09 December 2011

Rentetan minggu ini ....

Tiba-tiba perkara yang lama berlaku kembali tegang..aku sendiri pelik dan memikir apa puncanya namun aku pasrah ketentuan Ilahi. Yang pasti aku tidak melakukan perkara sebagaimana dituduh. Aku di datangi text-text yang menghina diri dan panggilan yang boleh membuatkan sesorang insan hilang kesabaran. Persoalan yang kecil menjadi besar. En B sentiasa dibelakang ku....semasa panggilan tersebut dia mengurut belakang sambil merenung air mukaku.En B sedari dulu tahu sifatku apabila menghadapi situasi sebegini. "mama boleh sabar dan tenang lagi kalau papa dah memang kena orang tu", kata cik B. Maki, hamun dan menghina peribadi orang bukan mainan mulut mahupun hatiku. Aku tidak pernah diajar sebegini oleh abah dan mak.

Di dalam hadits Rasulullah Saw bersabda :

“Orang yang kuat bukanlah orang yang hebat dalam bertengkar, sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang bisa menahan emosi ketika harus marah.” (HR. Bukhari)


Namun disebalik semua ini ada hikmah tersembunyi, dr rentetan ini aku lebih kenal insan yang bernama kawan atau sahabat.Semasa aku meluahkan isi hati tak pernah aku minta di judge sbb pengadilan diri kita hanya Allah SWT. Persoalannya aku hanyalah bertanyakan adakah tindakan aku betul...namun ada yang masih tidak memahaminya mereka mencari orang lain untuk membicarakan ketidakpercayaannya dengan persoalan yang aku lurutkan sehingga menimbulan salah tanggap pihak lain.Terima kasih kepada orang itu yang membuatkan aku lebih kenal siapa dia berbanding sebelum ini. 

Di dalam surat Al-Baqarah ayat 216 diterangkan, “Boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia sangat baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kalian tidak mengetahui.”


Aku tetap yakin tidak ada penghalang antara do’a kita dan Allah. Kalau yang membuat emosi kita itu sifatnya penganiayaan pada diri kita, kita juga tidak perlu beremosi, karena dengan bersabar terhadap penganiayaan itu, adalah sesuatu yang sangat hebat, yaitu doa orang yang dianiaya wajib dikabulkan oleh Allah SWT.

“Takutlah kamu pada do’anya orang yang dianiaya, maka sesungguhnya do’anya orang yang dianiaya tidak ada penghalang antara do’a dan Allah.” (HR. Tirmidzi
Ya...benar bak kata seorang teman yang telah lama kukenal, kita tidak mampu menahan manusia dr berkata2. Aku amat kagum dgn teman ini sering kali merendah diri dalam keadaan jiwanya yang besar.

18 November 2011

Sindrom anak kedua

Apa yang terjadi antara aku dan Alkhattab semalam buatkan aku banyak berfikir dan mencari info mengenai anak keduaku ni. 

Sindrom Anak Kedua atau �The Second Child Syndrome'. Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Walaupun jarang masyarakat kita memperkatakan mengenai sindrom ini, mungkin kerana kekurangan maklumat atau menyedarinya sebahagian daripada ragam si anak, sedar atau tidak, hakikatnya ia turut membelenggu ketenteraman hidup berkeluarga. 

Sindrom anak kedua boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Mengapakah ia terjadi dan apakah sukar untuk menangani kerenah anak kedua? Kami cuba mengupasnya dengan bertanyakan pendapat pakar dalam bidang berkaitan untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang kepada sindrom ini serta langkah mengatasinya serta pendapat ibu-ibu untuk berkongsi pengalaman mereka. 

Berlaku kerana kehamilan tak dirancang - Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi " Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik," Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat "Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan. "Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. 

Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia. "Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan. 

Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak. 

Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri. Anak Kedua Lebih Fleksibel - Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. "Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap �sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya," jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. Berdikari dan degil Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel. Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. 

Manusia lahir dengan pelbagai karakter. Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak. Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anakanak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

17 November 2011

Jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah

Rasulullah SAW pernah berkata kepada seorang sahabat,

"Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah….” – Hadis Riwayat – Tirmidzi

Menjaga ALLAh itu bermaksud menjaga haq ALLAh. Iaitu menunaikan segala apa yang telah ALLAh perintahkan dan manusia wajib mengerjakan. Mendekatinya, tidak kira semasa anda susah dan senang. Mendahulukan ALLAh tidak kira di mana anda berada.

