30 April 2013

Doa aku yang masih di atas pagar

Aku pejamkan mata memikir apakah benar yang kita katakan zalim itu benar2 zalim. Aku tidak menyokong mana2 pihak aku adalah pemerhati yang berada di atas pagar.
Aku pohon yang terbaik buat kami Ya Rabb


Kata penyokong Pakatan Rakyat
Bantulah HENTIKAN kezaliman dan ketidakadilan UMNO/BN
Anda boleh membantu dengan tidak memberi undi kepada mereka
Sudah cukuplah 55 tahun ini
Kasihanlah kepada anak muda kita generasi pewaris kita
Sediakan mereka satu negara yang sejahtera
Maju dunia dan sejahtera akhirat seiring


Dalam hatiku benarkah kerajaan yang ada ini zalim.

Zalim dan tidak adilkahkah jika anak2 masih boleh melaungkan azan memanggil hayya `ala as-salah
Zalim dan tidak adilkahkah jika kita dan anak-anak tidak bermasalah untuk keluar berjemaah di masjid atau musola di sekitaran kita
Zalim dan tidak adilkahkah jika anak-anak ria bermain tanpa bedilan dan tembakan
Zalim dan tidak adilkahkah jika kita dan keluarga masih boleh keluar rumah membeli belah malah bersantai di taman2 permainan.
Zalim dan tidak adilkahkah jika kita masih mampu membeli kereta buatan luar negara sedangkan jiran kita mengadai nyawa membelah lautan ingin menikmati hujan emas dinegeri kita
Zalim dan tidak adilkahkah jika kita anak-anak kita semuanya kita hantar di pusat tusyen berbayar untuk mereka berjaya dan kita laungkan pula pendidikan percuma

Hatiku bertanya lagi,

Benar-benar ikhlaskah mereka yang mahu mengubah dan apa sebenarnya yang ingin mereka ubah. Apakah agenda lain mereka disebalik semua ini.

Aku risau,

Andai perubahan ini umpama perubahan yg Melayu inginkan takala Jepun mendatang. Kata abah zaman Jepun sungguh menyiksakan. 
Andai perubahan ini umpama angin perubahan yang meruntuhkan Daulah Islamiah terakhir Turki Othmaniah oleh Kamal Artatuk yang mana disokong oleh ribuan rakyat dan jugak ulama yang mana akhirnya memilukan umat Islam hingga ke hari ini. Ulama kemudian terperosok jauh dan suara mereka langsung sepi.

Ini adalah sejarah dan sejarah  telah membuktikan setiap yang berjuang ada agenda mereka tersendiri.

Kedua-dua perubahan ini dibawa oleh golongan ilmuan juga yang alim itulah keyakinan marhain bahawa inilah yang benar.

Adakah ini benar? Kita sendiripun tidak dapat menelah.

Lain di mulut lain dihati

Hari ini mereka boleh mengatakan kami ini berjuang untuk membela kamu dan bila mereka ditampuk kuasa esoknya kita tidak dapat menjangka.

kata-kata Zainal Rashid Isa (Zahid Isa)
[ LENSA MiNDA ] SABAR SEBELUM BERTINDAK. Jangan sekali-kali kita terburu-buru dalam melakukan apa jua kerja atau tindakan kerana syaitan akan bersama mereka yang terburu-buru sikapnya & tidak sanggup bersabar. Kita perlu tenang & ambil masa untuk berfikir sebelum membuat apa jua keputusan & memulakan langkah untuk mengambil tindakan. Kemenangan & kejayaan itu adalah bagi mereka yang sabar, teliti, bersungguh-sungguh & berani. All the best buat sahabat semua.



Ya Allah Ya Rahman,

Aku ini hambamu yang lemah lagi naif...aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnyanya dan Ya Alllah yang maha mengetahui apa yang tidak kami ketahui lindungilah aku, suamiku, keturunanku, ahli keluargaku, jiran tetanggaku, dam seluruh umat mukmin dari kezaliman yang sebenarnya. Kezaliman yang membuatkan kaki kami terbelenggu untuk melaksakan tanggungjawapmu. Kezaliman yang membuatkan keturunan kami menderita tanpa Nurmu. Lindungilah kami ya Rahman ya Rahim.

Ya Allah Ya Al'Aliimu  

Ya Allah kami tidak tahu apa yang ada dihati-hati mereka Ya Allah Ya Al'Aliimu. Andai yang ada dihati mereka memudaratkan kami umat Muhammad ini Ya Allah berikanlah kami petunjukMU. Tunjukkanlah kami semoga yang mudarat itu tidak kami pilih. Jauhilah kami dari tersilap sebagaimana nenek moyang kami...lindungilah kami Ya Allah kami amat lemah amat lemah.




 

 

29 April 2013

Bukit Jugra... indahnya alam ciptaanNYA


aku suka alam hijau
itu yang pernah kunyata ketika disoal dalam oral Bahasa Melayu di Essemjay dulu
suka sastera ya, tanya guru tersebut
aku mengangguk
"mengapa ambik aliran sains"
tanyanya lagi
"nak jadi engineer petrolium" 
aku menjawap dengan penuh keyakinan dan kunfayakun adalah milikNYA

"Aku suka langit biru awan putih kekadang berbalam-balam kehitaman
Selalu aku menunjukkan kepada anak2 jika terlihat kelibat sang mentari di pagi hari ...sinarnya memberi impak dalam diri
juga takala mentari terbenam warna-warna membingkis cerita yang bakal dibawa keesokkan harinya.
Aku suka laut yang luas membiru
warna alam memberi jawapan kepada seribu persoalan
jika kita menghayatinya"

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung (bukit) sebagai pasak?" (Al Quran 78:6-7) 

kata hubby semasa melepasi pekan Dengkil, "another trip kita keluaq awai bawa anak-anak tengok kehidupan di kampung"
memerhati kehidupan kampung membuatkan hati tenang
halaman luas, rumput menghijau memberi kelainan kepada mata yang memandang

selesai urusan di Kampung Kanchong Darat kami menghala ke arah Bukit Jugra. 
Dah lama aku ingin ke sana. Aku suka bukit, sungai, hutan, laut. 
Di Jugra semua bersatu didepan mata. 
Bila kita di atas kita nampak semua secara full view bukan secara crop part by part.

Menikmati alam membuatkan jiwa dan minda segar
sambil memerhati mereka melakukan aktiviti suka paragliding membuatkan diri tercabar
teringin....




