01 February 2017

House Hunting versi kami

Rumah pertama kami beli tahun 1999, Masa tu tak banyak info pasal rumah kami ketahui. Dan masa tu juga kami mencari kondo atau apartment with kondo facilities. Banyak juga kami view antaranya di Bukit Jalil, Bandar Puteri, Sunway dan juga rumah sekarang. Muda lagi kan konon nak privasi. Anak seorang dan kami tak menjangka akan ada 6 anak seperti sekarang. Plannya 2 atau 4 saja.

Mengapa rumah sekarang? Pertama ada kondo facilities. Securities itu amat penting. Paling utama antara yang paling luas dalam budget kami ketika itu iaitu 1048 kps dengan balkoni view KL dan Bukit Ayer Hitam. Ngeri juga rumah pertama menjadi projek abandon. Namun kami bersyukur dek kes terbengkalai tersebut kami dapat mengenal jiran-jiran sebelum menjejakkan kaki ke rumah tersebut. Dan dek terbengkalai juga banyak ilmu diperolehi dari HBA (House Buyer Associate) juga KPKT. 

Bak kata orang kawan boleh dipilih namun jiran adalah rezeki. Rezeki kami di rumah pertama mempunyai jiran2 yang baik hati.

Beberapa tahun lepas kami kembali hunting. Salak Tinggi, Saujana Putra, Putra Perdana, Cyberjaya semuanya hubby reject. Antara alasannya jauh dari KL (sbb musababnya office hubby berdekatan KLCC logik la jugak), alasan lain jauh dari masjid (katanya kita ni dah la lagho nanti tak dengar azan lagi la lagho, ok), lagi alasan too cowboy area tu (tak boleh mention la area mana, ok la). Hubby nak stay area di kawasan rumah sekarang sebab dia sayangkan persekitaran, masjid assalam, yang pasti kawan2 K2 MTBnya (tu kut big reason). Dan jugak malas nak fikir soal tukar sekolah, tukar babysitter bla bla bla. 

Ramadhan tahun lepas agent hubungi bagi tahu ada rumah urgent sale di area perumahan kami. So petang tu jugak kami pergi visit...bla bla bla bayar booking terus jadi. Kali ni dapat la ilmu urusan jual beli subsale house.

Antara faktor hunting another house age, rakyat kian membiak dan letih la asal barang tertinggal nak kena turun  juga ada la another hasrat2 yg tersimpan dalam hati.

Next hunting is land (beli tanah kut tupun by age 50 kut kalau ada rezeki) hahah the biggest reason juga rakyat membiak (yelah anak cucu nak balik beraya, nak bercucuk tanam bagai, ternak ayam itik). Beli dimana....hahaha Puchong jugak la tang mana lagi pula dah ada member2 yg kaki beli tanah jadi dapat la ilmu sikit soal ni.



15 September 2016

I'm back....Renewable energy

Setahun telah berlalu....dan setahun juga tiada lagi panggilan dari 014 XXXXX. Kalau tak every morning abah akan call dan bercerita ....something I really missed. Since kecil memang suka bercerita esp pada abah sebab dia pon jenis bercerita. Dia kenal semua kawan dari sekolah rendah sampai kepada kawan2 tempat kerja.... bila call atau balik kampung dia akan tanya ..."haa si anak hj yg duduk aloq gunung tu apa cerita", "anak sareh kg darat dok mana lani", "mak su yg duduk batu 8 mengajaq mana". Kalau jumpa kawan2 lelaki atau perempuan dia akan ramah bersembang.

Banyak perkara happen duration a year...... renew me to a new person. 

Sekarang mak uzur. Actually sepeninggalan abah sebulan selepas tu mak hanya terlantar. Yaaa she lost a part of herself.

2019...rumah kami kekurangan rakyat....hahaha, Abang di maahad dan kakak masuk matrikulasi. Banyak benda berubah misalnya kami kena selalu ke Perak disamping kerap jugalah ke Klang. Alang sibuk dengan aktiviti sukannya kemudian merdeka dance kini yang terbaru katanya nak masuk projek sains. As Siddiq dengan lego, hafazan yang makin bertambah dan another language class coming soon insyaAllah. Al Waleed hari tu sehari masuk kindergarden tp cikgu cakap dia tak pandai terima arahan jadi masih lagi dia dengan ibu Odah insyaAllah dia akan ke Little Chalip tahun depan. As Suffiyan...klon Al Khattab masuk 2 tahun hujung bulan ini. 

Move on. Dalam hidup ini bukan saja lesen kena renew....jiwa dan hati pon kena renew. Renewable energy.....energy untuk terus move on kearah keredhaan Allah SWT.





03 September 2015

Pot pet pot pet ..... just a story : ))



Pergi satu kioks ni konon nak window shopping pada anak2 dara. 
Pegang baju ni.
"Ehh ...ni trend sekarang tau Aida Jebat ada pakai baju mcm ni", penjual mula mempromosi.
Mama ????
"Aida Jebat sapa, keturunan Hang Jebat ka?", mula buat muka mcm Che Ta.

Kami anak beranak dah lama tak tgk drama2 TV. Bukan tak tengok TV, TV yang ada habuan anak2 melanggut tengok kindergarden song, cerita anak2 Islam, ABC, ayat2 Al quran......

Perkara mula sekali kami buat pada tahun 2005 bila anak sulung nak masuk masuk tahun satu adalah off ASTRO sebab dia additted sangat dengan ASTRO. Terikut rancangan omputih pon ada. Selepas tu bermulalah dengan kehidupan tanpa ASTRO. Boleh saja. Anak2 kami lasak kehidupan weekend banyak outdoor iaitu taman2, hutan kecil pinggir bandar juga perpustakaan. Dan alhamdulillah sebenarnya boleh hidup pun anak-anak tanpa cartoon nextwork, Disney bla bla bla.

