Aku tidak sempurna.........Ad'din is my way of life



Tadi selepas maghrib bersembang dengan Mat berkisar mengenai email "Islamic Fashion show" yang di hantarnya. Aku tersenyum. Mana ada fesyen dalam Islam. Fesyen itu hanya ciptaan orang barat dan digunapakai dalam Islam. Islam hanya mewajibkan muslimah menutup aurat aiitu melabuhkan kerudung melepasi dada. Mengapa wujud situasi seperti sekarang bertudung tetapi melakukan perkara yang di larang oleh Islam. Inilah penyebabnya bila ada yang berkeinginan bertudung hanya ingin nampak cantik dan anggun bukan nawaitu untuk menutup aurat.

Teringat aku bulan lepas bila Uda menegur Alang tidak bertudung seperti Kakak. Aku menerangkan pada Uda yang aku tidak mengalakkan mereka bertudung sehingga mereka benar-benar memahami mengapa mereka wajib menutup aurat. Menutup aurat adalah berat ianya menjaga tatasusila dan kesopanan agama kita. Menutup aurat bukan sekadar bertudung dan ia adalah wajib kepada wanita yang telah baligh.

Aku pun bukanlah sempurna sangat dalam menutup aurat. Kadang kala kelihatan amat selekeh namun nawaitu hanya satu untuk menutup aurat.

Aku dan suami dikurniakan 2 putri dan diua putra. Semenjak kecil mereka kerap bersoal, "pasai apa mama pakai tudung, awat keluar depan rumah mama pakai tudung & awat orang mai mama pakai tudung"?. Satu persatu soalan yang keluar dari mulut kecil ini perlu diberi jawapan. Jawapan mudah aku beri kepada mereka sebab kita orang Islam. Dek kerana jawapan itu si putri sulung pernah bertanyakan seorang ibu temannya semasa di kindergarden."autie, are you muslim"...disebabkan ibu temannya tidak bertudung dan hanya memakai seluar pendek ketika hendak mengambil anaknya. Nasib baik ibu kepada teman itu tidak memandang serong atas persoalan tersebut dan memberitahuku pula. Perit sedikit ketika itu untuk aku menerangkan kepada sang putri ini disebabkan persekitaran .............Dek kerana itu aku masukkan Abang ke kindergarden yang berkonsep Islamic.

Namun Alhamdulillah putri sulung yang kini sudah 12 tahun memahami konsep menutup aurat dalam Islam. Tanpa disuruh atau dipaksa dengan sendirinya dia tahu akan tanggungjawabnya.

Proses penerapan Addin bukan sekadar menutup aurat tetapi lebih dari itu di mana ia meliputi Rukun Islam dan Rukun Iman, soal halal dan haram serta ruang lingkup Al Quran dan sunnah.

Aku bukannya sempurna tetapi aku selalu bermohon kepadaNya supaya aku, suami dan zuriat kami berada di jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Bukan harta dunia yang kita kejar namun kita berusaha untuk mencari sedikit harta dunia sebagai modal untuk mencari keredhaan Allah SWT dan bekalan kita di akhirat kelah.

Ku cuba menjadikan ad'din sebagai cara hidupku dan anak-anak dan kubuangkan sedikit2 demi sedikit adat yang bertentangan dengan Islam.

Comments

  1. sekarang ramai yg membungkus aurat..bukannya menutup aurat. aku pun sama...Ya allah, ampunkan aku..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts