Doa buat seorang yang bernama teman..
Semenjak khamis aku perhatikan tiada status facebooknya. Hatiku tertanya. Khamis semasa ingin mengambil Alang dari sekolah kuperasan kelibat suami teman ini, nampak seperti susah hati.
Hari ini surau di kediamanku membuat jamuan aidilfitri. Selalu teman ini ada dan dia antara yang sentiasa menceriakan setiap acara di kejiranan kami. Aku bertanya kepada salah seorang kakak mengenai teman ini dan aku dimaklumkan beliau kini berada di hospital. Terkejut.
Selepas majlis jamuan aidil fitri aku dan mat terus ke Bandar Putri. Teman ini, Zai kelihatan sedikit lelah...daripada penjelasannya menyatakan ada masalah dengan paru-paru. Doktor telah melakukan prosedur pertama nampaknya ia gagal. Pukul 5 petang tadi aku dimaklumkan bahawa doktor akan membuat prosedur ke dua.
Tabahlah Zai dan aku doakan semoga Allah SWT memberikan semangat padanya dan semoga prosedur kali ini berjaya.
Perkara yang berlaku disekeliling membuatku bermuhasabah ..semuanya adalah pinjaman Allah SWT. Nikmat yang kita rasai kini adalah dariNya. Ujian yang Allah SWT datangkan sebagai tanda sayangNya dia kepada kita.
Comments
Post a Comment