26 December 2012

Doa untuk anak soleh....

Doa untuk anak :

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
  • Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
  • Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
  • Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
  • Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
  • Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
  • Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
  • Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
  • Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
  • 24 December 2012

    Rutin Back To School

    Syukur urusan pendaftaran dan pembayaran yuran di Maahad Sains Al Amin untuk form 1 Al Khattab dipermudahkan cuma kini aku harus mencari transport. Semoga dipermudahkan Allah SWT hendakNYA. Bila kita bantu mudahkan urusan orang lain secara langsung atau tidak langsung, Allah akan memberkati kita dan memudahkan urusan kita dan sebaliknya bila kita menyulitkan kehidupan orang lain secara automatik kehidupan kita akan bermasalah. Ini adalah fitrah kehidupan.

    Pelaburan ilmu untuk jangka masa panjang, esok Insyaallah akan bawa anak2 ke Masjid Saiditina Othman, Bandar Tun Razak untuk Seminar Remaja Soleh dan Remaja Sukses. Seboleh-bolehnya sekarang aku cuba untuk maksimakan input ilmu terutamanya ilmu akhirat dalam diri anak-anak. Hidup kita bukannya lama dan kita tidak tahu di mana noktahnya sebolehnya sebelum kegarisan penamat aku cuba melaksanakan amanah yg diberikan Allah SWT kepadaku.
    PIC 2010 ...lani dah nak enter 2013 As Siddiq nak 6 thn Abg dah nak masuk form 1 kakak pula PMR this year kalau mama still menten feel lama...mcm mana la anak2 mama di masa depan...
    Minggu ini Insyaallah akan menyelesaikan urusan pembayaran yuran PASTI As Siddiq. Why Pasti mama, bukan Qdess, Ezora, Little Chalip, CEC? tanya Malisha yang merasakan As Siddiq juga perlu merasa suasana pembelajaran di Qdess sepertinya dan adik2 yang lain. Jawapan mama, "contoh terdekat kita kan ada dulu mama pernah hantaq Al Khattab (abang) masa 4 years ke Qdess..mama rasa ada lompang tp bila mama tukaqkan dia ke PASTI umur 5 thn rasa tenang sgt bila hanya beberapa bulan di sana dia dah mampu menghafal beberapa surah dan mampu imamkan solat dan paling lapang bila dia berpuasa penuh pada umur itu tanpa sebarang rungutan".

    Proses seterusnya menukarkan Alang Myra ke sekolah berdekatan dengan opisku memandangkan tahun depan dia keseorangan bila pulang ke rumah. Permulaannya tarik muka dia bila diberitahu kena tukar sekolah. Namun setelah diterangkan disebabkan faktor2 keselamatan dia mulai faham. Hati mama yang sentiasa minda jauh menerokai perihal keselamatan anak buatkan aku memikirkan seribu satu macam masalah jika dia dibiarkan "alone".

    Semalam terdengar perbualan kakak dengan alang, "malam ni kakak nak tidur awal, esok nak bangun awal pagi....seminggu lagi kita nak sekolah kakak tak nak sekolah"...kata2 yg penuh visi dari mulut anak sulung yg dianugerahkan Allah SWT kepada aku dan cik B. Dari tadika dia mempunyai visi dirinya dan membuatkan kami suprise dengan setiap pancapainya. Dia hadir sebagai pembuka jalan buat adik-adiknya. 

    Al Furqan (74) Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahilah kiranya kami ini dari isteri-isteri dan keturunan kami yang men­jadi cahayamata, dan jadikanlah kiranya kami ini menjadi Imam ikutan daripada orang-orang yang berta.kwa kepada Engkau.










    19 December 2012

    Blogger apakah kita?


    "Siapa disini blogger", tanya Prof Muhaya kepada para ibu bapa dan anak2 di program Celik Teen.

    Pastikan apa yang anda tulis membuahkan saham diakhirat sana. Terkedu aku bila mengenangkan post-post di dalam blog yang ada kala bersifat lagho....Ya Allah ampunilah hambamu ini.

    Orang berjaya di dunia dan akhirat sentiasa memikirkan keberkesanan.....jadikan diri sebagai pemberita yang baik nawaitu kerana Allah SWT. Tetapkan diri dalam zon Allah SWT untuk memudahkan diri masuk ke syurga tanpa di hisab...sentiasakan diri dengan matlamat utama berada dalam wawasan akhirat via Ikim.Fm Islam Itu Indah Prof Dr Muhaya pada pagi ini.

