26 August 2014

Raya Raya 1435 Part II

Tahun ini selera makan agak kurang maklumlah ada isi dan ada jemputan yg terpaksa tak pergi maaf sgt orang yang menjemput...

9 Aug 2014, pagi-pagi kami telah menuju ke Univ Sains Islam Malaysia di Nilai menghantar Myra menghadiri Seminar UPSR dan disana kami bertemu dengan ex-school mate aka jiran kami semasa di Puchong Jaya iaitu Azemi dan Kak Yang Nazriah. 

Balik dr Nilai terus kami singgah Taman Puchong Prima. Rumah pertama kami hadiri kalau tidak salah aka jiran yang tinggal di Puchong Prima....rumah Yan Ali. Tiba-tiba cik B suka dengan suasana taman perumahan tersebut dan kebetulan ada owner yang nak jual jadi cik B dah mula berkira-kira nak minta cancel booking rumah yg telah kami buat di Ceria Resident, Cyberjaya, "susah sangat papa nak tinggalkan Puchong ni, Puchong ni mindle of city", mcm-mcm alasan dia. Sebenarnya harga tidak jauh beza cuma keluasan rumah di Puchong Prima yg buatkan cik B beriya yelah anak ramai kan. Rumah sekarang OK sebenarnya tak la sempit dengan keluasan 1000++ psf still ok cuma bila usia menginjak 40an rasa mcm nak tinggal rumah landed.

Raya versi kami ...pertemuan di Nilai ...couples of essemjian
Malamnya selepas mengambil alang Myra terus kami menuju ke SS19, Shah Alam...rumah terbuka aka perjumpaan keluarga. Anak-anak memeng suka ke rumah Tok Njang depa yelah Tok Njang mcm Mak Tok depa di  Pida kalau masak memang sedap.

Ex Aspura dgn ex warden essemjian 
 Kenangan paling indah raya tahun ini dapat berjumpa cikgu English aka warden asrama iaitu Sir Hamdan...Syukran Ya Allah. Alhamdulillah Sir dan isteri sihat walafiat.
Ex aspuri dan aspura dgn Sir Hamdan
Ex Tescorian & Ex K&S at The Gilmore Girl house
Rabu, 13.08.14 Kakak bercerita Pak Dollah bagi tahu Kak Jija buat open house disebabkan dia beriya nak pergi jadi pada 23.08.14 mama dan papa sampailah di Saujana Rawang. Cantik rumah sis Gilmore Girl ni mcm tuannya..actually aku suka modern design rumah ni.....Alhamdulillah tahun ini akhirnya dapat bersua muka dgn Kak Ani dan Pak Nam. Sebenarnya dah lama berkeinginan nak bertemu mereka. Suka cara mereka mendidik dan jaga anak-anak. Orang bandar yg tidak dibandarkan adap terpelihara maruah terjaga.....peribahasa baru 
Balik dari Saujana Rawang terus kami ke Presint 14, Putrajaya perjumpaan keluarga aka open house. Amat meriah dengan kepulangan ahli keluarga Mail dari Jepun ....anak2 tertarik dengan kimono yg dipakai oleh saudara2 dari Jepun. Perjalanan dari Saujana Rawang-Putrajaya buatkan mama keletihan
Pak Lang, Mail & Faisol ..adik beradik cik B dari sungai Pasiaq SP
Truly 1Malaysia family
House Warming aka open House aka perjumpaan Adik Beradik
24.08.2014...sebenarnya ada jemputan dari aka jiran iaitu Min tapi pagi2 lagi kami telah menuju ke Kota Putri Sungai Buluh iaitu rumah Angah anak Abang Li dan Kak Minah. Seronok jumpa anak-anak menakan juga abang dan kak ipaq. Masa ke rumah angah kami bawa sekali adik cik B dan isterinya Atie..."ni semua anak2 menakan kak na..nak cam adik beradik kak na tang pipi yg ada pingpong atau teloq ayam dan mata panjang sepet"...ciri2 genetik keluarga.

Ingatkan dah habis jemputan2 maklumlah Shawal akan berakhir hari ini ttp semalam cik B cakap.."ma ada jemputan dari org negeri sembilan 30.08.2014 sabtu ni..."...Jemputan seorang sahabat baik dari Pusat Bandar Puchong, InshaAllah kami akan sampai.









