Remaja dan buli

Aku dan suami memang proaktif soal anak .....mereka sentiasa dalam pemerhatian kami. Bila Al Khattab balik dalam keadaan lebam beberapa kali kami bertanya dan dia cuba hide ....kemudian kami mendapat tahu dia di tumbuk oleh senior di maahadnya....alhamdulillah pihak sekolah memantau hal ini dan orang yang membuli dikenakan hukuman sewajarnya.

Dan semenjak dua menjak ini anak sulung menceritakan perihal apa yang berlaku disekolahnya dan semalam semasa bersembang dengan wakil2 Kementerian Pelajaran yang selalu aku dealing, mereka kategorikan apa yang berlaku kepada anak sulungku dan beberapa temannya adalah buli mental. Setiap kali dia bercerita aku dan suami nasihatkannya supaya tabah dan kataku kepadanya, "Allah SWT sentiasa ada bersama org2 yang benar dan yg dekat denganNYA". Yakinlah.

Buli mental atau kata lainnya ialah buli psikologi ialah buli yang menghentam pemikiran individu tanpa perbuatan fizikal. Misalnya ialah mengejek, mencaci, mencerca, memaki hamun dan memulaukan seseorang. Aku dan suami tengah berbincang dengan kawan kami di Kementerian Pelajaran apa langkah selanjutnya yg akan kami ambik bagi menangani kejadian buli ini. 

Kesan buli mental ini amatlah teruk dan ia boleh kekal selamanya kerana mangsa akan ingat kata-kata yang dikeluarkan si pelaku. Walaupun ia tidak dianggap seteruk buli fizikal, ia tetap dikira sebagai buli dan patut dihentikan segera.

Buli mental ini biasanya berlaku di sekolah oleh seseorang yang merasakan dirinya lebih hebat atau mahu menjatuhkan seseorang akibat daripada perasaan cemburu dan perasaan tidak puas hati. Buli mental ini boleh dilihat terutamanya di sekolah rendah. Kes buli mental ini menyebabkan ada rakannya hilang keyakinan diri dan ada pula yg bersedih namun kepada anak sulung kami sentiasa memberi sokongan kepadanya.....supaya dia berani dan ujian hari ini akan menjadikan dia seorang yang lebih hebat berbanding orang2 yang membulinya secara mental itu. Mereka itu hanya berani dalam kumpulan cuba bila keseorang hati mereka seperti seekor tikus. Itulah sifat pembuli sebenarnya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya disinilah kita dapat melihat kematangan sebenar anak remaja kita. 

Setiap perkara yang berlaku sudah pasti ada pokok pangkalnya. Sesuatu perbuatan tidak akan berlaku tanpa sebab dan faktor yang mempengaruhinya. Antara faktor berlakunya gejala buli di sekolah ialah:

1- Masalah keluarga dan kurang kasih sayang ibubapa.

Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa ini merupakan faktor utama seseorang itu membuli. Hal ini kerana pelajar tersebut sering dipukul oleh abangnya atau selalu dimarahi oleh kedua ibubapanya.

Selain itu, ibubapa sering tiada di rumah kerana sibuk dengan urusan kerja. Justeru, pelajar tersebut kurang mendapat perhatian dari kedua ibubapanya. Apatah lagi sebagai seorang anak yang sentiasa mahu bermanja dengan ibubapanya.

Faktor ini membawa kepada perasaan dendam dan keseorangan yang geramnya dilepaskan dengan membuli pelajar lain di sekolah. Dari situ mereka berasa gah dan lega setalah melepaskan geram yang dipendam.

2- Rakan-rakan yang sering pengaruhi untuk membuli.

Pengaruh rakan amatlah sinonim dengan apa jua gejala negatif di sekolah. Oleh yang demikian kita sering diingatkan supaya bijak memilih dan menilai baik buruk seseorang sebelum menjadikannya rakan.

Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah lakuseseorang amatlah sukar untuk dibendung kerana rakan adalah pihak yang sentiasa bersama. Tidak dinafikan, terdapat banyak pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan.

Bagi si pelaku, ia adalah seronok melihat pelajar lain dibuli beramai-ramai oleh rakan-rakan yang ‘sekepala’ dengan dirinya. Dari situ, hubungan mereka bertambah erat dan seterusnya akan lebih giat membuli pelajar lain.

3- Kurang didikan agama.

Faktor ketiga ini adalah antara faktor yang amat kuat kerana di alam siber ini kebanyakan pelajar mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang dilihat menerusi laman-laman web. Tambahan pula, remaja kini jarang ke rumah ibadat dan jarang mendengar ceramah agama.

Pembelajaran Pendidikan Islam dan Moral di sekolah masih tidak mencukupi jika tidak dipraktikkan apabila diluar waktu sekolah. Apabila kurangnya didikan agama, pelajar akan merasa lebih bebas dan tidak dapat berfikir matang bahawa membuli adalah perbuatan yang negatif.

Oleh itu, didikan agam perlu ditingkatkan dengan dorongan ibubapa. Ibubapa juga patut memberi contoh yang baik seperti memastikan anak-anaknya selalu ke rumah ibadat dan sering bawa mereka mendengar ceramah agama masing-masing.

4- Aksi ganas dalam filem dan drama.

Dunia yang serba moden ini boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu televisyen. Berdasarkan beberapa kajian, kebanyakan remaja gemar menonton TV apabila mereka mempunyai kelapangan masa dan tidak mahu keluar rumah.

Kebanyakan rancangan di TV kini sering memaparkan aksi ganas seperti bergaduh, mencuri, ponteng sekolah dan berlagak samseng. Dari situ, aksi-aksi ini dicontohi oleh yang menontonnya terutamanya para pelajar yang gemar meniru perbuatan orang lain.

Ya, kebiasaan aksi ganas yang dipaparkan adalah untuk memberi pengajaran buat semua yang menonton agar tidak melakukannya kerana boleh memusnahkan hidup dan boleh dipenjara. Namun, mesej yang ingin disampaikan tidak menjadi kerana aksi-aksi yang ditonjol lebih menarik perhatian pelajar.

Oleh itu, mereka meniru aksi yang dilihat dengan membuli pelajar lain. Kesannya mereka berasa mereka lebih bergaya dan sama taraf dengan para pelakon yang melakonkan aksi tersebut.

5- Peraturan sekolah kurang ‘menyeramkan’.

Ya, semua sekolah telah menetapkan gejala buli sebagai satu perbuatan berat dan sesiapa yang membuli boleh dikenakan tindakan gantung atau buang sekolah. Namun, pelaksanaan untuk memastikan pelajar tidak melakukan gejala ini jarang kelihatan.

Maksud IniPerspektifku ialah membanteras gejala buli dengan cara memastikan kesemua yang pernah melakukan kesalahan kecil diwajibkan mengikuti kaunseling sehingga mereka benar-benar berubah di samping mendenda mereka walaupaun kesalahan ringan.

Ini kerana kesalahan ringan yang biasanya membuatkan seseorang pelajar itu untuk lebih berani melakukan kesalahan yang lebih berat. Sebetulnya pihak pentadbiran sekolah bertindak lebih proaktif dan mengenali latar belakang pelajar yang bermasalah.

Oleh itu, mereka akan lebih takut membuli kerana pentadbiran sekolah yang cekap di samping peraturan yang kuat dan pelaksanaan yang berkesan.
Ayuh bendung gejala buli secepatnya,

Janganlah kita hanya menunding jari menyalahkan pihak lain apabila buli berlaku. Semua pihak wajib memainkan peranan membanteras gejala yang sememangnya sudah kritikal ini. Ibubapa, guru, masyarakat dan pihak berkuasa perlu bersatu tangani gejala buli ini.

Jika gejala buli ini dapat dibendung, bukankah ia dapat mewujudkan generasi yang lebih berdisipilin dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dipandang tinggi rakyat dan memudahkan lagi urusan memajukan sistem pendidikan negara.

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT untuk kita didik mereka menjadi insan yang bermaruah dan pemimpin beriman di masa depan. 




Comments

  1. MINTAK JAUH ANAK2 KITA DR DIBULI DAN MEMBULI

    ReplyDelete
  2. paling risau klu anak kita yg membuli tu tanda aras ada tak kena dlm keluarga ... :(

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts