17 November 2009

Kun Fa Ya Kun dan Syukur

Teman itu seorang yang agak rapat denganku. Banyak tahu perkara yang tersembunyi disebalik senyum dan tawaku. "Mengapa dia...", tanyanya. Aku tersenyum. "Kun fa ya kun...milikNya, hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya", terangku pada teman. Dia menarik nafas panjang.



Terlalu banyak nikmat Allah SWT berikan kepada kita samada kita sedar atau tidak. Kadangkala dalam kita kedinginan Allah SWT datangkan kepanasan. Dan kadangkala dalam kita kebasahan Allah SWT datangkan angin mengeringkan badan yang basah. Kadangkala dalam kita kesedihan didatangkan dia dengan cahaya keceriaan. Kadangkala dalam kita kelaparan didatangiNya dengan kelazatan makanan. Mensyukuri atas nikmat pemberianNya adalah wajib.

Nikmat adalah salah satu bentuk ujian yang akan membawa manusia memperoleh derajat yang lebih tinggi, di dunia dan di akhirat. Namun sangat disayangkan, ternyata nikmat juga merupakan salah satu bentuk ujian Allah swt bagi hamba-Nya yang justru banyak melalaikan mereka dari mengingat dan taat kepada Allah swt. Nikmat yang telah Allah swt tebarkan di muka bumi, justru telah membuat banyak manusia semakin menjauh dan kufur kepada Allah swt. Mereka lupa bahwa sesungguhnya segala bentuk nikmat yang telah mereka dapatkan adalah berasal dari Allah swt. Mereka menganggap, segala yang telah mereka miliki adalah hasil jerih payah mereka sendiri, semata karena kepandaian mereka sendiri. Dalam hal ini Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran, yang artinya:

“Dan jika kami melimpahkan kepadanya sesuatu rahmat dari kami, sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata ” ini adalah hakku”. (QS. Fushshilat: 50).

“(Qarun) berkata: sesungguhnya aku diberi harta kekayaan ini, tiada lain kerana ilmu yang ada padaku”. (QS. Al Qashash: 78)

Bersyukur atas Nikmat Allah yang Amat Besar.

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi MahaPenyayang.”(Al-Quran Al-KarimSurah An-Nahl [16]: ayat 18)

13 November 2009

Member@Kawan




Selalu berfikir macam mana kita memulakan suatu persahabatan atau berkawan. Adakah kita perlu memilih member@Kawan atau ia berlaku secara rawak. Bagi aku kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja namun tidak semua yang melekat di hati kita. "Chemistry"....itu yang menyebabkan kita rapat dengan seseorang. Adakah faktor lain yang menentu kan member@kawan seperti faktor umur, fizikal dan lain.
Namun dalam pergaulan sosial aku lebih terdorong kepada insan-insan yang lahir bulan january, february, may. Ataupun anak sulung atau anak bongsu dalam keluarga. Golongan ini secara purata adalah mereka yang amat dekat di hati. Mengapa?Sifat "get easy", rendah diri, fun, tidak beremosi, kadang kala syok sendiri dan jarang ambil tahu perihal orang lain ada dalam diri mereka ini.


Mungkin aku tertarik dengan member@kawan ala motivator. Bila berada bersamanya kita bersemangat. Begitu juga dengan member@kawan yang anggun dan mempesona ia memberi inspirasi dalam diri.


Paling pantang dalam hidupku ialah member@kawan yang berperangai seperti parti politik cum wartawan hiburan, kalau dirinya semuanya harum dan baik tetapi jika orang lain termasuk juga teman baiknya ada sahaja perkara yang busuk. Kalau boleh orang sebegini mahu orang vote untuk dia sahaja. Bukan tidak mahu dengan melihat keburukan sendiri namun tidak perlulah sampai menganggu personal orang lain.


Mereka ini adalah teman, rakan....yang merupakan anugerah Allah SWT sementara berada di dunia ini. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri dan yang baik itu dari Allah SWT.