Pagi tadi semasa memandu aku sedikit letih & mengantuk. Sampai di exit perkarangan ofis aku terlelap bila tersedar aku di lane bertentangan mujur van hotel dari arah bertentangan perasan dan membunyikan hon....entahlah kalau tidak aku tidak pasti bagaimana keadaan diri ini. Bila dikenang semula tanpa penjagaan Allah SWT pasti aku terlibat dalam kecelakaan pagi tadi. Allah SWT banyak membantu dan memberi perlindungan padaku insan yang lemah ini.....Syukur padamu Ya Rab

09 November 2011

Poligami melayu yang songsang

Di kampungku, Pak Lah bukan nama sebenar mangamalkan hidup berpoligami. Dia membina rumah isteri2 selang serelung bendang. Aku kenal kedua-dua isterinya, Mak Long Tom dan Mak Cik Dah juga bukan nama sebenar. Selalu aku nampak isteri2 Pak Lah ke sungai memukat ikan untuk dijadikan ikan pekasan atau ikan ikan untuk di jual di Pekan Rabu, Alor Setar dan ada masa beliau akan datang mengambil stok pekasam di rumah mak. Kata abah, apa guna jadi lelaki jika memerah tenaga isteri2 untuk memperolehi rezeki.

Amalan poligami yang diamalkan Pak Lah mengenalkan aku mengenai perkahwinan melebihi satu. Anak-anak dari isteri kedua Pak lah agak terbiar berbanding anak2 isteri pertama. Selalu kelihatan Shahrul mengambil upah membawa kubuta dihari cuti bagi menampung perbelanjaannya.

Bila memasuki dunia persekolahan menengah, aku bertemu dengan kawan-kawan dari keluarga yang mengamalkan poligami. Mungkin bapa mereka tergolong dalam golongan berada maka pendidikan, makan dan pakai anak2 lebih terjaga berbanding anak-anak Pak Lah. Namun kadang kala aku terdengar keluhan resah dan sedih dari mulut kawan2ku ini. Harta benda serta duit ringgit bukan tukaran kepada kasih sayang yang hakiki. Walaupun bapa mereka lebih berharta dari abah namun aku tidak pernah merasa kekurangan malah aku amat berbangga dengan abah. Abah sentiasa ada bila aku perlukannya. Abah sentiasa ada bila aku ingin bercerita mengenai kawan-kawanku. Abah sentiasa ada bila kepalaku timbul seribu persoalan.

Kini aku memasuki alam rumah-tangga, isu poligami hebat di perdebatkan. Seperti biasa pihak lelaki menggunakan modal sunnah sebagai tunjang poligami itu dibolehkan. Sedangkan sunnah lain tidak pula mereka war-warkan. Aku bukan menentang dan tidak pula anti cuma bak kata abah, poligami melayu ni dah songsang. Bukan menaikkan martabat wanita malah meletakkan wanita umpama pelayan seks, bila hendak datang bila tak mahu pergi. Malah rata2 golongan lelaki kononnya hebat jika berpoligami sedangkan kekhalifahan dalam keluarga sendiri tungang langgan. Hebat hanya di luaran.....dalaman hanya tuan badan yang mampu menafsirkannya

Poligami membawa berkah atau musibah


Semalam teman memceritakan nasib malang yang menimpa temannya yang menjadi isteri kedua yang mana terbiar tanpa nafkah zahir mahupun batin. Suaminya akan datang bila isteri di sana off. Datang semata untuk seks bukan untuk melihat zuriatnya atau untuk menjalankan tanggungkawabnya sebagai suami. Si isteri kedua itu pernah mengeluarkan kenyataan, "andai diubah waktu dia tak mahu perkara ini terjadi dalam hidupnya".  Dua tiga hari lepas takala senja, aku melihat teman kawanku itu berjalan bersama anaknya yang berusia setahun lebih berjalan ke perhentian bas yang agak jauh dari kediaman kami. Sayu aku melihat keadaanya. Makin nipis nilai khalifah dalam diri insan yang bernama lelaki kini. Agaknya orang lelaki tidak berfikiran jauh ketika membuat sesuatu keputusan. Tidak memikirkan kesan yang bakal ditanggung oleh pihak lain yang tidak berdosa. Ini belum lagi soal meninggalkan isteri-isteri yang digantung tidak bertali.             

Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani menjelaskan hal poligami di dalam an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam hal. 129 :

"Perlu dijelaskan bahawa Islam tidak menjadikan poligami sebagai kewajipan ke atas kaum muslimin, bukan pula perbuatan mandub (sunat) bagi mereka, melainkan sesuati yang mubah (boleh), yang boleh mereka lakukan jika mereka berpandangan demikian".
Dalil bagi kebolehan berpoligami telah dijelaskan dengan sangat jelas oleh Allah SWT di dalam firmanNya yang bermaksud;

Maka nikahilah oleh kalian wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga atau empat.” [TQS an-Nisaa’ (4): 3]

Imam Suyuthi menjelaskan bahawa di dalam ayat di atas terdapat dalil, bahawa jumlah isteri yang boleh digabungkan (dinikahi dalam satu-satu masa) adalah empat saja (fiihi anna al-‘adada alladziy yubahu jam’uhu min al-nisaa’ arba’ faqath) [Imam Suyuthi, Al-Iklil fi Istinbath At-Tanzil, (Kairo : Darul Kitab Al-Arabiy, t.t.), hal. 59].

Sebab penurunan ayat 3 surah An-Nisaa' tersebut adalah berkaitan dengan kisah pertanyaan Urwah bin Zubair Radhiallahu Anhu kepada Aisyah iaitu;

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) wanita-wanita yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” [TQS an-Nisaa’ (4): 3].

