31 October 2010

Cuti-cuti part 1.....




Percutian keluarga pertama tahun ini. Apa tidaknya tahun ini kakak menduduki UPSR jadi inilah masanya untuk membawa mereka bercuti terutama kakak. Kami memilih Cameron memandangkan tempat ini menyimpan banyak nostalgia kami berdua. Plan baru saja seminggu ....biasalah kami most of our plan semuanya last minit. Dek kerana itulah kami kurang mengemari percutian secara konvoi....kami perlukan perjalanan kami sendiri dan privasi itu yang utama.




Puncak Boh Plantation


Papa & siddiq...


@ Bharat Tea Plantation




@ Kea Farm....Hujan tp best disini



Papa & alang..


ermm banyaknya bunga....



Too attract....x prnah tgok lobak putih yg besaq & panjang


Wajah ceria & happy sgt



Tahun ini mmg tidak kemana memandangkan kakak UPSR jadi ...sebagai ganjaran buat kakak & adik-adik





Assiddiq ..



28 October 2010

Cukup...sudah cukup



Semasa pic ini diambil ...Affan masih lagi ada di dalam ...

Selepas kematian bayi di dalam kandungan bulan 4 lalu aku nekad...cukup dengan 4 orang. Faktor kesihatan dan umur tidak mengizinkan kami untuk menambah bilangan ahli. Nekad. Lelah mula menyerang mungkin faktor umur juga. Aku redho dengan ketentuan ini dan kehadiran mereka berempat sudah menyerikan kehidupan kami berdua. Affan tunggulah di sana ya....




Banyak perkara yang telah berlaku pada tahun ini amat drastik dan sedikit sebanyak meninggalkan kesan di dalam jiwa dan membuatkan diri makin dekat denganNya.



Si kecik siddiq yang banyak memberi kekuatan dan menceriakan.

"Nephotic Sindrom"


Semalam terima panggilan handphone daripada Yusni iaitu adik ipaq, Hazemi admitted. Sebelum tu Mat dah bagi tau yang badan Hazemu bengkak-bengkak. Semalam bengkak di badan makin teruk dan hari ini doktor di Hospital Sg Petani mengesahkan Hazemi mengidap "Nephotic Sindrom"....terdiam aku seketika. Honestly...hari ini aku asyik memikirkan hal ini. Baru saja bulan lepas kami dikejutkan dengan berita teman dan juga jiran Zai yang secara tiba-tiba sakit. Dan sebelum itu teman di opis.

"Nephotic Sindrom"...merupakan suatu kelainan pada ginjal (bukan suatu penyakit). Peratus "Nephotic Sindrom" berkisar antara 2-7 per 100.000 anak di bawah usia 18 tahun. Biasanya terjadi pada anak usia 2 sampai 3 tahun.

"Nephotic Sindrom" merupakan salah satu kelainan yang menyebabkan anak dirujuk kepada pediatric ginjal. Ada berbagai jenis "Nephotic Sindrom", tetapi secara umum terjadi kerosakan sel glomerulus pada ginjal yang disertai peningkatan permeabilitas dari saringan ginjal.

Seperti diketahui, ginjal berfungsi untuk menyaring darah yang lewat dan akan menyerap zat-zat yang dibutuhkan oleh tubuh serta membuang zat-zat yang tidak diperlukan dalam tubuh bersama urin. Pada anak dengan "Nephotic Sindrom", fungsi penapis ginjal ini rusak.

Apa penyebab sindrom nefrotik?

Penyebab sindrom nefrotik sangat beragam, mulai dari infeksi sampai keganasan. Beberapa keadaan yang diketahui dapat menyebabkan sindrom nefrotik adalah:
Setelah terinfeksi bakteri atau virus tertentu (seperti bakteri Streptokokus, Varisela, Tuberkulosis, Hepatitis B; dll)
Penyakit Henoch-Schonlein Purpura
Diabetes Mellitus
Keganasan (seperti leukemia, limfoma)
Terkena racun (seperti tergigit ular)
Akibat obat-obatan tertentu
Kelainan darah
Apa tanda dan gejala dari sindrom nefrotik?

Ada 4 tanda dan gejala yang khas dari sindrom nefrotik, yaitu:

Edema menyeluruh (bengkak di seluruh tubuh).

Proteinuria (terdapat protein yang keluar bersamaan dengan urin); kadar protein yang keluar bersama urin lebih dari 50 mg/kgBB per 24 jam.Hipoalbuminemia (kadar albumin dalam darah yang rendah); kadar albumin dalam serum lebih rendah dari 3 g/dL
Hiperlipidemia (kadar lemak dalam darah yang tinggi); kadar kolesterol total lebih dari 200 mg/dL; dan sering mencapai 500 mg/dL. Selain tanda dan gejala spesifik di atas, ada beberapa tanda dan gejala lainnya yang kadang menyertai seperti: sakit kepala, anak rewel, kelelahan, sakit perut, dan tanda-tanda infeksi saluran pernapasan.

Bagaimana menegakkan diagnosis sindrom nefrotik?


Diagnosis sindrom nefrotik ditegakkan berdasarkan gejala klinis dan pemeriksaan laboratorium. Pemeriksaan urinalisis, pengukuran serum protein, dan laju filtrasi ginjal akan dilakukan.