26 April 2013

Ingatlah wahai diri

Wahai diri ,

Jangan merasa diri terlalu baik
Risau engkau terperangkap dengan tipu daya syaitan
Bila dirimu mulai melabuhkan kerudungmu
lihatlah silammu yang penuh kehitaman
sentiasalah penuhi diri dengan taubat
sentiasa basahkan lidahmu dengan zikir memujiNya
sentiasa ringankan tanganmu melakukan kebajikan
sentiasa maniskan wajahmu dengan senyuman

Wahai diri,

Engkau tidak pernah sempurna
Hatimu selalu berbolak balik
Ada masanya imanmu setinggi mercu KLCC
ada ketikanya imanmu mendatar di sungai Kelang

Wahai diri,

Andai matamu melihat
mereka yang masih belum bersyariat
Pejamkan mata letakkan telapak tanganmu didada
usah diumpat kejahilan mereka
usah dimarah ketidaktaatan mereka
kerana dirimu pernah begitu
maka beristifarlah dan berdoa moga
Nur menerpa saudara kita

dan ingatlah

Syaitan itu banyak tipu muslihatnya



Bila ada yang marah, umpat dan fitnah kita

Dulu bila mengetahui ada yang bercakap sesuatu yang negative di belakangku ...aku terduduk sebab tak sangka insan-insan yang aku anggap kawan berwatak sedemikian rupa paling terkilan aku langsung tidak pernah bersangka buruk kepada mereka. Aku menangis pada cik B. Aku marah dan geram. Namun perkara tersebut membuatkan aku lebih dekat dengan Allah SWT. Dalam pada ingin mendekatkan diri kepadaNya aku selalu mendengar IKIM.FM, Islam itu Indah - Prof Muhaya, Usrati - Ustazah Norhafizah, Ustaz Pahrol Mohd Joi aku banyak membaca tulisannya, Ustaz Ebit Liew dan beberapa lagi membuatkan diri tersedar. Tidak sepatutnya aku mengharapkan penghargaan manusia. Mulai dari situ aku melakukan transformasi diri ...

Semalam bila aku menceritakan kepada cik B mengenai seorang kawan x-essemjian yang bercerita kepada kawan2nya konon cik B private message (PM) kepada dia. Kami boleh saja print skrin PM yang dia hantar kepada cik B namun menjaga aib org lain amat besar nilainya bagi kita seorang Islam. Kata cik B, "biasa la mama orang yang tak ada akan mengada-gadakan cerita, dan disebabkan tidak ada qanaah dalam diri membuatkan org tu jadi sebegini". Maafkan dia dan doakan dia. 

Selepas itu apa saja kata-kata orang lain aku cuma ignore. Siapa mereka untuk justifikasi kehidupan kita sedangkan mereka cuma kenal kita hanya nama saja. Panduan diri kita usah dibalas orang2 sebegini dengan umpat keji sebagaimana dilakukan oleh mereka yang perlu kita lakukan adalh berdoa semoga mereka diberi hidayah oleh Allah SWT.

Kita dihidupkan hari ini bukan untuk menambah dosa. Melainkan hidupnya kita untuk terus menambah pahala. Kehidupan kita bermula saat kita MATI.

Allah datangkan orang memarahi kita,memfitnah kita,membuka aib kita,memaki kita,membebel pada kita,berkata pedas pada kita,mengumpat kita dan berbagai lagi. Itu semua tanda Allah sayang pada kita dan tanda Allah sedang menguji tahap iman kita. Kita hanya perlu SABAR dan terima dengan hati yang REDHA dan jangan sekali MENGELUH tapi bersyukurlah..

Kestimewaan Orang-Orang Yang Selalu Sholat Tepat Waktu


Di opis aku selalu melihat sorang adik ni yang kuanggap mcm anak buahku kagum aku dgn dia...semoga aku jua istiqomah sepertinya solat tepat pada waktunya terutama ketika di opis ini. Kerja membuatkan aku selalu ralit. Sebagaimana sebelum ini aku suka melihat insan disudut positif dan cuba mengikutinya. Semoga Allah SWT sentiasa merahmatimu adik.

Dulu semasa di Tesco aku suka melihat seorang kakak, dia adalah secretari kepada CEO. Walaupun ketika itu dia belum bertudung namun dia tetap dalam menjaga solat. Dari tutur kata dan riak laku hatiku mengatakan baiknya kakak ini dan pasti dia akan menjadi lebih baik dari diri ini jika dia berjilbab. Memang benar Allah SWT telah membuka hatinya dan akulah insan yang gembira melihat hijrahnya itu.

Barang siapa yang MENJAGA (Selalu Mengamalkan) Sholat 5 waktu tepat waktu nya, maka ALLAH Subhanahu Wata’ala akan memberi KEISTIMEWAAN pada orang itu dengan 9 macam KEISTIMEWAAN:

1. Cinta ALLAH selalu Tertuju pada nya..
2. Tubuh nya akan selalu sihat..
3. Malaikat selalu melindungi nya..
4. Berkah ALLAH selalu turun kepada nya..
5. Wajah nya akan nampak bagaikan wajah orang-orang yang Soleh..
6. ALLAH akan memberi kelapangan dada..
7. Akan melewati titian Shiratal Al-Mustaqim seperti Buraq..
8. ALLAH akan menyelamatkan dari siksaan api Neraka..
9. ALLAH akan Mensejahterakan tempat nya (Kelak di Akhirat) bersama dengan para Wali-wali-NYA, mereka itu tidak pernah mengeluh atau berduka cita selama-lamanya. .
(Khalifah Utsman Bin Affan)
Radiyallahu’Anh u..
 
Semuga BERMANFAAT untuk kita bersama, dan semuga kita MENGAMALKANNYA. copy dari posting FB senior essemjay An Nur.

25 April 2013

Tip-tip Memperkukuhkan Kepercayaan dalam Rumah Tangga


  1. Suami melazimkan solat jemaah di masjid atau di surau
  2. Suami dan isteri konsisten membaca alQuran
  3. Sentiasa menghidupkan suasana tazkirah dan tarbiah secara langsung atau tidak langsung di rumah atau ketika dalam perjalanan
  4. Berkongsi cerita dan berita tentang pengalaman di tempat kerja , di rumah atau semasa musafir antara suami dan isteri
  5. Menjadi pendengar yang setia kepada masalah suami atau isteri walaupun tidak mampu menyelesaikannya
  6. Saling mendoakan di hadapan atau di belakang pasangan masing-masing

Tip rawatan dan menangani masalah remaja

Surah Al Fatihah ialah surah yang kita semua hafal. Hari ini ramai ayah berjaya mendidik anak berjaya dalam akademik. Tetapi alangkah malangnya jika ayah dan ibunya berperangai tidak baik, dan 'berjaya' mendidik anak menjadi seperti mereka juga. Anak ialah kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Oleh itu, amalkan surah Al-Fatihah ini, in sha Allah akan dapat menyelesaikan banyak masalah. 

