TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI
My super duper family man wiz hero2 |
Baru semalam bersembang dengan anak sulung mengenai perkara ini. Salute pada cik B, semenjak kakak lagi cik B tidak pernah lekang dari memainkan peranannya sebagai seorang bapa. Ditambah lagi dengan kehadiran Al Khattab, As Siddiq dan Al Waleed. He is super duper family man. "kakak tau kenapa mama suka sangat pada papa, bukan sebab papa hendsome tau," beritahuku pada kakak. Kakak memandang wajahku yang fokus dengan pemanduan. "Dulu masa di essemjay mama pernah tanya papa, ada adik tak? Dia jawap ada, ahhh rindunya kat adik di rumah", seorang abang yang terlalu sayangkan adiknya adalah lelaki yang baik dan budiman. Jarang kan orang lelaki yang mahu menukilkan rasa sayangnya pada adiknya pada orang lain. Malah bila kenal hati budi papa seluruh ahli keluarga papa mama tahu seolah-olah mama kenal mereka walaupun tidak pernah bersua muka terutama ayah su (adik bongsu cik B).
PERANAN BAPA:
PERANAN BAPA:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun (ni memang hoby anak-beranak tu kalau dalam toilet bukan main lagi) jeles si kecit waleed mendengarnya.
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya. anak2 teruna mama nampak saja papa pakai baju dah tahu..nak itot
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding.... dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal (ni budaya biasa dirumah jugak rumah mertua sometimes tersenyum melihat mereka bergusti )
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak...
cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila
dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
ermm alKhattab, as siddiq malah si tecit waledd the way bercakap, makan, tidur, bersukan like dad like son
ermm alKhattab, as siddiq malah si tecit waledd the way bercakap, makan, tidur, bersukan like dad like son
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya....amat kerap dilakukan oleh cik B
(terima kasih yer ayang to be very good dad to our kids....Luv U dunia & akhirat)
PERANAN IBU
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu (peluk & cium wajib)
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki. (suka bersembang dan bercerita esp dgn al khattab yang amatlah susah nak bercerita)
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil (mama mmg suka memuji papa kata kuat bodek)
Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana. via
Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj
Klik LIKE Kiddie Funtime untuk dapatkan Tips keibubapaan dan tips anak bijak membaca ^_^
Comments
Post a Comment