09 November 2009

ilmu padi makin berisi makin tunduk


Peribahasa melayu, "ilmu padi makin berisi makin tunduk", merujuk kepada sifat individu yang tidak meninggi diri walaupun mempeolehi darjat, pangkat atau kekayaan. Sifat tawaduk ini amat sukar ditemui kerana kini kebanyakkan kita suka menunjuk-nunjuk apa yang kita ada kepada umum.


2006 menemukan aku dengan seorang insan yang hingga kini tidak kulupai. Aruah bapa birasku. Orangnya sederhana. Bercakap hanya apabila perlu. Jarang aku bertemu dengan orang sebegini. Kebanyakkan ibu-bapa suka bercerita akan gahnya anaknya namun bapa ini tidak sebegitu. Beliau hanya bercerita apabila kuajukan soalan padanya. Aku banyak muhasabah diri selepas bertemunya. Aku amat kagum dengan insan sebegini.


Alfatihah ke atas rohNya moga berada dikalangan mereka yang beriman.

07 November 2009

Doa memohon perlindungan dari kejahatan semua makhluk

Diambil drp Harian Metro online

'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.


Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

  • Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

  • Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.
  • 04 November 2009

    Angan, impian, cita-cita dan realiti



    Anak ketiga, Alang pagi tadi bertanya, "Nanti besar Alang nak jadi doktorlah, senang nanti kalau mama & papa sakit alang ada",. "Baguslah, tp alang kena rajin belajar", terangku padanya. "Dulu masa masa kat rumah mak tok mama nak jadi apa ek", tanya sikurus kecil ini. Aku terdiam seketika. Tersenyum.

    Jika difikir-fikirkan semasa kecil aku cuma ingin membuka sebuah kedai runcit di pida. Semasa itu dalam kepala kecilku telah ada tempat yang sesuai untuk dijadikan kedai runcit. Sebab itulah aku tidak kisah jika mak atau abah memintaku menjual dodol, baulu, dan beberapa kueh di kampungku dan persekitarannya.

    Adakalanya aku ingin menjadi pelukis kartun. Hinggakan semasa sekolah menengah aku didenda oleh Cikgu Rohana kerana buku notaku dipenuhi kartun. Namun akhirnya aku memilih kursus yang agak berlainan daripada minatku namun boleh digunapakai jika impianku terlaksana. Ada seorang teman, dahulu mengambil IT namun disebabkan minatnya dengan undang-undang maka ia menyambung pengajian dalam bidang yang diminatinya itu. Begitu jua dengan beberapa teman yang lain semasa belajar ambil jurusan perakaunan namun bila berkerjaya lain pula bidangnya.

    Naluri mencintai kanak-kanak membuatkan angan, impian dan cita-citaku agak jelas kini. Moga Allah SWT memberi kemudahan dan kelapangan untukku melaksanakan impian ini. Amin.





    Perlu ada Ilmu



    Tollabulilmifariqarolaqla....."menuntut ilmu adalah wajib bagi muslimin dan muslimah".
    Sudah lama aku meninggalkan majlis-majlis ilmu, masa banyak dihabiskan hanya dengan membaca bahan rujukan. Hanya suami sahaja berkesempatan menghadirinya.


    "Kita tak ada ilmu untuk membincangkan hal ini", ulas suami ketika makan malam. Dahulu ketika adik ipar tinggal di rumahku sering kami berdiskusi persoalan ini. Dan jika berkesempatan aku cuba melontarkan pertanyaan kepada Pak Su iaitu seorang yang agak arif soal sebegini.


    Ada hikmahnya perkara ini. Tidak Allah SWT datangkan ia jika tidak membawa makna.




    03 November 2009

    Info....Wahaabi Issue

    Juz received an email from hubby berkenaan isu ini ....

    From: Rusli Alwi [mailto:rusli@muamalat.com.my]

    Assalamu’alaikum (cc recipients are friends from AmBank and OCBC)

    Pagi tadi kita berbincang tentang issue semasa yakni, “Wahaabi”. Kita dengar pandangan dari Hj Md Roose & Sdr Shahriza Omar. Maka saya ingin berkongsi maklumat dgn saudara/ri kerana pada pagi tadi pendek sangat masa hendak mengupas isu nie.

    Harapan saya cuma satu, yakni kita bersedia dgn cukup ilmu supaya dapat mengarungi masa depan Islam yg penuh dgn cabaran di waktu-waktu sedekad kebelakangan ini. Ethnic cleansing (Balkan and African), peperangan (Middle East), new ideology (correcting old religion), kebangkitan Islam (kecil-kecilan yang mempertahan sunnah) and masaalah social (domestic) adalah didalam perancagan Allah swt. Jadi dgn ilmu, sedikit sebanyak kita boleh fahami jadual Allah swt supaya kita tak jadi golongan “apa nak jadi; …jadilah, aku tak kisah”.

    Tentang isu Wahabbi nie, termasuk Maulidur Rasul, Talkin dll saya ade minta pandangan dari salah seorang EVP (dah VSS) kira-kira 5 atau 6 tahun yg lepas tentang bagaimana hendak menghadapai golongan Wahabi yg menuduh sesat jika menyambut Maulidur Rasul. Dia kata jawab begini “Dari aku berhujjah dgn engkau, lebeh aku berhujjah dengan kayu!”. Maksudnya, jgn buang masa, kerana golongan ini memang keras hati dan menerima tafsiran dari ulama mereka sahaja. Golongan ini sedang menunggu zaman kejatuhannya (banyak bergantung kpd perkembangan kerabat raja Saudi dan ulama Wahabi1 disana), insyaAllah. Walupun mereka nampak kuat, akan jatuh juga dengan kehendak Allah swt. Cuma kita kena peka!

    SOALAN:
    Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman kaum muda di Perlis?

    Faham kaum muda ini istilah orang Melayu. Yakni ada orang baru datang dan bawa satu fahaman yang baru atau muda sangat. Sedangkan mazhab yang lama, ahlisunnah wal jamaah itu sudah lama yakni sudah beribu-ribu tahun. Fahaman ini tiba-tiba datang ke Malaysia, sekitar tahun 1920. Istilahnya itu bukan dirancang. Bukan ada satu mesyuarat untuk menamakan satu ajaran baru itu. Keadaanya seolah-olah, terluncurlah perkataan dari seorang daripada mereka, yang mungkin ulama, dengan berkata, “Ini Faham Muda.” Jadi teruslah orang menggelarkan ajaran itu, “Fahaman kaum muda.” Istilah ini kalau dibawa ke negara Arab atau di Indonesia, tiada siapa pun yang faham apa itu kaum muda. Di seluruh dunia lagi tidak faham. Ini untuk Malaysia sahaja.

    Apa maksud faham kaum muda ini? Itulah fahaman wahabi. Tapi di Timur Tengah tidak terkenal sebagai Wahabi. Terkenal dengan Salafi. Salafi itu ialah kaum muda. Kemudian golongan Salafi ini atau kaum muda atau wahabi yang kita lihat hari ini kebanyakannya jadi militan. Afghan itu wahabi. Yang di Indonesia, yang kena tangkap, itu semua wahabi. Begitu juga Ikhwanul Muslimin. Kecuali Hassan Al Banna. Tetapi yang lain semua Wahabi. Oleh kerana tidak ada jemaah dan bukan senang hendak lahirkan jemaah maka mereka menumpang jemaah Ikhwanul Muslimim. Kemudian mereka ubah dasar. Sebab itu Ikhwan yang ada sekarang tidak seperti jemaah Hassan Al Banna dahulu. Hassan Al Banna tidak bermazhab tetapi dia tidak tolak mazhab. Dia tidak bertawasul tetapi tidak menolak tawasul. Baginya, itu hanya satu cara berdoa. Siapa hendak tawasul, silalah. Tidak tawasul pun tidak apa. Kedua-duanya betul. Ini fahaman Hassan Al Banna. Sedangkan Wahabi anggap tawasul itu syirik dan kafir. Jadi kaum muda itu istilah yang ditaja disini. Yang sebenar itulah dia Salafi atau Wahabi.

