Angan, impian, cita-cita dan realiti
Anak ketiga, Alang pagi tadi bertanya, "Nanti besar Alang nak jadi doktorlah, senang nanti kalau mama & papa sakit alang ada",. "Baguslah, tp alang kena rajin belajar", terangku padanya. "Dulu masa masa kat rumah mak tok mama nak jadi apa ek", tanya sikurus kecil ini. Aku terdiam seketika. Tersenyum.
Jika difikir-fikirkan semasa kecil aku cuma ingin membuka sebuah kedai runcit di pida. Semasa itu dalam kepala kecilku telah ada tempat yang sesuai untuk dijadikan kedai runcit. Sebab itulah aku tidak kisah jika mak atau abah memintaku menjual dodol, baulu, dan beberapa kueh di kampungku dan persekitarannya.
Adakalanya aku ingin menjadi pelukis kartun. Hinggakan semasa sekolah menengah aku didenda oleh Cikgu Rohana kerana buku notaku dipenuhi kartun. Namun akhirnya aku memilih kursus yang agak berlainan daripada minatku namun boleh digunapakai jika impianku terlaksana. Ada seorang teman, dahulu mengambil IT namun disebabkan minatnya dengan undang-undang maka ia menyambung pengajian dalam bidang yang diminatinya itu. Begitu jua dengan beberapa teman yang lain semasa belajar ambil jurusan perakaunan namun bila berkerjaya lain pula bidangnya.
Naluri mencintai kanak-kanak membuatkan angan, impian dan cita-citaku agak jelas kini. Moga Allah SWT memberi kemudahan dan kelapangan untukku melaksanakan impian ini. Amin.
Comments
Post a Comment