Tak ada apa yang best....Di sini
Sorang demi sorang akan keluar daripada kediaman ini. Memang tak ada apa yg best pun di sini. Kami pun sedang mencari kediaman lain atau jika boleh kami ingin kembali ke laman ayah bonda..Kedah Darul Aman.
1999 merupakan tarikh kami menandatangani S & P dan ianya dijangka siap 2002...namun kita hanya merancang tetapi berbanding dengan orang lain kami penduduk di sini bernasib baik kerana permaustautinan ini berjaya di siapkan.
Mungkin sudah tua. Anak-anak pula makin membesar. Di sini bukan lagi sesuai bagi tumbesaran anak-anak. Jika di bandingkan dengan Puchong Jaya aku lebij senang di sana. Aman dan tenang.
Moga dipermudahkan jalan kami untuk kembali ke Kedah Darul Aman.
Comments
Post a Comment