    Kan indah menjadi blogger seperti Ustaz Pahrol Mohd Joi, Ustaz Zaharuddin, Dr Harlina dan beberapa lagi tulisan mereka memberi inspirasi kepada setiap yang membaca, membuat kita merenung dan bermuhasabah akan kehidupan kita.

     Tahun depan bertambah lagi series baru...I'm 40's. Biarpun ramai yg tidak menduga akan usiaku namun diri ini sedar akan usia yang kian memamah diri. Terlalu banyak khilaf mengarat dalam diri dan cuba keleraikan dia dengan menyucikan hati. 

    2012 banyak memberi input ilmu pada diri lantaran membisik bila-bila masa Izrail akan datang menjemput menemui ilahi. Amanah yg kupegang belum terlangsai dek sifat lagho dan ho ha dengan keseronokan dunia.

    Syukur Allah SWT menginspirasikan insan-insan seperti Prof Muhaya, Ustaz Pahrol, Ustaz Amin, Ustazah Norhafizah, Dr harlina dan beberapa lagi nama yang banyak membuatkan diri berfikir dan berfikir. Wahai diri dewasalah...wahai diri dewasalah...wahai diri ingatlah janjimu pada Ilahi...wahai diri tambahkanlah bekalan untuk ke akhirat sana.

    Jom sahabat kita berubah kearah mevalue added diri kita agar kita cemerlang di dunia & akhirat.




    Like mom Like Daughter

    Prof Dr Muhaya · 269,421 like this.
    20 hours ago ·
    Betapa besar kuasa Allah dalam segala hal. Manusia hanya akan dapat apa yang diusahakannya. Hasil hidup kita hari ini terhasil dati sikap kita 20 tahun yg lalu. Ramai orang ingin ubah kehidupan tapi tidak rela ubah sikap dan pilihan mereka.
    Benar sekali. Bila ditoleh kehidupan masa kecil aku ianya adalah reflek kepada kepercayaan dan kehidupan aku kini. Abah seorang yang amat tegas, aku dilarang membaca majalah hiburan dan menonton cerita tidak senonoh juga kami tidak digalakkan mendengar musik yang keras. Manakala mak pula tidak suka bergossip, tidak suka ke rumah jiran tanpa sebab dan masa mak banyak dihabiskan dengan keluarga.Pesan mak yang aku pegang kuat hingga ke hari ini, berhati2 dengan kawan yang suka menceritakan hal orang lain di depan kita sbb satu hari dia akan menjaja cerita kita pula dan mak juga berpesan jaga mata bila bertandang ke rumah orang.

    Abah pula amat frenly. Tidak kisah bangsa mana pun semua abah boleh join. Sembang abah dengan melayu, china, india dan siam pada tone yang sama. Emak pula banyak menasihati ke arah keagamaan mungkin disebabkan reflek keluargaan nenek yang berpendidikan pondok.

    Abah dan mak kini dah menjangkau 80 tahun. Kehidupan mereka amat ringkas. Kata orang Kedah tak beradon. Abah dan mak memenuhi masa sengkang dengan membaca Al Quran dan kitab-kitab. Dulu semasa kecil selalu sebelum tidur mak akan membaca kisah2 nabi, sifat2 Allah, nama2 nabi dan kemudian ianya tersemat diingatanku. 

    Abah tidak suka hiburan malah kami adik beradik tidak dibenarnya menghadiri mana2 tempat yang ada unsur hiburan melampau. Dulu aku merasakan abah outdated dan cemburu dengan sepupu dan kawan2 yang dapat menyaksikan konsert atau dapat ke ekspo di bandar. Namun apa yang dilakukan abah dululah refleks kepada diriku kini dan ianya akan divalue added.