25 August 2014

Raya raya 1435 Part 1

Syawal 1435 mencipta seribu kelainan. Yelah anak2 pun dah bosan dengan rutin hari raya yang sama pergi kerumah org yang sama. 
Family Pic raya 2014
Tahun ini kami sekeluarga beraya di pida Sanglang. Abang Dul dan family pun balik beraya di pida. Bila balik dapatlah meluangkan masa ke rumah mak2 menakan sebelah abah juga mak. Dan bila pergi ke rumah adik mak teringat anaknya yang muda setahun dariku yg telah ke rahmatullah. Alfatihah buah aruah Biah di syurgalah tempatmu wahau sepupuku. Di Pida tak sempat nak snap yelah banyak masa dihabiskan dengan mak dan Kak Ros di dapor.... hasilnya ada gambar ketupat

Ketupat Palas...yg ni memang pandai membalutnya wajib anak2 perempuan mak tahu buat ketupat palas ni...
bab ketupat palas aku memilih sikit nak memakannya ...paling suka ketupat yg mak buat, kak Ma, Kak Minah
Ketupas Jawi org kedah Panggey...yg ni done by Kak Ros....agaknya sebab selepas kahwin
aku dekat dgn kakak ipar seorg ini banyak masakkan nogori dan melaka dah serasi dgn tekak budak Kedah ni...
Biah meninggal ketika aku  ditingkatan satu ketika itu aku berada di hostel manakala Biah berada di tahun 6. Bila pulang ke kampung mak cakap Biah dah tak ada meninggal sebab kelemasan selapas terjatuh dalam sungai berhampiran rumahnya. Sedikit sebanyak bila ke lama rumah Mak Cik membuatkan ingatan aku kembali terkenangkan rakan sepermainan masa kecil ini.
Pida Sanglang tempat jatuh lagi di kenang
Bumi terdamparnya hijau kuning bersilih ganti
Raya kedua selepas makan tengah hari beramai bersama kakak2 dan abang2 kami bergerak menuju Tok Jalai ke rumah teman baikku iaitu Norul Ashikin. Mula ingatkan nak singgah sekejap tapi anak2 dah serasi dgn cik Shikin jadi lama jugalah mama dapat berbual dgn bff sorang ni. Kakak siap tapau suci dalam debu home made cik Shikin. Sampai Sungai Petani suci dalam debu dah tinggal balang saja.
BFF yang sentiasa diingatan walaupun jauh dimata namun dekat di hati
Sesampainya di Sungai Petani, Mak Manis tengah sibuk menyiapkan beberapa kelengkapan masakan untuk BIG Family Gathering esok. Mak Manis meminta kami ke rumah terbuka Nurul anak kepada adik Mak Manis yg juga sepupu cik BB. Sesampainya kami di sana adik beradik telah ramai menjamu selera. Sedap hidangan terutama rendang hijau masakan tradisi keluarga Mak Nah di Kuala Ketil. 
Ramai yg tak ada sebab dah petang ......klu semua ada lagi happenning
Keesokkan rumah Mak Manis di SP mulai dipenuhi oleh saudara mara kedua belah pihak....seronok jumpa adik beradik  dan mula lah pelbagai plan keesokkan harinya
5 biji kereta menyerbu ke laman ini.... cik B bersama dgn bapa kepada seorg hafiz. Orang yg mulia dan baik
akan melahirkan zuriat yg beriman dan budiman
Menu Kedah..Pulutt Durian 
Kakak dgn baby made in New Zealand...wajah ibunya terpampang di wajah Uwais Furqan
Raya di Jeneri.....the best raya kata anak-anak. Semenjak berjumpa family Firdaus iaitu menantu mak jang aku memang menyimpan hasrat untuk ke sana. Akhirnya sampai juga kami di bumi Jeneri yang subur dan sejuk yang mana melahirkan seorang hafiz yang menjadi teman hidup sepupu Ieja. Memang terbaik. Jiwa aku yang sukakan hijau, hutan, bukit amat mudah jatuh cinta dengan persekitaran Jeneri.  
Pencuci mulut....dah surrender dgn durian 
Hanto Durian
Otw balik KL aku mencadangkan kepada cik BB untuk singgah rumah mertua Uda di Kampung Lalang, Gerik, Perak. Dah lama tak jejak kaki disana. Seperti di Jeneri kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan yg sedang galak berbuah. Tapi the best menu is Masak Lemak Mak Atie memang terbaik.

Alhamdulillah perjalanan balik kampung dan balik KL berjalan lancar. 


20 August 2014

Anak dan Amanah

Dulu pernah bercadang pada hubby untuk menghantar anak belajar ke Kedah maklumlah negeri kelahiran kami namun cik B menegahnya.."jauh mama...susah kalau ada ada hal", cik B beralasan. "Nanti apa kita nak jawap diakhirat sana, Allah SWT pinjamkan kita anak tapi kita hantar mereka jauh dari kita...bolehkan kita pantau solat mereka, pergaulan mereka....bla bla bla,", jelas cik B yang buatkan diri tersentak. Ya apa aku nak jawap dihadapan Allah SWT nanti jika dengan sengaja jauhkan diri dengan anak-anak semata kerana harapan kita kepada dunia.


Dari anak sulung walaupun berkali-kali mertua meminta anak sulung dan kedua untuk dijaga di Kedah kami menolak dengan baik. Pertama adalah disebabkan amanah Allah SWT dan yang kedua kami tidak mahu membebankan kedua orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidup kami. Biarlah mereka tenang tanpa sebarang bebanan dihari tua mereka.

