pun waima apapun pakaian kita. 

Aku hanya berpegang kepada satu saja hati insan milik Allah SWT. Mintalah pada dia semoga ujian sebegini tidak melanda kita...kita tidak bisa menduga bagaimana datangnya dan bagaimana pula kita harus menanganinya. Hanya insan2 yang kuat semangat tabah dan kuat mengharungi ujian ini. Insan yang lansung tidak menyalahkan takdir yang mendatanginya.

Berapa ramai sang isteri yang menjadi armalah akibat ganguan *lalat* ini dan anak2 ditinggalkan tanpa tanggungjawap. Sang isteri bangun melangsaikan tanggungjawap yang tidak dihabikan oleh sang suami yang di hinggap lalat dan telah lupa ingatan akibat malaria. Namun bagusnya pada isteri yang mampu berdiri atas kaki sendiri terus bergerak kehadapan mendidik anak2 menjadi insan mulia. Tak semua isteri mampu dan kuat sebagaimana armalah2 yang ditinggalkan terkontang kanting oleh suami. Bukan semua wanita mampu menjadi isteri yang kental dan kuat. Bukan mudah menjadi isteri yang tidak langsung mengharapkan tulang 4 kerat suaminya dizaman ini. 

Hanya Allah SWT saja yang tahu setiap apa yang berlaku.

Comments

  1. kagum dgn isteri2 yg berjaya mendidik dan mmbesarkan anak2 tanpa seorang suami

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts