Member@Kawan




Selalu berfikir macam mana kita memulakan suatu persahabatan atau berkawan. Adakah kita perlu memilih member@Kawan atau ia berlaku secara rawak. Bagi aku kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja namun tidak semua yang melekat di hati kita. "Chemistry"....itu yang menyebabkan kita rapat dengan seseorang. Adakah faktor lain yang menentu kan member@kawan seperti faktor umur, fizikal dan lain.
Namun dalam pergaulan sosial aku lebih terdorong kepada insan-insan yang lahir bulan january, february, may. Ataupun anak sulung atau anak bongsu dalam keluarga. Golongan ini secara purata adalah mereka yang amat dekat di hati. Mengapa?Sifat "get easy", rendah diri, fun, tidak beremosi, kadang kala syok sendiri dan jarang ambil tahu perihal orang lain ada dalam diri mereka ini.


Mungkin aku tertarik dengan member@kawan ala motivator. Bila berada bersamanya kita bersemangat. Begitu juga dengan member@kawan yang anggun dan mempesona ia memberi inspirasi dalam diri.


Paling pantang dalam hidupku ialah member@kawan yang berperangai seperti parti politik cum wartawan hiburan, kalau dirinya semuanya harum dan baik tetapi jika orang lain termasuk juga teman baiknya ada sahaja perkara yang busuk. Kalau boleh orang sebegini mahu orang vote untuk dia sahaja. Bukan tidak mahu dengan melihat keburukan sendiri namun tidak perlulah sampai menganggu personal orang lain.


Mereka ini adalah teman, rakan....yang merupakan anugerah Allah SWT sementara berada di dunia ini. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri dan yang baik itu dari Allah SWT.

Comments

Popular Posts