Inilah cara rawatan yang kami gunakan dalam menangani masalah remaja mengandung anak zina, remaja ketagih seks, dadah dan seumpamanya. Kami minta ibu bapanya membaca surah Al-Fatihah (di luar solat), dan selepas ayat 5, doakan daripada hati, “Ya Allah, tolong lembutkan hati suami/isteri/anak sebagaimana Engkau lembutkan besi kepada Nabi Daud”. Isteri tidak perlu banyak berleter, sebaliknya banyakkan berdoa. Anak-anak akan lebih mudah mengikut apa yang ditunjukkan ibu bapa, bukannya apa yang ibu bapa cakap. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan dan akhlak yang baik. via Tanyalah Ustaz Anak Bapak – Tanyalah Ustaz 17.04.2013

Ok Boss (part 1)

Sudah lama rupanya aku bekerja makan gergaji ni, rasanya semua bosses baik2 belaka.
Boss pertama kat Faber Tower (bangunan bukan company, company biarlah rahasia) - GM Tuan Syed, FC- En Hassan. Masa ni belum kahwin. Actuallynya sebelum join this company aku dah dapat offer SIRIM tapi masa berlegar-legar tunggu marka yang kerja di Arab Malaysian, Jalan Raja Chulan aku mengatal pergi register di sebuah agency pekerjaan di bangunan tersebut. Orang di agency tersebut bagitahu ada satu company di Taman Desa nak pakai account staff so dia advise aku pergi interview keesokkannya. 

Esoknya, tepat 9.00 am aku dah berada di Faber Tower. Di sana aku ke HRD bertemu dengan Miss Angie, tinggi dan cantik orangnya. Kata Miss Angie semasa dia menemuramah aku, "tuan syed mesti suka ni orang negeri dia, nanti I hantar you jumpa FC then Tuan Syed,". Aku cuma tersenyum. Aku kemudiannya di hantar di syarikat yang sepatutnya aku bekerja, 2nd round interview dengan FC - Encik Hassan. Dekat 1 jam aku mendengar kisah suka duka Encik Hassan kemudian final interview dengan Tuan Syed. Tuan Syed ni rupanya dari Kedah. Slang Kedahnya masih bertiun dilidahnya. Tersenyum dia bila melihat detail mengenai diriku. Satu word yang kekal dalam ingatanku dari Tuan Syed, "no short cut wat to success". Petang hari aku menerima panggilan dari Miss Angie yang mengatakan aku patut lapor kerja minggu depan. Mana satu nak pilih. Mengenangkan Tuan Syed yang baik hati dan Taman Desa pun pun tak jauh mana dari Sungai Besi. Aku lebih tertarik kepada Faber Tower berbanding SIRIM.

Di sana aku buat full set of account. Semua staff perempuan di sana sudah berkahwin dalam usia penghujung 20an dan 30 an. Engineer ramai cuma mereka based kat offshore. Suasana office selalunya sepi jika tidak ada engineer. Ada beberapa orang geologist. Disebabkan aku lone ranger selalu aku join Tuan Syed makan esp makan meehoon sup utara dan dalam banyak hal Tuan Syed akan memberitahuku berbanding setiausahanya. Maklumlah satu negeri asal jumpa boleh berbaik macam saudara. Namun perkara ini disalah erti oleh kakak-kakak di pejabat.

Di Faber Tower juga aku bertemu dengan ex-school mate Zairiniza (Zai). Zai masa ni kerja di Faber Medi Serve kalau tak silap. Bila jumpa member sekolah dari ayu-ayuan skema jadi ho ha ho ha. realitinya aku memang ho ha ho hapun.

Banyak perkara aku belajar dari Tuan Syed, "Salina nak beli benda makan wajib tengok label, berapa kandungan gula..bla bla bla". darinya juga aku belajar yakin diri dan jadi diri aku sendiri....misalnya di meja makan hotel tak payah nak skema ikut macam mat saleh kalau kita tak reti guna garfu pakai tangan saja.....kata Boss dari Kedah ini. Begitu juga dengan Encik Hassan yang dulunya berjiran dengan Normala Shamsuddin, hos rancangan Nona TV3. Selalu dia bercerita mengenai si Normala ni. Kelakar kan lelaki bergossip....

Boss juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Ketua yang baik selalunya tidak akan sombong kerana dia tahu dia juga hamba Allah.

Apa yang anda kagumi tentang boss anda?

Di sini lima perkara yang selalu boss anda atau mungkin juga anda sebagai boss terlepas pandang untuk melaksanakannya.
1. Beri salam.
Jarang sekali kalau kita perhatikan boss atau ketua di tempat kita yang mula memberi salam. Asyik-asyik anak buah boss juga yang kena mulakan memberi salam. Selalu juga berlaku anak buah yang beri salam, tapi boss tak jawap. Jikalau anda sebagai boss atau ketua di organisasi anda, apalah salahnya anda menghulurkan salam kepada anak-anak buah anda di pejabat. Percayalah mereka akan segan dan mula menyayangi anda.
2. Beri hadiah penghargaan pada hari-hari tertentu.
Satu perkara yang mudah tetapi adakah anda sebagai boss atau boss anda lakukan untuk anda? Penghargaan yang tak seberapa tapi akan menyebab staf di bawah anda memberikan kesetiaan kepada anda dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Boss anda mungkin juga memberikan alasan susah untuk mengingati tarikh lahir staf yang ramai. Tapi itulah yang perlu boss lakukan untuk menjadi boss yang hebat.
3. Staf adalah famili di pejabat.
Jangan hanya menganggap staf di bawah anda sebagai rakan kerja, tetapi mereka sebenarnya adalah famili kedua anda di pejabat. Jadi jangan hanya layan mereka sekadar rakan kerja untuk menyiapkan tugasan yang anda berikan. Anda juga perlu tahu masalah dan emosi mereka.
4. Turun padang.
Banyak sekali yang berlaku, setiap kali majlis-majlis kecil atau program-program yang dianjurkan oleh staf anda, anda sebagai boss tidak hadir untuk meraikannya. Anda mungkin menyerahkan pembantu di bawah anda untuk hadir. Tetapi tanpa anda sedari anda telah mengecewakan mereka.
5. Berikan hak-hak staf di bawah anda.
Bukan mudah untuk menjadi seorang boss yang hebat. Anda perlu tunaikan semua hak-hak mereka agar mereka lebih mengasihi anda. Hadirilah setiap jemputan yang melibatkan kenduri kahwin, majlis tahlil, atau ziarahilah keluarga staf anda sekiranya mereka ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan kepada mereka. Jangan hitung kuantiti yang anda beri, tetapi ambil kira kualiti yang telah anda lakukan. Perkara yang anda lakukan ini mungkin tak seberapa di sisi anda tetapi besar nilainya di sisi mereka.
Percayalah bahawa anda bakal menjadi boss yang hebat sekiranya anda mengambil berat 5 perkara ini.Memimpin memerlukan kemahiran tertentu agar dapat memberikan kesan yang efektif kepada staff di bawah anda. Kemahiran juga memerlukan keyakinan dan pendekatan yang kreatif agar proses memimpin lebih mudah dan fleksibel kepada semua golongan yang menjadi sasaran pimpinan.
Ketahui lebih lanjut bagaimana mahu menjadi seorang ketua atau boss yang dikagumi dengan mencontohi akhlak Rasullullah sallallahu a'laihi wasallam.







24 April 2013

Marah marah sayang

Pernah tak kita kena marah dengan kedua ibu bapa kita atau guru kita. Pasti semua orang pernah dimarahi. Bila kena marah kita rasa bengang sangat ...."heee kenapa la asyik aku yang kena...kenapa la semua kena atas kepala aku"... Namun pernah tak kita belajar hakikat dari marah tersebut. 

Kerana marahnya seorang ibu membuatkan anaknya rajin mengemas rumah dan memasak kerana ibu tahu tanpa marah anaknya tidak akan belajar. Tanpa marah anaknya akan berterusan dengan sifat malas dan suka perkara yang selesa-selesa saja. Ibu tahu suatu hari nanti anaknya akan keluar dari rumah menjadi seorang isteri. Dan ibu mahu anaknya menjadi isteri yang baik dan solehah yang mampu mewarisi kesabaran dan ketekunan ibu.

Dan itulah yang aku hadapi sekarang, menjadi bahan marah daripada masalah pihak lain. Aku tahu yang aku dikambing hitamkan. Di sini kerja menimbun-nimbun. Semalam selepas di marahi hati sedikit tersentap sebab aku tahu masalah tersebut bukan salahku, memang aku amat pasti.....kembali ke tempat, buka outlook sessi mengadu dengan BFF aka cik B,

"Subject: HU HU HU mama kena marah :(



Saja nak mengadu kat papa…semalam tenants datang komplen ….biasalah boss nampak kerja kita senang dia boleh kata susah sangat ke you nak tukar itu dan ini and the same mama mcm tak diberi peluang to defend …the true is kat sini@#%!%&*!%&@!%&!%&! (terpaksa aku delete P&C) he he he……"

jawap cik B, tak apa mama kita disalahkan mata manusia yang nampak kesilapan kita, jadi kita lebih berhati-hati terutama perkara yang berkaitan hubungan kita dengan Allah SWT. Kata hubby lagi orang nak kambing hitamkan kita let Allah SWT judge them. Kunfayakun kan milik Allah. Bersyukur apabila dihina oleh manusia dan takutlah kita pada hinaan Allah SWT.

kata cik B lagi bersyukurlah kita overload of work yang menyebabkan kita tertypo error for report or something and balik rumah kepenatan, kerja kan sebahagian dari ibadah dan kerja juga adalah amanah, hidup didunia memang perlu bersusah sebab kita nak senang di akhirat sana ....itu tandanya Allah SWT sayangkan kita. 

Overload of work itu rezeki dan itu tandanya kita memang ke opis buat kerja. Kalau kita selesa dengan masa senggang dan lapang risau jugak dengan rezeki yang kita peolehi takut nanti anak-anak yang mendapat timbalannya. Kita tak nak di dunia tak dak sapa marah kita semua kesilapan kita boleh hide dan kambing hitamkan orang lain, kita selesa dengan masa lapang yang banyak nanti bila hidup abadi diakhirat sana terimalah kemarahan dari Allah SWT. Mana satu kita nak?

Kata-kata hubby menenangkan hati. Menyejukkan jiwa. 

Hari ini selepas mengambil surat kenaikan $$$$$$ boss besar department ini menasihati secara lembut...bagai suara seorang ibu. Bersyukur kepada Allah SWT kerana hadirkan dia di dalam diri yang sentiasa menegur kesilapan dan kesilapan bagai seorang ibu...Semoga Allah SWT sentiasa merahmatimu Boss.

23 April 2013

Doa buat calon-calon PRU13 dari aku yang duduk atas pagaq

kenapa aku berdiri di atas pagar?
Adakah kerena aku tiada pendirian?
PR atau BN padaku sama saja suatu pakatan parti-parti politik yang kini ghairah berkempen untuk memenangi tampuk pemerintahan. Mengapa dan kenapa mereka ghairah termaktup dalam manifesto masing-masing. Namun selain dari yang terhidang dalam manifesto tersebut hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka.
Aku tidak pernah percaya mana-mana parti sekalipun. Semuanya ciptaan manusia yang bersifat tidak sempurna. Hanya Allah SWT sahaja yang sempurna sifatnya.

Anak bertanya: "mama sokong sapa"
Mama: "mama tak sokong sapa pun"
Anak: "macam mana pulak"
Mama: "boleh jadi mama sokong calon PR dan boleh jadi mama juga sokong BN"
Anak: "boleh ke mcm tu mama"
Mama: "boleh...kita kan amalkan demokrasi. mama suka perati dan meneliti".

Sebagai seorang yang matang kita tidak boleh hanya bergantung kepada provokasi untuk membida undi apa yang tersemat di hati-hati mereka yang membida tidak kita ketahui dan hanya Allah SWT saja yang mengetahui apa yang tidak ketahui. 

Dan sebagai seorang mukmin kita tidak wajar mengata dan mengutuk Islam yang lain kerana kejahilannya. Kita langsung tidak berhak untuk menghukumnya ahli neraka atau syurga...kita hanya hamba dan kita juga akan dihukum olehNYA dengan kemudaratan yang dilakukan oleh diri kita melalui lisan, posting kita, timeline kita, tweet kita.

Aku pegang teguh pesanan abah dan mak. Percaya dan berpeganglah kepada 2 iaitu Al Quran dan Sunnah.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku" hadis riwat Imam Malik.

 Dan kepada anak2ku doakan ini....
Ya Rabb aku yang lemah ini memohon kepadaMU keranaa Engkaulah lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui.
Kepada pemimpin yang beragama Islam, semoga Allah Akan membantu kamu sekiranya bertanding demi Islam. Sekiranya inginkan jawatan semoga Allah Akan menghancurkan kamu! Copy doa yang sama oleh ulamak dr Makkah apabila sorang Adun mintak di doakan supaya dia menang next election (via kak hazlin Essemjay)


22 April 2013

Bila aku sudah tiada

"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." [Saidina Ali bin Abi Talib]

Mengapa aku menulis....Inilah jawapanya, terutama buat my luv incik Mahhadir, anak2 mama Nadhira Malisha, Nadhir Al Khattab, Nadhira Humairaa, Nadhir As Siddiq dan Nadhir Al Wakeed yang mulai bertatih.

Tulisan-tulisan merupakan ingatan buat anak-anak mama sebab bila mama dah tiada no more ...kakak...abang...alang bangun, no more kakak, abang, alang please keep clean table ....kakak, abang, alang..iron baju, susun buku, jangan buat benda last minute nanti kelam kabut...

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu curahkan cahaya

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku..

 

Balik Kedah umpama mimpi dalam mimpi

"yang pandai main bola most orang utara (Kedah)", komen al khattab.
"Betoi ka", tanya mama
"yelah mama tengok soccer kids ni banyak abang tgk yang datang dari utara", Al khattab 
"abang kan orang kedah", beritahuku sambil tersenyum.
"mama & papa saja orang kedah, abang orang Selangor", suara al khattab penuh keyakinan.

Betullah tidak dinafikan anak-anak mama orang Selangor. 

Dimana langit di junjung di situ bumi dipijak. 

Muka sedih. Kami berduakan pure Kedahan....makan Kedah ...tidur kedah...tapi tak sedar yang stay kat Selangor. Pengakuan anak teruna mama buatkan mama tersedar dah lama rupanya mama & papa stay kat Selangor.

Bila nak balik stay kat Kedah?

Tunggu Aloq Setaq jadi Bandar Metropolis....Fuyooooo, hakikatnya mama & papa yang balik sekali sekala di Kedah tidak tahan bila nak mencari sesuatu di Kedah on midnight.....Kedah sunyi sepi.....kata cik B mama jenuh la kita kalau kereta abih minyak time ni. Mau mak langsiaq mai dok hinggap atas reta. Loklaqkan statement orang tak mau jaga mulut. Kan dah kena "kute" (cubit).

Kakak, "betoi kak mama nak pindah balik Kedah", muka mcm tak suka. "Awat", mama tanya. "Kita stay kat Puchong la Ma, letih la kakak nanti kena balik Kedah macam mama & papa", huuuh advance sungguh anak mama.

Balik Kedah umpama mimpi dalam mimpi anak-anak mama orang merah kuning bukan hijau kuning.

mama mode mengapai lagu mereh kuning...:(

Lirik Lagu Merah Kuning - Lagu Bola Sepak Selangor

Merah kuning lambang kebanggaan
Selangor merancang kejayaan
Gemuruh sorakan menggegarkan
Cabaran disambut dengan kesungguhan

Kecemerlangan, kecemerlangan
Kecemerlangan jadi kenyataan

Merah kuning keberanian
Menempuh segala halangan
Sekali melangkah buktikan kemampuan

Merah kuning keberanian
Menempuh segala halangan
Sekali melangkah buktikan kemampuan

Selangor Darul Ehsan Selangor....Darul Ehsan



Macam mana nak dapatkan 1 juta selepas pencen

OTW to office today ikim.fm...nak pencen untuk hidup sebagaimana masa gheja beli main hantam saja tak tengok harga. Beli online pula asal berkenan main clicks ermm kena ada at least 1 juta. Masa tu kakak ada disebelah..."ala apa mama nak risau kakak kan ada masa tuh kan kakak dah kerja"....

Patutla kebanyakkan yang sudah pencen balik kampung. Yelah kos sara hidup di kampung lebih murah berbanding di bandar. Nak keluar pitis. Asal nak keluar pitis. Kalau di kampung boleh menanam. Kos beli sayur dah tak ada. Ikan kalau kampung di Kedah murah beb esp aku yang suka makan ikan menung masak singgang.

Sebenarnya bila kita pencen banyak kos dah tiada sbb anak-anak dah membesar dan mungkin sudah bekerja.. 

Perkara pertama patut kita lakukan jika tinggal di kediaman yang terpaksa membayar kos penyelengaraan seumur hidup ..jualkan kediaman tersebut cari kediaman lain ***alasan nak cari landed home***. Bayangkan mcm aku dgn cik B sekarang even loan rumah dah habis tapi monthly kena juga bayar kos penyelenggaraan. 

Perkara kedua invest ke dalam mana2 investment jangka panjang. Contohnya Public Mutual, Tabung Haji (simpanan nak pergi haji), ASB, masuk koperasi2 kalau anak2 felda mereka ada koperasi anak felda, anak pesawah pun ada so gunakan sebab kita ni makan gaji bukan bagi gaji.

Perkara Ketiga beli property untuk invest. Tengok mana2 peroperty for lelaong grap it. Lepas tu sewakan. Make surelah tempat kita beli memang kawasan demand tinggi bukan di Bukit Beruntung.

Perkara keempat beli emas banyak2 kalau tak dak pitis boleh gadai tak susah nak meminjam kan. Bayangkan dulu zaman mak-mak kita emas berapa rial saja tapi hari ni Emas 999, RM175 1g Emas 916, RM165 1g Emas 835, RM149 1g....dulu ingat lagi asal ke pekan Kodiang mesti mak heret anaknya ni ke kedai emas alahai susah-susah mak telinga, leher & tangan anak mak ni ada barang. Tapi anak mak ala tomboy ni asal pakai mesti hilang pernah sekali tersangkut di pokok keriang.

Perkara kelima Qanaah ...rasa cukup dengan apa yang ada. Buat-buatlah saving untuk hari esok. 

Perkara keenam didik anak mengikut apa yang disarankan oleh alquran dan hadis....anak beriman dan beramal soleh tu harta ayah bonda.

Perkara ketujuh selalu bersedekah dan jangan lah kedekut.

Perkara kelapan buat side income ....dgn blog ok ke, nuffnang kan 

Sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk hari tua yang penting dalam kehidupan ini adalah qanaah bukannya branded.....bab kata abah buat apa nak rumah besaq sebab kita semua akan mati juga. Hiduplah seadanya.....
  

