01 February 2017

House Hunting versi kami

Rumah pertama kami beli tahun 1999, Masa tu tak banyak info pasal rumah kami ketahui. Dan masa tu juga kami mencari kondo atau apartment with kondo facilities. Banyak juga kami view antaranya di Bukit Jalil, Bandar Puteri, Sunway dan juga rumah sekarang. Muda lagi kan konon nak privasi. Anak seorang dan kami tak menjangka akan ada 6 anak seperti sekarang. Plannya 2 atau 4 saja.

Mengapa rumah sekarang? Pertama ada kondo facilities. Securities itu amat penting. Paling utama antara yang paling luas dalam budget kami ketika itu iaitu 1048 kps dengan balkoni view KL dan Bukit Ayer Hitam. Ngeri juga rumah pertama menjadi projek abandon. Namun kami bersyukur dek kes terbengkalai tersebut kami dapat mengenal jiran-jiran sebelum menjejakkan kaki ke rumah tersebut. Dan dek terbengkalai juga banyak ilmu diperolehi dari HBA (House Buyer Associate) juga KPKT. 

Bak kata orang kawan boleh dipilih namun jiran adalah rezeki. Rezeki kami di rumah pertama mempunyai jiran2 yang baik hati.

Beberapa tahun lepas kami kembali hunting. Salak Tinggi, Saujana Putra, Putra Perdana, Cyberjaya semuanya hubby reject. Antara alasannya jauh dari KL (sbb musababnya office hubby berdekatan KLCC logik la jugak), alasan lain jauh dari masjid (katanya kita ni dah la lagho nanti tak dengar azan lagi la lagho, ok), lagi alasan too cowboy area tu (tak boleh mention la area mana, ok la). Hubby nak stay area di kawasan rumah sekarang sebab dia sayangkan persekitaran, masjid assalam, yang pasti kawan2 K2 MTBnya (tu kut big reason). Dan jugak malas nak fikir soal tukar sekolah, tukar babysitter bla bla bla. 

Ramadhan tahun lepas agent hubungi bagi tahu ada rumah urgent sale di area perumahan kami. So petang tu jugak kami pergi visit...bla bla bla bayar booking terus jadi. Kali ni dapat la ilmu urusan jual beli subsale house.

Antara faktor hunting another house age, rakyat kian membiak dan letih la asal barang tertinggal nak kena turun  juga ada la another hasrat2 yg tersimpan dalam hati.

Next hunting is land (beli tanah kut tupun by age 50 kut kalau ada rezeki) hahah the biggest reason juga rakyat membiak (yelah anak cucu nak balik beraya, nak bercucuk tanam bagai, ternak ayam itik). Beli dimana....hahaha Puchong jugak la tang mana lagi pula dah ada member2 yg kaki beli tanah jadi dapat la ilmu sikit soal ni.