    Wahabi menolak Maulidur Rasul. Mereka anggap itu bid’ah dhalalah. Ajaran Wahabi sudah terpinggir. Bukan sahaja ahli sunnah tidak senang dengan mereka. Sudah banyak golongan yang bukan ahli sunnah pun tidak senang. Orang kafir pun tidak senang. Kerana kebanyakan Wahabi adalah golongan militan2. Atas dasar itu, kita tidak bimbang sangat. Kalau kita tidak menentang pun, dunia menentang. Kita tunggu sahaja kejatuhannya.

    Saya akan fokus kepada Maulidur Rasul. Wahabi itu dilahirkan oleh orang putih. Mereka gunakan seorang ulama bernama Muhammad Abdul Wahab. Kebetulan nampak Muhammad Abdul Wahab menyokong mereka. Muhammad Abdul Wahab ini orang asli Arab. Orang Arab kata Badwi. Kita kata orang asli. Orang-orang Badwi diberi senjata oleh penjajah Inggeris untuk menjatuhkan kerajaan Othmaniah. Masa itu kerajaan Othmaniah menguasai Mekkah dan Madinah. Nampaklah orang putih itu bermusuh dengan kerajaan Othmaniah. Maka untuk jatuhkan kerajaan Othmaniah, mereka mendidik orang-orang Badwi main senjata. Orang putih bijak. Supaya orang tidak nampak mereka itu kejam maka mereka lakukan seolah-olah penentangan itu bukan dari mereka. Direkakan satu kumpulan Islam sendiri untuk menentang iaitu kelompok muda atau kelompok baru untuk menjatuhkan kerajaan Othmaniah. Tokohnya ialah Muhammad Abdul Wahab. Mereka mengatakan Abdul Wahab ini mujaddid.

    Orang putih faham kekuatan umat Islam itu kerana dia fanatik dengan Rasulullah. Kerana dia selalu ingat Rasulullah dan hatinya berpaut dengan Rasulullah. Ini kekuatan. Dari Rasulullah pergi kepada Allah. Maka mereka memikirkan bagaimana hendak buang kekuatan ini. Jadi maka diciptalah ajaran baru yang menganggap siapa yang menyambut hari lahir Rasulullah, itu bid’ah. Bid’ah dhalalah. Sesat. Dia hendak tanggalkan kasih sayang umat Islam terhadap Rasulullah. Supaya orang nampak Muhammad Abdul Wahab. Ini memang ditaja oleh orang putih. Ini satu strategi yang sangat bijak yang mana mereka boleh campur tangan dalam ajaran agama Islam. Yang menerima itu adalah orang-orang Badwi yang tidak ada ilmu dan hanya tentang kambing, unta mereka sahaja. Bila dengar Muhammad Abdul Wahhab itu tokoh besar dan mujaddid, mereka lupa Rasulullah. Hati terpaku dengan Muhammad Abdul Wahhab. Ini memang kejayaan besar tajaan orang putih.

    Apa yang berlaku di Saudi seratus tahun yang lalu ialah orang putih menawan negara itu dari kerajaan Islam Othmaniah yang berkuasa di sana. Mereka telah menggunakan taktik memberikan senjata kepada orang Badwi dan dilatihlah. Bila orang Badwi itu sudah pandai main senjata, orang Putih tampilkan ketua mereka iaitu Muhammad Abdul Wahhab. Maka digelarkan mujaddid pula. Seronoklah orang-rang Badwi yang kalau di malaysia ini ibarat orang-orang Asli itu, sebab ketua mereka mujadid rupanya. Ertinya keturunan Raja di Saudia hari ini adalah dari keturunan orang Asli Arab yang sebenarnya bukan dari keturunan Raja. Dilantik oleh orang Inggeris yang hendak menjatuhkan kerajaan Islam Othmaniah.