Kadang diperlukan biopsi dari ginjal. Biopsi ginjal adalah tindakan invasif dengan cara mengambil sebagian kecil organ ginjal untuk diteliti di bawah mikroskop di laboratorium.

Apa terapi terbaik untuk menangani sindrom nefrotik?

Terapi sindrom nefrotik biasanya simtomatik dan suportif saja. Pengurangan cairan menjadi prinsip utama terapi. Kadang diperlukan tambahan albumin yang dimasukkan melalui infus, sayangnya harganya sangat mahal. Pemberian obat-obatan seperti steroid, diuretik, siklofosfamid, klorambusil diberikan atas dasar pertimbangan tertentu dari dokter anak Anda.

Apakah sindrom nefrotik dapat sembuh?

Pada umumnya sindrom nefrotik dapat mengalami remisi setelah pengobatan selama 3 minggu. Istilah remisi menunjukkan "sembuh" dengan kemungkinan kambuh. Tetapi kadang dan dalam persentase yang relatif kecil dapat terjadi sindrom nefrotik kronis. Secara umum apabila anak sudah bebas dari gejala dan obat-obatan selama lebih dari 2 tahun, maka dikatakan anak tersebut mengalami remisi sempurna.

Kesimpulan
Sindrom nefrotik merupakan suatu kelainan pada ginjal yang menyebabkan fungsi ginjal terganggu.

Sindrom nefrotik terjadi akibat suatu sebab/penyakit yang mendasarinya.
Tanda sindrom nefrotik sangat khas yaitu adanya: edema tubuh, proteinuria, hipoalbuminemia, dan hiperlipidemia.

Sumber : http://gangguankesehatananak.blogspot.com/2010/04/sindrom-nefrotik.html

27 October 2010

Facebook...are you addited?



Can't login facebook. Perkara ini bukanlah meresahkan aku sbb nawaitu aku ke opis adalah untuk bekerja di mana menunaikan tanggungjawabku sebagai pekerja. Namun ada alternatifnya....aku lebih suka bertwitter dan sesekali aku akan melihat yahoo pulse....

Perlukah...Tidak perlu sebenarnya. Sekadar untuk melihat update terkini sehari sekali ok la tapi jika berejam ia dikafikasikan sebagai additted pula.

Ini adalah kebaikan dan keburukan facebook yg ku ambik dr blog saudara Mazidul TV3 oleh Puan Liza Mahmoh:

Facebook ada baik & buruknya (baca : semua perkara-perbuatan/percakapan/makanan dlln ada baik & buruknya).

Kebaikan fb :-
(1) Mengeratkan silaturrahim - Dpt berinteraksi dgn kwn lama/saudara-mara/kwn baru.

(2) Kurangkan bil - Tidak perlu bertelefon/berSMS kecuali hal2 yg penting/peribadi.

(3)Jimatkan kos - Bagi para peniaga tdk perlu mengeluarkan modal utk beriklan.

Keburukan :-
(1) Ketagih/kurang produktiviti - Ya, saya setuju 3 jam ke atas mengadap fb blh di kategorikan sbg ketagih. Mari kita congak pengisian 24 sehari semalam buat seorang Isteri :-
* 11 jam - Dari proses bersiap, perjalanan pergi, balik bekerja & waktu bekerja dari jam 9pg-6ptg.
*1 jam - Beribadat (Sembahyang, baca Yassin/Al-Quran).
*8 jam - Waktu tidur jika bermula dr jam 10mlm-6pg (percayalah tiada Isteri yg dpt cukup 8 jam tidurnya kerana balik kerja nak memasak, basuh baju, mengemas, jaga anak & melayan Suami).
* 3 jam - berFB
* 1 jam - Berbaki daripada 24jam sehari semalam diperuntukkan utk menonton TV + Menyemak homework anak2 + Baca surat khabar/buku/novel + Berborak hal ehwal diri, keluarga, hal dunia bersama Suami & anak2 + Menggosok & Membasuh pakaian + Cuci muka & minum Pynbark ooopss...
Cukup ke 1 jam sedangkan berfb 3jam?. Oh! Sungguh salah, bersalah dan patut dipersalahkan... (Tetapi jika pengisiannya betul, memberi faedah kpd org ramai, pada hari cuti & kerja rmh dah beres & yg penting sekali sekala ok la kot...).

(2) Akaun di salah gunakan - Buat selebriti/personaliti yg dikenali mahupun org biasa akan resah & geram kerana tangan2 gatal yg mencuri data peribadi lalu membuka akaun fb individu tersebut dgn niat yg tdk baik.

(3) Ketidakharmonian - Drp pelbagai sudut :-
* Rumahtangga - Suami/Isteri berantakan kerana sudah mula berpaling hati kpd rakan/kekasih lama malah ada juga dgn kenalan yg baru dikenali. Ataupun kurangnya perhatian kpd urusan rumahtangga & anak2.
* Remaja - Ralit mengemaskini status hingga pelajaran terabai & kurang berinteraksi bersama Ibu & Bapa.
* Pekerja - Kurang produktiviti jika ralit mengadap fb di waktu bekerja.

Kita telah dewasa - semuanya berada ditangan kita menentukannya jangan sampai sosial media ini memecahbelahkan rumahtangga dan silaturahim serta prestasi kerja kita.