2013 ....bermula apabila LG LED skrin kena ketuk dengan al waleed kemuadian Encik Boss mengantikannya dengan Samsung LED. Bayangkan sayangnya Allah SWT pada kami sekeluarga Samsung LED pula tidak boleh pakai antenna biasa mcm LG, boleh la nak tgk TV tapi ada hujan rintis2 kadang-kadang ribut topan.....jadinya Samsung LED milik 3 power ranger. Rumah dah jadi mcm taska hari2 dok dengaq samada lagu2 kindergarden, cerita anak2 Islam ataupun upin ipin.

Kesannya kepada 1st batch amat dirasai, buku dan LEGO (abang) jadi barter kepada TV. Bak kata alang Humaira takala HPnya hilang beberapa minggu sebelum peperiksaan pertengahan tahun, "ma tau dak kalau HP alang ada tak mungkin result alang boleh ok mcm ni", dia sendiri yang buat kesimpulan. Sebab mama ni tak la mcm Hitler. No itu No ini. 

Mama dan papa selalu akan bagi peluang. Misalnya kalau anak nak panjat mama tengok saja jadi bila dia jatuh dia akan rasa sakitnya. Macam tu juga bila anak-anak remaja nak cuba bercouple mama dia dan layan dan bila dia frust ....hati dah lembut baru dia buat kesimpulan dan mencari jawapan kenapa Allah SWT melarang. Dan mama dan papa juga tempat mereka meluah rasa...."eiiii geramnya denga bla bla bla", mama dan papa dengaq saja. Anak-anak remaja ini suka explore kadang-kadang mereka lagi hebat dari kita misalnya soal berdakwah sebab anak-anak ini berani bertanya dan berani membicarakan apa yang diketahui mereka....contohnya al khattab, "Ma...kan lagi elok pakai tudung yang labuh sikit....kan lagi elok pakai baju besar sikit". Kita yang tua ni sebenarnya dah tahu tp selalu buat tak tahu soal hukum hakan agama ni.


02 September 2015

Mama yang makin tua....

Semalam berkira-kira dengan cik B pada mulanya berkisar soal membeli PIN permohonan matrikulasi kemudiannya teman menghantar email maklumat beberapa universiti di Ireland yang menawarkan kursus perubatan. 

"Biarlah di Malaysia, depan mata", kataku
"To increase value added insan ada 2 dan mama sedia maklum kan melalui reading dan travel, yes abroad akan mengajar dia lebih dari yang dia belajar di sini.....bla bla bla pujuk kakak jangan asyik nak berkepit bawak ketiak mama".

Petang tadi sampaikan pesanan papa. Mulanya bersedihlah konon end up dia mula seaching Trinity Univ, UCD sehingga ke Elexanria Univ Medical Egypy tempat anak Pak Dollah study pon termasuk dalam senaria carian...."mcm best la pulak mama", sudah mula excited anak sulung Che Det. Sebagaimana excitednya dia bercerita pasal mayat semasa dia pergi MSU siang tadi. Anak papa sangat org mengadap dinner dia sibuk bercerita human body yang dipotong-potong. 

SPM belum lagi carian maklumat scholarship, pro contra study sana dan sini dah bermula......advance sungguh insan bernama che Det. Pesanan PA dia next year kena simpanlah duit hahahah. "You kena teman anak dara you ke Ireland...", berangan tersangat.

Tapi kakak cakap..."ok juga kakak undergraduate kat Malaysia nanti ke abroad untuk post graduate". "kita cuma boleh merancang yang menentukan segalanya adalah Allah SWT..usaha dan berdoa itu yang terbaik ....Allah SWT sentiasa mendengar rintihan hambaNYA.

Errmmm....dah tua rupanya mama ni kan. Mood godek2 blog sementara menanti PM balik dr kedai dobi....dah 2 minggu washing machine rosak mujurlah ada kedai dobi layan diri....dan kerja mendobi itu bukan kerja isteri ya.

25 August 2015

Damailah wahai jiwa yang sejahtera

Abu Hamzah Anas bin Malik (may God be pleased with him), who was the servant of the Messenger of Allah (peace be upon him) reported that the Prophet (peace be upon him) said:
“None of you truly believes (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself” [Bukhari and Muslim] [Hadith 28]
Simple.
Mengapa perlu bergaduh, menyindir, menyakiti sekiranya kita boleh selesaikan sesuatu perkara dengan aman. Keegoan tidak membawa kita kemanapun melainkan hidup menyalahkan orang itu dan orang ini.
Iktibar kisah Qabil dan Habil. Membawa kepada pembunuhan manusia pertama di bumi ini.
Siapa lagi saudara kita selain saudara sedarah daging ----- pastilah saudara seagama. Kenapa? Kerana ada roh iman yang sama dalam qalbu dan jiwa kita. Siapapun mereka andai orang itu muslim, mengucap kalimah syahadah titipkan doa buatnya moga direzekikannya dengan pancaran nur dan keampunan Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim].
Mungkin esok atau lusa kita akan dijemput ke alam abadi sana....siapa menduga dan tiada siapa menyangka. Jadi damailah jiwa juga lupuskan segala amarah yang disimpan didalam jiwa.
Agaknya kenapa kita menjeruk rasa? Marah dan dendam berjela-jela. Damailah jiwa. Kerana di sana nanti kita akan dihitung akan perbuatan kita. Damailah jiwa yang sejahtera.