Maka ‘Aisyah Radhiallahu Anha menjawab,”Wahai anak saudara perempuanku, yatim di sini maksudnya wanita yang di bawah asuhan walinya di mana hartanya bercampur dengan harta walinya, dan harta serta kecantikan wanita yatim itu menyebabkan pengasuh anak yatim itu senang kepadanya lalu ingin menjadikan wanita yatim itu sebagai isterinya.  Tetapi pengasuh itu tidak mahu memberikan mahar (maskahwin) kepadanya dengan adil, iaitu memberikan mahar yang sama dengan yang diberikan kepada wanita-wanita lain.  Oleh sebab itu, pengasuh anak yatim seperti ini dilarang mengahwini anak-anak yatim itu kecuali jika mereka mahu berlaku adil kepada mereka dan memberikan mahar kepada mereka lebih tinggi dari kebiasaannya.  Dan kalau tidak dapat berbuat demikian, maka mereka diperintahkan mengahwini wanita-wanita lain yang mereka disenangi.” [HR Al-Bukhari, Abu Dawud, an-Nasa`i, dan at-Tirmidzi] [Lihat Sayyid Sabiq, Fikih Sunah (terj), VI/136-137].


terbaca pula ruangan DCKK (http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=743&kategori=10)POLIGAMI satu isu yang tidak pernah reda apa lagi padam dalam arena kehidupan manusia, malah topik ini sentiasa segar diperbualkan khususnya di kalangan kaum lelaki yang ingin menambah bilangan isteri.

''Namun pada saya bab orang lelaki hendak berpoligami hingga empat sekali pun, itu sudah menjadi lumrah alam dan menjadi hiburan yang menyeronokkan terutama apabila mereka bercerita dan satu-satu kumpulan. Tambahan pula jika si tukang cerita adalah kalangan mereka yang mendakwa bahagianya berpoligami.

''Walau apa pun tujuan saya bercerita di ruangan DCCK ini adalah untuk melahirkan rasa terkejut dan meluat saya apabila membaca tajuk-tajuk akhbar baru-baru ini tentang usaha beberapa orang wanita yang berpoligami ingin menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk membantu wanita yang dipoligamikan.

''Tujuan persatuan ini menurut penganjur persatuan itu adalah untuk memudahkan lelaki yang ingin berpoligami dan wanita yang bakal dipoligamikan supaya mereka tidak menghadapi masalah dalam proses berpoligami selain untuk memudahkan lagi kehidupan mereka yang berpoligami.'' Demikian menurut Rostina dalam e-melnya kepada penulis.

''Pada pandangan saya tujuan menubuhkan persatuan poligami itu seolah-olah merendahkan lagi taraf dan martabah kaum wanita. Jelas sekali lahirnya kaum wanita di muka bumi ini semata-mata untuk menjadi tempat pelepas nafsu kaum lelaki di samping menjadi kilang untuk melahirkan anak.

''Persatuan itu bukan sahaja merendahkan martabat kaum wanita, bahkan merendahkan lagi maruah kaum lelaki bahawa hidup mereka di dunia ini tidak ada lain selain memikirkan soal seks sahaja, tidak lebih daripada itu.

''Tidak dinafikan ramai lelaki Melayu di negara ini bagaikan berebut menambahkan bilangan isteri. Kalau tidak diizinkan berkahwin di tempat sendiri, mereka akan bekerja keras untuk mencapai hasratnya, walaupun terpaksa kahwin lari ke Siam, ke Batam ke Medan dan sebagainya asalkan hasrat mereka terlaksana.

''Kalau gagal juga mereka akan mencari seks secara haram seperti melanggan pelacur, melakukan sumbang mahram, merogol dan banyak lagi.

''Sebagai wanita, dan juga seorang ibu yang mempunyai anak-anak gadis yang bakal berkahwin, saya merasa sangat malu dengan situasi ini. Seolah-olah tujuan perkahwinan adalah untuk memperolehi wanita hanya untuk seks, memperoleh anak, melampiaskan nafsu, dan kepuasan lelaki semata-mata.

Zuriat

''Pernahkah kita bertanya secara jujur terfikir apakah sebenarnya tujuan wanita apabila mereka ingin berumah tangga? Adakah tujuan seks, adakah ia semata-mata untuk mendapatkan zuriat. Saya rasa tidak sama sekali!

''Pada pandangan saya apabila melangkah ke alam rumahtangga, setiap wanita perlukan lelaki lebih sebagai pelindung, menjaga maruah diri dan keluarga dan paling utama mengeratkan hubungan antara dua keluarga dalam ikatan perkahwian yang murni.

''Wanita juga perlukan suami sebagai pembimbing untuk menjalani kehidupan bahagia, di samping menjalankan perintah Allah sebagai syarat utama.

''Tugas suami isteri tidak habis setakat tujuan seks semata-mata, sebaliknya tumpuan lebih kepada zuriat yang bakal lahir supaya menjadi insan kamil, insan solehah, berbudi luhur, menjadi manusia berguna kepada keluarga, agama dan negara.

''Masalahnya kepada sesetengah lelaki, bagi mereka wanita bukan setakat untuk dijadikan isteri, sebaliknya menjadikan wanita lebih sebagai tempat pemuas nafsu seks suami sahaja. Apabila tidak berpuas hati dengan isteri, ataupun kerana ada kesempatan lain, maka mereka dengan sesuka hati menambah isteri lagi.

''Saya rasa amat sedih, bila seorang lelaki yang pendapatan tak seberapa tetapi masih ingin berpoligami. Bila ini terjadi maka kehidupan anak-anak menjadi korban, pelajaran tak sampai ke mana, jiwa mereka tertekan terutama apabila kurang duit dan kasih sayang dari ayah. Apakah kita ingin melihat anak-anak bangsa kita hidup tak ketentuan hala? Merempat. Sedangkan kaum lain hidup lebih mewah daripada kita?

''Ketika ini masyarakat Islam kita amat tercabar, kita masih lemah dan mundur dalam ekonomi, golongan orang Melayu kaya tidak seberapa. Rata-rata ramai yang miskin, kalau tak percaya, lihat setiap musim pelajar melangkah ke IPTA mereka masih menagih bantuan kewangan. Ramai ayah lepas tangan malah mengharapkan bantuan kerajaan. Akibat lewat dapat PTPTN ramai yang tersadai tak dapat teruskan pengajian.

''Sedihnya bila hendak kahwin lagi ramai suami mengaku mampu banyak duit, tetapi bila anak nak melanjutkan pelajaran mereka terang-terang kata tak ada duit. Jelas mereka hanya mementingkan diri sendiri dan nafsu semata-mata. Sepatutnya kaum lelaki dan wanita yang ingin tubuhkan persatuan poligami ini berfikir dan memandang ke hadapan lebih jauh lagi, lihatlah betapa payahnya anak-anak kaum kita hendak mengharung arus kehidupan yang semakin mencabar pada masa hadapan.

''Saya memikirkan sudah sampailah masanya kaum lelaki khasnya umat Islam di negara ini dan di mana sahaja berfikir dengan lebih luas lagi. Bahawa poligami bukanlah segala-galanya, sebaliknya masa hadapan anak-anak patutnya lebih diutamakan. Kerana mereka bakal menempuh kehidupan yang lebih mencabar lagi, jika tersalah langkah mereka akan menghadapi seribu satu macam masalah khususnya dalam ekonomi.

''Jika di zaman para nabi, dengan tiada sistem pengangkutan yang canggih, keadaan geografi yang kering di padang pasir dan dalam suasana perjalanan yang sukar, Memang tidak dinafikan poligami boleh diamalkan, lagipun mereka tinggal dalam kawasan yang sangat jauh, terpaksa mengembangkan ajaran Islam dan demi menambah keturunan.

''Sebaliknya di Malaysia, perjalanan dari Utara ke Selatan tidak sampai enam jam, tambahan sudah banyak tambang kapalterbang murah, jadi apakah perlunya poligami. Bila memikirkan isu ini, kadang kala saya terfikir bahawa kaum lelaki ini tidak ada lain yang mereka fikirkan selain seks dan poligami.

''Sepatutnya sebagai ayah dan ketua keluarga mereka berfikiran dan berpandangan jauh tentang masa depan anak-anak mereka. Apakah anak-anak mendapat pelajaran secukupnya, apakah kedudukan ekonomi mereka sudah kukuh. Apakah bekalan yang bakal mereka tinggalkan untuk anak-anak pewaris agama dan bangsa.


03 November 2011

Jangan lupa amanah dariNYA

Semalam kakak berkongsi cerita mengenai kawan baiknya, F. Kakak menceritakan F mempunyai masalah keluarga ibu-bapanya tidak bersama semenjak setahun lalu. "Macam mana perasaan kalau hidup macam ni, kan mama", luah kakak. "Entah la kak kita pun tidak dapat menelah apa yang di rasa oleh kawan kakak tu, cuma kalau mama sendiri mama nak kedua2 ayah & ibu ada bersama2 berkongsi rasa susah dan senang", jawapku. "Dia macam segan nak bercerita pasal masalah dia, kesian dia pendam sorang diri, mama tau sometimes dia dan adik beradik kena stay rumah jiran sbb ibunya entah ke mana & bapanya pula outstation", terang kakak padaku. Kroniknya bila pemegang amanah iaitu ibu atau bapa melakukan sesuatu hanya mementingkan diri sendiri yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Mulalah berangin satu badan dengan sikap manusia yang mudah....Allah SWT dah berikan yang sempurna ttp konon masih dikejar lagi yang lebih sempurna. Inilah trend akhir zaman yang memporak perandakan institusi keluarga Islam. 

