19 May 2014

Adab Ibu Ketika Mengandung Mengikut Islam

Al Waleed 2012
Semalam tersua dengan beberapa jiran semasa di Puchong Jaya yg datang untuk Kursus Haji di Masjid AsSalam.

Terkejut mereka..expecting? tanya salah seorang dari mereka. Aku mengangguk. "Eh yang bongsu tu kan 2012 kan, tak buat perangai ka dia tahu ada kawan baru nak datang ni", tanyanya lagi dengan riak wajah gembira. "So fa so good anak2 dari yg sulung Alhamdulillah semuanya ok tak dak masalah". Mereka mulalah bercerita mengenai pengalaman mereka semasa mengandung....paling tidak bersabar bila si kakak atau abang buat perangai...bla bla bla.

Mak dan mertua dan Mak Jang (Shah Alam) selalu pesan .... bila mengandung jangan terlalu ikut perasaan, jangan bermalasan dan rajin berzikir, baca Al Quran, berdoa dan juga jaga pemakanan nanti anak dalam kandungan akan terikut dengan apa saja tindakan dan sifat kita semasa mengandung akan mempengaruhi anak dalam kandungan tersebut. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT dan banyak berselawat juga penting bagi kita menjaga hubungan dengan orang sekeliling terutama suami kita jangan mudah merajuk atau terasa hati. Risau nanti yang bakal lahir akan jadi kememe dan susah nak bertoleransi dengan orang sekeliling. Banyakkan memakan makanan sunnah seperti delima, kekacang seperti badam, gajus, minum plain water, susu, perbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran."Jangan dok gian nak makan jeruk itu ini ..", pesan mertua ketika anak sulung masih diingatan sehingga hari ini.Biasalah kita masa mengandung akan cepat letih namun harus diingat si kakak atau abang perlukan perhatian kita....tumpukan perhatian kepada mereka dan selalu ajak mereka berbual-bual dengan adik di dalam tummy untuk melahirkan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Jangan sesekali memarahi kakak dan abang kerana mereka belum memahami situasi yang sebenarnya.

  • Kedua ibu ayah kepada bayi yang dikandung seharusnya menjauhi segala perkara-perkara yang haram dan syubhah selain melaksanakan kewajipan sebagai seorang islam.
  • Tunaikan semua solat fardhu dan jika boleh lakukan secara berjemaah tidak kira di mana berada.
  • Makan makanan yang halal dan baik kerana makanan amat penting untuk perkembangan dan pembinaan tubuh badan.
  • Jagalah aurat dan pergaulan apatah lagi dalam tempoh kehamilan, selain daripada makanan pastikan pakaian dan pergaulan juga halal dan sah di sisi agama. Perhatikan akhlak dan adab kita kerana ia akan memberi kesan kepada kandungan.
  • Banyakkan berzikir, berselawat dan bertaubat untuk menguatkan jiwa. Perbanyakkan juga melakukan perkara-perkara yang ma’ruf seperti mendengar ceramah, bacaan Al-Quran dan melihat alam ciptaan Allah.
  • Sentuhan kasih sayang daripada suami mampu merangsang emosi isteri dan janin. Sentuh kepala isteri dan berikan ciuman kepadanya. Suami dituntun mengusap dan menepuk perlahan-lahan pada bahagian perut isteri sambil menggosokna disulami dengan ayat-ayat Al-Quran, doa dan selamat ke atas Nabi Muhammas SAW.
  • Para ulama dalam dalil yang umum menyatakan ibu mengandung digalakkan membaca Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Yasin dan Ayatul Kursi serta beberapa surah yang lain. Mudah-mudahan anak yang dikandung akan lahir sebagai insan yang soleh dan solehah. (Sumber : Majalah Anis)