    Lihat bagaimana orang putih menaja satu mazhab. Dengan diberi satu kelompok itu, kekuatan. Ajaran itu tidak akan kuat kalau tidak dikuatkuasakan. Kalau hanya ada kefahaman sahaja tetapi tidak ada kuasa dan dikuatkuasakan, tidak ada negara, tidak ada pemerintah, siapa hendak mengamal ajaran itu. Musuh Islam itu bijak. Mereka tahu, untuk dihalang tidak boleh. Jangka panjang, penjajah akan pulang juga maka sebelum mereka balik, mereka letak racun dulu untuk merosakkan agama Islam. Ditajanya satu ajaran, dengan ditonjolkan seorang ulama waktu itu dan digembar-gemburkan bahawa orang itu adalah mujadid. Orang putih faham ini ajaran yang mereka reka itu tidak kuat kalau tidak diberi kuasa. Maka mereka pun carilah Badwi-badwi, beri senjata, latih berperang, minta mereka membesarkan Muhammad Abdul Wahhab. Orang Badwi itu bukan faham apa-apa. Bila orang putih tonjolkan seseorang, maka dia dipandang besar lah.

    Salah satu kekuatan umat Islam hilang apabila ajaran wahabi ini dikuatkuasakan. Mereka menghilangkan Rasulullah, agar jangan disebut lagi. Padahal bila sebut Islam, orang faham otomatik nampak Rasulullah, sebab Allah beri Islam itu kepada Rasulullah. Itu dari segi psykologi. Tapi kalau lama-lama dibua, yakni melupakan Rasulullah, ertinya orang tidak tahu Islam ini diberi pada siapa. Jadi ditarik satu kekuatan. Kalau ada Maulidur Rasul, orang teringat-ingat balik kepada Rasulullah. Bila itu dihapuskan, orang langsung tidak ada sebab, tidak ada kesempatan untuk teringat kepada Rasulullah. Kalau ada Maulidur Rasul, paling tidak, sesekali teringat balik. Padahal Maulidur Rasul itu pun tidak cukup lagi untuk mengenang jasa nabi.

    Nota kaki
    1. Golongan Wahabi berpusat di Arab Saudi termasuk semua Kedutaannya diseluruh dunia.

    2. Tak semua golongan militan tertolak, tetapi jika militan menghalalkan cara, itu yang tertolak (contoh pembubuhan kejam diluar tabiat peperangan). Dalam hadis menyebut, “Peperangan itu adalah tipu daya.” Dalam hadis itu disebut peperangan. Tidak disebut jihad. Kenapa Islam sewaktu-waktu menyebut peperangan dan sesekali menyebut jihad. Sebenarnya di antara jihad dengan perang ini, jihad lebih besar. Lebih global. Bila dikatakan perang, ia adalah satu juzuk kecil dalam jihad. Tidak boleh dikatakan jihad itu perang tetapi bila dikatakan perang, ia termasuk dalam jihad. Kalau begitu, di sini kita dapat lihat, pengertian perang itu sangat kecil. Cuma ia hebat. Maksudnya kecil tetapi dahsyat. Sebab bila dikatakan perang itu mesti guna senjata. Padahal peranannya kecil. Ia hanya sebahagian daripada jihad. Ia dahsyat dan mendengarnya itu menggerunkan. Bila dikatakan jihad, itu besar. Ada lahir ada batin. Berdakwah dan menuntut ilmu itu jihad. Mencari rezeki yang halal juga jihad. Mencari-cari keluarga yang sudah lama tidak dijumpai pun termasuk jihad. Bermusafir untuk mencari pengalaman dan ilmu termasuk jihad. Berusaha untuk mendamaikan dua puak yang bergaduh juga jihad. Hendak mendidik nafsu, membuang mazmumah, semua itu termasuk jihad batin.

    Jadi bila bercakap tentang jihad, sifatnya tidak yang menakutkan. Kerana peranan jihad ini ialah untuk mempengerahui orang, hendak beri kasih sayang yakni supaya kita dapat beli hati orang. Perang tidak begitu. Perang adalah satu keadaan yang mana tidak dapat dielak dari samada kita bunuh orang atau orang bunuh kita. Sangat mencemaskan. Perang itu tipu daya. Di sudut itu saja. Sebab dia dahsyat. Kalau kita tidak lakukan tipu daya, mungkin kita kena bunuh. Tapi atas nama jihad, tidak boleh membunuh. Sebab jihad itu maksudnya hendak bagi kasih sayang. Bukan hendak lahirkan kebencian. Hendak beli hati orang. Bukan sampai orang sakit hati. Tapi kalau dalam jihad ada orang sudah sakit hati, itu tidak betul.



    SOALAN:
    Jika dulu, susah untuk cintakan Rasulullah tetapi sekarang rasa sangat dekat dengan baginda, kenapa?

    Manusia ini ada yang mendapat kesedaran itu secara biasa iaitu kerana ada orang ajar atau ada orang dakwah, maka dia pun sedar. Ini biasalah. Ada juga cara yang luar biasa iaitu atas faktor keramat. Ini mungkin faktor mukjizat Rasulullah. Kalau tidak, senang ke hendak ada rasa cinta terhadap Rasulullah. Walaupun dari segi keyakinan, kita tidak tolak baginda tetapi cinta sudah tidak ada. Sudah tidak ada hubungan. Senang kah hal itu hendak dididik atau diubah. Ini faktor keramat.

    Bila kita menyambut Maulidur Rasul, itu menyedarkan lagi tentang perlunya cinta kepada Rasulullah. Bagi kita yang di hujung-hujung ini, teringat balik kepada Rasulullah. Begitulah message sambutan Maulidur Rasul. Tidak lebih dari itu.

    Apa yang dibuat oleh umatnya itu seolah-olah diteropong oleh Rasulullah. Seolah-olah dunia dan umat Islam ini berada di atas sebuah dulang. Rasulullah lihat umat nya berdakwah, mengaji, berjuang. Kalau tidak begitu, apa ertinya kita baca “assalamualaika ayyuhannayyu”. Agar terhubung dengan baginda.

    Mengapa dikatakan “assalamualaika ayyuhannabiyyu”

    Cuba lihat kemampuan roh. Pakai akal memang tidak logik. Lebih-lebih lagi apabila roh telah berpisah dari badan. Berjuta-juta umat Islam cakap kepada Rasulullah “assalamualaika ayyuhannabiyyu”, Rasulullah boleh jawab. Secara fizikal, kalau dua orang beri salam pada kita, kita tidak boleh jawab serentak kepada mereka. Saya hanya jawab pada salah satu dahulu. Tapi roh mampu sebab ia bukan fizikal. Sistemnya sudah lain. Kalau tidak apa ertinya Tuhan suruh beri salam kalau Rasullullah tidak tahu. Salam itu supaya kita sentiasa terhubung dengan baginda. Kena sentiasa terhubung dengan Rasulullah.

    http://www.facebook.com/note.php?note_id=169023272962&id=40569674495&ref=nf

    http://www.facebook.com/note.php?note_id=169023272962&id=40569674495&ref=nf

    KPI







    "Mama, klu kakak dapat highest mate, apa mama nak kasi," tanya puteri sulung takala aku mendapatkan mereka. "Ermm..kakak nak apa", tanyaku pula kepadanya. Dia tersenyum wajah persis papa. "Kakak nak mama increasekan daily allowance....ala mcm kerja jugalah klu KPI bagus ada kenaikan gaji, promotion, so kira ni KPI kakak baguslah", terangnya bersemangat. Aku mengangguk tanda setuju.