Setiap wanita memiliki daya penarik tersendiri, termasuk kecantikan, kemolekan bentuk tubuh, keperibadian atau statusnya. Bagaimanapun, bagi seorang lelaki , daya penarik seorang seorg wanita itu dinilai daripada aspek kecantikannya. Maka tidak hairanlah lelaki yang telah berumahtangga meminati atau jatuh cinta kepada isteri orang..yang menurut mereka lebih berpengalaman dan matang.

Kita biasa disogokkan dengan cerita bagaimana suami org menjalin perhubungan cinta dengan isteri orang..mungkin dikalangan kita ada berlaku perkara tersebut. Hubungan yang dimaksudkan tidak kiralah sekadar hubungan cinta atau melibatkan hubungan intim yang menyalahi hukum2 Agama.

Sebenarnya banyak kemungkinan yg menjadi sebab mengapa seorang lelaki berstatus suami tertarik pada wanita yang telah berkahwin...biar sedalam manapun cinta kedua pasangan itu, mereka tetap tidak boleh bersatu. Jika mereka bersatu nescaya akan rosaklah hati2 yang sedia ada merana dengan perbuatan haram mereka itu.

Biar apapun alasan yang diberikan oleh pasangan terlarang ini untuk membela diri, namun yang pasti senario songsang ini seharusnya tidak harus dibiarkan, ini kerana bukan sahaja salah disudut agama tetapi dalam masa yang sama meruntuhkan sesebuah institusi rumahtangga.

Justeru, bagi lelaki berstatus suami di luar sana berfikirlah semasak2nya sebelum terjerumus dalam hubungan terlarang ini....Sedarlah bahawa kekasih gelap anda itu tidak mungkin mampu menjadi sebaik isteri anda.

Fikirkan juga bagaimana perasaan isteri anda dan letakkan diri anda di tempat mereka apabila mengetahui bahawa insan yang disayangi sanggup berlaku curang dengan orang lain di belakang anda.

Risiko Menjalin Hubungan Terlarang

1. Terpaksa menjadi penipu
Bagi melepaskan diri, anda perlu menjadi seorang penipu, biarpun adakalanya diri dibelenggu rasa bersalan, namun dek kerana ingin bertemu buah hati, anda terpaksa melukakan hati pasangan tanpa pengetahuan mereka.

2. Terpaksa merahsiakan hubungan
Merahsiakan sesuatu hubungan merupakan suatu yang meletihkan...malahan melibatkan diri dalam hubungan sulit seperti ini akan membuatkan anda kehilangan keyakinan diri untuk menikmati hubungan yang indah..anda terpaksa bertemu cara rahsia takut pertemuan anda dapat dihidu isteri anda atau dilihat oleh teman2 anda maupun teman isteri anda...tentu rahsia anda akan terbongkar!

3. Anda mungkin kecewa
Menjalin hubungan cinta dgn isteri orang tidak akan membawa hubungan anda ke mana2...ini kerana sekiranya anda benar2 mahu memperisterikannya, dia perlu berpisah dgn suaminya dahulu..jika tidak, dia mungkin tidak akan menjadi milik mutlak anda untuk selama2nya...akibatnya anda sendiri akan kecewa.

4. Pemusnah rumahtangga orang lain.
Jangan sekali2 menganggap abda beruntung kerana anda seorang lelaki. Bagaimanapun, segera muhasabah diri dan fikirkan kembali apa yang anda lakukan. Ingat! sekiranya hari ini anda mengambil hak orang lain, tidak mustahil orang lain pula akan mengambil hak anda suatu hari nanti.


Tapi apa yang paling penting ingatlah pada dosa yang anda lakukan..lebih2 kepada isteri yang menjalin hubungan dengan suami orang...tidak terampun dosa seorang isteri yang menduakan suami selagi dia tidak berterus terang dengan suaminya dan memohon keampunan dari suaminya.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji"


01 November 2011

Rumah oooo Rumah

Dulu masa di kampung abah mmg tak suka dengan konsep rumah bertingkat mcm di bandar, yelah di kampung ..laman luas rumah pulak terletak ditengah2 laman. Tenang dan tak ada gangguan.

Balik rumah minggu lepas...."mama, kakak rhasa leaking la bathroom org atas", aduhai ..aku pun bergegas ke maintenance opis untuk membuat aduan. Budak yang menjaga maintenance bersikap acuh tidak acuh. huuuhhh...JMB. Berbeza semasa pengurusan dibawah developer bila mengadu cepat saja tindak balasnya.

Tetiba aku rhasa macam dah bosan tinggal di rumah sebegini..privasi mmg la tp di saat usia makin meningkat ini aku rhasa perlukan kediaman landed. Berbeza dengan dulu aku & cik B memilih kediaman ini kerana terpengaruh dengan kediaman yg kami sewa di Pantai Hill dan Vista Angkasa. Semalam cik B emailkan full settlement rumah yang kami diami sekarang. Lega hati. Makin mengurang liabiliti. Mula la aku memasang angan...namun kawasan yang aku angankan tu harga rumah terlalu tinggi..rasanya susah nak dapat approval cik B....aku sudah beberapa kali kekawasan perumahan tersebut...gated home & aku amat berpuas hati dengan security dan landscape di kediaman tersebut. Seperti yang kami rancang dahulu rumah seterusnya biarlah berdekatan dengan masjid dan sekolah...itu yg cik B inginkan supaya senang di fasa akhir ni kami berulang alik ke masjid. Tu la bermacam kena fikir anak makin dewasa ...pasti nanti fikirkan soal kenduri kendara....ermmm

31 October 2011

Sambal Bilis sempoi & ala2 mood malas...

