Silent Reader ......sapa agaknya depa ni

Seorang teman ingin menutup facebooknya kerana kecewa dengan kerenah kawan2 di dalam sosial medianya. Sebenarnya kawan2 tersebut adalah teman lamanya semasa bersekolah dulu. pelbagai kerenah yang membuatkannya teramat kecewa. Nasihatku padanya, ingore apa yang orang lain perkatakan ......apa yang kita lalui, kita harungi hanya diri kita saja yang tahu dan usah gundah dengan pandangan yang lansung tidak semberono dengan diri kita.

Ada teman yang bersifat silent reader....kita tidak pernah melihatnya membuat komentar atas unjuran status juga foto2 yang di pamerkan namun kumpulan silent reader ini ada yang bersifat negatif...memasuki profil teman kerana ingin mencungkil rahsia....orang sebegini umpama antah didalam ada atau tiada tidak memberi makna dalam kehidupan kita.

Ada teman yang sering memberikan komen positif selalu kita ingin sahaja ia keudara lantaran teman ini mempunyai suatu aura yang mendatangkan ketenangan bukan saja pada diri kita namun pada insan lain yang membaca komentarnya

Ada teman yang bersifat hanya ingin tahu perkembangan teman lamanya tetapi tidak mahu berinteraksi.

Sebagaimana aku khabarkan pada cik B ...sosial media ini hanya alat, "mama tidak akan terpengaruh dengannya walaupun mama tahu ada teman yang tanpa angin dan ribut tetiba unfren dengan mama....mama tak nak ambil tahu apa yang penting mama dah dah kehidupan yang Allah SWT berikan ...syukur Alhamdulillah".....tak berminat aku nak menjadi silent reader jika kebetulan status terpapar di home aku akan baca dan aku akan "like" jika ianya sesuatu yang bagus. ...kita akan bahagia bila hati dan jiwa kita tenang tanpa dendam dan buruk sangka pada insan lain......jom tweet tweet pulak he he he

 

Comments

  1. fb saya dah jarang bukak.
    ada kawan yg memula je tegur sapa lepas tu sepi seribu bahasa..saya lebih senang bercerita di blog
    hehe

    ReplyDelete
  2. Aku pula Sal.. aku tak kisah ada silent reader ke..atau apa yg negatif.. kita ambil yg positif je.. lelain tolak ke tepi atau ignore je... aku malas nak fikir hal2 yg bukan keutamaan..hehe.

    ReplyDelete
  3. Aku pula Sal.. aku tak kisah ada silent reader ke..atau apa yg negatif.. kita ambil yg positif je.. lelain tolak ke tepi atau ignore je... aku malas nak fikir hal2 yg bukan keutamaan..hehe.

    ReplyDelete
  4. he he he aku pun tak kesah....aku suka kawan2 yg positif perkara yg positif juga ...hidup biar aman dan tenang jiwa biar cekal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts