KPI
"Mama, klu kakak dapat highest mate, apa mama nak kasi," tanya puteri sulung takala aku mendapatkan mereka. "Ermm..kakak nak apa", tanyaku pula kepadanya. Dia tersenyum wajah persis papa. "Kakak nak mama increasekan daily allowance....ala mcm kerja jugalah klu KPI bagus ada kenaikan gaji, promotion, so kira ni KPI kakak baguslah", terangnya bersemangat. Aku mengangguk tanda setuju.
Dilahirkan sebagai anak sulung dia mempunyai fokus pencapaiannya tersendiri tanpa perlu kita menerangkan kepadanya. Sedari usia kindergarden aku dan suami tidak perlu berkerja keras dalam memberikan pendidikan asas sebelum ke sekolah di usia tujuh tahun. Dengan rutin kerja yang menyebabkan aku dan suami selalu lewat pulang ke rumah memyebabkan kadangkala kami tidak sempat untuk menyemak persekolahannya. Agak terkedu bila ditegur oleh guru kindergarden berbangsa India yang perasan keterlekaan kami berdua. Dia memberitahu kami bertuah mempunyai anak sebegitu kerana tanpa tunjuk ajar dia mampu melakukan semua kerja sekolah walaupun usia seawal 4 tahun. Guru tersebut juga berkesanggupan untuk menjaga puteri sulung saat kami menghadapi masalah dengan pembantu rumah. Namun dek perbezaan agama suami menolak permintaanya dengan baik. Apa yang paling membanggakan kami puteri ini mencapai keputusan yang cemerlang mengatasi pelajar berbangsa lain di kindergarden 6 tahun.
Memasuki peringkat sekolah, masih menunjukkan prestasi yang sama. Sifat peramah dan mudah mesra amat ketara. Sebagaimana di kindergarden, guru-guru di sekolah memberi pendapat yang sama mengenai puteri sulung.
Anak adalah amanah daripada Allah SWT. Anak jua adalah anugerah yang tiada nilainya. Ada anak yang amat menonjol kebolehannya sedari usia sehari. Ada anak yang kelebihannya akan ketara di masa hadapan. Setiap pemberian dariNya ada kelebihan tersendiri dan sebagai pemegang amanah kita patut warnai mereka agar aras petunjuk prestasi mereka sebagai umat Islam berada disatu peringkat yang mana mampu membawa mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT. Amin.

Comments
Post a Comment