Semalam mendengar ikim.fm tajuknya, Guru dan pendidikan yang mengupas Isu Remaja dan Pendidikan. Anak-anak patut diasuh sedari kecil tentang hidup bersyariat dan mengenal mereka dengan hukum halal dan haram dalam agama. Pendidikan berlangsung pada suatu jangka masa yang lama dan kadang-kala ilmu yang diajar akan masuk dalam diri anak-anak apabila mereka tua iaitu apabila mereka menemui turning point dalam kehidupan dan ada ketikanya mereka sedar akan keimanan bila menghadapi ujian yang datang bertalu-talu. Namun sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggungjawap untuk kita mengenalkan Allah SWT, Rasul, Rukun Iman dan Islam dan cara hidup Islam supaya anak-anak tidak tergelincir jauh dari landasan agama.


Empat tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW

* Umur 0 hingga 6 tahun.

- Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas.

- Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

- Kesannya, anak*anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik.

- Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.

* Umur 7 hingga 14 tahun.

- Pada tahap ini mulakan menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak.

- Menurut hadis Abu Daud, Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkan tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).

- Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.

- Kesannya, anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak mengikut acuan Islam.

* Umur 15 hingga 21 tahun.


- Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibu bapa seeloknya mendekati anak dengan berkawan dengan mereka.

- Banyakkan berbual dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang mereka hadapi.

- Bagi remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka mengenai kisah kedatangan `haid' mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.

- Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

- Kesannya, tiada orang ketiga atau `asing' akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka.

- Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan telah ada di rumah bersama keluarga.

* Umur 21 tahun dan ke atas.


- Fasa ini adalah masa ibu bapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri.

- Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa supaya setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul.

- Berbekalkan ilmu dan disiplin yang diasah sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.

- Ibu bapa jangan penat menasihati mereka, kerana mengikut kajian, nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak mampu membentuk tingkah laku yang baik.

15 August 2014

Remaja dan buli

Aku dan suami memang proaktif soal anak .....mereka sentiasa dalam pemerhatian kami. Bila Al Khattab balik dalam keadaan lebam beberapa kali kami bertanya dan dia cuba hide ....kemudian kami mendapat tahu dia di tumbuk oleh senior di maahadnya....alhamdulillah pihak sekolah memantau hal ini dan orang yang membuli dikenakan hukuman sewajarnya.

Dan semenjak dua menjak ini anak sulung menceritakan perihal apa yang berlaku disekolahnya dan semalam semasa bersembang dengan wakil2 Kementerian Pelajaran yang selalu aku dealing, mereka kategorikan apa yang berlaku kepada anak sulungku dan beberapa temannya adalah buli mental. Setiap kali dia bercerita aku dan suami nasihatkannya supaya tabah dan kataku kepadanya, "Allah SWT sentiasa ada bersama org2 yang benar dan yg dekat denganNYA". Yakinlah.

Buli mental atau kata lainnya ialah buli psikologi ialah buli yang menghentam pemikiran individu tanpa perbuatan fizikal. Misalnya ialah mengejek, mencaci, mencerca, memaki hamun dan memulaukan seseorang. Aku dan suami tengah berbincang dengan kawan kami di Kementerian Pelajaran apa langkah selanjutnya yg akan kami ambik bagi menangani kejadian buli ini. 

Kesan buli mental ini amatlah teruk dan ia boleh kekal selamanya kerana mangsa akan ingat kata-kata yang dikeluarkan si pelaku. Walaupun ia tidak dianggap seteruk buli fizikal, ia tetap dikira sebagai buli dan patut dihentikan segera.

Buli mental ini biasanya berlaku di sekolah oleh seseorang yang merasakan dirinya lebih hebat atau mahu menjatuhkan seseorang akibat daripada perasaan cemburu dan perasaan tidak puas hati. Buli mental ini boleh dilihat terutamanya di sekolah rendah. Kes buli mental ini menyebabkan ada rakannya hilang keyakinan diri dan ada pula yg bersedih namun kepada anak sulung kami sentiasa memberi sokongan kepadanya.....supaya dia berani dan ujian hari ini akan menjadikan dia seorang yang lebih hebat berbanding orang2 yang membulinya secara mental itu. Mereka itu hanya berani dalam kumpulan cuba bila keseorang hati mereka seperti seekor tikus. Itulah sifat pembuli sebenarnya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya disinilah kita dapat melihat kematangan sebenar anak remaja kita. 

Setiap perkara yang berlaku sudah pasti ada pokok pangkalnya. Sesuatu perbuatan tidak akan berlaku tanpa sebab dan faktor yang mempengaruhinya. Antara faktor berlakunya gejala buli di sekolah ialah:

1- Masalah keluarga dan kurang kasih sayang ibubapa.

Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa ini merupakan faktor utama seseorang itu membuli. Hal ini kerana pelajar tersebut sering dipukul oleh abangnya atau selalu dimarahi oleh kedua ibubapanya.

Selain itu, ibubapa sering tiada di rumah kerana sibuk dengan urusan kerja. Justeru, pelajar tersebut kurang mendapat perhatian dari kedua ibubapanya. Apatah lagi sebagai seorang anak yang sentiasa mahu bermanja dengan ibubapanya.