    Sebagai ibu .... kata2 Prof Muhaya "Hasil hidup kita hari ini terhasil dati sikap kita 20 tahun yg lalu"
    amat memberi kesan dalam jiwa dan emosi. Mindaku menerawang ke 20 tahun akan datang. Takkan kita nak anak kita gila shopping, tak habis2 memikirkan branded macam kita. Kita sendiri kena ubah kehidupan kini supaya esok di akhrat sana kita tidak dipersoalkan dengan kesilapan kita sebagai pemegang amanah. 
    Like mom like daughter & like dad like son biarlah tearah kepada zon Allah SWT. Dan moga kita menerima pencen di akhirat sana dengan melahirkan zuriat yang patuh kepada Allah SWT. Moga di akhirat sana kita berbangga dengan nama2 fisabilillah keturunan kita.
    Ya Rab lorongkanlah hati mu dalam mencari keredhaanMU
    Ya Rab permudahkanlah hambamu ini dalam mendidik zuriat kami sentiasa mencariMU dan takutkanMU 
     
     

     

    18 December 2012

    Minggu dealing & negotiate .....Alhamdulillah

    Alhamdulillah syukur selepas dealing & nego final semuanya dah selesai. Naik semput juga nafas. Namun bersyukur sgt dipermudahkanNYA.

    Hati insan itu milik Allah SWT. kadang kala kita rasa gerun untuk berdepan dengan seseorang yang hati kita merasakan kanchongnya orang ni melalui suara ataupun emailnya namun apabila bertentang 6 mata ...nice to meet her & him. Segala urusan dipermudahkanNYA.

    Bak kata Ustaz Pahrol bersangka baiklah kepada Allah SWT dan bersihkan hati kita dari bersangka-sangka. Sebenarnya yang buruk bukanlah orang tetapi hati kita yang selalu bersangka buruk pada insan lain.

    Weekend yang padat dengan aktiviti anak-anak. Hari sabtu dan ahad Alang humaira menghadiri Kem Smart Solat yang diadakan disurau di taman perumahan kami. Manakala Ahad pula kakak menghadiri Celik Teen anjuran As Sohwah kelolaan anak Prof Muhaya.

    Dari dulu aku berpegang pelaburan untuk ilmu akan memberi faedah inner anak2 dalam jangka masa yang panjang. Berbaloi dengan apa yang kami peolehi misalnya abang pulangnya dia dari Kem Tahsin Al Quran selama 2 minggu di Manjung nampak perubahan ketara pada dirinya. Bersyukur pada Allah SWT atas anugerah ini. 

    Banyak nasihat dari Prof Muhaya semasa kami di surau annur Country Height Kajang. Dan kali ini kami sekelurgaan mendengar nasihat2nya.

    Anak3 adalah cerminan diri kita. Andai cela akhlak anak kita maka kita lah yang harus disalahkan. Sifat dan sifat anak2 datangnya dari asuhan selama mana mereka bersama-sama kita. Kata2 Prof Muhaya amat terkesan dalam diri...Ya Rab ampunilah hambaMU yg selalu khilaf ini.

    13 December 2012

    Tecit Al Waleed

    Ini wajahnya selepas lahir
    beberapa hari di rumah
    Seminggu
    5 Bulan
    5 Bulan
    Eight Month ......

    Air dicincang tidak akan putus

    Perkara paling aku suka dapat berjumpa adik beradik atau sahabat handai terutama yang dah lama tak ketemu. Selain dapat melepas rindu dapat juga mengenalkan orang-orang yang dulunya disisi kita dengan anak-anak.
    Zaki hubby Normah tak abih2 dok sebut ni kueh Melayu Bersatu..nilah salah satu kelebihan kakak ipar kesayanganku ....pandai buat kueh yg sedap-sedap nyummm

    Pukul 8 malam kami telah sampai di rumah Abang Dul dan Kak Ros di Sungai Besi. Rumah abang kelihatan ceria selepas di ubah suai. Abang Dul tak ada tapi kak Ros berseri2 menjemput kami sekeluarga masuk.

    Pukul 9 lebih Normah satu famili, Zah satu family dan Cik Ann pun sampai. Riuh rendah suasana.

    Paling aku suka melihat keakrapan As Siddiq, Naufal dan Anip. Macam selalu berjumpa cara mereka berbual. Dah nama adik beradik walau jarang berjumpa ada chemistry. Cara Naufal bercerita dengan penuh confident dan Anip pula asyik ketawa. Humairaa dan Najihah konon malu-malu tapi sebenarnya kalau lama lagi pertemuan macam mana kami pergi ke Jitra jadi riuh rendah lagi berbanding adik-adik.

