Pentingnya memiliki sahabat yang soleh
Imam Ghazali r.a mengingatkan pentingnya memiliki sahabat yang soleh
kerana dia boleh mendokong apabila kita berada pada pihak yang benar dan
menegur kita apabila melakukan kesalahan.
Ibnu Athaillah berpesan dalam kitab al Hikam, “Janganlah
engkau bersahabat dengan orang yang keadaan rohaninya tiada
membangkitkan semangatmu dan kata-katanya tidak memimpinmu kepada Allah.
Mungkin sahaja keadaanmu adalah jahat, tetapi telah dilihatkan kepadamu
sebagai kebaikan dirimu kerana persahabatanmu dengan seorang yang
keadaannya adalah lebih jahat daripadamu.” “Tiadalah (benar dikatakan seseorang itu) bersahabat denganmu
melainkan dia bersahabat denganmu sedangkan dia (sudah pun terlebih
dahulu) mengetahui tentang keaiban dirimu. Sebaik-baik orang untuk
engkau buat sahabat ialah dia yang menuntutmu untuk kebaikan dirimu
sendiri dan bukan untuk kebaikan dirinya.”
Pesanan buat anak-anak mama Nadhira Malisha, Nadhira Numairaa, Nadhir al-Khattab, Nadhir as-Siddiq dan Nadhir al-Waleed
Comments
Post a Comment