Faktor ini membawa kepada perasaan dendam dan keseorangan yang geramnya dilepaskan dengan membuli pelajar lain di sekolah. Dari situ mereka berasa gah dan lega setalah melepaskan geram yang dipendam.

2- Rakan-rakan yang sering pengaruhi untuk membuli.

Pengaruh rakan amatlah sinonim dengan apa jua gejala negatif di sekolah. Oleh yang demikian kita sering diingatkan supaya bijak memilih dan menilai baik buruk seseorang sebelum menjadikannya rakan.

Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah lakuseseorang amatlah sukar untuk dibendung kerana rakan adalah pihak yang sentiasa bersama. Tidak dinafikan, terdapat banyak pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan.

Bagi si pelaku, ia adalah seronok melihat pelajar lain dibuli beramai-ramai oleh rakan-rakan yang ‘sekepala’ dengan dirinya. Dari situ, hubungan mereka bertambah erat dan seterusnya akan lebih giat membuli pelajar lain.

3- Kurang didikan agama.

Faktor ketiga ini adalah antara faktor yang amat kuat kerana di alam siber ini kebanyakan pelajar mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang dilihat menerusi laman-laman web. Tambahan pula, remaja kini jarang ke rumah ibadat dan jarang mendengar ceramah agama.

Pembelajaran Pendidikan Islam dan Moral di sekolah masih tidak mencukupi jika tidak dipraktikkan apabila diluar waktu sekolah. Apabila kurangnya didikan agama, pelajar akan merasa lebih bebas dan tidak dapat berfikir matang bahawa membuli adalah perbuatan yang negatif.

Oleh itu, didikan agam perlu ditingkatkan dengan dorongan ibubapa. Ibubapa juga patut memberi contoh yang baik seperti memastikan anak-anaknya selalu ke rumah ibadat dan sering bawa mereka mendengar ceramah agama masing-masing.

4- Aksi ganas dalam filem dan drama.

Dunia yang serba moden ini boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu televisyen. Berdasarkan beberapa kajian, kebanyakan remaja gemar menonton TV apabila mereka mempunyai kelapangan masa dan tidak mahu keluar rumah.

Kebanyakan rancangan di TV kini sering memaparkan aksi ganas seperti bergaduh, mencuri, ponteng sekolah dan berlagak samseng. Dari situ, aksi-aksi ini dicontohi oleh yang menontonnya terutamanya para pelajar yang gemar meniru perbuatan orang lain.

Ya, kebiasaan aksi ganas yang dipaparkan adalah untuk memberi pengajaran buat semua yang menonton agar tidak melakukannya kerana boleh memusnahkan hidup dan boleh dipenjara. Namun, mesej yang ingin disampaikan tidak menjadi kerana aksi-aksi yang ditonjol lebih menarik perhatian pelajar.

Oleh itu, mereka meniru aksi yang dilihat dengan membuli pelajar lain. Kesannya mereka berasa mereka lebih bergaya dan sama taraf dengan para pelakon yang melakonkan aksi tersebut.

5- Peraturan sekolah kurang ‘menyeramkan’.

Ya, semua sekolah telah menetapkan gejala buli sebagai satu perbuatan berat dan sesiapa yang membuli boleh dikenakan tindakan gantung atau buang sekolah. Namun, pelaksanaan untuk memastikan pelajar tidak melakukan gejala ini jarang kelihatan.

Maksud IniPerspektifku ialah membanteras gejala buli dengan cara memastikan kesemua yang pernah melakukan kesalahan kecil diwajibkan mengikuti kaunseling sehingga mereka benar-benar berubah di samping mendenda mereka walaupaun kesalahan ringan.

Ini kerana kesalahan ringan yang biasanya membuatkan seseorang pelajar itu untuk lebih berani melakukan kesalahan yang lebih berat. Sebetulnya pihak pentadbiran sekolah bertindak lebih proaktif dan mengenali latar belakang pelajar yang bermasalah.

Oleh itu, mereka akan lebih takut membuli kerana pentadbiran sekolah yang cekap di samping peraturan yang kuat dan pelaksanaan yang berkesan.
Ayuh bendung gejala buli secepatnya,

Janganlah kita hanya menunding jari menyalahkan pihak lain apabila buli berlaku. Semua pihak wajib memainkan peranan membanteras gejala yang sememangnya sudah kritikal ini. Ibubapa, guru, masyarakat dan pihak berkuasa perlu bersatu tangani gejala buli ini.

Jika gejala buli ini dapat dibendung, bukankah ia dapat mewujudkan generasi yang lebih berdisipilin dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dipandang tinggi rakyat dan memudahkan lagi urusan memajukan sistem pendidikan negara.

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT untuk kita didik mereka menjadi insan yang bermaruah dan pemimpin beriman di masa depan. 