Sunday ....

Sebenaqnya makanan dlm icebox dah out of stok ada lagi la saki baki tp kaki aku & cik B macam malas saja nak ke pasar. Operasi menyelongkar. Ikan bilis ada, terubuk masin jiran depan rumah Ann & Ayam bagi pun masih ada, kentang ada....


Sambal Bilis sempoi & ala2 mood malas...

Bahan2nya...

Segengam ikan bilis
Cili boh sesuka rhasa
bawang yang sudah dipotong
Asam keping
Garam & gula secukup rasa

Cara membuatnya

Tumiskan bawang, masukkan cili boh tggu sehingga cili masak & masukkan bilis yg telah dicuci ...kacau sehingga nampak garing ..then angkat hidangkan lepas tuh boleh ngap ngap samada dgn nasi ataupun roti gardenia.



Mentekeblood di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram

Destinasi seterusnya pada sabtu lalu ....jalan-jalan cari makan....Restoren Aroma Ikan Bakar, Jeram jeng jeng jeng. 15 minit dr Kuala Selangor. Senang saja nak cari samada pakai GPS atau goggle search atau lagi sonang tanya org he he he. Sesampainya kami di sana fuhhhh...penuh parking.

Order makanan, cik B & alkhattab memilih ikan, udang, sotong dan ketam....mama & anak2 dara

cantik pemandangan laut di petang hari

sejuk mata memandang

sambil menunggu food berposing la anak2 dara mama ni
mana papa & khattab ni....
 Sementara menunggu hidangan Cik B & anak2 teruna ke suaru untuk solat maghrib...kemudian aku & anak2 dara. Terpaksa Q untuk mengambik wuduk. Diharap pihak restoren dapat membuat lebih banyak tempat berwuduk untuk kemudahan umat Islam yang datang. Surau ok. Balik solat dah sedia hidangan atas meja...bersedia untuk ngap ngap ngap.

ni dia ...food yg dah di order juzz for family kita org je

ikan 3 rasa ni mmg bezzz..yummy

Ketam ni tahap boleh la

sotong goreng teoung anak2 ckp kurenggg....

prawn butter ....ok gak
Harga ok la berpatutan & ikan, sotong, udang & ketam pulak fresh......ttp kena rushing makan sbb cik B kalut nak balik tgok bola N9 vs Trengganu.


Taman Air tawar Kuala Selangor

Selepas menaiki trem untuk turun bukit, kami ingat trem akan berhenti di tempat kami naik tadi rupanya tekaan kami silap, trem terus menuju ke Taman Ikan Air Tawar berdekatan dengan Bukit Melawati bersebelahan dengan Taman Alam Kuala Selangor.


Taman Ikan Air Tawar yang dikelilingi pokok paya bakau memberikan suasana yang redup dan sejuk. Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar .....amat bagus pada anak2 yanga selalu tanyakan mama nama2 ikan. He he he mama pun blur juga spesis ikan air tawar yang kenal cuma ikan haruan, puyu, sepat, lampam, selat, keli....yang lain tu he he he kena google la.

tempat menyimpan ikan air tawar

barang2 yg digunakan untuk menangkap ikan air tawar ada di display di galeri di sini

tunggu trem nak balik

senyum .....jgn kata apa apa he he he



Jalan2 Bukit Melawati Kuala Selangor




Selesai menikmati hidangan makan tengah hari terus kami sekeluarga bersiap menuju ke Kuala Selangor. Konon hanya mahu ke Jeram....kami menggunakan LDP kemudian NKVE ke arah Ipoh kemudian memasuki laluan Kuala Selangor melalui Lebuhraya Guthrie. Sebenarnya ni bukan jalan terdekat tapi konon nak guna laluan baru teringin nak masuk perkampung Ijok. Mmg ok laluan ni jalan lengang dan tak banyak kenderaan. Asar kami dah sampai di Pekan Kuala Selangor dan terus ke Masjid Jamek berdekatan dengan Bukit Melawati. Kali terakhir aku ke sana tahun 1995 kenangan bersama abang Lie dan keluarga.

