My ISO1998 - PMR 7A1B

Tahniah Kakak walaupun kurang 1A dan tak boleh nak buat life record tp sebenarnya mama bangga dengan kakak.
Kakak 2009 bersama As Siddiq selepas Kem Pemantapan Ibadah


7A1B....kakak sedih sikit memandangkan semua kawan2 baik SKPI semuanya straight A's.
PMR 2013 wiz her BFF Farisa & Diba
Papa cakap tak apa  kurang 1A...dengan  1B tu akan memberi makna yang besar untuk SPM 2015. Semua bagi semangat kepada kakak, Lang Ieja, Wa Lan, Wa Lela dan semua yang kenal budak hyper yang cerdik ini semua menyangka dia akan straight A's.

Kakak menjadi anak yang baik, jaga akhlak sebagai muslimah dan menjadi hamba Allah SWT yang baik sudah cukup buatkan mama bersyukur.

Mama tahu, "budak2 cyber terkejut dengan result kakak", ceritanya. "Tapi ma..orang di Puchong semuanya ingat kakak akan dapat straight A's", sambungnya lagi.

Mama tersenyum. 

Sebagai ibu sudah pasti mama kenal capability anaknya yang boleh membaca dan menulis bahasa melayu seawal 3 tahun dan read/write fluently english early 5 years. Dan menghabiskan bacaan Al Quran dalam setahun. Seawal 2 tahun anak ini mampu recognize semua kereta di jalan raya...."papa toyota, merz, honda, proton....." terjerit2 memberitahu papa semasa mahu mengambil mama di UKM.

Dan bila dia kata, "dah malas la nak layan sesapa pun dan bila nak mula my 3rd language class". Dia sudah mula menghidu hala tujunya. Moga hatinya menjadi sekeras hati mama suatu ketika dulu. Tolak sesuatu yang belum pasti miliknya dan kejar sesuatu yang lebih menjamin masa depannya. Hatinya mudah memberi maaf seperti papa....itu yang paling mama risaukan.




Comments

  1. TAHNIAH SIS
    PANDAI NYA DIA
    ADIK LELAKI SAYA DPT 6A
    DAHLAH DIA ADA 4 ORANG SEPUPU YG SAMA2 PMR TAHUN NI
    TP KAMI TETAP BANGGA DGN DIA ..

    ReplyDelete
  2. Tahniah juga kepada adik Irfa....lelaki tu kiranya mmg hebat sbb tak ramai lelaki yg dapat good result sekarang ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts