Anak dan Amanah
Dulu pernah bercadang pada hubby untuk menghantar anak belajar ke Kedah maklumlah negeri kelahiran kami namun cik B menegahnya.."jauh mama...susah kalau ada ada hal", cik B beralasan. "Nanti apa kita nak jawap diakhirat sana, Allah SWT pinjamkan kita anak tapi kita hantar mereka jauh dari kita...bolehkan kita pantau solat mereka, pergaulan mereka....bla bla bla,", jelas cik B yang buatkan diri tersentak. Ya apa aku nak jawap dihadapan Allah SWT nanti jika dengan sengaja jauhkan diri dengan anak-anak semata kerana harapan kita kepada dunia.
Dari anak sulung walaupun berkali-kali mertua meminta anak sulung dan kedua untuk dijaga di Kedah kami menolak dengan baik. Pertama adalah disebabkan amanah Allah SWT dan yang kedua kami tidak mahu membebankan kedua orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidup kami. Biarlah mereka tenang tanpa sebarang bebanan dihari tua mereka.
Semalam mendengar ikim.fm tajuknya, Guru dan pendidikan yang mengupas Isu Remaja dan Pendidikan. Anak-anak patut diasuh sedari kecil tentang hidup bersyariat dan mengenal mereka dengan hukum halal dan haram dalam agama. Pendidikan berlangsung pada suatu jangka masa yang lama dan kadang-kala ilmu yang diajar akan masuk dalam diri anak-anak apabila mereka tua iaitu apabila mereka menemui turning point dalam kehidupan dan ada ketikanya mereka sedar akan keimanan bila menghadapi ujian yang datang bertalu-talu. Namun sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggungjawap untuk kita mengenalkan Allah SWT, Rasul, Rukun Iman dan Islam dan cara hidup Islam supaya anak-anak tidak tergelincir jauh dari landasan agama.
Empat tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW
* Umur 0 hingga 6 tahun.
- Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas.
- Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
- Kesannya, anak*anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik.
- Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.
* Umur 7 hingga 14 tahun.
- Pada tahap ini mulakan menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak.
- Menurut hadis Abu Daud, Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkan tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).
- Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.
- Kesannya, anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak mengikut acuan Islam.
* Umur 15 hingga 21 tahun.
- Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibu bapa seeloknya mendekati anak dengan berkawan dengan mereka.
- Banyakkan berbual dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang mereka hadapi.
- Bagi remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka mengenai kisah kedatangan `haid' mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
- Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
- Kesannya, tiada orang ketiga atau `asing' akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka.
- Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan telah ada di rumah bersama keluarga.
* Umur 21 tahun dan ke atas.
- Fasa ini adalah masa ibu bapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri.
- Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa supaya setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul.
- Berbekalkan ilmu dan disiplin yang diasah sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
- Ibu bapa jangan penat menasihati mereka, kerana mengikut kajian, nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak mampu membentuk tingkah laku yang baik.
sy penah berjauhan dgn anak sulung selama 2 tahun
ReplyDelete(dia tggl di kg bersama dgn mak ayah saya, sbb dia taknak duduk umah baby sitter sbb dah besar, masa tu darjah 5&6 habis upsr. balik duk bersama kami semula)
sy bersyukur, dia dijaga dgn baik dan bab agama lebih baik sbb mak ayah saya jaga dgn baik, lebih baik dr kami kot, haha
tp hati mmg resah gelisah sbb jauh ngan anak
setiap malam sblom tdo wajib call nak dgr cerita dan suara dia
yes, totally agreed!
ReplyDeleteSalam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
ReplyDeleteJika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)