Bukit Melawati - Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi. Kawasan lain seperi Jeram, 10 meter dari Permatang di sebelah bertentangan Sungai Selangor juga telah wujud . Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor.
menaiki trem


Yess..dah sampai hepi anak2 bila tgok rumah api ni

Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.
pemadam api yg digunakan zaman dahulu

terpaksa dukung sbb siddiq pun takut dgn lotong

mama tgok dr jauh saja


Semasa serangan, Kubu Melawati telah musnah tetapi dibina kembali dan diberi nama sebagai Kubu Altingsburg mengambil nama Jenderal Gabenor Belanda.Setahun selepas itu, iaitu pada 28 Jun 1785, Sultan Ibrahim dengan pertolongan abangnya, Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abdul Majid dari Pahang menewaskan Belanda dalam satu serangan pada waktu malam. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menyelamatkan Bukit Melawati sebelum matahari terbit..Sejak dari hari itu, sehinggalah British mengambil alih kuasa pada tahun 1874, kota ini telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa perang.

Selesai solat Asar di masjid Lama Kuala Selangor kami ke kaunter tiket trem berhampiran Kami menaiki Bukit Melawati dengan trem yang berdekatan Masjid Lama Kuala Selangor. Bukan main suka kakak, abang, alang & siddiq dapat menaiki trem ni. Tiket berharha RM3 bagi dewasa dan RM1 (kanak-kanak). Dalam perjalanan, boleh melihat tiga makam Sultan Selangor, runtuhan kota lama dan batu hampar yang pernah menjadi tempat pesalah menjalani hukuman pancung. Erm ok jugak kan sekali sekala membawa anak2 ke tempat bersejarah macam ni.  

kelihatan meriam lama di sekeliling muzium
Apa pun dalam suasana hepi ada yang tak menarik di sini terlalu banyak lotong berkeliaran yang agak menganggu ......yelah aku ni ngeri sikit dengan binatang seumpama ini tp cik B & anak2 selamba saja melayang binatang yang agak jinak dengan manusia ini.



21 October 2011

Sesuatu yg tidak kita duga

2 hari lepas terima call dr Odah, As Siddiq babysitter. Aku diberitahu Siddiq muntah tidak berhenti, dia meminta kebenaran membawa As Siddiq ke klinik berhampiran. Aku telepon cik B untu memaklumkan keadaan As Siddiq dan Cik B meminta aku sendiri pulang dan membawa As Siddiq ke panel family Medical Center yang biasa kami kunjungi. Selesai membuat listing debtor report terus aku pulang...8 minit dr opis. As Siddiq nampak lemah dan tidak bermaya. Sesuatu yang menakutkan aku dan suami yelah dulu As Siddiq pernah admit dengan masalah yang sama.....
pucat & lesu

Dalam kepala asyik memikirkan apa yang salah yang aku berikan yang telah menyebabkan keadaan As Siddiq menjadi sebegitu. Kesian anak mama.

Kebetulah telah berada di medical center tersebut aku pun terus mendaftar untuk diriku memandangkan kondisi aku sedikit lemah manakala tangan sebelah kiri mulai sakit dan kebas-kebas. Doktor Fadhilah menyarankan aku bertukar Doktor Pakar Kardio.....katanya padaku Doktor Pakar Kardio lelaki selalu under estimated patient wanita. Bagi mereka peratus serangan jantung pada wanita adalah rendah berbanding lelaki. Kata Cik B mama kena kuat demi keluarga. Doaku...

"diberikan kesempurnaan kesihatan dunia & akhirat di dalam urusan agamaku, dunia, keluarga dan harta. Moga dipelihara aurat dan imanku. Ya Allah jagalah aku dr hadapan, belakangku, kiri, kanan serta atasku...dan aku berlindung dengan keagungan MU agar aku tidak dicurangi dari bawahku".....


20 October 2011

Suatu kisah anak mangsa penceraian

Aku pernah bertemu dengan seorang anak muda, kagum aku dengan ketabahannya. Berusia 18 tahun lepasan SPM tetapi tanjak bagai pemuda 20an. Seorang yang matang dan bersungguh dalam melakukan pekerjaan.

Selalu dia bercerita mengenai adik beradiknya, bapanya dan adik beradiknya. Tiba-tiba suatu hari dia bertanya padaku, "kak tak tahu ke hal saya". Aku mengeleng. Rupanya dia anak mangsa penceraian, ibu dan ayah masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri. Dari zaman sekolah menengah dia hidup sendirian kekadang menumpang dengan bapa saudaranya. "Tak balik jumpa mak ka", tanyaku dalam loghat Kedah. "Kak, mak saya tu kuat memaki ....tambah dia tahu saya datang tinggal dengan ayah bertambah teruklah marah dia pada saya", ceritanya. "Tapi kak saya dah beli hadiah pada adik saya", sambil dia menunjukkan hadiah tersebut. "Takkan lah mak marah lagi dengan ayah bukankah masing2 sudah ada keluarga", tanyaku, kesian melihat kerinduannya kepada adik-adiknya. "Kak tak kenal dengan mak saya", katanya berlalu. Namun aku pasti ibunya seorang yang cantik.

Terkini aku dengar adik-beradiknya telah tinggal bersama ayahnya. Isteri kedua ayahnya seorang yang lemah lembut dan amat rajin orangnya begitu juga dengan bapanya. Aku kenal orang itu. Mereka berkahwin setelah ibu pemuda ini berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.

Bila aku terkenangkan adik ini sebak hatiku ..yelah saat orang lain hanya tahu meminta duit ayah dan emak dia berhempas pulas melakukan kerja part time untuk menampung yuran pengajiannya di kolej. Semoga Allah SWT memberinya kejayaan dunia & akhirat.

19 October 2011

Moody


Pagi tadi semasa dalam perjalanan menghantar kakak ke sekolah, dia diam dan agak moyok (wajah tidak ceria). "Kenapa ni kak", tanyaku. Masih diam. Membisu seribu bahasa. Anak ini memang agak moody....

Aku ini berada dalam suasana abah, mak, kakak dan abang yang sentiasa membuatkan hidupku ceria. Moody..tak pernah kut. Malah nak tiba-tiba berwajah masam sebegitu rupa....oh tidak. Paling aku tidak suka dengan situasi tiba2 orang yang dekat dengan aku moody.

Nak moody ..moodylah kak ...cuma mcm yang mama katakan dalam kereta tadi orang sekeliling kita tidak suka dengan sikap moody tu. Moody akan mempengaruhi aura kehidupan sekeliling kita. Jangan biarkan faktor luaran mempengaruhi mood harian kita. Diri kita penentu kebahagian kita. Diri kitalah yang bisa mewujudkan mood ceria dan memberikan suasana tenang pada insan lain.

18 October 2011

Iqrak...bacalah

5.9.2009 menerima hadiah tafsir dr Cik B....dia mengetahui keinginan aku hanya kepada buku bercorak ilmuan dek itulah di belikan aku tafsir Al Quran itu.
Tanpa membaca membuatkan jiwa aku kosong. Tanpa pengisian ilmu aku bagai tidak bermaya. Membaca membuatkan dunia didepan kita terasa luas.

Membaca memiliki proses timbal balik antara individu secara total dengan informasi yang dibaca. Seseorang yang membaca akan memperoleh pengetahuan (ilmu). Membaca Al-Qur’an bererti menimba ilmu dari Al Qur’an. Membaca alam bererti menggali pengetahuan dan alam. Membaca tidak sekadar melihat atau mengeja bacaan tanpa mengetahui arti. Aku masih dangkal ilmu masih perlu menyelam jauh kedasar mengutip ribuan ilmu disamping mencari keredhaanNYA. Ya Rab tetapkanlah aku,suami dan zuriat kami dlm mentaati mu dan peliharilah kepatuhan kami padaMU...ya Allah.

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق َ(1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق ٍ(2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ(3)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ(5)

‘Iqra’ (bacalah) denqan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmu lah yang Paling Pemurah, sang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa sang tidak diketahuinya. (Q. Al ‘Alaq: 1-5)


15 October 2011

Sahabat

Aku agak rapat dengan 2 sahabat ini.....orangnya dr negeri yang sama kedua2nya mempunyai personaliti yang amat menarik hatiku mungkin sebab itulah hubungan kami kekal lama. Seorang bernaung dibawah zodiak Capricorn dan seorang lagi Taurus.

Semoga Allah SWT mengekalkan hubungan kami & merahmati serta memberikan mereka kebahagiaan dunia & akhirat.






14 October 2011

Another episod masak ala belasah

nila rupa rebung yg belum di buat gulai

Plannya hanya nak masak tomyam terlupa dengan rebung yang dikirim oleh sahabat smj ART......Sampai di rumah Cik B memberikan bungkusan pink ....he he he rebung idaman kalbu apa lagi dinner mengulai rebunglah. Disebabkan tulang tidak ada maka aku gantikan dengan udang..erm yummy juga. Apa yang penting rebung tu. memang bezz.

jazakallah pada yang memberi rebung nii...semoga Allah memberi rahmat pada ART & family ...
Cik B yang banyak dipengaruhi cara makan orang kubang pasu turut menyukai gulai rebung. Kenangan rebung mungkin menimbulkan nostalgia semasa tinggal di rumah aruah pak ngah Lah di Bukit Tangga.Resepi gulai rebung...actually org Kedah mengantikan nama kari kepada gulai. Di Kedah tidak ada orang panggil gulai lemak tp masak lemak.

Cengcaru goreng sumbat cili menu yang Al Khattab suka..sbb suka ikaan jaket nanti form 1 mama bagi stay kat hostel he he he
 Dinner ni banyak menu yang Cik B suka selain gulai rebung ada kerabu mangga ala somtam he he he tuan-tuan dan puan-puan jika mahu resepinya sila mengoggle Myresepi atau pun type saja menu yang dicari...zuppp akan keluar pelbagai resepi yang kita inginkan. Selain tu ada goreng cencaru sumbat & udang goreng saja.
Kerabu Mangga ala  somtam menu fav cib B....makan tak hingat kalau ada mertua lalu sahih tak nampak

he he he ada orang yang kononnya nak mendiet sbb perut dah makin nemoks tp semalam menambah tak hingat....aku tgok saja padan muka beriya sgt bak diet konon papa dah nemoks kan dah tergigit cili padi yg ada dlm somtam...mcm tu nemoksss tak dak makna.