Perlu ada Ilmu
Tollabulilmifariqarolaqla....."menuntut ilmu adalah wajib bagi muslimin dan muslimah".
Sudah lama aku meninggalkan majlis-majlis ilmu, masa banyak dihabiskan hanya dengan membaca bahan rujukan. Hanya suami sahaja berkesempatan menghadirinya.
"Kita tak ada ilmu untuk membincangkan hal ini", ulas suami ketika makan malam. Dahulu ketika adik ipar tinggal di rumahku sering kami berdiskusi persoalan ini. Dan jika berkesempatan aku cuba melontarkan pertanyaan kepada Pak Su iaitu seorang yang agak arif soal sebegini.
Ada hikmahnya perkara ini. Tidak Allah SWT datangkan ia jika tidak membawa makna.
Comments
Post a Comment