Kompilasi MyPida



Jalan masuk mypida



Sungai ke 2 sebelum memasuk kalan mypida



Suasana petang di pida



Tenang & lapang



Tenang & lapang



Belakang rumah abah

Tempat Jatuh Lagi di kenang


Sebenarnya sudah 2/3 hari rasa tidak sedap badan. Aircond yang dulunya tidak terasa sejuk kini bagai merentap tulang belulang. Teringat Mak, Abah dan pida sanglang. Tenang rasanya di sana. Oksigennya segar. Cahaya mentarinya terang. Sawah padi terbentang luas melapangkan fikiran. Suasana membajak, padi menghijau, pagi menguning, tanah sawah kekontangan bagaikan slide di minda. Lengok pelam sala membuahkan kelenjar liur mengembang.

Sesekali kupejamkan mata......rindu pada laman yang baru sebulan kujejakkan kaki.

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA


PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Petua 8P Ustazah siti Nurbahyah




Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak

2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak

3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje

4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????

8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

“sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat”

Gomo Kelate Gomo




Hijau kuning tak dapat masuk final..erm nak buat macam mana bukan rezeki. Apapun sabtu nih....jom pakat sokong "Gomo Kelate Gomo ".



Kenapa sokong Kelate? Chemistry kut.....semenjak study aku memang ngam dengan Kelate sebenarnya dengan negeri lain pun ngam tapi dengan geng kelate ngam lebih sikit. Mungkin faktor domografi dan persekitaran aku yang juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Kelantan.

Malas la nak cegreta...apa pun malam sabtu angkat tangan pada "GOMO KELATE GOMO"....sian org kelate sa kata depa masuk final teruih harga tiket naik, tambang bas naik .....macam sesaja tangan tertentu buat lagu ni. Rasanya kalau negeri lain masuk final dak kut?

Paul si sotong kurita mati


Inilah berita yang ku dengar seawal pagi semasa bersiap untuk ke opis. Paul si sotong kurita mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman. Ramalan si Paul ini rupanya mempengaruhi minda umat Islam di Malaysia sehingga ada yang lupa ianya adalah perkara khurafat. Kepercayaan terhadap perkara lain selain Allah SWT akan menyebabkan kita tergelincir. Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).”

Amalan khurafat berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib. Setiap kepercayaan, perlakuan diikuti dengan perkara-perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk di dalam iman. Namun, amalan khurafat ini mengalih pergantungan manusia daripada Allah s.w.t kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam.

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

25 October 2010

Jadikan mereka yang terbaik......dan kita perlu belajar dan terus belajar



Semenjak mengandung anak sulung aku suka mencari tip-tip mendidik anak-anak samada daripada mereka yang telah berpengalaman ataupun dari pembacaan. Aku suka bertanya kepada mereka yang lebih arif misalnya sekarang jika ada sebarang masalah mengenai anak-anak aku akan bercerita dengan Boss....banyak tip dan persediaan mengenai kos pendidikan, persediaan sosial, kebarangkalian apa yang mungkin anak-anak akan lakukan di masa akan datang ...dia umpama abang dan juga ayah bagi kami di finance PMD ini. Sebenarnya dari dahulu lagi aku selalu bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Dan aku suka cara masyarakat cina dalam penekanan ilmu terhadap anak-anak. Masyarakat cina tidak pernah lokek jika ianya berkenaan ilmu. Dan masyarakat India pula kudapati mereka suka berkomunikasi dengan anak-anak mungkin sebab inilah profesional peguam di monopoli oleh mereka. Ada perkara boleh kita suntik daripada kaum-kaum ini

Banyak perkara yang tidak dapat kita jangka. Misalnya jika anak sulung kita genius, boleh membaca seawal 3 tahun tidak semestinya anak lain akan sebegitu. Kami beruntung dikurniakan puteri sulung yang cepat "pick up" bila diajar dan dia amat mudah dibawa berunding. Tidak pernah mengamuk jika benda yang dihajati tidak dipeolehi. Minatnya pada dunia bacaan amat ketara hingga kini.

Apabila dikurniakan zuriat sebenarnya kita memegang amanah. Amanah menjadikan mereka sebaik-baik mukmin, sebaik-baik khalifah di muka bumi ini. Apa guna mereka memegang jawatan tinggi, memiliki empayar niaga dan mempunyai nama seantero dunia namun hubungan mereka dengan Maha Pencipta iaitu Allah SWT tidak ada. Amanah menjadikan mereka kenal akar mereka, kenal sejarah supaya mereka tidak mengulangi apa yang telah menyebabkan runtuhnya kota Melaka. Dan amanah menjadikan mereka sentiasa santun dan berlembut kepada orang tua.

Bak kata seorang yang ku kenali senang untuk mendidik anak menjadi cemerlang dalam akademik namun susah untuk mendidik anak menjadi soleh dan peka terhadap kehendak dunia dan akhirat. Sebagai ibu-bapa keperluan belajar untuk menjadi lebih matang adalah berterusan terutama belajar ilmu akhirat. Supaya kita beroleh zuriat yang beriman dan bertakwa serta mampu berfisabilillah.