    Dalam kereta on the way back to Puchong As Siddiq pulun bercerita mengenai Naufal dan Anip. Malisha dengan Siti Shuhadah anak kak Ros dan Bang Dul. Siti Shuhadah mewarisi sifat2 kak Ros dan adik beradik seorang yang amat baik hati dan rajin di dapur juga sebenarnya seorang pelajar yang cemerlang.

    Ini adalah warisan keluarga Pida...Air dicincang tidak akan putus waima dimana kita berada dan siapa kita.. Coming March 2013 In sha Allah akan bergather lagi di Jitra. Semoga dipermudahkan dan dilapangkan Allah SWT hendaknya.

    12 December 2012

    Pengajaran jangan berebut dan berbalah

    Hari minggu lalu As Siddiq & Humairaa berebut, seorang nak tgok TV dan sorang lagi nak tengok DVD. Sorang tekan punat TV dan sorang tekan remote TV. Blank. Terus hitam TV membisu. Semua terdiam termasuk mama yang dari jauh memerhatikan kerenah mereka berdua.

    Keesokannya, rumah sunyi tiada bunyi kartun spongebox, tiada lagi Transformer. "No budget untuk TV baru yer. Budget mama dah allocated untuk Back to school", pesan aku kepada mereka. Aku panggil semua anak-anak dan terang kan pada mereka, "faham dak bila mama kata jgn suka bertegang urat, jgn keras kepala, tolak ansur...kalau kita mengaku kalah tak bererti kita kalah dan kalau kita menang pun kita sebenaqnya tak menang", Jenuh nak mencari ayat nak memahamkan anak2 supaya mereka dapat mendalami apa yang ingin aku perkatakan. "Mama nak anak2 mama amik peristiwa ni jadi iktibaq...jangan dok berebut dan pulun ikut kepala masing akhirnya sapa yang rugi, kita sendiri kan rugi". Malisha, Khattab, Humairaa dan As Siddiq mengangguk. 

    Pesan Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara satunya jangan berdebat, bertengkar atau suka membantah cakap orang lain: Ini boleh menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Selalunya kita berdebat berkaitan perkara-perkara peribadi orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita sahaja yang benar. Jika berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu. Jika bertengkar dengan orang yang sabar sekalipun, mungkin akan sampai tahap di mana dia tak mampu sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.

    Perebutanlah yang buatkan adik beradik menjadi seteru, bangsa berpecah belah dan kemudian punah sebuah peradapan dek dengki khianat.  

    Semalam Selangor cuti...kesian melihat anak-anak terutama As Siddiq yang sedikit kebosanan di waktu pagi. "Abang ambik skrewdriver bagi kat mama", aku bagi arahan pada Al Khattab. Semua anak2 terpingga semua terarah kepada mama yang dah jadi Mcgiver....Rupanya masalahnya simple saja punat termasuk ke dalam yang buatkan remote tidak dapat berfungsi. Setelah semua diperbetulkan .....taraaaa anak-anak mama boleh menonton semula.  Dan bila papa balik dari opis sibuk mereka menceritakan perihal TV yang sudah pulih tu. Komen papa pula, "sebab tu papa tak perbaik pasai papa tau mama akan perbaik" sambil menjeling kearahku.

    Satu kisah yang akan menjadi pengajaran buat anak2. Jangan berebut berbagilah dan bertolak ansur pasti kita akan bahagia.

      

    10 December 2012

    Jaga lidah ....jom pesan-pesan

    si kecil ini juz tahu buat bubbling saja..masih suci lagi tak pandai bohong, mungkir janji malah tak tahu apap itu mengumpat dan fitnah..sbb tulah semua org tgok tgok baby sbb baby tak ada dosa

    Jom pesan-pesan dan ingat-ingat sbb kita ni hanya insan buasa yg mudah sangta alpa. hari ini diingat esok lusa mungkin kita lupa.

