Raya raya 1435 Part 1
Syawal 1435 mencipta seribu kelainan. Yelah anak2 pun dah bosan dengan rutin hari raya yang sama pergi kerumah org yang sama.
Family Pic raya 2014 |
Tahun ini kami sekeluarga beraya di pida Sanglang. Abang Dul dan family pun balik beraya di pida. Bila balik dapatlah meluangkan masa ke rumah mak2 menakan sebelah abah juga mak. Dan bila pergi ke rumah adik mak teringat anaknya yang muda setahun dariku yg telah ke rahmatullah. Alfatihah buah aruah Biah di syurgalah tempatmu wahau sepupuku. Di Pida tak sempat nak snap yelah banyak masa dihabiskan dengan mak dan Kak Ros di dapor.... hasilnya ada gambar ketupat
Ketupas Jawi org kedah Panggey...yg ni done by Kak Ros....agaknya sebab selepas kahwin aku dekat dgn kakak ipar seorg ini banyak masakkan nogori dan melaka dah serasi dgn tekak budak Kedah ni... |
Biah meninggal ketika aku ditingkatan satu ketika itu aku berada di hostel manakala Biah berada di tahun 6. Bila pulang ke kampung mak cakap Biah dah tak ada meninggal sebab kelemasan selapas terjatuh dalam sungai berhampiran rumahnya. Sedikit sebanyak bila ke lama rumah Mak Cik membuatkan ingatan aku kembali terkenangkan rakan sepermainan masa kecil ini.
Pida Sanglang tempat jatuh lagi di kenang Bumi terdamparnya hijau kuning bersilih ganti |
Raya kedua selepas makan tengah hari beramai bersama kakak2 dan abang2 kami bergerak menuju Tok Jalai ke rumah teman baikku iaitu Norul Ashikin. Mula ingatkan nak singgah sekejap tapi anak2 dah serasi dgn cik Shikin jadi lama jugalah mama dapat berbual dgn bff sorang ni. Kakak siap tapau suci dalam debu home made cik Shikin. Sampai Sungai Petani suci dalam debu dah tinggal balang saja.
BFF yang sentiasa diingatan walaupun jauh dimata namun dekat di hati |
Sesampainya di Sungai Petani, Mak Manis tengah sibuk menyiapkan beberapa kelengkapan masakan untuk BIG Family Gathering esok. Mak Manis meminta kami ke rumah terbuka Nurul anak kepada adik Mak Manis yg juga sepupu cik BB. Sesampainya kami di sana adik beradik telah ramai menjamu selera. Sedap hidangan terutama rendang hijau masakan tradisi keluarga Mak Nah di Kuala Ketil.
Ramai yg tak ada sebab dah petang ......klu semua ada lagi happenning |
Keesokkan rumah Mak Manis di SP mulai dipenuhi oleh saudara mara kedua belah pihak....seronok jumpa adik beradik dan mula lah pelbagai plan keesokkan harinya
5 biji kereta menyerbu ke laman ini.... cik B bersama dgn bapa kepada seorg hafiz. Orang yg mulia dan baik akan melahirkan zuriat yg beriman dan budiman |
Menu Kedah..Pulutt Durian |
Kakak dgn baby made in New Zealand...wajah ibunya terpampang di wajah Uwais Furqan |
Raya di Jeneri.....the best raya kata anak-anak. Semenjak berjumpa family Firdaus iaitu menantu mak jang aku memang menyimpan hasrat untuk ke sana. Akhirnya sampai juga kami di bumi Jeneri yang subur dan sejuk yang mana melahirkan seorang hafiz yang menjadi teman hidup sepupu Ieja. Memang terbaik. Jiwa aku yang sukakan hijau, hutan, bukit amat mudah jatuh cinta dengan persekitaran Jeneri.
Pencuci mulut....dah surrender dgn durian |
Hanto Durian |
Otw balik KL aku mencadangkan kepada cik BB untuk singgah rumah mertua Uda di Kampung Lalang, Gerik, Perak. Dah lama tak jejak kaki disana. Seperti di Jeneri kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan yg sedang galak berbuah. Tapi the best menu is Masak Lemak Mak Atie memang terbaik.
Alhamdulillah perjalanan balik kampung dan balik KL berjalan lancar.
Comments
Post a Comment