Petua mendidik anak2 berhari raya di rumah orang
Hari ini merupakan hari ke 8 kita di bulan shawal .....hari ini juga merupakan hari pertama shawal pada minggu lepas. Pada hari ini kami masih di halaman abah.....seronok melihat telatah anak2 yg berkunjung kerumah saudara-mara ....Alang Myra dan adik beradik bersama anak2 abang don mendahului kami membuat kunjungan ke rumah saudara....dengan petah dia menjawap bila ditanya anak sapa ni...."anak Na cucu Tok Safar". Semua tersenyum mendengar keramahannya. Setiap kali dia bercerita kami nasihatkan anak2 jaga mata, jaga mulut, jaga telinga dan jaga hati.......
Semalam kami sudah kembali di Selangor....Ada anak2 bertandang ke rumah. Disebabkan energi yang masih kurang aku hanya membiarkan cik B, Alang Myra dan kakak melayan anak2 yang bertandang....hati aku dari dulu memang sudah tertarik dengan anak jiranku, Alyssa. Baik tutur kata di depan mahupun belakang orang tua2. Kemuadiannya Alang Myra bersama kumpulan anak2 tersebut berhari raya di rumah lain pula. Bila pulang dia bercerita mengenai kerenah kawan2 yg bersama dalam kumpulan tersebut yg tidak menjaga lisan ......pelbagai komplen dan celaan keluar dari mulut anak2 bawah 12 tahun ini yg membuatkan Myra menegur mereka.
Sebagai ibu-bapa sewajarnya kita memberi tunjuk-ajar kepada anak2 supaya mereka menjadi insan yang berhemah didepan atau belakang kita.
1. Hormati tuan rumah - Apabila tiba di rumah yang dikunjungi, elakkan daripada terus ke meja hidangan. Sebaiknya, cari tuan rumah terlebih dulu atau jika tidak ada, mungkin mereka sibuk di dapur atau melayan tetamu lain. Ajar anak untuk bersalaman dengan tetamu berdekatan ketika itu. Kemudian duduk dengan sopan. Sementara menunggu tuan rumah keluar, ambil kesempatan berbual-bual mesra dengan tetamu yang ada.
2. Jaga adab ketika makan - Menunjukkan budi bahasa yang baik ketika makan sangat penting. Elakkan daripada berebut. Jika perlu, beratur mengikut giliran. Ambil makanan ketika dipelawa tuan rumah. Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adab yang baik. Mengelak daripada mengambil makanan berlebihan sehingga kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik. Habiskan makanan diambil dan elakkan pembaziran. Untuk ibu bapa, pastikan mereka menyuapkan anak makan dan minum bagi mengelak tertumpah. Jangan biarkan anak mengambil sendiri makanan dikhuatiri peralatan digunakan pecah. Ketika inilah ibu bapa boleh mendidik anak-anak supaya bersopan ketika makan.
3. Berdisiplin dan menjaga adab ketika beraya - Kehadiran anak bersama ibu bapa memang sukar dikawal, sehingga ada yang berlari-lari keluar masuk ke rumah, masuk ke bawah meja, naik ke atas meja makan, masuk ke bilik tuan rumah yang kebetulan mungkin tidak berkunci, masuk ke dapur, menangis atau tertumpah air di lantai dan pelbagai lagi kerenah semula jadi mereka. Di sinilah peranan ibu bapa untuk mengajar anak dengan sifat yang baik. Biasanya anak kecil akan mudah bosan jika terlalu lama beraya, justeru jangan terlalu lama beraya untuk kenalan biasa melainkan saudara terdekat atau kenalan rapat. Ini memastikan anda boleh menggunakan ruang rumahnya seperti menidurkan dan memandikan anak tanpa masalah.
4. Jangan mata duitan - Kanak-kanak juga perlu diingatkan jangan hanya berhari raya di rumah orang kaya saja. Tujuan asal berziarah pada hari raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam. Oleh itu, jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan dengan membeza-bezakan pemberian duit raya. Selepas balik daripada beraya, sepatutnya anda mengajar anak supaya bersyukur dengan pemberian itu. Katakan kepada mereka, walau macam mana miskin dan daif sekalipun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan kanak-kanak pada hari raya.
Petua dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Comments
Post a Comment