Panduan Mendidik Anak Lelaki

kajian menyatakan hp dan motosikal antara penyumbang keruntuhan akhlak remaja berumur 10thn hingga 18thn..betoi ka?
 
Ini adalah paparan post seorang sahabat di muka buku. Aku tetap berpegang peranan ibu bapa itu merupakan faktor kepada akhlak anak2. Bila saja berlaku soal keruntuhan moral dikalangan remaja ramai dikalangan kita memberi alasan luaran atau menyalahkan persekitaran. Ada yang mengatakan keadaan negara yang tidak islamic yang membuatkan keruntuhan moral makin menjadi-jadi. Kebetulan tadi aku ketemu seorang ibu dalam linkung umur 40-an orangnya tenang dan bila melihatnya kita ingin melihatnya lagi. Aku sangka anak yang bersamanya itu anak sulung rupanya tekaanku meleset anak perempuan bersamanya yang berusia 16 tahun adalah anak ke 3 di atas anak tersebut ada 2 lagi anak lelaki kakak ini. 

"Tak susah ke akak manage anak lelaki", tanyaku ditengah perbualan dengan kakak tersebut.
 
"Mungkin dalam soal ni Allah SWT permudahkan akak....namun dalam mendidik anak kita kena ada guide line terutama di KL ni. Suami akak ni seorang yang amat tinggi displinnya...anak2 diperingkat bawah 15thn memang tidak boleh sewenang-wenang keluar rumah terutama selepas maghrib. Amat penting bagi kita jangan biasakan anak berada diluar rumah ketika selepas maghrib. Dan bila dah lepas 18 thn mereka baru boleh keluar dengan syarat kena ada dirumah sebelum maghrib. Alhamdulillah walaupun dah lepas kolej anak2 lelaki akak sudah terbiasa dengan guideline tersebut dan mereka akan berada dirumah tepat pada masa." Terang kakak yang tinggal di Selayang dengan panjang lebar.
 
Pesannya sebelum aku beredar...solat adalah pokok dalam kehidupan. Dengan solat kita berbicara hati dengan Allah SWT. Dan Allah SWT yang permudahkan kita juga mendorongkan hati anak2 kita ke jalanNYA.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Rasulullah SAW telah memberi garis panduan untuk kita dalam mendidik anak2 supaya terurus dan terdorong ke jalanNYA. Lantaran itu sebagai ibu bapa kita adalah pemegang amanah untuk mencorakkan anak kita...siapa mereka akan jadi di masa depan. Seperti juga kita menanam pokok tidak sama dengan pokok yang benihnya dicampak keluar rumah dan hanya mengharap hujan untuk menyuburkannya. Pokok yang cantik dan mencantikkan halaman adalah pokok yang sentiasa dibaja dan disiram.

Comments

Popular Posts