04 August 2014

Petua mendidik anak2 berhari raya di rumah orang

Hari ini merupakan hari ke 8 kita di bulan shawal .....hari ini juga merupakan hari pertama shawal pada minggu lepas. Pada hari ini kami masih di halaman abah.....seronok melihat telatah anak2 yg berkunjung kerumah saudara-mara ....Alang Myra dan adik beradik bersama anak2 abang don mendahului kami membuat kunjungan ke rumah saudara....dengan petah dia menjawap bila ditanya anak sapa ni...."anak Na cucu Tok Safar". Semua tersenyum mendengar keramahannya. Setiap kali dia bercerita kami nasihatkan anak2 jaga mata, jaga mulut, jaga telinga dan jaga hati.......

Semalam kami sudah kembali di Selangor....Ada anak2 bertandang ke rumah. Disebabkan energi yang masih kurang aku hanya membiarkan cik B, Alang Myra dan kakak melayan anak2 yang bertandang....hati aku dari dulu memang sudah tertarik dengan anak jiranku, Alyssa. Baik tutur kata di depan mahupun belakang orang tua2. Kemuadiannya Alang Myra bersama kumpulan anak2 tersebut berhari raya di rumah lain pula. Bila pulang dia bercerita mengenai kerenah kawan2 yg bersama dalam kumpulan tersebut yg tidak menjaga lisan ......pelbagai komplen dan celaan keluar dari mulut anak2 bawah 12 tahun ini  yg membuatkan Myra menegur mereka. 

Sebagai ibu-bapa sewajarnya kita memberi tunjuk-ajar kepada anak2 supaya mereka menjadi insan yang berhemah didepan atau belakang kita.

1. Hormati tuan rumah - Apabila tiba di rumah yang dikunjungi, elakkan daripada terus ke meja hidangan. Sebaiknya, cari tuan rumah terlebih dulu atau jika tidak ada, mungkin mereka sibuk di dapur atau melayan tetamu lain. Ajar anak untuk bersalaman dengan tetamu berdekatan ketika itu. Kemudian duduk dengan sopan. Sementara menunggu tuan rumah keluar, ambil kesempatan berbual-bual mesra dengan tetamu yang ada.

2. Jaga adab ketika makan - Menunjukkan budi bahasa yang baik ketika makan sangat penting. Elakkan daripada berebut. Jika perlu, beratur mengikut giliran. Ambil makanan ketika dipelawa tuan rumah. Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adab yang baik. Mengelak daripada mengambil makanan berlebihan sehingga kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik. Habiskan makanan diambil dan elakkan pembaziran. Untuk ibu bapa, pastikan mereka menyuapkan anak makan dan minum bagi mengelak tertumpah. Jangan biarkan anak mengambil sendiri makanan dikhuatiri peralatan digunakan pecah. Ketika inilah ibu bapa boleh mendidik anak-anak supaya bersopan ketika makan.

3. Berdisiplin dan menjaga adab ketika beraya - Kehadiran anak bersama ibu bapa memang sukar dikawal, sehingga ada yang berlari-lari keluar masuk ke rumah, masuk ke bawah meja, naik ke atas meja makan, masuk ke bilik tuan rumah yang kebetulan mungkin tidak berkunci, masuk ke dapur, menangis atau tertumpah air di lantai dan pelbagai lagi kerenah semula jadi mereka. Di sinilah peranan ibu bapa untuk mengajar anak dengan sifat yang baik. Biasanya anak kecil akan mudah bosan jika terlalu lama beraya, justeru jangan terlalu lama beraya untuk kenalan biasa melainkan saudara terdekat atau kenalan rapat. Ini memastikan anda boleh menggunakan ruang rumahnya seperti menidurkan dan memandikan anak tanpa masalah.

4. Jangan mata duitan - Kanak-kanak juga perlu diingatkan jangan hanya berhari raya di rumah orang kaya saja. Tujuan asal berziarah pada hari raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam. Oleh itu, jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan dengan membeza-bezakan pemberian duit raya. Selepas balik daripada beraya, sepatutnya anda mengajar anak supaya bersyukur dengan pemberian itu. Katakan kepada mereka, walau macam mana miskin dan daif sekalipun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan kanak-kanak pada hari raya.
Petua dari ENSAIKLOPEDIA  PETUA MELAYU LAMA

09 July 2014

Dari hati ke hati ..... saat baik berkomunikasi dengan anak semasa berkenderaan


Dalam kereta....kakak bercerita mengenai beberapa pelajar lelaki mengutuknya di dalam group whatapps mereka. Nasihat mama pada kakak......what others think of you is none your business

Nak berubah untuk menjadi baik banyak perkara perlu kita tinggalkan termasuklah kawan2 yang menyebabkan iman kita selalu merudum. Bukan semua orang sukakan perubahan terutama berubah menjadi baik. Dan anggaplah orang mengutuk dan mengata itu umpama syaitan yg bertopengkan manusia yg tidak pernah suka manusia menuju kepada jalan Allah SWT.....dan tak perlu runsing apa yg mereka katakan sebab orang yang selalu mengutuk, mengumpat dan mencerca orang lain mempunyai keyakinan diri yang rendah dan hati mereka busuk dek kerana itulah mereka tidak dapat melihat keindahan dan kebaikan orang lain. 