    Dilahirkan sebagai anak sulung dia mempunyai fokus pencapaiannya tersendiri tanpa perlu kita menerangkan kepadanya. Sedari usia kindergarden aku dan suami tidak perlu berkerja keras dalam memberikan pendidikan asas sebelum ke sekolah di usia tujuh tahun. Dengan rutin kerja yang menyebabkan aku dan suami selalu lewat pulang ke rumah memyebabkan kadangkala kami tidak sempat untuk menyemak persekolahannya. Agak terkedu bila ditegur oleh guru kindergarden berbangsa India yang perasan keterlekaan kami berdua. Dia memberitahu kami bertuah mempunyai anak sebegitu kerana tanpa tunjuk ajar dia mampu melakukan semua kerja sekolah walaupun usia seawal 4 tahun. Guru tersebut juga berkesanggupan untuk menjaga puteri sulung saat kami menghadapi masalah dengan pembantu rumah. Namun dek perbezaan agama suami menolak permintaanya dengan baik. Apa yang paling membanggakan kami puteri ini mencapai keputusan yang cemerlang mengatasi pelajar berbangsa lain di kindergarden 6 tahun.



    Memasuki peringkat sekolah, masih menunjukkan prestasi yang sama. Sifat peramah dan mudah mesra amat ketara. Sebagaimana di kindergarden, guru-guru di sekolah memberi pendapat yang sama mengenai puteri sulung.



    Anak adalah amanah daripada Allah SWT. Anak jua adalah anugerah yang tiada nilainya. Ada anak yang amat menonjol kebolehannya sedari usia sehari. Ada anak yang kelebihannya akan ketara di masa hadapan. Setiap pemberian dariNya ada kelebihan tersendiri dan sebagai pemegang amanah kita patut warnai mereka agar aras petunjuk prestasi mereka sebagai umat Islam berada disatu peringkat yang mana mampu membawa mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT. Amin.

    01 November 2009

    Nurkasih....





    Nurkasih drama arahan Khabir Bhatia mendapat tempat dihati ribuan rakyat Malaysia. Mengapa?. Nurkasih merupakan drama yang dekat dihati orang melayu yang beragama Islam dek kerana itulah ia melekat dihati peminatnya. Ia bukan berkisar hanya kepada kisah cinta tetapi keseluruhan kehidupan masyarakat melayu itu sendiri. Misalnya, permilihan jodoh atas dasar agama, sekufu dan keluarga dititik beratkan ianya adalah suatu yang digunapakai oleh orang melayu dalam mencari jodoh untuk anak-anak mereka suatu ketika dahulu.

    Pemilihan berdasarkan sekufu adalah amat penting dalam membentuk persefahaman dalam kehidupan berumahtangga. Bukan mudah untuk menyesuaikan sesuatu yang baharu sedangkan kita dididik dengan kehidupan keluarga bertahun lama. Perkahwinan bukanlah seperti bercinta kerana perkahwinan melibatkan ramai orang-orang dipersekitaran kita. Kita harus menerima orang-orang yang berada dipersekiran pasangan kita sebagai sebahagian daripada kita. Menerima ibu-bapa mereka sebagai ibu bapa sendiri.
    Watak-watak yang dijelmakan dalam drama ini sebenarkan ada dalam diri kita sendiri samada kita sedar ataupun tidak. Mungkin Nur Amanina yang luhur, Sarah, Katrina, Aliya...tepuk dada tanya iman. Sebab kita sahaja yang kenal siapa diri kita. Sejauhmana kita rapat ibu mertua kita, atau kita masih mempunyai rasa curiga, dan pelbagai.....