Aku yang khilaf

Jarang aku nak terasa hati. Namun kali ini hati terasa amat jauh yelah sudah berkali2 dia & isteri menuduh  dan tanpa usul dia memarahi insan yang kami semua sayang ....Aku bertindak menjauhi diri dari dia dan isterinya bagi mengelak kejadian berulang. Kataku pada suami aku tidak mahu involved dalam apa jua urusan membabitkan dia dan isterinya.

2 hari lepas suami mengajak aku menghadiri jemputannya. Aku sebolehnya menolak. Bukan membenci ttp aku tidak mahu masuk dalam perangkap yang sama. Bukan aku tidak memaafkan tindakan semberono isterinya namun aku perlukan hidup yang tenang tanpa sebarang krisis dan konflik.

Semalam di dinding muka buka ada lagi jemputan ke kenduri itu. Jawapanku kepada suami tetap sama.."mama tak mau pi, papa pun jangan pi". Dan semalam bila ingin kupejamkan mata aku berfikir..."mengapa terlalu sombong wahai diri...mengapa tidak dipermudahkan sesuatu yang sesemangnya mudah"...air mata hangat mula mengalir...Ampunilah hambaMu yang khilaf ini Ya Allah.

Hari ini terbaca blog Ustaz Pahrol Moh Joi Cicipan Iman dari penderhaka membuatkan hati terasa kecil sekali. Siapapun kita....kita adalah hamba Allah SWT. Kita adalah umat Muhammad Rasulullah SAW. Usah bangga dengan apa yang kita miliki kerana semua datangnya dari Allah SWT Ketepikan diri kita. Buatlah baik  atas dasar itu perintah Allah. Walaupun kebaikan kita tidak dibalas. Walaupun orang yang kita buat baik itu bukan orang yang baik. Itulah ikhlas. Bukti kita tak harapkan apa-apa balasan kecuali keredhaan Allah.”

Ya Allah Ya Rabb jauhilah hambaMu ini dari sifat sombong

Comments

Popular Posts