 

21 April 2013

Cinta Jangan Pergi - Episod 6

Melayan lagi Cinta Jangan Pergi, taksub yer dengan cerita lagho ni bukan apa malas mama nak melayan cerita2 dan berita PRU 13. Daripada den sakit mata dan telinga baik layan cerita cintan cintun dengan cik B sambil-sambil tu terkenang semula zaman cintan-cintun kami. Si kakak dah mula la jeles dengan papa dan mama. 

Dalam cerita ni ada satu watak yang jiwanya sakit iaitu watak Shireen yang dilakonkan oleh Ramona Zam Zam. Shireen ni mewakili manusia yang tidak puas hati dengan kehidupan orang lain dan tidak boleh menerima takdir. Orang yang tidak pernah menerima takdir dalam hidup mereka akan sentiasa menyalahkan orang lain yang menjadi penyebab kekalahan mereka dalam hidup.

Dialog Dr Hud ketika menceritakan perihal aruah ayahnya dan ibunya. Sweetkan sebenarnya itulah kita. Kita datang dari keluarga yang berbeza...berbeza pendidikan, pergaulan, lokasi namun perkahwinan menyatukan kita.

"dulu ayah dan mak banyak perbezaan tp mereka boleh atasi perbezaan itu ...mereka rapat dan tidak boleh berenggang..." 

Watak-watak teman yang sentiasa dibelakang dan sometimes mempengaruhi pemikiran kita dan adakala pendapat mereka seolah tidak memahami apa yang kita rasa sebenarnya ada disekeliling kita. Walaupun teman-teman ini tahu apa yang kita hadapi namun mereka tidak merasai secara emosi apa yang kita rasa.......

Watak mummy...of course mummy nakkan the best to their childrenkan....

Ya Allah kirimkanlah pemuda-pemudi yang beriman dan beramal soleh kepada anak-anakku, kirimkanlah pemuda-pemudi yang sejuk dimata dan hati
kirimkanlah pemuda-pemudi  yang baik mata hatinya
kirimkanlah pemuda-pemudi yang bersifat qanaah
kirimkanlah pemuda-pemudi yang sabar dengan kerenah dunia
kirimkanlah pemuda-pemudi yang baik lisannya
kirimkanlah pemuda-pemudi yang ringan tulangnya
 

 

jom Berkebun ;)

Pagi ahad yang indah....."pagi-pagi bangun tgok anak2 tomato yg makin membesar, pokok kunyit yang makin berdaun di balkoni tingkat 5", mama ni memang suka menanam. Dulu masa di kampung mcm2 mama tanam. Penah mama buat kebun semasa tunggu result alhamdulillah hasilnya di makan satu kampung. Saat paling bahagia adalah semasa lihat anak2 pokok mulai keluar dari biji benihnya dan yang kedua ..kita mendapat hasil dari tanaman tersebut.

Mama ni memang suka makan ubi sengkuang, masa pergi membeli biji benih pak cik Ah Yong bagi benih sengkuang. Balik rumah terus tanam empat bulan kemudian....abah kata dah berubi pokok ni. Yehaaa besaqnya ubi sengkuan itu. Lani hanya mampu menanam dalam pasu.......

Tadi tengok paper berita harian....seronok tengok anak-anak Obama, Presiden USA memetik sayur segar dari belakang kediaman mereka. Best kan asal nak masak kailan ikan masin terus pergi petik di belakang rumah, nak makan rendang kunyit, hali, lengkuas telah siap ada. Benefitnya bukan sekadar kita boleh menikmati makanan segar namun pokok-pokok memperkayakan oksigen dan menyejukkan di persekitaran kita.

Papa pun dah bagi green light untuk landed home. Tak sabaq nak menyangkul...jeng jeng jeng




19 April 2013

Bingkisan buat Izzat (Muhammad Nur Qulhizzat)...berbahagialah kamu di alam sana

Semalam Alang Myra pulang membawa berita sedih, "mama izzat dah tak der, cik yan yang bagi tau". Semua terdiam bagai tidak percaya. Mama, "betoi ka ni Alang, mama tak tau pun tak pa nanti mama check FB cik Idah", kataku kepada anak-anak. 

Anak-anakku dan anak-anak Idah rapat memandangkan mereka tinggal di taska yang sama. Izzat sebaya dengan Al Khattab. Anak-anak bila berjumpa dengan anak-anak idah riuh macam adik beradik. Nama Huda, Izzat dan adik-adik mereka sentiasa meniti di mulut anak-anak. Dan aku memang tertarik dengan personaliti ibu mereka yang padaku amat baik hati dan tabah sekali.

Hari ini. Tetiba aku melihat posting idah di new feed:

Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya. Berbanyak terima kasih kepada teman2 semua yang mengucapkan salam takziah utk arwah anak saya yang meninggalkan kami sekeluarga dengan tiba2...apapun saya redha dengan apa yang berlaku kerana semua ini adalah perancangan Allah swt yang lebih mengetahui segalanya...semoga Muhammad Nur Qulhizzat bin Zaidi, tingkatan 1 Zuhrah di Sek.Men. USJ 21 ditempatkan di kalangan umat yang terpilih dan tunggu ibu di pintu syurga ya.....Aminnn — at Kg. Gong Tok Nasek,K. Terengganu
Al fatihah, berbahagialah mu anak di syurga sana. Amat bertuah sekali mu anak kerana pulang diusia muda ini tanpa sempat diguris oleh noda dunia. Air mata laju mengalir. Aku terus email cik B untuk confirmkan berita yang dibawa oleh alang Myra. Cik B turut bersedih memandangkan kami memang kenal anak ini. Dan aku terus terbayang wajah anak kecil mengayuh basikal ........

Idah,

Tabahlah wahai sahabat dan aku pasti kau amat tabah dan sungguh bertuah kerana kita telah tahu tempat anak kita memang di syurga sana.

Alfatihah buat allahyarham Muhammad Nur Qulhizzat bin zaidi semoga rohnya dikalangan mereka yang dirahmati Allah SWT. Amin










Promotelah Pasangan Depan Anak-anak

Selalu melayu tipikal yang buat benda ni asal silap terus dikomen isteri tak kisah di mana berada walaupun cuma tertumpah air secara tidak sengaja bila dia tumpahkan boleh pula dia cakap tak sengaja. Semua yang salah di batu jemala isteri suami mcm malaikat tidak pernah buat salah.
Anak-anak sebenarnya umpama CCTV menjadi pemerhati tingkah laku ibu dan ayah. Insan yang hebat sentiasa meneliti apa yang keluar dari mulut sebelum diucapkan. Marah bukanlah jawapan yang baik dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat. Ada masa kita perlu meneliti sunnah nabi dalam mendidik anak-anak kearah menjadikan mereka insan yang cemerlang dunia dan akhirat.


