Mama yang makin tua....
Semalam berkira-kira dengan cik B pada mulanya berkisar soal membeli PIN permohonan matrikulasi kemudiannya teman menghantar email maklumat beberapa universiti di Ireland yang menawarkan kursus perubatan.
"Biarlah di Malaysia, depan mata", kataku
"To increase value added insan ada 2 dan mama sedia maklum kan melalui reading dan travel, yes abroad akan mengajar dia lebih dari yang dia belajar di sini.....bla bla bla pujuk kakak jangan asyik nak berkepit bawak ketiak mama".
Petang tadi sampaikan pesanan papa. Mulanya bersedihlah konon end up dia mula seaching Trinity Univ, UCD sehingga ke Elexanria Univ Medical Egypy tempat anak Pak Dollah study pon termasuk dalam senaria carian...."mcm best la pulak mama", sudah mula excited anak sulung Che Det. Sebagaimana excitednya dia bercerita pasal mayat semasa dia pergi MSU siang tadi. Anak papa sangat org mengadap dinner dia sibuk bercerita human body yang dipotong-potong.
SPM belum lagi carian maklumat scholarship, pro contra study sana dan sini dah bermula......advance sungguh insan bernama che Det. Pesanan PA dia next year kena simpanlah duit hahahah. "You kena teman anak dara you ke Ireland...", berangan tersangat.
Tapi kakak cakap..."ok juga kakak undergraduate kat Malaysia nanti ke abroad untuk post graduate". "kita cuma boleh merancang yang menentukan segalanya adalah Allah SWT..usaha dan berdoa itu yang terbaik ....Allah SWT sentiasa mendengar rintihan hambaNYA.
Errmmm....dah tua rupanya mama ni kan. Mood godek2 blog sementara menanti PM balik dr kedai dobi....dah 2 minggu washing machine rosak mujurlah ada kedai dobi layan diri....dan kerja mendobi itu bukan kerja isteri ya.
Comments
Post a Comment