Bila sakit itu mendatang

Empathy.☑

Dalam kehidupan ini kita perlu mempunyai empathy yang tinggi. Itulah yang selalu aku suarakan kepada anak. Jauhi sifat sombong dan tinggi ego. Kita boleh kenal orang yang tinggi egonya dan merasakan merekalah yang terbaik. Siapapun kita, kita hamba Allah SWT. Kita tidak akan dapat mencapai kecemerlangan andai kunfayakun tidak menetapkannya.

Setiap insan mempunyai kehidupan perit. Kita sekalipun ada ujian dariNYA. Ujian2 inilah yang membentuk kita menjadi insan yang tabah dan kuat.

Semalam aku diuji dengan kesakitan yang tidak terucap oleh lisan...terlalu sakit membuatkan aku tidak mahu pergi ke hospital kerana sakit keterlaluan itu. Berbaring dikatil sambil menahan sakit disamping muntah yang tidak dapat tertahan......lemah. Dipagi bening sakit mencengkam keserata pelusuk abdomen. Mulutku hanya mampu mengucapkan.... lahaula wala quwata illa billahil aliyil adzim (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung)

Bunyi suara baby Al Waleed tidak kuhiraukan kerana kesakitan ini. Kebetulan mertua ada dirumah dan kurniaan indah sayangku encik B banyak membantu, 
 
wajah2 anugerah dariNYA


ceria memberi impak positif dalam hidup

Kekuatan hidup

Bangun pagi sakit mencengkam sudah tiada yang ada cuma keletihan bahagian abdomen.

"mama pergi gheja hari ini", tanya cik B.
"kena pi banyak benda nak kena settle dan ramai tak dak kat office". jawapku.

Bila sakit itu mulai menghilangkan diri kita rasa bersyukur kepada Allah SWT umpama duri kayu ditarik dari celahan isi. Sakit membuatkan kita lebih menghargai kehidupan dan menurunkan ego diri......

Siapa pun kita jangan sesekali menghina orang lain kerana kita ini hamba cuma ...ingatan mak dipida terpahat diingatan.

 

 

 

Comments

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 99
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. bila sakit, sangat terasa akan nikmatnya sihat ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts