27 December 2013

Bila sakit itu mendatang

Empathy.☑

Dalam kehidupan ini kita perlu mempunyai empathy yang tinggi. Itulah yang selalu aku suarakan kepada anak. Jauhi sifat sombong dan tinggi ego. Kita boleh kenal orang yang tinggi egonya dan merasakan merekalah yang terbaik. Siapapun kita, kita hamba Allah SWT. Kita tidak akan dapat mencapai kecemerlangan andai kunfayakun tidak menetapkannya.

Setiap insan mempunyai kehidupan perit. Kita sekalipun ada ujian dariNYA. Ujian2 inilah yang membentuk kita menjadi insan yang tabah dan kuat.

Semalam aku diuji dengan kesakitan yang tidak terucap oleh lisan...terlalu sakit membuatkan aku tidak mahu pergi ke hospital kerana sakit keterlaluan itu. Berbaring dikatil sambil menahan sakit disamping muntah yang tidak dapat tertahan......lemah. Dipagi bening sakit mencengkam keserata pelusuk abdomen. Mulutku hanya mampu mengucapkan.... lahaula wala quwata illa billahil aliyil adzim (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung)

Bunyi suara baby Al Waleed tidak kuhiraukan kerana kesakitan ini. Kebetulan mertua ada dirumah dan kurniaan indah sayangku encik B banyak membantu, 
 
wajah2 anugerah dariNYA


ceria memberi impak positif dalam hidup

Kekuatan hidup

Bangun pagi sakit mencengkam sudah tiada yang ada cuma keletihan bahagian abdomen.

"mama pergi gheja hari ini", tanya cik B.
"kena pi banyak benda nak kena settle dan ramai tak dak kat office". jawapku.

Bila sakit itu mulai menghilangkan diri kita rasa bersyukur kepada Allah SWT umpama duri kayu ditarik dari celahan isi. Sakit membuatkan kita lebih menghargai kehidupan dan menurunkan ego diri......

Siapa pun kita jangan sesekali menghina orang lain kerana kita ini hamba cuma ...ingatan mak dipida terpahat diingatan.

 

 

 

23 December 2013

My ISO1998 - PMR 7A1B

Tahniah Kakak walaupun kurang 1A dan tak boleh nak buat life record tp sebenarnya mama bangga dengan kakak.
Kakak 2009 bersama As Siddiq selepas Kem Pemantapan Ibadah


7A1B....kakak sedih sikit memandangkan semua kawan2 baik SKPI semuanya straight A's.
PMR 2013 wiz her BFF Farisa & Diba
Papa cakap tak apa  kurang 1A...dengan  1B tu akan memberi makna yang besar untuk SPM 2015. Semua bagi semangat kepada kakak, Lang Ieja, Wa Lan, Wa Lela dan semua yang kenal budak hyper yang cerdik ini semua menyangka dia akan straight A's.

Kakak menjadi anak yang baik, jaga akhlak sebagai muslimah dan menjadi hamba Allah SWT yang baik sudah cukup buatkan mama bersyukur.

Mama tahu, "budak2 cyber terkejut dengan result kakak", ceritanya. "Tapi ma..orang di Puchong semuanya ingat kakak akan dapat straight A's", sambungnya lagi.

Mama tersenyum. 

Sebagai ibu sudah pasti mama kenal capability anaknya yang boleh membaca dan menulis bahasa melayu seawal 3 tahun dan read/write fluently english early 5 years. Dan menghabiskan bacaan Al Quran dalam setahun. Seawal 2 tahun anak ini mampu recognize semua kereta di jalan raya...."papa toyota, merz, honda, proton....." terjerit2 memberitahu papa semasa mahu mengambil mama di UKM.

Dan bila dia kata, "dah malas la nak layan sesapa pun dan bila nak mula my 3rd language class". Dia sudah mula menghidu hala tujunya. Moga hatinya menjadi sekeras hati mama suatu ketika dulu. Tolak sesuatu yang belum pasti miliknya dan kejar sesuatu yang lebih menjamin masa depannya. Hatinya mudah memberi maaf seperti papa....itu yang paling mama risaukan.