Dan siapa mereka nak membuat judgment mengenai orang lain...sempurnakah mereka...tetapkah solat mereka....dah berapa surah mereka hafal....dah boleh jadi imam ke orang yang suka mengumpat mengeji itu?.  Kakak tekun mendengar luah bicara dari mulut mama. Dan bersyukurlah di bulan yang mulia ini walaupun tanpa amal kita tidak sebanyak mana ada pahala masuk dalam akaun akhirat kita......


Aku pernah menghadapi situasi yg dihadapi oleh kakak.....seorang teman memberitahuku sianu itu dan si anu ini bercakap2 buruk pasal kau dan anak2. Bila mendengar hati sedikit remuk kerana aku langsung tidak pernah memikirkan buruk mengenai mereka semua.....namun kata2 suami menenangkan hati. Katanya.."Usah dirisau apa yg orang tidak kenal hati kita kata mengenai kita kerana yg kenal kita tahu kita bagaimana.....dan papa selalu perhatikan mereka2 yg suka mengumpat orang lain itu. Tak hebat mana pun depa tu". Selepas itu aku ignore segala unsur negative dari memasuki diri dan itulah jua yang cuba aku tanamkan kepada anak2. Biar kita selalu berfikiran positif kepada orang lain dan jangan sesekali membuat orang lain terasa terutama orang yang banyak berjasa dalam kehidupan kita. 



18 June 2014

Dont Judge.....

Bergenang air mataku baca kisah ni.

Dari kecil abah selalu pesan jangan judge manusia dari pakaiannya kerana mata kasar kita selalu tertipu dengan penampilan dan banyak juga kisah2 manusia yang tertipu diceritakan oleh abah.

Dan kita juga kadang-kala akan tertipu dalam kebaikan yang diberikan .....tp kata abah tak apa, biar Allah SWT yang mengatur segala perjalanan hidup kita. Hidup kita ni bukan untuk mengharapkan penghargaan orang lain tp lakukanlah kebaikan demi mencari keredhaan Allah SWT.

Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di stesen minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah..

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

 Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

 Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
(Copy pasted - Warta Dari Hati)
***Gambar hiasan semata-mata..
Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

05 June 2014

Dar Al Mustofa


Semalam menerima email dari cik B.....surat tawaran kemasukkan cawangan Malaysia Darul Mustofa, Tahrim, Hadramaut buat Al Khattab.







Al Khattab lahir dengan kelebihan yang perlu kami asah dan focus ke arah yang membawa keberkahan dirinya juga kepada ummah. Dia ada potensi tersebut namun hatiku masih berbolak balik.







Terkenang cita-citanya takala jiwa masih suci.. "ma abang nak duduk atas sana dan nak baca mcm imam baca masa hari jumaat", dia menunjukkan ke arah mimbar. Aku menyimpan cita-citanya di dalam hati dan doa. Dan disebalik cita-cita tersebut dia mempunyai bakat memorize sebagaimana abah. Bila ditangan anak sulung yang kami panggil kakak, "mcm mana abang boleh ingat surah2 yang panjang", ...."kan kita baca dulu lepas tu kita masukkan dalam memori apa yg kita baca lepas tu bila ustaz tutup al quran kita akan nampak ayat demi ayat di depan mata kita", terangnya kepada kakak. Banyak perkara perlu kami jaga dan kadang2 kami terkandas akibat kelemahan dan laghonya diri kami dalam mendidik anak2 sebagaimana ditetapkan oleh Al Quran dan Al Hadis.







Kehadiran aku, kakak dan alang di kuliah Ustazah Alina membuka mataku akan keindahan Tahrim.


Dan salah satu yang diimpikan Al Khattab juga dia mahu ke sana suatu hari nanti.


Anak-anak mereka mudah dibentuk namun kami risau kerana kami banyak sangat lagho dan masih jahil terutama dalam soal ilmu akhirat



04 June 2014

Pesanan Terakhir Rasulullah

Pesanan Terakhir Rasulullah


Khutbah ini adalah pesanan Rasulullah SAW yang terakhir kepada umatnya, disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah (tahun 632 M) di Lembah Uranah, Gunung Arafah  ketika Nabi Muhammad SAW melaksanakan haji widak.

Haji widak adalah salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah umat Islam, kerana ia adalah haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Ramai umat Islam berada dengan Nabi SAW ketika baginda menyampaikan Khutbah terakhir.

Sesungguhnya makna yang terdapat dalam khutbah ini memang mengagumkan, menyentuh akan hak Allah ke atas manusia dan nilai kemanusiaan yang harus dimiliki oleh setiap insan. Walaupun Nabi SAW telah wafat, kata-kata beliau masih hidup di dalam hati kita.

Setelah memuji dan mengucapkan kata syukur kepada Allah, Nabi Muhammad SAW berkata:

  • "Wahai manusia, dengarlah baik-baik pesanku ini, aku tidak tahu sama ada selepas tahun ini, aku akan bertemu lagi dengan kamu. Oleh itu dengarkan apa yang akan aku katakan kepada anda baik-baik dan ingatlah pesanku dan sampaikan kepada sesiapa yang tidak ada di sini pada hari ini

  • Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, hari ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan menyakiti sesiapa supaya tiada siapa yang akan menyakiti kamu.