Jangan Tegur Isteri/Suami Depan Anak-anak
----------------------------
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Pasangan Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) pasangan kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek pasangan kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang mamanya atau papanya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya pasangan kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada mama atau papanya.

Sekali ibu atau papanya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan pasangan kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk pasangan mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…

Sama-sama kita fikirkan…

copy from: rosidah FB

18 April 2013

Disleksia

 Panduan kepada ibu bapa yang anak-anak mengalami masalah pembelajaran dibawah, perkongsian di ambil dari  Prof. Dr. Rozieta Shaary bagaimana untuk membantu kanak kanak yang mengalami masalah disleksia

Cannot name the letters of the alphabet in sequence

_____2. Cannot count in sequence to twenty or higher

_____3. Mixes up letter order in words: "pasghetti" with "spaghetti"; "ciminon" with "cinnamon"

_____4. Misspells words

_____5. Reverses letters "b" for "d" or "p" for"q", even whole words

_____6. Reverses the last letter of a word with the first letter

_____7. Cannot spell simple words correctly

_____8. Fails to recognize the same word twice or later on the same page

_____9. Spells a word several different ways

_____10. Cannot do a spelling test correctly if the words in the original list are dictated in a mixed order

Reading

_____1. Confuses verb tenses may mix up: see, saw, seeing.

_____2. Reads slowly and below grade level

_____3. Continues having many reading problems as they move through the grades.

_____4. Does not seem to understand what he or she has read.

_____5. Has difficulty hearing and repeating words of another language

_____6. Has problems understanding and spelling abstract words, especially those about time and place

_____7. Mispronounces or misreads many words

_____8. Decodes words too slowly while reading and loses comprehension

_____9. Has an inadequate reading vocabulary

_____10. Fears having to read aloud in class

_____11. Has difficulty remembering content just read in a story

_____12. Has difficulty remembering information just read in a list

_____13. Requires more time to read or answer questions than other students

_____14. Has difficulty tracking a printed line across the page

Mathematical Concepts

_____1. Does not understand the concept of time

_____2. May not be able to tell time correctly up to ten to twelve years of age

_____3. Cannot do simple mathematical word problems without referring to pictures, concrete objects or counting on their fingers

_____4. Does not understand simple fractions such as half a cup of sugar or three quarters of an orange

_____5. Cannot understand money unless taught by holding the coins and bills in their hands and actually buying something

_____6. Does not understand flat, two dimensional drawings as opposed to three dimensional views of actual objects

_____7. Cannot understand measurements: linear, weights, quantity or volume

_____8. Does not understand or has difficulty with long division

_____9. Is not able to memorize the multiplication tables

_____10. Does not understand fractions, percentages or decimals.

General Problems


_____1. Has difficulty following spoken or written instructions

_____2. Does not know what is expected of them when given oral instructions that are not complete

_____5. Cannot copy notes from the board accurately

_____6. Has difficulty copying geometric designs

_____7. Cannot explain "cause and effect" in a picture of a scene or a story, or predict what may happen next

_____8. Can remember more information when hearing it read aloud or discussed than when they read it silently to themselves

_____9. Can do a learning task better if they can see it and handle the parts first

_____10. Can answer questions orally, but poorly in writing

_____11. Freezes up when asked to give hand-written answers in sentences, paragraphs or essays

_____12. Has difficulty with spelling, punctuation, grammar and writing.

_____13. Cannot focus on a few ideas at a time, so cannot

stay on task.

_____14. Has difficulty memorizing poems

Demam pilihanraya...anak-anak bertanya mama jawap


"mama kita ni orang umno ke pas ke adil, kawan alang kata umno tu jahat", tanya Alang Myra sebelum tu Kakak telah bertanyakan soalan yang sama. 
"Orang Islam kena letakkan kepercayaan hanya kepada Allah SWT dan Rasul saja", jawapku. 
Aku teruskan lagi dengan pertanyaan kepada si kecil Humairaa, "Apa yang wajib dilakukan oleh orang Islam", 
"Solat, puasa, zakat, haji", jawapnya. 
"kalau orang tu tak solat atau tak cukup solatnya, baik tak", tanyaku lagi. 
"tak", jawap si petah ini. 
"kat mana tempatnya orang tak solat", tanyaku. 
"Neraka la", pantas dia menjawap. 
"Kan...Allah lemparkan kita ke neraka bukan sebab kita umno atau pas atau adil , Allah SWT masukkan kita ke neraka bila kita tidak melakukan suruhannya dan buat pulak apa yang dia larang"

Manakala kepada kakak pula aku berikan jawapan, "undi kita adalah rahsia, nanti kakak dah boleh mengundi kita share yer sebab masa ni fokus kakak adalah untuk mengutip ilmu, belajar, baca dan faham bukan dengar dari mulut orang lain dan mulut kita mengiyakan kata faham. Faham itu bila kita mentaakul ilmu dengan membaca dan membaca".

Abang Al Khattab agaknya amat faham dengan peneranganku selepas beberapa kemuskilannya telahpun kujawap.

Demam pilihanraya.

Aku dan cik B tidak taksub kepada mana-mana parti yang bertanding. Semuanya ciptaan manusia walaupun dinamai dengan Islam ciptaan manusia bersifat tidak sempurna. Jadi mengapa kita perlu taksub sehingga memutuskan silatulrahim.

Nadhira Malisha, Nadhir Al Khattab, Nadhira Humairaa, Nadhir As Siddiq & Nadhir Al Waleed tetapkan di dalam hatimu anak-anak mama sesungguhnya peganglah sekuatnya tali Islam ini jangan putuskannya. Kembalilah kepada Islam andai ada pertelagahan antara kamu dan itulah yang sebaiknya.

Sesungguhnya setiap yang beriman itu bersaudara.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
 “Tidak beriman seseorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Hadis)

Allah swt berfirman :
"Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka" (QS Al Mujaadilah : 22)

Tidak sepatutnya masyarakat Islam itu berpecah belah seperti masyarakat lain yang dinyalakan oleh :

a. Fanatik golongan.

b. Keturunan.

c. Warna kulit.

d. Tanah air (asal daerah).

e. Bahasa.

f. Kelas sosial.

g. Mazhab.