15 December 2013

Kakak

Lately kakak dah buang rutin lama.
Papa pun perasan dan mama lagi perasan cuma diamkan saja.
Tahu sangat anak sorang ni bila bosan dan stress mulalah hobi tidur tidur Malaysia.
Kakak seorang yang happy go lucky yang tidak pandai meluahkan apa yang dia rasa. Suka memendam.

Dan selalu fikir orang lain than diri sendiri. Semalam mama uninstall wechat. Ada sebab mama lakukannya dan mama pasti kakak tahu sebabnya.

Mama lakukan sesuatu tu bila mama rasakan ianya akan memudaratkan anak2 mama dan paling mama takuti ianya akan melaghokan anak2 mama. Mesti kakak boring..... kesian anak mama.

Apapun yg mama buat untuk kebaikan anak2 mama. Kakak anak yg baik dan mama nak kakak kekal sebagai anak yg baik dan solehah sehingga kejannah.

Semoga anak mama ini terus beristiqomah sebagai hamba Allah SWT yang baik

Syukur Alhamdulillah

syukur syukur ya Allah dgn segala nikmat kurniaanmu
hadirnya org2 disekeliling adalah rahmat dariNya
terima kasih papa sbb menjadi suami dan bapa yg baik buat anak2 terima
kasih kakak sbb jadi anak yg baik, ringan tangan menolong dan selalu ingat kepada Allah SWT
terima kasih abang kerana tetap dgn solat dan baik sgt
terima kasih Alang yg ringan tangan menolong mama
terima kasih siddiq yg penyabar tenang sgt mama dgn siddiq yg selalu memudahkan mama
waleed terima kasih kerana hadirmu memberi cahaya kepada keluarga

14 December 2013

Handbook 2014

Jazakillah to my beloved fren yg whatapps this to me. Semoga Allah swt merahmatimu dan keluarga.
Handbook 2014
    
HEALTH
Drink plenty of water.☑
Eat Breakfast like a king, 
      Lunch like a prince &
      Dinner like a beggar.☑
Live with the 3 E's--
        Energy,
        Enthusiasm &
        Empathy.☑
Make time to pray.☑
Play more games.☑
Read more books than you did
      in 2013.☑
Sit in silence for at least 10
      minutes each day.☑
Sleep for 7 hours.☑
Take a 10-30 minutes walk
     daily And while you walk,
     Smile.☑


PERSONALITY
Don't over do. Keep your limits.☑
Don't take urself so seriously.  No one else does.☑
Don't waste your precious  energy on gossip.☑
Dream more while you are. awake.☑
Envy is a waste of time. You already have all you need.☑
Forget issues of the past.
     
Don't remind your partner with
     his/her mistakes of the past.
     That will ruin your present
     
Happiness.☑
Life is too short to waste time
      hating anyone. Don't hate
      others.☑
Make peace with your past so
     it won't spoil the present.☑
No one is in charge of your
      happiness except you.☑
Smile and laugh more.☑
You don't have to win every
   argument,Agree to disagree.☑
    
  SOCIETY
Call your family often.☑
Each day give something good
      to others.☑
Forgive everyone for
      everything.☑
Spend time with people over
      the age of 70 & under the age
      of 6.☑
Try to make at least three
      people smile each day.☑
What other people think of you
      is none of your business.☑
   
   LIFE

Do the right thing!☑
GOD heals everything.☑
However good or bad a
      situation is, it will  change.☑
No matter how you feel,
     Get up,
     Dress up and
     Show up. The best is yet to
     come.☑
When awake in the morning
      thank GOD for it.☑
Your Inner most is always
      happy. So, be happy. ☑
    
LAST BUT NOT THE LEAST
            Please Forward
                   This To
                  Everyone
            Whom You Care about
                I Just Did

12 December 2013

Happy Bufday Ayah dan terima kasih

Hari ini adalah hari lahir ayah iaitu mertuaku ayah kepada cik B. Semoga Ayah dan mak sentiasa didalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Ayah dan mak manis semoga umrah ini memberi keberkatan dunia dan akhirat aaminnn
Abahku merupakan seorang yang agak tipikal malaysiam...tipikal malaysiam yang ala2 Merong Mahawangsa yang mana everything semuanya disediakan oleh isteri. Pantang incik suami melakukan kerja yang dilakukan oleh puan isteri even air basuh tangan kena disediakan didepan mata.
ayah dgn 4 org anak lelakinya (2 lagi tak ada dlm pic ni) cucu & me....menantu
Bila cik B memasuki keluarga kami dia telah melakukan rutin yang tidak dilakukan oleh golongan malaysiam. Cuci pinggan. Marah abah kepadaku bila melihat cik B mencuci pinggan selepas makan. Dikatakan aku ini melampau. Maklum la aku ni outspoken dan cengei takut depa anak bongsunya ni membuli menantu yang sorang tu. Dari abah ke abang-abang semuanya memarahiku. "Adik ni teruk sungguh suruh Mat buat macam2", marah mereka. "Hang ni dari kecik gheja nak buli orang saja", marah abang seorang lagi. 

Seorang bapa contoh yang sentiasa dihormati dan disayangi anak2nya
Dan apabila ayah datang menziarah abah di pida tanpa segan silu ayah membawa pinggan makan untuk dicuci telah membuka mata keluarga tipikal malaysiam ini. "Patut la mat lagu tu ayah dia pun sama...baguih sungguh", kata-kata yang keluar dari mulut abah.

Sebenarnya apa yang dilakukan cik B adalah rutin biasa dalam keluarga Tok Yah. Mereka melakukan perkara yang disunnahkan iaitu menolong isteri ketika di rumah. Terima kasih ayah dan terima kasih mak kerana berjaya mendidik anak2 lelaki mak dan ayah menjadi lelaki penyabar dan budiman. Sifat sabar ayah banyak terturun kedalam diri anak-anak lelakinya terutama cik B. Banyak perkara yang ayah lakukan bersama cik B ketika dia kecil seperti membawanya berjemaah di masjid, membawanya bermain dan membawanya ke pekan Kuala Ketil diulanginya kepada anak-anak kami kini.

Teringat kata-kata Mak Teh Faridah, Sungai Pasir, "Ayah hangpa tu sabaq dan suka tolong orang. Anak2 dia In Sha Allah akan terturun sifat2 yang baik tu...dan anak cucu Tok Awang memang orang2 yang penyabar bertuah sapa yang jadi anak menantunya".

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Surat al-Baqarah ayat 153]

Orang yang bersabar kata mak selalunya tidak akan rugi...mak seorang malaypattani yang amat bersabar melakukan rutin tipikal malaysiam.


03 December 2013

Pemimpin kecil

Sebaik saja selesai jemaah maghrib disurau asrama bergegas Al Khattab menuju kereta. "Ma...abg dilantik jadi mpp" ceritanya dengan penuh semangat. "mmg patut abang dilantik sbb abg baik kan teacher Herlina pun ckp mcm tu...seronoknya mana dengaq", komenku dgn nada gembira.

 "Abang bila jadi MPP bg contoh yang baik dan jauhi dari sifat sombong juga jangan dibuli adik2 junior...mpp tu adalah amanah Allah." pesanku bersama pesan2 lain,

Sebenarnya Al khattab makin dewasa dan makin matang. Maahad dan guru-gurunya membentuk dia sebagai seorang yang lain dari Al Khattab dulu. Rasanya terlalu cepat anak2 membesar dan mereka membuatkan hati mama dqn papa berbangga dengan setiap pencapaian mereka.

01 December 2013

Aktiviti riadah ahad 1 Dec 2013

Alhamdulillah semua kerja berjalan ikut jadual. Nampaknya tak sia-sia aku berapa 6 jam diopis semalam. SOP dan komitmen Mr Boss terhadapnya membuatkan aku cuba bergerak seiring. Bak kata suami kerja tu amanah....buat sebaiknya dan jgn sesekali curi tulang.

Dari semalam aku mencadangkan kami sekali lagi ke Presint 11. Pagi tadi awal-awal lagi kami menuju ke sana. Cuaca redup menbuatkan suasana menjadi nyaman. Segar sekali udara yg kaya dgn oksigen. Berjalan sambil mendaki bukit melalui trek jogging yg disediakan oleh pihak berwajib.

Lebih 3 km kami berjalan peluh boleh tahan. Sikecik Al Waleed juga berjalan...kuat mcm papa. Tapi bila balij pengsan sampai pukul 6 petang.....letih