    Pesan Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara:
    1. Jangan bercakap bohong: Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya.
    2. Jangan mungkir janji: Kata Imam Ghazali ,”Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana ia adalah sifat orang munafik.”. Nabi SAW ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan akan menjadikan seseorang itu munafik walaupun dia solat dan berbuat baik. 3 perkara itu ialah jika bercakap dia bohong, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji. Dan jika berjanji, usahakan sedaya upaya untuk memenuhinya.
    3. Jangan mengumpat: Ini memang sukar dijauhi dan sudah berleluasa dalam masyarakat sekarang. Apa maksud mengumpat? Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan seseorang, di belakang orang itu, dan jika orang itu tahu, dia akan marah. Jika kita cerita tentang benda yang tak betul tentang seseorang, itu namanya fitnah. Fitnah itu lebih dasyat bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar daripada mengumpat. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain, supaya Allah juga akan meutup keaiban kita. Jika tidak, Allah akan membuka keabaikan kita dan akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita. Itu hanyalah balasan di dunia, di akhirat nanti akan dibuka keaibannya dan diperlihatkan kepada seluruh manusia. Ada juga orang berkata yang dia tak mengumpat, sekadar tumpang mendengar. Sebenarnya sama saja dosanya, sama ada mengumpat atau mendengar umpatan. Jika terdengar secara tak sengaja, dan kita tak redha, berusahalah untuk menegur, menukar topik perbicangan atau membubarkan kumpulan itu. Jangan pula kita jadi ‘nasi tambah’ dalam sesuatu perbualan mengumpat. Hasan Al-Basri diberitahu bahawa ada orang mengumpat beliau, lantas beliau mengambil bakul dan mengisinya dengan buah-buahan dan meminta orang yang menyampaikan cerita itu memberi bakul tersebut kepada si pengumpat. Pembawa berita itu pun hairan lalu bertanya sebabnya. Jawab Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya dia telah memberikan pahalanya pada saya, jadi ini tanda penghargaan saya padanya.”
    4. Jangan berdebat, bertengkar atau suka membantah cakap orang lain: Ini boleh menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Selalunya kita berdebat berkaitan perkara-perkara peribadi orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita sahaja yang benar. Jika berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu. Jika bertengkar dengan orang yang sabar sekalipun, mungkin akan sampai tahap di mana dia tak mampu sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.
    5. Jangan memuji diri-sendiri: Apabila ditanya seorang imam, “Apakah perkara benar yang buruk?” Lalu jawabnya, “Memuji diri sendiri.” Itulah juga yang kita kenali sebagai ‘masuk bakul angkat sendiri’. Kita sendiri pun rasa tidak senang jika ada orang datang dan bercerita membangga-banggakan dirinya sendiri. Semua orang mengharapkan orang sebegini lekas-lekas beredar.
    6. Jangan melaknat: Imam Ghazali berpesan supaya jangan melaknat makhluk. Makhluk termasuklah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, makanan dan banyak lagi. Nabi SAW sendiri tidak pernah mencela makanan, walaupun tidak sedap. Baginda sendiri ketika makan cuka, walaupun tidak suka, tetap memuji dan mengatakan bahawa cuka itu sedap rasanya.
    7. Jangan doakan kecelakaan untuk orang lain. Walaupun kita dizalimi, jangan doakan kecelakaan. Ini kerana ditakuti kecelakaan yang kita minta itu lebih besar daripada kezaliman ynag dilakukan kepada kita. Takut nanti kita pula yang dikira menzalimi orang tadi dan akan dituntut balasannya di akhirat pula. Sepatutnya kita menasihati rakan yang zalim dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
    8. Jangan mengejek atau memperkecilkan orang lain. Walaupun dengan niat bergurau, lebih elok elakkan, kerana kadang-kadang orang tetap berkecil hati walaupun kita cuma berniat bergurau. Orang lain juga boleh hilang hormat pada kita. Jika kita diejek, cuba usahakan menegur mereka yang berbuat demikian. Jangan kita lawan pula.

    07 December 2012

    Panduan Mendidik Anak Lelaki

    kajian menyatakan hp dan motosikal antara penyumbang keruntuhan akhlak remaja berumur 10thn hingga 18thn..betoi ka?
     
