Paul si sotong kurita mati


Inilah berita yang ku dengar seawal pagi semasa bersiap untuk ke opis. Paul si sotong kurita mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman. Ramalan si Paul ini rupanya mempengaruhi minda umat Islam di Malaysia sehingga ada yang lupa ianya adalah perkara khurafat. Kepercayaan terhadap perkara lain selain Allah SWT akan menyebabkan kita tergelincir. Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).”

Amalan khurafat berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib. Setiap kepercayaan, perlakuan diikuti dengan perkara-perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk di dalam iman. Namun, amalan khurafat ini mengalih pergantungan manusia daripada Allah s.w.t kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam.

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

Comments

Popular Posts