A boy killed because of TV remote control, siblings fight



Berita ini membuatkan aku gerun, yelah anak-anak makin membesar kadang-kala mereka bergaduh kerana perkara kecil. Semalam selepas membaca berita ini aku berpesan kepada anak-anak, jangan kerana perkara kecil terjadi kemalangan sebegini. Kawal kemarahan, jangan provoke, beralah pesanku kepada anak-anak. Adik-beradik bergaduh berlaku semenjak dulu lagi iaitu semenjak awal kejadian manusia. Kukongsi kerisauan ini dengan boss jabatanku, dia mengakui anak-anaknya pun kadang kala bergaduh dan katanya lagi ini berlaku pada umur tertentu dimana di tahap ini mereka tidak dapat mengawal kemarahan. Sudah 4 kali aku menelefon kakak memesan supaya tidak bergadoh. Sesak dada mama.

KUANTAN: Seorang remaja lelaki terbunuh akibat tertusuk serpihan kaca tingkap dipercayai diacu kakaknya selepas berlaku pertengkaran disebabkan mangsa berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik bongsu di rumah mereka di Balok Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, bekas pelajar sebuah sekolah tahfiz di bandar ini, meninggal dunia kerana parah di pangkal paha kanan akibat terkena serpihan kaca tingkap yang dipercayai diacu kakaknya berusia 16 tahun.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 5.40 petang di Klinik Kesihatan Balok, di sini, selepas lebih sejam bertarung nyawa akibat kehilangan banyak darah disebabkan kecederaan teruk.

Ketika kejadian, hanya tiga beradik itu tinggal di rumah berikutan ibu mereka, Noranita Abdul Rauf, 37, menunaikan solat Asar di surau berhampiran rumah mereka manakala bapa mereka di tempat kerja.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa, anak kedua daripada tiga beradik bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun kerana berebut siaran televisyen.

Menurutnya, kakak sulung mangsa pada mulanya mahu meleraikan pergaduhan itu, tetapi memarahi dan menampar pipi kanan mangsa menyebabkan dia berang.

“Dua beradik itu berlari ke luar rumah sehingga berlaku cabar-mencabar sebelum kakak mangsa mengambil serpihan kaca tingkap dan mengacukannya ke arah mangsa bagi menakutkannya.

“Namun, tiba-tiba kaca berkenaan terlepas daripada genggaman gadis itu lalu terkena pangkal paha kanan mangsa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami pendarahan teruk meraung meminta pertolongan dan kejadian itu disedari jiran mereka yang bergegas menghantarnya ke klinik berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan kira-kira jam 5.40 petang sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, untuk bedah siasat.

“Laporan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah pada arteri femoral di lipatan pangkal paha kanannya,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan kakak mangsa berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

21 October 2010

Aku tidak sempurna.........Ad'din is my way of life



Tadi selepas maghrib bersembang dengan Mat berkisar mengenai email "Islamic Fashion show" yang di hantarnya. Aku tersenyum. Mana ada fesyen dalam Islam. Fesyen itu hanya ciptaan orang barat dan digunapakai dalam Islam. Islam hanya mewajibkan muslimah menutup aurat aiitu melabuhkan kerudung melepasi dada. Mengapa wujud situasi seperti sekarang bertudung tetapi melakukan perkara yang di larang oleh Islam. Inilah penyebabnya bila ada yang berkeinginan bertudung hanya ingin nampak cantik dan anggun bukan nawaitu untuk menutup aurat.

Teringat aku bulan lepas bila Uda menegur Alang tidak bertudung seperti Kakak. Aku menerangkan pada Uda yang aku tidak mengalakkan mereka bertudung sehingga mereka benar-benar memahami mengapa mereka wajib menutup aurat. Menutup aurat adalah berat ianya menjaga tatasusila dan kesopanan agama kita. Menutup aurat bukan sekadar bertudung dan ia adalah wajib kepada wanita yang telah baligh.

Aku pun bukanlah sempurna sangat dalam menutup aurat. Kadang kala kelihatan amat selekeh namun nawaitu hanya satu untuk menutup aurat.

Aku dan suami dikurniakan 2 putri dan diua putra. Semenjak kecil mereka kerap bersoal, "pasai apa mama pakai tudung, awat keluar depan rumah mama pakai tudung & awat orang mai mama pakai tudung"?. Satu persatu soalan yang keluar dari mulut kecil ini perlu diberi jawapan. Jawapan mudah aku beri kepada mereka sebab kita orang Islam. Dek kerana jawapan itu si putri sulung pernah bertanyakan seorang ibu temannya semasa di kindergarden."autie, are you muslim"...disebabkan ibu temannya tidak bertudung dan hanya memakai seluar pendek ketika hendak mengambil anaknya. Nasib baik ibu kepada teman itu tidak memandang serong atas persoalan tersebut dan memberitahuku pula. Perit sedikit ketika itu untuk aku menerangkan kepada sang putri ini disebabkan persekitaran .............Dek kerana itu aku masukkan Abang ke kindergarden yang berkonsep Islamic.

Namun Alhamdulillah putri sulung yang kini sudah 12 tahun memahami konsep menutup aurat dalam Islam. Tanpa disuruh atau dipaksa dengan sendirinya dia tahu akan tanggungjawabnya.

Proses penerapan Addin bukan sekadar menutup aurat tetapi lebih dari itu di mana ia meliputi Rukun Islam dan Rukun Iman, soal halal dan haram serta ruang lingkup Al Quran dan sunnah.