    Ini adalah paparan post seorang sahabat di muka buku. Aku tetap berpegang peranan ibu bapa itu merupakan faktor kepada akhlak anak2. Bila saja berlaku soal keruntuhan moral dikalangan remaja ramai dikalangan kita memberi alasan luaran atau menyalahkan persekitaran. Ada yang mengatakan keadaan negara yang tidak islamic yang membuatkan keruntuhan moral makin menjadi-jadi. Kebetulan tadi aku ketemu seorang ibu dalam linkung umur 40-an orangnya tenang dan bila melihatnya kita ingin melihatnya lagi. Aku sangka anak yang bersamanya itu anak sulung rupanya tekaanku meleset anak perempuan bersamanya yang berusia 16 tahun adalah anak ke 3 di atas anak tersebut ada 2 lagi anak lelaki kakak ini. 

    "Tak susah ke akak manage anak lelaki", tanyaku ditengah perbualan dengan kakak tersebut.
     
    "Mungkin dalam soal ni Allah SWT permudahkan akak....namun dalam mendidik anak kita kena ada guide line terutama di KL ni. Suami akak ni seorang yang amat tinggi displinnya...anak2 diperingkat bawah 15thn memang tidak boleh sewenang-wenang keluar rumah terutama selepas maghrib. Amat penting bagi kita jangan biasakan anak berada diluar rumah ketika selepas maghrib. Dan bila dah lepas 18 thn mereka baru boleh keluar dengan syarat kena ada dirumah sebelum maghrib. Alhamdulillah walaupun dah lepas kolej anak2 lelaki akak sudah terbiasa dengan guideline tersebut dan mereka akan berada dirumah tepat pada masa." Terang kakak yang tinggal di Selayang dengan panjang lebar.
     
    Pesannya sebelum aku beredar...solat adalah pokok dalam kehidupan. Dengan solat kita berbicara hati dengan Allah SWT. Dan Allah SWT yang permudahkan kita juga mendorongkan hati anak2 kita ke jalanNYA.

    Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

    Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

    Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

    Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

    Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

    Rasulullah SAW telah memberi garis panduan untuk kita dalam mendidik anak2 supaya terurus dan terdorong ke jalanNYA. Lantaran itu sebagai ibu bapa kita adalah pemegang amanah untuk mencorakkan anak kita...siapa mereka akan jadi di masa depan. Seperti juga kita menanam pokok tidak sama dengan pokok yang benihnya dicampak keluar rumah dan hanya mengharap hujan untuk menyuburkannya. Pokok yang cantik dan mencantikkan halaman adalah pokok yang sentiasa dibaja dan disiram.

    06 December 2012

    Aku yang khilaf

    Jarang aku nak terasa hati. Namun kali ini hati terasa amat jauh yelah sudah berkali2 dia & isteri menuduh  dan tanpa usul dia memarahi insan yang kami semua sayang ....Aku bertindak menjauhi diri dari dia dan isterinya bagi mengelak kejadian berulang. Kataku pada suami aku tidak mahu involved dalam apa jua urusan membabitkan dia dan isterinya.

    2 hari lepas suami mengajak aku menghadiri jemputannya. Aku sebolehnya menolak. Bukan membenci ttp aku tidak mahu masuk dalam perangkap yang sama. Bukan aku tidak memaafkan tindakan semberono isterinya namun aku perlukan hidup yang tenang tanpa sebarang krisis dan konflik.

    Semalam di dinding muka buka ada lagi jemputan ke kenduri itu. Jawapanku kepada suami tetap sama.."mama tak mau pi, papa pun jangan pi". Dan semalam bila ingin kupejamkan mata aku berfikir..."mengapa terlalu sombong wahai diri...mengapa tidak dipermudahkan sesuatu yang sesemangnya mudah"...air mata hangat mula mengalir...Ampunilah hambaMu yang khilaf ini Ya Allah.

    Hari ini terbaca blog Ustaz Pahrol Moh Joi Cicipan Iman dari penderhaka membuatkan hati terasa kecil sekali. Siapapun kita....kita adalah hamba Allah SWT. Kita adalah umat Muhammad Rasulullah SAW. Usah bangga dengan apa yang kita miliki kerana semua datangnya dari Allah SWT Ketepikan diri kita. Buatlah baik  atas dasar itu perintah Allah. Walaupun kebaikan kita tidak dibalas. Walaupun orang yang kita buat baik itu bukan orang yang baik. Itulah ikhlas. Bukti kita tak harapkan apa-apa balasan kecuali keredhaan Allah.”

    Ya Allah Ya Rabb jauhilah hambaMu ini dari sifat sombong