  • Ingat bahawa kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, dan bahawa Dia akan menghitung segala amal-amal kamu. ALLAH telah mengharamkan riba (faedah), maka segala urusan yang melibatkan riba akan dibatalkan sekarang.
  • Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

  • Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

  • Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

  •  Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

  • Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU”.

02 June 2014

40 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak

Jom check ....mana tau kut2 kita ada terlakukan kesilapan dalam mendidik anak2 sebagaimana dibawah ini. Anak2 ini adalah amanah bukanlah harta kitalah yang mencorakkan mereka.

Tadi masa otw ke tempat kerja sempat dengar ikim.fm ....smart parenting Zaid Mohamad katanya, "Selalunya bapa yang banyak menghabiskan masa bersama anak2 akan melahirkan anak yang lebih pintar dan berkeyakinan tinggi untuk bersosial juga lebih kreatif berbanding dengan bapa yang membiarkan anak2 melakukan aktivitinya sendiri...ini telah dibuktikan melalui beberapa kajian universiti luar negara".

Rasulullah SAW juga memberi contoh kepada kita supaya sentiasa rapat dan dekat dengan anak2 .. "Diriwayatkan, pada suatu hari raya Rasulullah SAW. keluar rumah untuk menunaikan solat Hari Raya. Di pertengahan jalan, beliau melihat banyak anak kecil sedang bermain dengan gembira sambil tertawa-tawa. Mereka mengenakan baju baru, sandal mereka pun tampak berkilat. Tiba-tiba pandangan beliau tertuju pada salah seorangyang sedang duduk menyendiri dan sedang menangis tersedu-sedu. Bajunya compang-camping dan kakinya tiada bersandal. Rasulullah SAW, pun mendekatinya , lalu diusap-usap anak itu, mendakapya ke dada beliau seraya bertanya, “Mengapa kau menangis, nak .” Anak itu hanya menjawab, “Biarkanlah aku sendiri.” Anak itu belum tahu bahawa orang yang ada di hadapannya itu adalah Rasulullah SAW. yang terkenal sebagai pengasih. “Ayahku mati dalam suatu pertempuran bersama Nabi,” lanjut anak itu. “Lalu ibuku kahwin lagi. Hartaku habis di makan suami ibuku, lalu aku di usir dari rumahnya. Sekarang, aku tak mempunyai baju baru dan makanan yang enak. Aku sedih meihat kawan-kawanku bermain dengan riangnya

Baginda Rasulullah SAW. lantas membimbing anak tersebut seraya menghiburnya, “Sukakah kamu bila aku menjadi bapakmu, Fatimah menjadi kakakmu, Aisyah menjadi ibumu, Ali sebagai bapa saudaramu, Hasan dan Husain menjadi saudaramu?” Anak itu segera tahu dengan siapa ia berbicara. Maka langsung ia berkata, “Mengapa aku tak suka, ya Rasulullah?” kemudian, Rasulullah SAW, pun membawa anak itu ke rumah beliau, dan diberinya pakaian yang paling indah, memandikannya, dan memberinya perhiasan agar ia tampak lebih gagah, lalu mengajak makan.
Sesudah itu, anak itu pun keluar bermain dengan kawan-kawannya yang lain, sambil tertawa-tawa sambil kegirangan. Melihat perubahan pada anak itu, kawan-kawannya merasa hairan lalu bertanya, “Tadi kamu menangis, mengapa sekarang bergembira?” jawab anak itu, tadi aku kelaparan, sekarang sudah kenyang. Tadi aku tak mempunyai pakaian, sekarang aku mempunyainya, tadi aku tak punya bapak, sekarang bapakku Rasulullah dan ibuku Aisyah.” Anak-anak lain bergumam, Wah, andaikan bapa kita mati dalam perang.” Hari-hari berikutnya, anak itu tetap di pelihara, oleh Rasulullah SAW. hingga beliau wafat.
"

 40 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak sebagai pandu
  1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
  4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
  5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
  6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
  7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
  8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
  9. Kurang melahirkan kasih sayang
  10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
  11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
  12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
  13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
  14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
  15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
  16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
  17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
  18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
  19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
  20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
  21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
  22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
  23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
  24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
  25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
  26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
  27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
  28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
  29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
  30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
  31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
  32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
  33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
  34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
  36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
  37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
  38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
  39. Tidak tegas mendidik anak-anak
  40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Sumber: Forum Mesra.Net

19 May 2014

Adab Ibu Ketika Mengandung Mengikut Islam

Al Waleed 2012
Semalam tersua dengan beberapa jiran semasa di Puchong Jaya yg datang untuk Kursus Haji di Masjid AsSalam.