Aku bukannya sempurna tetapi aku selalu bermohon kepadaNya supaya aku, suami dan zuriat kami berada di jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Bukan harta dunia yang kita kejar namun kita berusaha untuk mencari sedikit harta dunia sebagai modal untuk mencari keredhaan Allah SWT dan bekalan kita di akhirat kelah.

Ku cuba menjadikan ad'din sebagai cara hidupku dan anak-anak dan kubuangkan sedikit2 demi sedikit adat yang bertentangan dengan Islam.

20 October 2010

Kedah Vs Kelate......


Malam ini Kedah vs Kelate. Suka suka. Kedah negeri kelahiranku & I luv kelate food esp kueh akak, lompat tikam soo nice & Pok Nik he he he.

Sekarang semua dok depan TV. Rhasa macam dok kat stadium plak ..miss la tgok bola di stadium lama rhasanya tak pi stadium.



Hope & pray Kedah menang malam nih & menang juga bila berlawan di kelate nanti. Kalau Kedah menang sahih final mai lawan sini. Pi stadium lagi. Pulun Kedah pulun. Cuma malam ni 3 org kuat Kedah tak turun..boleh ka? Getaq la....sebelum tun nak pernaik semangat .....pakat menyanyi deras2 satu rumah



LIRIK LAGU KERAMAT PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah


Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku


Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah


Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

19 October 2010

Pelangi Selepas Hujan




Entahlah dalam bergelak tawa dalam latihan untuk dinner "company" aku tetiba terkenangkan suatu peristiwa yang amat menghiris hati dan sanubari. Namun aku redha semuanya adalah sebahagian ujian daripadaNya yang membuatkan aku lebih rapat denganNya sebagaimana aku sebelum kahwin. Peristiwa itu menjadikan aku lebih kuat dan tabah dari dulu. Inilah hadiah daripada kekelabuan peristiwa semalam.


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Kuambil artikel ini dari Iluvislam sebagai penenang diri ......

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Tips: Mengawal rasa marah


Hari ini sememangnya marahku ke tahap memuncak. Aku rasakan dia amat keterlalu mungkin terlalu diberi muka oleh atasanku. Apapun aku perlu tenang dahulu sebelum menyelesaikan kekusutan ini. Aku pasti akan ada jalannya dan aku tidak suka membiarkan ada pihak bermaharajalela goyang kaki dan membiarkan oranglain melakukan kerja nagi pihaknya. Aku bukan orangnya. Aku patut mengawal rasa marah ini. Tadi di surau bertemu dengan salah seorang opis mate sekurang-kurangnya reda sedikit marahku.

Nafas kutarik dan perlahan-lahan kulepaskan.....Insyaallah aku yakin akan dipermudahkanNya. Dan artikel ini sedikit sebanyak membantu merelialisasikan pengunduran marah ini.

Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

18 October 2010

Himpunan Doa untuk anak2


Minggu lepas menerima message daripada bekas teman opis yang meminta tip mengenai anak nakal. Sebenarnya tidak banyak doa yang aku amalkan melainkan Surah Ibrahim ayat 40 yang selalu kuamalkan setiap kali selepas solat. Alhamdulillah, Kakak, abang, Alang juga di kecil Siddiq mudah dalam soal ibadah dan mengingati Allah. Perkara yang paling aku bimbang dan takuti ialah hilangnya rasa takut mereka kepada Khalif iaitu Allah SWT dan hanya dengan solat mampu mendekatkan insan dengan Tuannya. Dan kebetulan aku bertemu dengan himpunan doa drp http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-32-himpunan-doa-untuk-anak.html dan moga dapatlah ia menjadi bekal membentuk anak2 beriman.

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati . Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak-anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak-anak.

Saya ingin berkongsi doa-doa yang saya biasa amalkan dalam menangani karenah anak sendiri dan juga anak jagaan di taska dan tadika. Ianya adalah kumpulan doa yag banyak saya petik hasil dari pembacaan selama ini terutama daripada Ustazah Hajjah Nasiyah Abdul Razak-Pengasas Rumah Qiraati Nurhidayah, Taman Melawati Selangor. Moga Allah memberkati beliau sekeluarga.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

“ Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”

Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Juga Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak menelaah buku-buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.


Selain itu, selepas sembahyang lima waktu, saya mengamalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

“ Wahai tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”

Sebaik-baik memohon doa adalah diwaktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak. Selamat mencuba.

“ Doa itu senjata orang mukmin”

Sekian. Wallahu'lam.

Sumber:http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-32-himpunan-doa-untuk-anak.html

AZMIL MUSTAFA-dulu ali setan skrg tak lg


Tidak berupdate blog ni ..apa tidaknya BB tertinggal dalam drawer opis nih..padan muka....Apapun aku tertarik dengan artikel mengenai salah seoarang artis popular ditahun 80an dahulu iaitu Azmil Mustafa. Kenapa? Jalan yang dia pilih...bagi aku bukannya suatu yang mudah berjalan menongkah arus dan dia adalah insan yang terpilih. Kagum. Bukan mudah....dalam diri aku ia menjadi satu tanda aras untuk aku mendidik hala tuju anak2 .....Hijrah melalui hati yang tulus dan nekad.

APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria ?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria .

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana .

Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria . Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu.

Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.

Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.

Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria , dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia , biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.

Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.

Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia .

Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England , Afrika Selatan , Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaiman saudara menyara kehidupan di Syria ?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.

Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.

Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Datoʼ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred ʽAʼ

Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria .

Di sana , anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam ( Syria ), bumi para anbiya'.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.

Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.

Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria . Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.

Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.

Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ʽterjajahʼ. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia , kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?

Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosiol yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

:~copy dari forum cari~

14 October 2010

Selangor Vs Kelantan .....hijau kuning


Semalam sempat megikuti berita perlawanan Selangor dan Kelantan. Bagi aku ini petunjuk negative yang melanda sukan bola sepak negara. Sampai bawa bom dan timbul pergaduhan ..... Kalah dan menang adat permainanan. Aku bukan nak sokong Selangor. Aku orang Kedah. So far jika Selangor bermain dengan negeri lain tidak pernah perkara sebegini berlaku. Yela..aku satu family jika Hijau Kuning bermain pasti akan turun ke Stadium Melawati. Pasti akan ke stadium Melawati bila Hijau Kuning melawan Merah Kuning.

Bukan mahu bersifat kenegerian namun aku rasa Kelantan patut mentalbiah peminat bolanya supaya lebih bersopan dan menghormati pengadilan. Banyak kali terdengar kekacauan melibatkan peminat Kelantan ini.

Aku harap dan berharap apa yang berlaku di luar negara tidak terjadi di Malaysia...

13 October 2010

Ciri Orang Yang Cemerlang



Dengan hasrat agar artikel ini memberi motivasi pada diri ....

Setiap manusia mempunyai cita-cita untuk berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Berjaya atau gagal untuk mencapai hasrat tersebut bergantung sejauh mana usaha dan perancangan yang teliti dan berterusan yang telah dilaksanakan.

Kalian juga pasti memiliki hasrat untuk berjaya, samaada berjaya dalam pelajaran, kerjaya atau perniagaan. Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, agama progresif dan dinamik yang amat menggalakkan agar umatnya berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat.

Sebelum kalian memburu kejayaan yang dicita-citakan perkara penting yang perlu diperhatikan adalah membina dahulu cemerlang dalam akhlak dan keperibadian dan perhubungan sesama manusia. Kalian perlulah berusaha dan memenuhi syarat ini terlebih dahulu, barulah ia akan jadi pelengkap kepada kejayaan kalian.

Apakah ciri-ciri kejayaan yang di pelupori oleh pejuang dan cendikiawan Islam yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia? Bolehlah kita mengambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti,keluarga, kerjaya, agama, ketamadunan, politik dan ekonomi.

Sahabat yang dimuliakan,
Kejayaan mereka menguasai ilmu dan mempraktikan ilmu yang dimiliki, telah terbukti dalam sejarah Islam, ianya telah mencipta sejarah kecemerlangan hingga di guna pakai sehingga ke hari ini. Tokoh-tokoh yang telah berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolak bandingnya. Terdapat beberapa ciri penting sifat kecemerlangan mereka ialah :

1.Niat yang Betul.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab)

Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

2.Ada Wawasan dan Matlamat.
Kalian perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kalian tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’. Kalian terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat dunia kalian mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

3.Berani dan Sanggup Berkorban.
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah menuntut ilmu bermusafir beribu-ribu batu untuk berguru dengan guru-guru mursyid. Sultan Sallehudin al-Ayubi berjuang berkali-kali baru dapat mengalahkan tentera Salib dan menawan semula Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh pula berjaya menawan Kota Istanbul setelah mencuba beberapa kali. Khalid al-Walid mengharungi 100 peperangan dan membunuh lebih 5000 orang musuh dalam perang Yarmuk.

4.Sentiasa Menambah Ilmu.
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Imam Bukhari dan Imam Muslim menguasai ratusan ribu hadis disertai dengan menghafal perawi-perawinya. Bagaimana Imam Ahmad bin Hambal memberi fatwa kepada 60,000 masaalah dengan disertai dalil.

5.Memberi Tumpuan (fokus).
Kalian hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Contohnya lihat sahaja Jabir bin Abdullah sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis.

6.Daya Tahan yang Tinggi.
Untuk berjaya perlu bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah kalah. Gunakan masa hingga ke tahap maksima dan hendaklah sentiasa istiqamah dan berterusan.

7.Memiliki Sifat-sifat Mahmudah.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang paling penting kalian hendaklah mendidik dan memperbaiki diri kalian hingga ketahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin kalian akan mampu menjadi cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan.

Akhir kata jadikanlah diri kalian insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan juga menjadi insan cemerlang di hari Akhirat dengan dikurniakan-Nya balasan Syurga dan di jauhi dari siksaan Neraka.

12 October 2010

ا قنوو وهو عام ا

تادي برسيمبڠ دڠن سأورڠ سنياور دسيني باڽق داڤت دروموسکن...اکو تيدق بيوس ڤد مان-مان ڤيهق دان اکو بوکن راڤت دڠن سسياڤاڤون دسيني. اکو هاڽ ڤنتيڠکن ڤروفينياونليسمى جک ديريکو مولا د ڤرماءينکن اکو تيدق اکن برديام ديري. ثات اس م. موڠکين اورڠ سکليليڠ بيرڠݢڤن اکو راڤت دڠن ساله سأورڠ ديري نامون باݢي اکو اکواو بوکن موده دڤڠاروهي سبݢيتو...اکو اد ڤنديرين اکو سنديري. اکو ليبرال. کالاو اورڠ تو ساله دي تتڤ ساله کالاو دي ڤمالس ميمڠ اکو اکن کات دي ڤمالس ....موڠکين مريک ليهت اکو لمبوت نامون وهو\ءس قنوو.......ا قنوو وهو عام ا & وهو\ءس ا\ءم دال ويته......