Ukhuwah Islamiyah berada di atas segala jenis ashabiyah’ (fanatisma) apa pun nama dan bentuknya.
Rasulullah saw sangat anti terhadap segala bentuk atau sikap fanatik seperti ini, sebagaimana dalam sabda baginda saw :

"Bukan termasuk umatku orang yang mengajak pada ‘ashabiyah’, dan bukan termasuk umatku orang yang berperang atas dasar ‘ashabiyah’, dan bukan termasuk umatku orang yang mati atas dasar ‘ashabiyah’." (HR Abu Dawud)

Al Qur'an mengingatkan kita akan bahaya perancangan yang dihembuskan oleh orang-orang bukan Islam yang ingin memecah belah umat Islam dan memporak porandakan persatuan mereka sebagaimana yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi terhadap kaum Muslimin dari suku Aus dan Khazraj setelah dipersatukan oleh Allah dalam Islam.

Kemudian Allah swt memperingatkan kepada kita agar jangan bercerai-berai dan berselisih, sebagaimana firmanNya :

"Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang bercerai berai dan berselisih (dalam agama mereka) sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka (yang dibawa oleh nabi-nabi mereka). Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat." (QS Ali 'Imran : 105)

Syeikh Mutawalli As Sya'rawi berkata :

"Allah swt melarang daripada mengikut hawa nafsu yang membawa kepada perpecahan sekalipun begitu mereka masih mengikut hawa nafsu yang menghumbankan mereka ke azab neraka".
Syeikh Al-Maraghi pula berkata :

"Janganlah kamu bersikap seperti Ahli Kitab yang telah memecahbelahkan agamanya sehingga mereka berpuak-puak. Setiap puak memiliki fahaman yang bertentangan dengan golongan lain, membela ideologi dan mempropagandakannya kepada orang ramai serta menyalahkan ideologi lain sehingga mereka bersikap memusuhi dan saling berbunuhan.

Sekiranya di kalangan mereka ini ada sekelompok orang yang menyuruh berbuat kebaikan, mencegah melakukan kemungkaran dan berpegang dengan tali Allah serta mempunyai satu tujuan niscaya tidak akan wujud perselisihan dalam urusan agama dan tidak akan berlakunya perpecahan".

Profesor Muhammad Quraish Shihab berkata :

"Ayat ini menyindir mereka yang berkelompok-kelompok seperti Yahudi dan Nasrani. Allah swt melarang orang-orang beriman menyerupai kelakuan mereka dan apa sahaja yang berkaitan dengannya.
                                              
Ini kerana mereka lebih mementingkan kelompoknya dan terbawa oleh keinginan nafsu atau kedengkian sesama mereka. Ia juga boleh menyebabkan perselisihan yang teruk sampai membawa kepada pergaduhan dan pembunuhan. Alangkah buruknya kelakuan mereka. Justeru, diperintahkan oleh Allah kepada Nabi untuk membimbing mereka ke jalan yang benar dan sempurna".

Antara ayat yang memerintahkan untuk berpegang teguh pada tali Allah dengan ayat yang melarang bercerai berai dan berselisih disebutkan ayat yang mewajibkan umat untuk berdakwah dan beramar ma'ruf dan nahi munkar seperti berikut :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung." (QS Ali 'Imran : 104)

Ini menunjukkan bahwa yang mempersatukan umat dan yang mengumpulkan  kepingan-kepingan ukhuwah di antara mereka adalah adanya manhaj yang menjadi pegangan dan rujukan umat.

17 April 2013

Gaya Posing 1 Tahun


Muah...asal muah muncung mulutnya tecit ni. Buah hati semua di rumah tu. Semua teringat-ingatkan matanya yg bulat tuh. Gaya garang nya dan kadang kala terkekek gelaknya.


Orang biasa saja

Ramai bertanya, "Mengapa tidak menulis buku atau novel", dan ada pula yang advice supaya pergi  kursus penulisan skrip. Kata mereka, "kau banyak idea". Mama, "Ha ha ha .....aku menulis bukan kerna nama". Itulah jawapannya. Menulis tanpa nama membuatkan kita bebas untuk menulis apa yang kita fikirkan, dimana dan bila....I'm a mom of 5, mana ada masa beb yang menulis novel 650 muka surat. Ada idea tapi.....masa?

si tecit waleed yang membuatkan masa 24 jadi 12 jam

5.50 am: Pasti buka kelopak mata. macam spring terus bangun, mandi, solat terkejar sana, sini, panaskan air, kejutkan anak-anak bangun, basuh botol susu, jadi cheff buatkan sarapan.

6.40 am: kena hantaq waleed ke rumah ibu.

6.50  am: mama sebagai supir vrooom vrooom hitam jalan hantar Alang Humaira ke sekolah dan seterusnya menghala ke selatan

7.20 am: paling lewat wajib sampai depan sekolah kakak kalau tak muka mempelam muda la anak dara mama ni...pot pet pot pet, "mama tahu tak dah berapa kali nama kakak kena tu", mama, *sengih* "ala baru manusia yang tulis kalau yang tulis tuh malaikat macam mana ....teruk balasannya".

7.30 am: tarik nafas dengar motivasi pagi ikim.fm teruskan perjalanan ke ofis. Tadi sampai offis 7.40 am...labuhkan badan di kerusi terus zupppp hilang 8.28 am buka mata dah cerah, alamak....ermmm.

7.00 pm: selalunya masa dah sampai rumah ada masa awal dan ada masa sampai takala azan maghrib. Ambik Al Waleed di rumah ibu. Taraaaa....tukar uniform be a chef. Buka ice box belek sana sini. Mama jarang plan. Mama akan masak apa yang mama nak masak bila di dapur. Sambil masak jadi CEO kakak, abang, alang and siddiq siap-siap maghrib dah dekat. And masa ni papa pun sampai. Lega sikit

9.00 pm: baru nak dinner, lepas dinner tengok homework anak-anak, lipat baju, buat itu buat ini, Isyak....tau-tau dah 1.00 am patut la nantokkk. 

Keluarga dan anak-anak itu amanah. Mama janji tak akan ambik masa anak-anak. Sebab mama tahu masa bergerak amat pantas sekali dan jika mama gadaikan masa pada hari ini untuk perkara lain di masa depan mama akan menyesal.  Anak-anak perlukan sentuhan dan lisan mama dan papa. Setiap detik dan waktu. Supaya akan sampai waktunya anak-anak mama dan papa meranum menjadi khalifah yang mulia bukan saja di mata manusia malah diangkat darjat di langit sana.