Terkejut mereka..expecting? tanya salah seorang dari mereka. Aku mengangguk. "Eh yang bongsu tu kan 2012 kan, tak buat perangai ka dia tahu ada kawan baru nak datang ni", tanyanya lagi dengan riak wajah gembira. "So fa so good anak2 dari yg sulung Alhamdulillah semuanya ok tak dak masalah". Mereka mulalah bercerita mengenai pengalaman mereka semasa mengandung....paling tidak bersabar bila si kakak atau abang buat perangai...bla bla bla.

Mak dan mertua dan Mak Jang (Shah Alam) selalu pesan .... bila mengandung jangan terlalu ikut perasaan, jangan bermalasan dan rajin berzikir, baca Al Quran, berdoa dan juga jaga pemakanan nanti anak dalam kandungan akan terikut dengan apa saja tindakan dan sifat kita semasa mengandung akan mempengaruhi anak dalam kandungan tersebut. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT dan banyak berselawat juga penting bagi kita menjaga hubungan dengan orang sekeliling terutama suami kita jangan mudah merajuk atau terasa hati. Risau nanti yang bakal lahir akan jadi kememe dan susah nak bertoleransi dengan orang sekeliling. Banyakkan memakan makanan sunnah seperti delima, kekacang seperti badam, gajus, minum plain water, susu, perbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran."Jangan dok gian nak makan jeruk itu ini ..", pesan mertua ketika anak sulung masih diingatan sehingga hari ini.Biasalah kita masa mengandung akan cepat letih namun harus diingat si kakak atau abang perlukan perhatian kita....tumpukan perhatian kepada mereka dan selalu ajak mereka berbual-bual dengan adik di dalam tummy untuk melahirkan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Jangan sesekali memarahi kakak dan abang kerana mereka belum memahami situasi yang sebenarnya.

  • Kedua ibu ayah kepada bayi yang dikandung seharusnya menjauhi segala perkara-perkara yang haram dan syubhah selain melaksanakan kewajipan sebagai seorang islam.
  • Tunaikan semua solat fardhu dan jika boleh lakukan secara berjemaah tidak kira di mana berada.
  • Makan makanan yang halal dan baik kerana makanan amat penting untuk perkembangan dan pembinaan tubuh badan.
  • Jagalah aurat dan pergaulan apatah lagi dalam tempoh kehamilan, selain daripada makanan pastikan pakaian dan pergaulan juga halal dan sah di sisi agama. Perhatikan akhlak dan adab kita kerana ia akan memberi kesan kepada kandungan.
  • Banyakkan berzikir, berselawat dan bertaubat untuk menguatkan jiwa. Perbanyakkan juga melakukan perkara-perkara yang ma’ruf seperti mendengar ceramah, bacaan Al-Quran dan melihat alam ciptaan Allah.
  • Sentuhan kasih sayang daripada suami mampu merangsang emosi isteri dan janin. Sentuh kepala isteri dan berikan ciuman kepadanya. Suami dituntun mengusap dan menepuk perlahan-lahan pada bahagian perut isteri sambil menggosokna disulami dengan ayat-ayat Al-Quran, doa dan selamat ke atas Nabi Muhammas SAW.
  • Para ulama dalam dalil yang umum menyatakan ibu mengandung digalakkan membaca Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Yasin dan Ayatul Kursi serta beberapa surah yang lain. Mudah-mudahan anak yang dikandung akan lahir sebagai insan yang soleh dan solehah. (Sumber : Majalah Anis)

28 April 2014

Kewajipan menjaga keluarga dari api neraka...Part 1

Tadabbur Surah At-Tahrim akhir juzuk ke 28....no surah 66
Kewajipan menjaga keluarga dari api neraka

Surah ini sesuai dijadikan usrah kepada muslimah. Diakhir surah ini dibawa kepada kita contoh2 perempuan yang derhaka kepada Allah.

Ayat ke 6.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Artinya: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At-Tahrim: 6)  
 
Bila Allah SWT menyebut mengenai....hai orang-orang yang beriman, adalah berkaitan dengan hukum. Buka telinga kita apa yang Allah SWT nak perintahkan kepada kita.

Hari ini bila menyebut kepada jaga diri seorg muslim iaitu ayah dan ibu perlu bertanggungjawab kepada diri masing2. 

Suami kena bertanggungjawab kepada isteri manakala bapa tanggungjawap kepada anak2. Tanggungjawab memelihara isteri dan anak2 dari api neraka.

Bila anak tak solat adakah kita berjuang supaya mereka bersolat. Anak2 kita kena dorong mereka menunaikan solat sedari kecil. Anak2 perempuan pula perlu dididik dan diasuh supaya memahami isu menutup aurat. Kita para ibu bapa perlu takut dengan azab api neraka kerana malaikat yang menjaganya amat keras dan dasyat.Di sekeliling kita ada malaikat yang menulis amalan kita. Allah SWT menjaga kita melalui malaikatnya. 

Ayat ini mengenai keluarga. Suami perlu mengajar asas agama kepada isteri jika suami tidak mampu dia perlu bawa pergi mengajar. Isteri juga perlu bertanggungjawap dan taat kepada suami kepada perkara2 yg tidak maksiat.