الله مها مڠتاهوي

ايتله لاين کالي جاڠن سوروه ککاوان بوات کرجا ديري سنديري سبب ديري تو ڤمالس کن سکارڠ مالس اورڠ نق لاين...سکارڠ ني ڤولا اد هاتي مينتا بوسس سوڤاي تيدق ترماسوق دالم کومڤولن ديننر. کن ده ترماسوق ڤراڠکڤ سنديري....سودهله مڽوسهکن اورڠ دان ممبواتکن کرجا اورڠ لاين ترتوندا ...اڤڤون اکو ڤرچاي الله مها مڠتاهوي

10 October 2010

11 Tips Mendidik Anak menjadi Soleh


Sumber: [Oleh Puteri Nisa Abdullah to Relexjap]

Tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Di bawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibu bapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

1. Cinta dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara

Ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai AllahSWT dan Rasul-Nya. Sifat cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain.

Ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah SWT dan Rasul-Nya lebih ia cintai; Selain daripada keduanya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”. [Riwayat Bukhari & Muslim]

Imam At-Tabrani meriwayatkan dan Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singgahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya beserta para Nabi-Nya dan orang-orang yang suci”. [Riwayat Ad-Dailami]

Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibu bapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibu bapa, keluarga dan pemimpin negara.

2. Rukun Islam dan Iman

Ibu bapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang Rukun Islam dan Rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati.

Rukun Islam mengandungi 5 perkara dan rukun Iman pula ada 6 perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail AS :

Maksudnya : “Wahai Muhammad! Apakah dia Rukun Islam? Rasulullah SAW menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu".

Jibrail AS berkata: "Benar jawapanmu".

Jibrail AS berkata lagi: "Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia Rukun Iman?"

Rasulullah SAW menjawab: "Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”. [Riwayat Bukhari]

Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syarak. Ini supaya mereka terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah SWT dari sebarang perubahan dan gangguan.

Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibu bapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibu bapa ke atas anaknya.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israk ayat 82 :

Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.

Ibu bapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Hijr ayat 9 :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.

Rasulullah SAW bersabda :Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke neraka”. [Riwayat Baihaqi]

Sabdanya lagi, Maksudnya : “ Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh”. [Riwayat Ahmad]

4. Menunaikan Perintah Allah SWT

Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibu bapanya supaya menunaikan segala perintah Allah SWT terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji.

Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah SWT sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah SWT sepanjang masa.

Firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 132:

Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibu bapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan solat tersebut)”.

FirmanNya lagi dalam Surah Al-Ankabut ayat 45:

Maksudnya : “Demi sesungguhnya solat itu akan mencegah pelakunya daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar ".

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur 7 tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur 10 tahun”. [Riwayat Hakim]

Sabdanya lagi, Maksudnya : “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”. [Riwayat An-Nasaei]

5. Meninggalkan Larangan Allah SWT

Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah SWT dan Rasul-Nya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibu bapanya ke arah api neraka.

Firman Allah SWT dalam Surah At-Tahnim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Taatlah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

6. Menggalakkan Berjamaah.

Ibu bapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”. [Riwayat At-Tarmizi]

Perkara yang paling dituntut supaya berjemaah di dalam rumahtangga ialah solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjemaah lebih besar daripada bersendirian.

Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : “Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. [Riwayat Muslim]

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian

Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur.

Doa-doa tersebut adalah seperti doa sebelum tidur dan selepas bangkit darinya, doa sebelum dan selepas makan, doa masuk ke dalam tandas, doa selepas mengambil wuduk, doa memakai pakaian, doa selepas sembahyang lima waktu, dan sebagainya.

Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati mereka.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fatihah ayat 5 :

Maksudnya : “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW perlu diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah SWT. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dari godaan Syaitan.

Firman-Nya lagi dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28 :

Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

8. Memohon Restu Kedua Ibu bapa

Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibu bapa menurut garis-garis panduan seperti berikut :-

a] Redha Allah SWT ada pada keredhaan Ibu bapa.

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibu bapa”. [Riwayat At-Tabrani]

b] Berbuat baik kepada Ibu bapa lebih utama berbanding Jihad di Jalan Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:

Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi SAW apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala?"

Beliau menjawab: "Solat pada waktunya".

Saya bertanya lagi: "Kemudian apa?"

Beliau menjawab: "Berbuat baik kepada kedua Ibu bapa".

Saya bertanya lagi: "Kemudian apa?"

Beliau menjawab: "Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.

[Riwayat Bukhari & Muslim]

Jahamah RA telah mendatangi Nabi SAW seraya berkata : “Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”.

Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”.

Ia menjawab, “Ya”.

Baginda bersabda: “Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”.

[Riwayat Ahmad & An-Nasaei]

c] Mengutamakan berbuat baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.

Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :

Maksudnya : “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik?

Baginda bersabda: "Ibumu".

Ia bertanya: "Kemudian siapa?"

Baginda menjawab: "Ibumu".

Ia berkata: "Kemudian siapa?"

Baginda menjawab: "Ibumu".

Ia bertanya : "Kemudian siapa?"

Baginda menjawab: "Ayahmu".

[Riwayat Bukhari & Muslim]

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 23-24 :

Maksudnya : “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibu bapa kamu”. [Riwayat Ibnu Majah]

Aishah RA berkata : “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa seorang tua".

Baginda bertanya kepadanya: "Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini?"

Lelaki itu menjawab: "Ayahku".

Baginda bersabda: "Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.

9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain

Ibu bapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi.

Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

10. Mengadakan Usrah Keluarga

Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka ibu bapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota keluarga iaitu memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah.

Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.Satu proses tarbiah diri dan keluanga.Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam rumah.

11. Halaqah Muhasabah

Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Hasyr ayat 18:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan”.

Wallahu a'lam.

Kata-kata positive..(misi aman forget & forgive)


Semenjak baca komen sepupu Jija di FBnya, diriku menjadi lebih positive dan yakin. Betul... kenapa perlu kita risau dengan umpat keji orang di belakang kita jika apa yang kita lakukan tidak bertentangan dengan syariat agama. Mengapa harus kita menjadi sakit sebagaimana orang (berpenyakit hati) yang sentiasa ingin mengambil tahu hal orang lain dan ingin melihat kelemahan orang lain.

Sebagaimana yang ditulis oleh sepupu Jija kita ni umpama artis atau celebriti jika orang sekeliling selalu ingin ambil tahu mengenai diri kita. Kredit untuk diri sendiri pahala dapat dan mungkin ada kelebihan dalam diri kita yang tidak disukai oleh orang yang berpenyakit hati sekeliling kita. Jadi timbullah pelbagai tohmah dan keji dek hati yang sakit itu.

Maafkan mereka yang berpenyakit hati itu. Lupakan apa yang mereka pernah katakan mengenai diri kita. Jika kita marahkan mereka bererti Syaitan telah berjaya dalam permainannya. Peace.....kekalkan silatulrahim

Kenalilah Allah Pada Masa Lapang


Sabda Nabi diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:
Perliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau.Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang menhadapai perkara yang sukar,”

Banyak pengajaran yang oleh kita ambil dari hadis ini. Pertama, kita disuruh untuk kenal Allah. Kenal Allah disini bermaksud dengan kita mengingati Allah bukan sekadar pada nama dan sifatNya, malah wajiblah ke atas kita untuk melaksanakan segala perintah dan tuntutan Allah tidak kira samada ketika susah atau senang.

Setiap manusia tidak lari daripada menhadapi masalah kehidupan. Ketika kita menghadapinya, kita akan lebih dekat kepada Allah. Dengan erti kata lain, kita akan lebih banyak beribadah dengan berdoa meminta Allah meringankan beban atau masalah yang kita hadapi.

Tetapi pernahkan kita mengenal Allah ketika waktu senang. Adalah berat untuk kita mengingati Allah semasa ketika waktu senang sebab seseorang dipengaruhi oleh gaya hidupnya. Jikalau sudah berjaya maka tak perlulah dia meminta kepada Allah. Akibatnya ia menjadi cuai dan lalai dalam mengingati Allah.

Oleh yang demikian Rasulullah (SAW) berpesan supaya kita mengingati dan mengenal Allah bersungguh-sungguh ketika waktu senang dan lapang, dan tidak di waktu susah dan sempit.

Cuba kita renungi kisah Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan. Kisah Nabi Yunus diabadikan dalam Surah Al-Saffat, 37:143-145.

“Maka sekiranya tidak ia dari mereka yang banyak bertasbih (mengingati Allah) nescaya tinggallah dalam perut (ikan) itu hingga hari (manusia) dibangkitkan. Lalu kami campakkan dia di tanah kosong dalam keadaan sakit.”

Demikianlah hasil dari balasan kepadanya atas ingatan dan kenalnya kepada Allah dikala kelapangan dan kesenangan.

Moga Allah memberi kita banyak masa lapang dan senang supaya masa tersebut kita gunakan untuk kita mengenali dan mengingat Allah.

Sumber: http://qudwatuhasanah.blogspot.com

Siri Extend Raya ...di 1 Zulkaedah


Cara Mendidik Anak-anak Menurut Islam


Perkara yang paling aku takuti adalah memberikan contoh yang bertentangan daripada landasan Al Quran dan Sunnah kepada anak-anak. Takut sekiranya mereka dewasa akan memilih jalan yang bertentangan dari syariat Allah SWT. Bimbang aku sekiranya mereka mendewa-dewakan harta dunia melebihi Islam agama mereka dan Melayu bangsa mereka....semoga Allah SWT sentiasa melindungi zuriat keturunan kami dari sebarang perkara yang membawa kemurkaan Allah SWT.

Pendahuluan

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak
Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya

Setelah Anak Dilahirkan
Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.
Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:
" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)
Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:
"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)
Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.
Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.
Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Kesimpulan
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Sumber :http://islam-hidupku.blogspot.com/2009/07/mendidik-anak-anak-menurut-islam.html